Thursday, March 27, 2014

PERANAN MALAYSIA, NAJIB BAGI KEAMANAN DI FILIPINA SANGAT BESAR, WAJAR DIHARGAI



"Rakyat Filipina akan terhutang budi selama-lamanya kepada Malaysia dan kehadiran Malaysia memberi sinar kepada setiap peringkat perjanjian damai itu...sesungguhnya, Malaysia, di bawah kepimpinan Najib, telah memainkan peranan penting."
- Presiden Filipina Benigno Aquino III

Pada ketika pemimpin PAS sibuk dengan pergolakan politik yang berlaku di Mesir, mereka langsung tidak mempedulikan jiran sebelah rumah – Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) - yang didamaikan oleh Malaysia.

Bagaikan ‘tidak ada apa-apa’ yang penting kepada mereka, pemmpin PAS tidak pun membuat ulasan mengenai perjanjian bersejarah ini sedangkan ia juga membabitkan masyarakat Islam.

Itulah pemimpin PAS hanya membuat perkiraan berdasarkan keuntungan politik kepada mereka semata-mata?

Mana-mana yang dirasakan mereka tidak mendapat apa-apa atau memberikan kelebihan kepada kerajaan, mereka akan ‘buat dekk’ (pura-pura tidak tahu).

Pemimpin PAS boleh bersandiwara seolah-oleh tidak ada apa-apa berlaku sedangkan Filipina adalah jiran kita, lebih-lebih MILF yang dilanda krisis sekian malah, masalah masa 17 tahun merundingkan keamanan dengan Manila bukanlah sesuatu yang mudah.

Pencapaian perdamaian yang diusahakan oleh kerajaan Malaysia ini sangat besar ertinya tetapi menghairankan sekali bagaimana pemimpin Islam dalam PAS boleh mengunci mulut gara-gara tidak mendapat apa-apa political milage.

Aquino (kanan) dan  Murad Ebrahim berkongsi kek ketika pemimpin Filipina itu melawat Mindanao, pada 11 Februari 2012.
Sebaliknya mereka riuh rendah memperkatakan apa yang berlaku di Mesir tetapi pendirian PAS mengenai usaha Malaysia membolehkan Filipina dan MILF menandatangani perjanjian bersejarah langsung tidak dipedulikan.

Malaysia diakui bertindak sebagai pemudah cara pihak ketiga dalam proses damai ini, dengan Kuala Lumpur mula menyertainya pada 2001.

Upacara bersejarah pemeteraian Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro (CAB) berlangsung di ibu negara Filipina itu bermatlamat mewujudkan satu entiti politik berperintahan sendiri dikenali sebagai Bangsamoro.

Mereka akan diberikan lebih banyak kuasa politik dan ekonomi bagi kepentingan rakyat di kawasan berkenaan. Entiti baru ini akan menggantikan Wilayah Autonomi Islam Mindanao, sejajar dengan Undang-undang Asas Bangsamoro, yang akan diluluskan Kongres Filipina dan disahkan penduduk terbabit.

Penyokong MILF di satu perhimpunan di Kota Cotabato, Mindanao bagi meraikan perjanjian dengan kerajaan Filipina hari ini.
Perjanjian penuh bersejarah yang diusahakan Malaysia hari ini berlangsung di perkarangan Istana Malacanang turut dihadiri Presiden Filipina Benigno Aquino III dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.

Najib memberitahu, Malaysia berikrar untuk terus membantu meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan meningkatkan bidang pertanian Bangsamoro.

Katanya, Malaysia juga berharap Bangsamoro akan bekerjasama dengan kerajaan Filipina bagi memastikan kejayaan Perjanjian Komprehensif yang dimeterai di antara kedua-dua pihak.

"Malaysia berasa bangga diberi penghormatan kerana dapat memainkan peranan bagi mencapai proses perdamaian membabitkan MILF dan kerajaan Filipina," katanya ketika berucap pada majlis pemeteraian Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro petang ini.


Ketika mengalu-alukan penandatanganan perjanjian itu, Najib berkata Malaysia akan terus membantu meningkatkan kemajuan Bangsamoro dalam usahanya untuk mewujudkan institusi, mengukuhkan pendidikan dan menambah baik sektor pertanian.

“Dua tahun lepas, saya berjanji kepada Presiden Aquino bahawa Malaysia akan terus memberi bantuan dari segi pembangunan. Janji ini terpakai selagi ia diperlukan. Malaysia akan terus menjadi rakan ke arah perdamaian,” tegas Najib.

Beliau berkata Malaysia bangga kerana dapat memainkan peranannya dalam proses damai Filipina-MILF, yang membantu mengukuhkan lagi ikatan kepercayaan antara Malaysia dan Kerajaan Filipina.

“Apa yang kami inginkan hanyalah keamanan dan kemakmuran saudara kami di Bangsamoro dan Filipina. Sambil kita mengharapkan masa depan lebih cerah untuk Bangsamoro, saya berikrar Malaysia akan terus memberi sokongannya.

Kami akan terus memainkan peranan kami sebagai pemudah cara pihak ketiga dan terus berusaha melalui Pasukan Pemantauan Antarabangsa di Mindanao,” katanya.

Najib yakin Kerajaan Filipina akan terus bekerjasama dengan MILF dalam menyediakan deraf Undang-undang Asas Bangsamoro kerana sokongan semua pihak adalah penting sekiranya mereka ingin melihat ia diluluskan Kongres Filipina dan dalam pungutan suara di Bangsamoro.

Katanya CAB bersejarah itu menjamin hak rakyat Bangsamoro dan kedaulatan Filipina. "Kami berharap rakyat Bangsamoro akan bekerjasama dengan kerajaan Filipina dan MILF untuk menjamin kejayaannya,” katanya

 Najib menggesa semua pihak supaya menghayati semangat dan kandungan perjanjian itu bagi memastikan wujudnya sikap hormat terhadap agama dan mengamalkan prinsip membenci keganasan. "Kita patut menghormati hak asasi manusia, menjunjung tinggi keluhuran undang-undang dan mengamalkan kesederhanaan.

Hanya melalui penyelesaian yang dicapai secara rundingan, keamanan berkekalan boleh dinikmati. Dan hanya tadbir urus yang baik sahajalah yang boleh menjamin tercapainya cita-cita bersama kita: melihat Bangsamoro yang kuat dan makmur," kata beliau.

Najib menyifatkan penandatanganan perjanjian itu sebagai peristiwa bersejarah tentang keberanian dan yakin ia akan mengubah sejarah negara mereka.


"Dengan menyertai proses damai, MILF telah membalas kepercayaan yang diberi kepadanya oleh rakyat. Dengan berunding secara penuh keikhlasan, kerajaan Filipina mengesahkan hak Bangsamoro untuk menentukan nasib sendiri.

"Perpaduan tidak boleh dicapai dalam tempoh semalaman. Selepas bertahun-tahun, tidak terdapat jalan pintas mengenainya.

Banyak lagi usaha perlu dilakukan dan akan terdapat halangan dalam melaksanakannya. Tetapi, komitmen terhadap keamanan - komitmen yang dapat saya lihat wujud di dalam dewan ini hari ini - tidak sepatutnya luntur," kata beliau.

Najib memuji usaha luar biasa yang dilakukan hingga membolehkan perjanjian itu ditandatangani, dengan kedua-dua pihak bekerja sepenuh hati untuk memastikan rakyat Bangsamoro dapat menikmati dividen keamanan yang tidak terhitung jumlahnya.

Sementara itu, dalam kenyataannya, Aquino berkata rakyat Filipina akan terhutang budi selama-lamanya kepada Malaysia dan kehadiran Malaysia memberi sinar kepada setiap peringkat perjanjian damai itu.

Ketika menzahirkan penghargaannya kepada semua negara yang terlibat menjadikan perjanjian damai itu suatu kenyataan, beliau berkata sesungguhnya, Malaysia, di bawah kepimpinan Najib, telah memainkan peranan penting.

Pertemuan awal MILF dan wakil kerajaan Filipina di Kuala Lumpur pada 11 April 2013..
"Kita sama-sama menunjukkan suatu contoh kepada seluruh dunia. Perjanjian ini menjadi bukti bahawa kepercayaan dan kesungguhan mampu menggerakkan sifat kemanusiaan ke tahap lebih jauh.

"Ia menunjukkan betapa kejujuran, perasaan muhibbah merupakan alat paling berkesan untuk menamatkan konflik, ia membuktikan bahawa usaha mencari kesepakatan pasti membawa hasil yang tidak terhitung banyaknya," kata beliau.


Aquino berkata Pihak Berkuasa Transisi Bangsamoro akan ditubuhkan menjelang 2015 untuk berfungsi sebagai kerajaan sementara sehinggalah pilihan raya diadakan pada 2016.

Dokumen CAB 12 perkara itu ditandatangani pengerusi panel perdamaian MILF Mohagher Iqbal bagi pihak MILF dan ketua panel perdamaian Filipina Miriam Coronel-Ferel bagi pihak kerajaan Filipina.

Upacara menandatangani perjanjian itu disaksikan Najib dan Aquino dan pemeteraian Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro itu akan mengakhiri konflik selama berdekad antara kerajaan Filipina dan MILF.

Najib mewakili Malaysia selaku negara perantara perjanjian itu yang menyasarkan keamanan berpanjangan, sekaligus mengakhiri konflik berdarah selama berdekad di selatan Filipina.

Ketibaan Najib yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Istana Malacanang di Manila disambut oleh pemimpin Filipina.

Rundingan damai dengan MILF, yang bermula pada 1997, bertujuan menamatkan pemberontakan di wilayah selatan Filipina sejak tahun 1970-an, yang sehingga kini telah meragut lebih 100,000 nyawa.

Kerajaan Filipina dan MILF dengan ini membuka lembaran baharu bagi hubungan mereka sebelum ini yang ditandai dengan permusuhan dan sikap saling tidak mempercayai apabila mereka duduk semeja untuk menandatangani Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro (CAB) bagi membuka jalan ke arah mencari penyelesaian politik di Mindanao.

Tuesday, March 25, 2014

PESAWAT MAS MH370 - TINDAKAN SENGAJA...MISI BUNUH DIRI?


Tanpa menyebut apa-apa faktor, selain tanpa penemuan bangkai yang dapat disahkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata malam tadi, data terbaharu menunjukkan MH370 mengakhiri penerbangan lapan jamnya pada 8 Mac dalam lautan, di kawasan terpencil perairan Lautan Hindi.

Data itu diberikan oleh syarikat satelit Inmarsat milik Britain dan Biro Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom. “Ia adalah kawasan terpencil, jauh daripada daratan yang membolehkan pendaratan,” kata Najib. 

Di hotel di Beijing, ada ahli keluarga yang mengecam dan mengkritik Malaysia Airlines dan Putrajaya, melabelkan kedua-duanya sebagai “pembunuh sebenar” penumpang MH370.

Tetapi sebahagiannya masih menaruh harapan, bergantung kepada kegagalan berterusan dalam mencari pesawat itu.

“Tiada bangkai yang disahkan, maka tiada penutup yang sebenar,” kata Sarah Bajc, iaitu pasangan kepada Philip Wood, warga Amerika yang berada dalam pesawat itu.

Berkaitan pengumuman itu akhbar Britian Daily Telegraph mengatakan pesawat MAS MH370 itu mungkin terhempas di selatan Lautan Hindi dalam misi membunuh diri.

Dengan memetik sumber yang enggan dikenali sebagai berkata, akhbar itu menyatakan pasukan penyiasat kehilangan MH370 percaya tiada kerosakan atau kebakaran yang mampu menyebabkan penerbangan luar biasa pesawat itu.

“Sistem komunikasi pesawat yang ditutup juga tidak menyebabkan MH370 berubah haluan dan terbang secara senyap selama tujuh jam ke lautan itu,” kata akhbar harian itu.

Seorang sumber rasmi memberitahu The Telegraph penyiasat percaya “ini adalah tindakan sengaja oleh seseorang dalam pesawat yang mempunyai pengetahuan terperinci untuk melakukan apa yang berlaku. Tiada yang mengembangkan butir itu menjadi motif.”

Ditanya mengenai kemungkinan pesawat itu mengalami kerosakan atau kebakaran dalam pesawat, sumber memberitahu The Telegraph:”Ia tidak saling berkait… (Penyiasat) meneliti proses yang diperlukan untuk menerbangkan pesawat itu di mana ia terbang selama lapan jam. Mereka mendapati ia dikendalikan dengan cara yang rasional.”

Laporan Telegraph berkata, pesawat itu masih diselubungi misteri dan salah maklumat. MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam pada 8 Mac menuju Beijing, hilang daripada skrin radar sejam kemudian. 

Pesawat sepatutnya tiba Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama. Petang semalam, Najib berkata dua objek berkaitan pencarian MH370 di Lautan Hindi akan diambil dalam tempoh beberapa jam lagi.


Menulis di Twitter, Najib berkata Perdana Menteri Australia Tony Abbott memberitahunya perkara itu melalui panggilan telefon kepadanya semalam.

Dalam tweet sebelum itu, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dan pesawat Tentera Orion Udara Diraja Australia (RAAF) menemui dua objek itu berdekatan kawasan carian.

Ia juga menyatakan bahawa kapal HMAS Success sedang mendapat dan mengenal pasti objek itu.

Salah satu daripadanya dikatakan berwarna hijau atau kelabu dan berbentuk bulat manakala satu lagi jingga dan berbentuk segi empat tepat.

Dalam taklimat media semalam , pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, HMS Success dijangka mampu mendapatkan objek itu dalam tempoh beberapa jam atau paling lambat esok (HARI INI).


Apapun kemungkinan, hanya kotak hitam pesawat Boeing 777-200ER berkenaan yang dapat menjawab misteri kehilangannya sejak awal pagi 8 Mac lepas.

Sementara itu persidangan Dewan Rakyat hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata negara menerima perkhabaran yang amat menyedihkan dan berharap keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu tabah dan cekal menerima takdir yang ditentukan.

"Saya bagi pihak ahli Dewan Rakyat dan Parlimen seluruhnya merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal penerbangan MH370.

"Kita berdoa moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh," katanya sebelum sesi persidangan Dewan Rakyat dimulakan di Kuala Lumpur. Pandikar Amin kemudian meminta ahli Parlimen berdiri sambil menghadiahkan suah al-Fatihah dan bertafakur selama seminit.

Monday, March 24, 2014

AZMIN GUNAKAN KEMENANGAN WAN AZIZAH SERANG KHALID…


"Beliau pernah menjadi ketua pembangkang wanita pertama dalam sejarah politik Malaysia. Malah memegang jawatan Ahli Parlimen selama tiga penggal...saya yakin beliau mampu memikul tanggungjawab baharu bersama-sama Adun Selangor yang lain," 
- Tim Presiden PKR, Azmin Ali

Orang paling gembira Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri )DUN) Kajang tidak lain dan tidak bukan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Ini kerana Azmin kini sudah mempunyai ‘senjata’ lebih berkesan untuk menyerang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam ‘perangnya’ dengan Menteri Besar Selangor itu.

Azmin akan terus menyerang Khalid selepas ini untuk menjamin beliau melepaskan jawatan.

‘Langkah Kajang’ yang diatur oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun tergencat untuk dirirnya, tidak menghalang Azmin menggunakan kemenangan Wan Azizah untuknya meneruskan perjuangannya agar Menteri Besar Selangor digantikan

 Azmin dalam beberapa hari ini pastinya mengatur strategi sementara menunggu Wan Azizah mengangkat sumpah. Wan Azizah yang memenangi PRK N25 Kajang akan mengangkat sumpah sebagai ADUN Kajang baharu pada 7 April depan.

Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh berkata dengan pelantikan Wan Azizah itu, jumlah ADUN dalam kalangan wanita juga turut meningkat kepada 15 orang.

Wan Azizah yang diumumkan menang pada PRK N25 Kajang itu akan mengangkat sumpah sebagai ADUN Kajang baharu pada 7 April depan.

Wan Azizah mengalahkan lawannya, Datin Paduka Chew Mei Fun dari Barisan Nasional apabila meraihkan majoriti 5,379 undi.

Menggembirakan Azmi ialah kenyataan Anwar hari ini yang tidak menolak kemungkinan berlakunya perbincangan di peringkat pimpinan parti untuk melantik Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor.

Walaupun tidak menyatakan secara langsung tetapi Anwar mengakui perbincangan untuk peralihan tampuk kerajaan negeri itu akan diadakan kelak.

"Hal itu mereka akan bincangkan melalui pimpinan negeri. Program Wan Azizah hari ini masih di Kajang. Langkah Kajang masih diteruskan yang mana Wan Azizah sekarang sudah menang di sana," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.


Spekulasi mengenai perubahan kerusi Menteri Besar Selangor kembali diperkatakan selepas PKR atau lebih tepat Wan Azizah berjaya memenangi pilihan raya kecil itu.

Kejayaan PKR menempatkan diri dalam DUN Selangor membuktikan Wan Azizah mempunyai kemampuan untuk meneruskan agenda 'langkah Kajang' yang dirancang parti itu.

Wan Azizah dikatakan mempunyai kelayakan untuk diangkat sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu sekiranya menerima sokongan majorti ADUN Pakatan Rakyat di negeri itu.

Sebelum ini pada 15 Mac lalu, apabila diajukan soalan kepada Wan Azizah mengenai calon Menteri Besar Selangor, beliau menidakkan misi utama ‘Langkah Kajang’ bertujuan menukar Menteri Besar Selangor.

 Sebaliknya Wan Azizah yang juga Presiden PKR meminta soalan penukaran penukaran menteri besar itu diajukan kepada Azmin.

"Perkara ini kena tanya Azmin sendiri sebab itu kenyataan dia. Tapi pada saya jawatan itu tidak penting kerana niat saya hanya untuk berkhidmat dan memperkuatkan pasukan. Ada banyak perubahan dan pembaharuan yang kita boleh baiki dan itulah niat saya," katanya.

Wan Azizah pula pada 22 Mac lalu mengatakan beliau tidak berhasrat menjadi Menteri Besar Selangor jika ditakdirkan menang pilihan raya itu.

Baginya, beliau mahu memberikan kemenangan pada PRK selain mengatakanTan Sri Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar Selangor.

Wan Azizah menggantikan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini mengumumkan untuk bertanding di DUN Kajang selepas perletakan jawatan mengejut wakil rakyat kawasan itu, Lee Chin Cheh.

Bagaimanapun kelayakan Anwar untuk bertanding telah terlucut selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Dalam pada itu, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong berkata setakat ini tiada perbincangan dibuat berhubung hasrat untuk menukar Menteri Besar seperti dakwaan sesetengah pihak.

“Fokus kita adalah menang dengan majoriti tinggi pada PRK Kajang kerana ia bukan sekadar PRK, sebaliknya satu referendum,” katanya.

Khalid pula enggan mengulas lanjut sama ada Wan Azizah akan menggantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor baharu sekiranya berjaya menjadi ADUN Kajang.

Malah menurut Ahli Parlimen Bandar Tun Razak ini, fokus Pakatan Rakyat (Pakatan) pada ketika ini adalah untuk memastikan kerusi DUN Kajang ini terus kekal menjadi milik PKR.

"Kita belum buat apa keputusan.. kita menangkan Datuk Seri Wan Azizah. Sebarang pengumuman akan diumumkan kelak. Jangan buat spekulasi. Tak boleh (nak jawab sekarang)," kata Khalid pada 11 Mac lalu.

Dikatakan juga bahawa Ibu pejabat PKR sudah dua kali meminta Khalid menandatangani surat letak jawatan sebagai MB sejak bulan lalu, namun Khalid enggan berbuat demikian.

PKR mengambil pendirian rasmi bahawa soal kedudukan Khalid sebagai MB hanya akan diputuskan selepas Pilihan Raya Kecil DUN Kajang pada 23 Mac.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin PKR termasuk Anwar sendiri telah mengeluarkan kenyataan membayangkan Ketua Pembangkang itu akan dicalonkan mengambil alih jawatan itu jika menang di Kajang. 

Namun impian Anwar untuk memecat Khalid tidak menjadi kenyataan apabila beliau disabitkan hukuman lima tahun penjara dan ia akan berkuat kuasa setelah keputusan rayuannya di Mahkamah Persekutuan diketahui, kelak.

Bagi Azmin, dengan pengalaman Wan Azizah dalam politik, beliau yakin isteri kepada Ketua Pembangkang itu cukup bersedia untuk memikul tanggungjawab berkenaan.

"Beliau pernah menjadi ketua pembangkang wanita pertama dalam sejarah politik Malaysia. "Malah memegang jawatan Ahli Parlimen selama tiga penggal...saya yakin beliau mampu memikul tanggungjawab baharu bersama-sama Adun Selangor yang lain," katanya.

Menurut Azmin, agenda menerusi rancangan 'langkah Kajang' akan diteruskan seperti yang dirancang sebelum ini.

Kata ADUN Bukit Antarabangsa itu, tindakan lanjut mengenai 'Langkah Kajang' akan dibincangkan dalam masa terdekat bersama sekutu Pakatan Rakyat di Selangor.

Persoalan kini apakah pemimpin Pakatan di Selangor akan tunduk kepada formula Azmin dan Anwar itu?

Thursday, March 20, 2014

PENEMUAN DI LAUTAN HINDI BERWIBAWA, TAPI BELUM DAPAT DISAHKAN...


Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang memasuki hari ke-13 pada Khamis, menyaksikan pelbagai pihak tampil dengan teori dan gambar kononnya yang diperoleh menerusi rakaman satelit menunjukkan lokasi terakhir pesawat itu dilaporkan hilang.

Terbaharu, satu lagi imej dimuat naik dengan mendakwa bayangan dalam air yang dirakam oleh satelit merupakan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu.

Berbeza dengan gambar lain, kali ini penerangan mengenai gambar tersebut lebih terperinci termasuk kedudukan pesawat itu ditemui.

Pesawat tersebut kini didakwa berada di dalam lautan di Selat Melaka iaitu lokasi terakhir penerbangan yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dikesan radar tentera.

Bagaimanapun tiada pihak yang tampil membuat pengesahan mengenai ketulenan gambar tersebut.

Sementara itu, penemuan dua objek di Lautan Hindi oleh pihak berkuasa Australia berwibawa, tetapi ia masih belum disahkan sebagai pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Laporan penemuan satelit tersebut adalah pemecah berita dalam usaha mencari dan menyelamat yang masuk hari ke-13.

Bagaimanapun, setiap petunjuk yang ditemui perlu disahkan kebenarannya bagi mengelak memberi sebarang harapan palsu kepada ahli keluarga penumpang MH370.

 "Penemuan tersebut berwibawa, tetapi ia masih belum disahkan dan dipastikan," kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Husseindalam sidang media yang padat dengan wartawan di Hotel Sama-Sama hari ini.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (dua dari kiri) bersama Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman (tiga dari kiri) di Hotel Sama-Sama bagi memberi taklimat kepada media.
Hishammuddin berkata "Ia supaya tidak memberi harapan palsu kepada keluarga penumpang. "Satu-satunya maklumat yang ahli keluarga seluruh dunia mahu, yang kami tidak ada adalah di mana lokasi pesawat itu," kata beliau.

Awal hari ini, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata tentera udara negara itu sedang menyiasat tentang kemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang itu ditemui di laut.

Ini berikutan penemuan dua imej satelit dengan saiz 24 meter (79 kaki) yang dipercayai tenggelam timbul di permukaan air.


Pihak berkuasa Malaysia Isnin lepas meminta Canberra mengambil tanggungjawab mencari di "Koridor Selatan" dalam usaha mencari Boeing 777 yang hilang pada pagi 8 Mac semasa perjalanan ke Beijing, China dengan 239 penumpang itu.

Kerajaan Malaysia percaya, pesawat itu secara sengaja ditukar hala tujunya dan terbang beberapa jam selepas keluar daripada laluan asalnya – sama ada ke utara Asia Tengah atau ke selatan di Lautan Hindi. 

Selepas mendapat maklumat tersebut, Hishammuddin memberitahu empat pesawat telah dikerahkan ke barat daya Perth yang berkeluasa 2,500 kilometer.

"Pesawat Tentera Udara Australia (RAAF), P-3 Orion tiba di lokasi sekitar jam 10.50 pagi. "Tiga lagi pesawat diarahkan ke kawasan tersebut, termasuk satu lagi pesawat RAAF, sebuah pesawat Orion daripada Tentera Udara New Zealand dan pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat, P-8 Poseidon.

Sunday, March 16, 2014

KAITKAN ‘JURUTERBANG PKR’ DENGAN ‘RAMPASAN’ - THE MAIL KENA SAMAN BERJUTA POUND


Itu engkau orang punya pasal.

 Rakyat amnya, orang Barisan Nasional (BN) dan UMNO pastinya tidak wajar masuk campur!

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan pasukan pencari dan penyelamat (SAR) tempatan dan antarabangsa kini dah masuk lapan hari berusaha sedaya mencari pesawat yang hilang. Pastinya meereka tiada masa untuk melayan isu seperti ini.

Kalau kaki penyaman seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim tu mahu saman The Mail pun wa tak kisah!

Ambillah duit tu bawa masuk ke dalam kubur sekali pun, wa tak preduli…

Yang wa peduli, jangan kaitkan dengan Bn atau UMNO atau ‘Najib & Rosmah’!

Riuh satu dunia kini bahawa ada orang yang dikatakan bersimpati dengan Anwar yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana meliwat, dilaporkan mengambil tindakan ‘rampas kapal terbang’.

Kita tidak mahu mempercayainya namun pertanyaan kalau betul, di buat dengan rela hati atau ‘disuruh dan dirancang’, kita tidak tahu.

Semalam riuh satu Malaya, pemimpin PKR marah kepada akhbar Britain berkenaan.

Harakahdailyonline membawa tajuk "PKR bidas The Mail, tidak relevan kait dengan Anwar” kerana media antarabangsa The Mail mengaitkan kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat MAS MH370, dengan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden PKR, Tian Chua pada sidang media memberitahu adalah tidak relevan untuk mengaitkan insiden itu dengan Anwar.

Beliau mendakwa maklumat yang disiarkan itu tidak benar dan hanya bersifat tanggapan yang tiada bukti kukuh.
 
"Ini isu keselamatan MAS, tidak releven langsung untuk dikaitkan dengan Anwar atau PKR," katanya di Bilik Gerakan Utama Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah mengakui bahawa Kapten Zaharie adalah ahli PKR, namun tidak wajar untuk dikaitkan insiden tersebut dengan PKR.

Beliau bagaimana pun berkata bersedia untuk memberi kerjasama jika dipanggil oleh pihak polis. "Zaharie sama seperti ahli yang lain, beliau menyertai PKR pada Januari tahun lalu di Cabang Subang. Isu ini tidak boleh kaitkan dengan PKR," tegasnya.

Setiausaha Agung PKR PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pula berkata walaupun Zaharie merupakan ahli seumur hidup parti itu, perkara ini mustahil berlaku kerana ia melibatkan nyawa ramai manusia yang tidak bersalah dan ini merupakan satu teori konspirasi politik yang tidak masuk akal.

"Semua dikaitkan dengan Anwar sangat unik dalam politik Malaysia. Namun mengenali Umno dan Barisan Nasional, kalau mereka kehabisan modal, sesuatu yang bersifat khayalan boleh menjadi nyata," kata Saifuddin.


Saifuddin berkata, isu sebenarnya adalah kerajaan Malaysia tidak kompeten dalam menguruskan kes pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu dengan 239 penumpang termasuk anak kapal.

Dengan pelbagai spekulasi mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, semalam akhbar The Mail melaporkan kemungkinan teori pesawat tersebut dirampas sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Anwar bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Soalnya kalau tidak betul bila nak saman?

Samanlah berbilion pound pun, biar bankrap akhbar tabloid tu.

Jangan nak lepaskan kemarahan kepada UMNO dan BN. Bertindak biar profesional, jangan ‘asyik salahkah orang lain saja’.

Tidak wajar Saifuddin kaitkan The Mail dengan dengan UMNO dan BN. Apakah The Mail, akhbar milik UMNO?

Apapun, rupa-rupanya rahsia Anwar sudah diketahui dunia dan ada juga media yang cuba mendedahkan perkara seperti ini. Mungkin ada orang BN dan UMNO yang kaya dah ‘beli’ The Mail kot.

Kalau tidak tak kanlah The Mail berani main kait-kaitkan nama ‘raja saman Malaysia’ tu.

Anwar pula apabila tersebar berita ini, kenapa tak kaitkan ‘Najib dan Rosmah’ seperti dalam isu ‘Bomoh Kelapa’ tu?

Kita tunggu perkembangan.

Jika Anwar dan PKR hanya berani saman ‘orang Malaya’ sahaja dan tidak The Mail, maknanya dia tu memang jaguh kampung!

Memang layak pun untuk dia bercita-cita mahu jadi Menteri Besar Selangor sahaja selepas beberapa kali gagal jadi Perdana Menteri.

Tapi kini kesian, sudahlah gagal mahu jadi MB Selangor, mahu bertanding di DUN Kajang pun tidak layak!

Kini bukan sahaja tidak layak jadi PM, nak jadi jaguh kampung pun tidak layak.

Yang layaknya hanya ke…sama-sama tahulah, seperti juga The Mail mungkin tahu tembelang sebenar Anwar dan konco-konconya!

Lebih menarik, silap-silap 'Raja Saman' itu akan turut menerima saman daripada raja bomoh yang semakin marah kerana dua tindakannya di KLIA menjadi isu di Dewan Rakyat, selain menjadi bahan gurauan dan ketawa masyarakat Malaysia dan antarabangsa.
 




MALAYSIA CIPTA REKOD 6 KEMATIAN, 4 KRITIKAL KERANA AMBIL DADAH BERLEBIHAN DI KONSERT?

 

Dalam kesibukan dan ketidaktentuan nasib pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, enam remaja mati di sebuah konsert.

Bukan di luar negara tetapi pada konsert Future Music Festival Asia (FMFA) yang berlangsung di Bukit jalil malam kelmarin.

Enam yang meninggal dunia itu dipercayai kerana pengambilan dadah berlebihan Yang tidak sedap tu….konsert turut dikaitkan dengan Tahun Melawat Malaysia 2014.

Seharusnya sebarang acara atau penganjuran yang dikaitkan dengan acara kerajaan hendkalah ‘bebas dadah dan alcohol’.

Namun, teryata apa yang berlaku di Bukit Jalil semalam, jauh daripada yang disangkakan.

Mengejutkan!

Tidakkah pihak yang meluluskan penganjuran konsert ini merasa bersalah…jadikannya sebagai pengajaran agar lebih berhati-hati di masa depan?

Lebih malang antara yang meninggal adalah seorang pemuda Melayu dan dua wanita Melayu yang pastinya beragama Islam, seorang Cina dan India. Kesemua rakyat Malaysia ini berusia antara 21 dan 28 tahun.

Polis berkata, empat orang lagi, dua daripada mereka koma dan berada dalam keadaan kritikal di kedua-dua buah hospital.

Yang masih kritikal adalah dua Melayu dan dua Cina.

Warga tempatan berumur 19 hingga 28 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) awal pagi.

Nama-nama mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Victor Wong E Hern, 26, Sabreena Kamaruddin, 21, M.Suresh, 28, Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.

Berikutan kematian tersebut, penganjur membuat laporan polis dan bekerjasama dengan pihak berkuasa. FMFA dalam satu kenyataan media memberitahu, konsert itu tidak diteruskan selepas mengambil kira keselamatan awam.

“Langkah ini juga bertujuan membantu siasatan pihak berkuasa. Maklumat mengenai pemulangan (wang tiket) akan diumumkan dalam masa seminggu.

“Pemilik tiket digesa supaya melayari laman web www.futuremusicfestival.asia untuk mendapatkan maklumat lanjut,” kata kenyataan itu semalam.

Sementara itu, FMFA menafikan laporan seramai lima penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin,  maut.

Kenyataan itu sebaliknya mendakwa cuma seorang penonton disahkan meninggal dunia dalam festival muzik tersebut.

Menurut kenyataan itu, laporan polis telah dibuat dan penganjur akan berkerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk menyiasat punca kejadian.

Future Music Festival Asia yang berlangsung dari 13 Mac hingga 15 Mac 2014 membariskan lebih 70 bintang hebat dalam industri hiburan tempatan dan antarabangsa, antaranya Pharrell Williams dan Yuna. Polis menutup beberapa bahagian Stadium Bukit Jalil untuk menghalang penonton konsert memasuki kawasan festival.

Pharrell, Macklemore & Ryan Lewis dan Rudimental dijadualkan mengadakan persembahan pada hari terakhir semalam.

Penyanyi rap tempatan, Sayla berkata, mereka tidak tahu mengenai jadual persembahan pada hari ini.

"Saya tidak tahu apa yang berlaku. Kami semua hanya melepak di belakang pentas menunggu sebarang arahan. Kami dijadualkan melakukan persembahan tetapi kami masih menunggu.


Bassment Sindiket sepatutnya membuat persembahan dahulu sebelum kami tetapi baru sahaja sebentar, persembahan mereka dihentikan,” katanya.

Pihak penganjur FMFA terpaksa membatalkan hari terakhir festival itu selepas polis menasihatkan mereka berbuat demikian. "Demi kepentingan keselamatan awam, kami mengambil dan menerima nasihat pihak berkuasa untuk tidak meneruskan hari ketiga FMFA 2014. "Ini juga adalah untuk membantu siasatan yang sedang berjalan.


"Kami menghargai kerjasama dan penerimaan baik semua pihak serta akan berkongsi maklumat terkini mengenai perkara ini secepat mungkin," kata pihak penganjur dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook festival itu.

Media termasuk media sosial semalam,  melaporkan seorang mati di tempat kejadian, di Stadium Bukit Jalil, manakala seorang lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Tiga yang lain meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM ).

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmed Salleh sembilan penonton turut ‘tumbang’ sekitar jam 1.30 pagi gara-gara mengambil dadah ketika menyaksikan konsert berkenaan.

Sepengetahuan saya, kita belum mendengar ada kejadian kematian seramai ini di konsert kerana dadah sama ada di negara Islam atau negara bukan Islam di rantau ini.

Tidakkah kita sudah mencipta rekod dalam bidang ini? Apakah kita wajar bangga atau kesal dengan kejadian ini?

Kita harap kejadian ini menjadi pengajaran dan penganjuran sebarang festival atau konsert (jika dibenarkan) di masa hadapan hendaklah dijamin ‘bebas dadah dan arak’.

Saturday, March 15, 2014

BENARKAH PESAWAT MH370 DIRAMPAS, KERAJAAN BUAT PENGUMUMAN TENGAH HARI INI?



Pesawat Malaysia Airlines MH370 dikatakan dirampas.

Satu aporan berita oleh AP yang memetik seorang pegawai kerajaan Malaysia berkata rampasan itu bukan hanya lagi satu teori tetapi ia adalah 'konklusif'.

Bagaimanapun, motifnya belum diketahui.

Laporan agensi berita itu menyebut: "No motive has been established and no demands have been made known, and it is not yet clear where the plane was taken, said the official, who spoke on condition of anonymity because he was not authorized to brief the media.

The official said that hijacking was no longer a theory. "It is conclusive," he said.
  
Malaysiakini, yang turut melaporkan perkara ini yang memetik AP, berkata pegawai tersebut, yang terlibat dalam penyiasatan itu, berkata mereka telah menentukan bahawa salah seorang juruterbang atau orang lain yang mempunyai pengalaman terbang, telah merampas pesawat itu.

Sejauh ini masih tidak jelas ke mana pesawat itu berada.

Teganukini yang memetik laporan Malaysiakini menyebut, spekulasi bertiup kencang bahawa kerajaan Malaysia akan mengumumkan perkara itu dalam sidang akhbar yang dijadual pada 1 tengah hari ini.


Semalam, pada hari ketujuh operasi mencari dan menyelamat (SAR) pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak menolak kemungkinan pesawat itu dirampas. "Saya tidak boleh menolak kemungkinan itu," kata beliau yang juga merupakan menteri pertahanan dan menambah kesemua maklumat daripada sumber tidak dinamakan dari Amerika Syarikat (AS) sedang dikaji.

"Terdapat banyak komen daripada sumber tidak dinamakan dari AS. Kita tidak akan keluarkan maklumat yang belum disahkan atau disokong pihak berkuasa yang relevan. Kita juga tidak mahu memberikan komen yang dilaporkan media memetik sumber tidak dinamakan."

Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 Sabtu lepas bertambah mendebarkan apabila Operasi SAR pesawat yang membawa 239 penumpang itu kini diperluaskan ke sebelah timur Laut China Selatan dan kawasan barat Lautan Hindi, meskipun kemungkinan untuk menyelamat semakin tipis.

Apapun, Hishammuddin menegaskan, kerajaan tidak menoleh ke belakang dalam usaha itu supaya perkembangan baharu dapat disampaikan kepada anggota keluarga yang terlibat.

 "Saya sendiri susah nak berdepan dengan keluarga terlibat, lebih-lebih lagi tiada maklumat dan perkembangan yang boleh dimaklumkan kepada mereka," katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 di Sepang semalam.

Ditanya mengapa kawasan pencarian diperluas, Hishammuddin berkata: "Kami tidak menemui pesawat itu dalam kawasan yang diliputi."

Sebelum ini, operasi SAR memberi tumpuan kepada dua kawasan iaitu Selat Melaka dan Laut China Selatan. Hishammuddin berkata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB), yang membantu menganalisis data kasar daripada pihak ketenteraan, memberitahu bahawa Malaysia telah membuat keputusan yang betul untuk memberi tumpuan kepada kedua-dua kawasan itu.

Menjawab soalan mengenai kebanjiran maklumat yang bercanggah mengenai insiden itu sejak hari pertama kejadian, Hishammuddin menegaskan pihak berkuasa Malaysia akan hanya mengeluarkan maklumat yang boleh dipercayai.

"Maklumat (bercanggah) itu bukannya datang daripada kami tetapi daripada spekulasi. Sebab itulah kami mengadakan sidang akhbar setiap hari untuk menyangkalnya," kata beliau.


Sambil memberi contoh mengenai laporan berita berhubung satelit China yang didakwa merakam kemungkinan imej serpihan di Laut China Selatan, beliau berkata perkara itu bukan sahaja disangkal oleh Malaysia malah kerajaan China juga. "(Ia adalah satu) perkembangan normal (untuk memperluaskan kawasan pencarian).

Untuk kawasan berkenaan (yang diliputi kini), kami belum menemui apa-apa, kami meningkatkannya dari semasa ke semasa...buat masa ini, secara harian," kata Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan. Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata pasukan SAR bersama-sama dengan rakan antarabangsa kini menggiatkan pencarian itu di bahagian timur Laut China Selatan serta di Lautan Hindi.

Dalam pada itu, Hishammuddin menyatakan rasa terharunya dengan sokongan padu rakyat Malaysia, selain bantuan daripada pelbagai negara dengan peralatan yang canggih.

"Bagi saya, itu memberi semangat untuk teruskan usaha mencari sehingga dapat maklumkan kepada keluarga perkembangan yang lebih positif," katanya.

Hishammuddin berkata 57 kapal dan 48 pesawat dari 13 negara kini terlibat dalam operasi SAR pesawat itu, yang hilang setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi pada 8 Mac lepas, semasa menuju ke Beijing.

"Keutamaan kami adalah untuk mencari pesawat ini. Kami menggerakkan usaha mencari berdasarkan semua petunjuk dan terus bekerjasama rapat dengan rakan-rakan antarabangsa.



"Kami bersyukur dengan bantuan diberikan rakan-rakan dan jiran-jiran, yang terus membantu kami dengan berkongsi data dan sumber mereka dalam usaha kami mencari MH370," katanya pada satu sidang media di Hotel Sama-Sama, Sepang petang semalam.

Turut memberi jaminan untuk tidak berputus asa dalam usaha pencarian itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya.

Azharuddin berkata pihaknya akan terus mencari pesawat itu dengan menggunakan apa sahaja kaedah, apatah lagi usaha itu turut menerima bantuan daripada pakar antarabangsa termasuk Amerika Syarikat dan United Kingdom. Ahmad Jauhari pula berkata: "Warga MAS masih tabah untuk menolong waris para penumpang dan anak kapal.

Tak pernah berputus asa dan akan lebihkan pertolongan kepada waris penumpang dan anak kapal." Hishammuddin juga memberi jaminan untuk menjaga kebajikan keluarga penumpang termasuk yang berada di China, di mana beliau berhubung setiap hari dengan para pemimpin China manakala MAS pula menghantar kira-kira 100 pekerjanya ke China untuk tujuan itu.

JANGAN TABUR JANJI BARU JIKA YANG LAMA BELUM DIKOTAKAN….

 

Sepanjang tempoh 25 tahun yang lalu, kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang hanya dua kali di menangi Barisan Nasional, iaitu 1995 dan 2004.

Selebihnya sama ada dimenangi oleh DAP, PAS dan juga PKR. Kajang adalah sebuah bandar yang membangun dengan kawasan industri, komersial dan perumahan serta turut mempunyai kampung-kampung tradisi dengan penghuninya aktif dalam bidang pertanian.

Berdasarkan statistik Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk PRU13 pada Mei tahun lepas, pengundi Melayu terdiri daripada 48.48 peratus, Cina (40.46 peratus) dan India (10.15 peratus).

Tidak sampai setahun selepas PRU13 pada 5 Mei tahun lepas, pengundi DUN Kajang perlu sekali lagi membuat keputusan siapa yang mereka pilih sebagai wakil kawasan itu ke Dewan Undangan Negeri Selangor.

PKR sehari selepas kerusi itu dikosongkan wakilnya Lee pada 27 Januari, telah mengumumkan akan menurunkan Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga ketua pembangkang sebagai calon parti itu untuk PRK 23 Mac ini.

Bagaimanapun, akibatkan disabitkan kesalahan liwat oleh Mahkamah Anwar tidak layak ertanding dan digantikan dengan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sebanyak 39,278 pemilih berdaftar layak mengundi pada pilihan raya itu, termasuk 1,197 pengundi awal dan 26 pengundi dalam kategori tidak hadir atau berada di luar negara.

DUN Kajang pada PRU 1986 dan 1990 dimenangi calon DAP, iaitu Chan Kok Kit (1986) dengan majoriti 1,651 undi dalam pertandingan lima penjuru, dan bekas Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw (1990) mengalahkan calon BN Khoo Chai Hong dengan majoriti 3,911 undi.

BN menang pada PRU 1995 apabila calonnya Choong Tow Chow daripada MCA mengalahkan calon Pas Dr Safie Ibrahim dengan majoriti 7,705 undi, dan pada PRU 1999 kerusi itu menjadi milik Pas apabila calonnya Dr Shafie Abu Bakar menewaskan Choong dengan majoriti tipis 37 undi.

Pada PRU 2004, BN merampas kembali kerusi itu apabila calonnya Datin Paduka Low Lee Leng daripada MCA menewaskan calon PKR, Kim Sin dengan majoriti 2,773 undi.

Sejak dua PRU lepas, pada 2008 dan 2013, DUN Kajang menjadi milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila pada 2008 calonnya Lee Kim Sin mengalahkan penyandang kerusi itu Low Lee daripada MCA dengan majoriti 3,268 undi.

Pada PRU13, Mei lepas, calon PKR Lee Chin Cheh mempertahankan kerusi itu bagi PKR dengan memenanginya majoriti undi 6,824 dalam pertandingan enam penjuru.

Jadi agak aneh apabila Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli terpaksa menimbulkan pelbagai isu seperti menyalahkaan BN dalam mengatasi isu penting yang perlu diatasi di Kajang.


Kenapa sekarang?

Contohnya, Rafizi mendakwa spesifikasi sistem saliran di Kajang yang berusia lebih 20 tahun tidak mampu menahan bencana banjir jika berlaku musim hujan ditimbulkan.

Beliau mengatakan kelemahan perancangan bandar sedia ada yang tidak mengikut perkembangan semasa dari segi pertambahan populasi dan kepesatan pembangunan menggambarkan sistem saliran sedia ada semakin kritikal. "Ini kerana spesifikasi saliran sedia ada dibuat sejak 20-30 tahun lalu, sebelum pertambahan populasi pada kadar yang ada sekarang. Sudah tentu selepas 30 tahun, pembangunan pesat, kapasiti saliran itu menjadi tidak mencukupi," katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan Utama PKR, di Batu 12 Cheras, kelmarin

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kejadian banjir kilat yang berulang antara 2008, 2011 dan 2012 yang telah menjejaskan pusat bandar Kajang dan beberapa kawasan di sekitar daerah itu.

Tambahnya, jika Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diberi peluang pada PRK DUN Kajang, 23 Mac ini, masalah banjir kilat itu akan diberi perhatian, sesuai dengan peruntukan ADUN untuk menaik taraf sistem saliran yang kritikal. Persoalannya apa dibuat dengan peruntukan ADUN 2008 yang lalu?

Kenapa dipersalahkan BN dan hanya mahu melakukannya dengan peruntukan akan datang?

"Perbelanjaan untuk naik taraf infrastruktur itu tinggi, sebab itu masalah banjir kita tidak spesifik kerana perlu mengikut kemampuan ADUN, “ katanya..


"Saya yakin jika calon kita diberi peluang menjadi ADUN, saya yakin beliau akan mengenal pasti 2-3 kawasan kritikal untuk dinaik taraf kemudahannya," katanya lagi.

Amat jelas Rafizi tidak melihat sejarah siapa ADUN di kawasan berkenaan sejak 25 tahun yang lalu. Seperti saya sebutkan di atas, bagi parti yang mengawal DUN Kajang untuk tempoh 10 tahun, umpamanya DAP dari 1986 hingga 1995, dan antara 2008 hingga 2014 di bawah PKR, sepatutnya mendekati isu ini secara jujur. Antara 1995 hingga 2003, DUN Kajang bertukar tangan iaiu antara MCA, PAS dan MCA, sekali lagi menyebabkan putus kesinambungannya.

Apapun, semua ADUN yang pernah memang di Kajang  sewajarnya turut bertanggungjawab ‘menjawab’ apa yang diperkatakan oleh Rafizi itu.

Berbanding MCA yang menerajui Kajang selama dua penggal, pembangkang selama lima penggal antara DAP, PAS dan PKR, apakah sumbangan mereka?

Calon PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kelmarin menyeru kepada pengundi Kajang supaya bersamanya untuk melakukan perubahan pada negara.

Jelasnya sudah tiba masanya untuk BN berehat daripada arena politik tanah air, justeru langkah pengundi Kajang ialah dengan memberi kemenangan kepadanya ini sekaligus memberi 'signal' kepada BN bahawa parti itu sudah tidak diterima lagi.

Beliau menawarkan empat teras utama iaitu mahu memastikan Kajang tidak lagi berhadapan dengan masalah kesesakan lalu lintas yang teruk menerusi Pelan Trafik Bandar Kajang 2018. "... melantik jururunding trafik bebas untuk menilai dan mengkaji penyelesaian kepada kesesakan lalu lintas di bandar Kajang," ujarnya.

Tonggak utama manifesto yang digariskan PKR di PRK N25 Kajang ialah memastikan kadar jenayah dan kawalan keselamatan di kawasan ini dapat dipertingkatkan. "Teras ketiga ialah membangunkan anak muda dan usahawan kecil dengan mewujudkan Pusat Khidmat Kerja bagi menganjurkan program-program khusus untuk latihan pekerjaan dan nasihat kerjaya kepada golongan muda, selain meningkatkan peluang orang muda untuk menceburi perniagaan melalui program latihan keusahawanan percuma dan penyediaan kiosk-kiosk moden untuk peniaga kecil. "Teras terakhir ialah meningkatkan pembangunan dan penyelenggaran bandar iaitu dengan meningkatkan prestasi kutipan sampah dengan mengusahakan tapak pelupusan sampah dan sisa pepejal yang baharu yang mesra alam bagi memendekkan jangka waktu kutipan sampah, selain memperkenalkan kaunter aduan bergerak wakil rakyat di kawasan perumahan pada setiap bulan bagi memudahkan rakyat setempat tampil membuat aduan," jelasnya ketika melancarkan manifesto di Pusat Gerakan Utama PKR, di Bangunan Mat Saman, di Kajang.
 
Kerana itu tidak pelik sekiranya Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong mencabar kerajaan negeri yang memasuki penggal kedua supaya menyediakan kemudahan infrastuktur yang sempurna bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Kajang yang semakin kritikal.

Beliau memandang serius terhadap sikap 'lepas tangan' kerajaan negeri yang gagal menambah baik lalu lintas sedia ada hingga boleh melumpuhkan bandar Kajang pada waktu puncak.

"Pakatan Rakyat harus insaf bahawa masalah kesesakan lalu lintas adalah satu masalah sangat serius. Kenapa kerajaan boleh gunakan dana rakyat untuk bina jejambat i-City tetapi di sini (Kajang) mereka tidak beri apa-apa sedangkan isu rakyat perlu diutamakan?," katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi, di Sungai Chua, di Kajang, kelmarin.

Biarpun MCA tewas pada PRU13 lalu, namun Kerajaan Persekutuan masih menjalankan tanggungjawab mereka dengan membawa masuk projek Projek Laluan 1 Transit Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang yang dijadualkan siap menjelang 2018. Jangan pula projek MRT k itu diputarbelit oleh pembangkang sebagai projek mereka sedangkan ia atas belas ihsan kerajaan negeri," katanya.

Pemimpin pembangkang memang kaki puterbelit kerana mereka boleh menuduh kerajaan BN tidak menunaikan janji pilihan raya, sebaliknya mereka sendiri melakukannya termasuk mengenakan caj cukai pintu dan lesen perniagaan yang tinggi. "Dulu kata tidak akan naik cukai pintu, saya hairan mereka gunakan DBKL sebagai contoh untuk belasah BN. Kenapa mereka membisu soal kenaikan lesen, dari 46 hingga 500 peratus pada masa ini. Mereka tidak memikirkan soal hidup orang susah dengan menaikkan kadar lesen sewenang-wenangnya?" katanya lagi.

Melihat kepada sumbangan pembangkang sejauh ini kepada penduduk di Kajang dan dengan tawaran-tawaran terbaru itu, pengundi di kawasan berkenaan seharusnya tidak terpedaya dengan janji manifesto baharu pakatan pembangkang itu.

Ini kerana pada ketika janji yang dibuat semasa Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, belum mampu ditunaikan, mereka mempersembahkan pula janji baru.

Seperti ditegaskan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kelmarin bahawa janji baharu itu sekadar 'umpan' bagi memperdaya pengundi untuk memilih Dr Wan Azizah yang dipertaruhkan bagi menggantikan suaminya pada pilihan raya kecil, 23 Mac ini.


Sebaliknya, pengundi perlu mencuba pula apa yang dapat dilakukan oleh calon BN Datuk Paduka Chew Mei Fun yang berdisiplin, mempunyai komitmen tinggi dan boleh memberi tumpuan sepenuhnya untuk membela pengundi Kajang.

"Chew boleh menjadi jambatan antara rakyat dan Putrajaya...Chew tak perlu fikir mengenai Permatang Pauh, PKR atau nasib suaminyaa, sebaliknya dia boleh memberi tumpuan kepada rakyat di sini," katanya.

Pada ketika pembangkang meminta pengundi ‘merehatkan’ BN, pengundi juga boleh memastikan pembangkang menerima pengajaran berguna sekiranya melakukan tindakan atau agenda mengosongkan kerusi dimenangi merea pada sesuatu pilihan raya.

Pembangkang wajar ditolak jika menjadikan pilihan raya hanya untuk keuntungan politik sebaliknya tidak menunaikan janji mereka, apa lagi jika terus meneruskan menuding jari kepada kerajaan yang sudah terbukti ‘mendahulukan rakyat’ dalam semua perkara.

Wednesday, March 12, 2014

MISTERI MH370 - APABILA SESETENGAH MAKLUMAT BOLEH DIBERITAHU, SESETENGAH TIDAK...


Seluruh dunia sedang memerhatikan Malaysia.

Demikian tegas Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dalam fecebooknya kelmarin. Keluarga dan rakan-rakan 227 penumpang dan 12 anak kapal juga memerhatikan setiap langkah diambil pihak berkuasa.

Pakar pnerbangan mengatakan tidak mungkin pesawat yang mempunyai sayap selebar 200 kaki terhempas atau hilang di udara begitu sahaja.

Sebarang langkah yang silap akan menghilangkan keyakinan dan kepercayaan mereka bahawa Malaysia bersungguh-sungguh dalam misi mencari dan menyelamat ini.

Perdana Menteri hari ini menegaskan beliau amat memahami perasaan keluarga penumpang dan krew pesawat berkenaan. Mereka jelas tidak berpuas hati melainkan mereka mendapat perkhabaran yang tepat tentang nasib orang tersayang.

"Keluarga yang terlibat juga perlu sedar ini satu kejadian yang tak diduga sama sekali dan kita kena faham bahawa segala usaha sedang dilakukan dan secara bersungguh-sungguh. Macam mana pun sebagai orang Islam, kita kena terima hakikat bahawa Allah yang menetukan segala-galanya. Ujian Allah ini, ketika kita sedang senang dan mewah pun diuji, ketika kita menghadapi musibah atau balapun kita diuji," katanya.

Datuk Seri Najib Razak turut mengajak rakyat Malaysia bersatu hati dan bersama-sama menyokong segala usaha habis-habisan yang sedang dilakukan untuk mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak Sabtu.


Najib mengingatkan bahawa bagi umat Islam, mereka diajar supaya menerima hakikat bahawa Allah menentukan segala-galanya, dan perlu menerima qada dan qadar Ilahi.

"Kita perlu menghadapi ujian besar Allah ini dengan penuh ketenangan, kita mesti berusaha sedaya upaya kita, dengan segala kemampuan dan kekuatan yang ada pada kita. Ini yang sedang diusahakan habis-habisan oleh kerajaan," katanya. Najib berkata walaupun dengan segala kecanggihan teknologi yang ada, akhirnya umat Islam perlu menerima bahawa mereka hanyalah manusia biasa yang lemah dan kerdil.

"Sememangnya pesawat Boeing 777 antara yang paling canggih yang ada track record amat baik. Kita mempunyai segala pengalaman dalam pengendalian pesawat ini, tapi akhirnya kita kena terimalah, kita ni manusia biasa (yang) lemah dan kerdil, kepada Allah juga kita berserah," katanya.

Najib menegaskan bahawa kerajaan dengan bantuan sembilan buah negara dan berbekalkan peralatan yang canggih, bertungkus-lumus dalam usaha mengesan pesawat berkenaan. "Kerajaan lakukan segala-galanya (termasuk) tambah aset, pesawat dan kapal dengan peralatan canggih, dengan sonar dan sebagainya dan mudah-mudahan saya yakin Insya-Allah lambat laun kita akan jumpa juga.

"Soal bila, tapi dalam keadaan sekarang kita terpaksa banyak bersabar dan berdoa," katanya.


Sejauh ini amat nyata Malaysia berdepan dengan kesukaran untuk menjelaskan kepada negara-negara lain bagaimana mereka akhirnya dapat mengesan pesawat MH370 berpatah balik dan dapat dikesan sehingga 2.40 pagi pada Sabtu, iaitu waktu sama semasa MAS mengatakan buat kali pertama mengenai kehilangan pesawat itu. Apa yang pasti, nyawa 239 orang masih dalam bahaya sehingga ia ditemui.

Masa terus terbuang sehingga Malaysia bekerjasama dan mengikut nasihat Beijing untuk memberitahu apa yang mereka tahu tentang pesawat MH370. Ada laporan mengatakan kesabaran semua pihak kini sudah semakin menipis dengan percanggahan pelbagai maklumat berkenaan kehilangan pesawat MH370.

Menurut laporan itu mood rakyat Malaysia sekarang berubah daripada bersabar dalam misi pencarian MH370 yang membawa 239 penumpang kepada berasa malu dan marah kerana percanggahan maklumat tentang penumpang, bagasi dan maklumat disembunyikan mengenai kedudukan terakhir pesawat yang diketahui.

Apakah ini menggambarkan ada maklumat disembunyikan?

Persoalan juga kenapakah  percanggahan maklumat yang berlaku? Ataranya:

1. Ada lima penumpang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 777-200ER untuk ke Beijing awal pagi Sabtu tetapi bagasi mereka dipunggah masuk kerana tidak muncul untuk menaiki pesawat.

Sehingga Isnin, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengatakan ia berlaku dan bagasi dipunggah masuk dan melepasi pemeriksaan keselamatan. Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengatakan ia tidak berlaku dan MAS kemudiannya mengesahkannya pada sebelah petang. Mengapa pegawai-pegawai MAS tidak memberikan penjelasan serta merta semasa Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman mendedahkan perkara itu sebelum ini?

2. Pendedahan kemungkinan pesawat penumpang itu mungkin berpatah balik dan terbang ke Selat Melaka apabila hilang daripada radar?

Ada pihak bertanya mengapa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengambil masa begitu lama untuk berkongsi maklumat dengan pasukan mencari dan menyelamat serta orang awam? Maklumat disembunyikan ini menyebabkan semua pihak mencari MH370 di tempat yang salah. Penyembunyian maklumat menyebabkan orang ramai tertanya-tanya akan langkah janggal untuk mencari di Lautan Andaman, Selat Melaka dan kawasan sempadan antara Malaysia dan Thailand.


Semalam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesahkan mereka tidak menerima sebarang maklumat mengenai isyarat berpatah balik Boeing 777-200ER sebagaimana yang dikatakan oleh TUDM. Sehingga semalam Vietnam mengatakan akan menambah lebih banyak kapal dalam misi mencari dan menyelamat intensif untuk mencari pesawat MH370.

3. Terdapat pula misteri dua warga Iran yang menggunakan pasport curi warga Itali dan Austria bagi perjalanan ke Eropah melalui Beijing.

 Polis antarabangsa Interpol mengatakan kedua-dua lelaki itu menggunakan pasport asal ketika meninggalkan Iran untuk ke Malaysia sebelum menggunakan pasport curi dan menaiki pesawat MH370 untuk ke Beijing pada 8 Mac. Imigresen Malaysia mengatakan kedua-dua lelaki itu menggunakan pasport curi untuk memasuki Malaysia pada 28 Februari. Namun, Interpol pula mengatakan mereka masuk ke Malaysia menggunakan pasport Iran. Siapa yang betul? Apakah pertukaran pasport itu berlaku di atas pesawat?

4. Pendapat orang awam, khususya rakyat Kelantan dan Terengganu kini turut diberikan perhatian.

Seorang petani yang berasal dari Tumpat, Kelantan mendakwa terlihat sebuah pesawat terbang rendah sekitar jam 2 pagi pada hari pesawat MH370 dilaporkan hilang, demikian lapor Astro Awani. Ibrahim Konok mendakwa beliau melihat kesan kebakaran pada ekor sebuah pesawat selama lima minit semasa berada di ruang angkasa sewaktu dia menanam lada di ladang semaian terbuka. “Pakcik pun melilau tengok atas ni nampak api keluar (hak) dekat belakang sekali. Di ekor dia tu. Nampak pelik kapal terbang tu. Ia terus terbang ke laut. Ke Pantai Tujuh. Pakcik tengok sampai habis rokok sebatang di tangan,” katanya seperti dilapor Astro Awani.

Ibrahim, 59, turut mendakwa terlihat lambang Malaysia Airlines (MAS) di ekor pesawat sebelum hilang daripada penglihatan kira-kira lima minit kemudian. Mendengar tentang berita kehilangan pesawat MAS itu, Ibrahim membuat laporan polis pada hari berikutnya.


Sementara lapan penduduk di Kampung Pantai Seberang Marang di Marang mendakwa mendengar bunyi dentuman yang kuat pada pagi Sabtu lalu datang dari timur laut Pulau Kapas, kemungkinan ada kaitan dengan pesawat MAS MH370 yang hilang. Berikutan itu mereka membuat laporan di ibu pejabat polis Daerah Marang kira-kira pukul 10.30 pagi semalam. Alias Salleh, 36, berkata pada pukul 1.20 pagi berkenaan ketika beliau bersama tujuh lagi rakannya sedang bersantai duduk di bangku kira-kira 400 meter dari pantai Marang, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi kuat seperti kipas kapal terbang.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Mohd Yusri Mohd Yusof, 34, berkata bunyi yang kuat dan agak pelik itu pada awalnya disangkakan fenomena tsunami. Mohd Yusri turut mendakwa beberapa kawannya termasuk pemancing dan nelayan turut mendengar bunyi aneh berkenaan dari arah pantai.

Tidak diketahui sejauh mana kerajaan atau pihak berkuasa menggunakan ‘maklumat rakyat’ ini untuk dijadikan petunjuk.

China turu menggunakan lebih banyak sumber dan 10 statelit untuk memantau kawasan tersebut bagi mencari pesawat penumpang yang membawa dua pertiga warganegaranya.

Adakah satu perkara yang tidak munasabah jika China marah dan meminta Putrajaya untuk lebih terbuka dengan maklumat pesawat MH370 yang hilang? Adakah ia sesuatu yang mengejutkan jika Vietnam meminta perkara sama?

4. Kita juga tidak dimaklumkan hingga kini, ‘apa jadi’ dengan berita kononnya keluarga penumpang diminta bersiap sedia untuk diterbangkan ke satu destinasi yang tidak diumumkan.

Diterbangkan ke mana? Yang pasti cuma keluarga penumbang China diterbangkan ke sini.

Persoalannya, apakah kita akan disogokkan dengan lebih banyak percanggahan maklumat atau mungkini maklumat disembunyikan dan akan terbongkar tidak lama lagi?

Juga pertanyaan ialah apakah kerajaan dan agensi terbabit tidak memberitahu sesetengah maklumat kepada awam, sebaliknya mungkin kepada keluarga penumpang?

Apakah benar telahan Clive Kessler, Profesor Emeritus Sosiologi dan Anthropologi di University New South Wales di Sydney yang mengataka, “Kerajaan Malaysia cuba menyorok kebenaran dalam pencarian pesawat MAS yang hilang.”

Kata Prof berkenaan pentadbiran Najib menghantar mesej bahawa rakyat perlu membenarkan kerajaan supaya ‘kerajaan memberitahu rakyat apa yang mereka ingin tahu, bila mereka perlu mngetahuinya dan tidak mungkin sebelumnya (sebelum kerajaan beritahu).

Selain itu, apakah kita perlu terus menunggu dan tertanya-tanya selama lebih 24 jam sebab-sebab perluasan misi mencari dan menyelamat di pantai Sumatera dan Lautan Andaman hanya kerana kenyataan Ketua Pengarah DCA, Azharuddin mengatakan: “Ada sesetengah perkara saya boleh beritahu anda dan ada sesetengah perkara tidak boleh.”


Lebih penting lagi apakah penangguhkan perkongsian maklumat ini akan menyebabkan misi mencari dan menyelamat 239 penumpang dalam pesawat MH370 yang sudah hilang lebih 100 jam sekarang menjadi lebih sukar?

Atau kita mematuhi `saja seruan Perdana Menteri supaya "Kita kena bersama-sama dengan segala usaha yang dilakukan kerajaan, bersatu hati dan berdoa," kata perdana menteri ketika ditemubual stesen televisyen AlHijrah hari ini.

“Mudah-mudahan Insya-Allah apa yang kita harapkan sesuatu pengetahuan yang boleh menutup isu ini sama sekali akan dapat kita kesan tidak berapa lama lagi," katanya dengan harapan seperti juga pencari dan penyelamaat, keluarga penumpang pesawat MH370 dan rakyat Malaysia amnya.

Sumber - Pelbagai

Tuesday, March 11, 2014

MAJLIS PEGUAM TOLONG BERITAHU ANWAR MEMANG MELAKUKAN LIWAT

Baca dulu kemudian fikir.


Terang lagi bersuluh bahawa ‘liwat’ dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kata Majlis Peguam, “apa yang jelas merupakan hubungan seks suka sama suka antara dua orang dewasa”.

Selain itu Majlis Peguam mendakwa: “Anwar melakukannya atas dasar kerelaan mangsa.”
 

Nak kata apa lagi? Selain Majlis Peguam, Karpal Singh turut mengakui perbuatan terkutuk itu. Karpal Singh cuma mempertikaikan kenapa Saiful tidak lari…

Dengan bukti sebegini, apakah orang Islam, khususnya dalam PAS masih tetap mengatakan ‘liwat’ tidak berlaku?

Banyak pihak menunjukkan simpati kepada Anwar seolah-olah boleh melupakan perbuatan terkutuk itu demi politik, menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) serta menjayakan hasrat untuk merebut Putrajaya.

Apakah orang sebegini layak untuk menjadi Perdana Menteri? Tun Dr Mahathir Mohamad sampai sekarang istiqamah dengan kenyataannya bahawa ‘orang sebegini tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri’.

Ada bekas pemimpin UMNO mengatakan cara menghukum Anwar akan memberikan kesan kepada politik dan pentadbiran negara yang akan menjadikan Barisan Nasional (BN) ditolak oleh rakyat.

Persoalannya, apakah sistem perundangan di negara kita ‘teruk sangat’ sehingga menjatuhkan hukuman sesuka hati?

Apakah pemimpin berkenaan merasakan mahkamah di Malaysia berpihak kepada UMNO dan BN, sedangkan banyak kes membabitkan saman oleh pembangkang dimenangi oleh mereka. Apa yang tidak kena dengan bekas pemimpin UMNO ini?

Apakah dia yakin Anwar tidak bersalah?

Pada Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, ketika kejadian berumur 23 tahun, di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.


Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar selepas mendapati beliau bersalah.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan dan memerintahkan Anwar membayar ikat jamin RM10,000. Hakim Balia memutuskan hakim perbicaraan terkhilaf dalam penghakimannya bahawa integriti sampel DNA telah tercemar.

Walau Anwar mungkin melakukan ‘liwat’ secara sukarela (seperti didakwa Majlis Peguam dan Karpal) atau secara paksa seperti diputuskan oleh mahkamah yang didakwa oleh Saiful, liwat sudah dilakukan oleh Anwar.

Saya menyebut ini berdasarkan fakta yang disebut oleh Majlis Peguam dan Karpal. Menurut Karpal, “Saiful tidak lari ke unit kondominium bertentangan dengan tempat untuk menyelamatkan diri.” Karpal menyifatkan Saiful seperti seekor kambing yang menurut sahaja semua arahan daripada Anwar dan merelakan dirinya diliwat."

Ulasan menarik mengenai isu Saiful tidak lari ini bukan baru malah sudah disebut Karpal berkali-kali. Analisis menarik mengenai perkara ini dibuat melalui blog anwaraidc yang saya petik sebahagian daripadanya:

Isu ini diperkatakan oleh AIDC pada 07 Januari 2012 yang memetik dua penulis pro Pakatan Rakyat menyalahkan Karpal Singh kerana menggunakan hujah ‘suka sama suka’ sebagai perisai utama untuk mempertahankan Anwar.

Menurut AIDC:

"...shalehudin.blogspot.com, blog pro PAS keliru kenapakah Karpal akhirnya menumpukan terhadap hujah-hujah yang mengesahkan kepada kejadian liwat itu benar-benar berlaku dengan menekankan aspek elemen suka sama suka. 

“Sebagai seorang peguam kanan yang berpengalaman, penulis tidak rasa YB Karpal Singh mempunyai masalah untuk menggulung kes fitnah yang membabitkan Datuk Seri Anwar tanpa dalam masa yang sama, menimbulkan persoalan-persoalan yang boleh merosakkan dan menghancurkan karier politik Anwar di masa hadapan. “Justeru, penulis tidak faham kenapa dalam penggulungan kesnya semalam (sebelum Timbalan Pendakwaraya mengambil tempat), Karpal lebih banyak menimbulkan hujah-hujah yang menjurus kepada kejadian liwat itu benar-benar berlaku tapi atas kapasiti suka sama suka, bukan secara paksa seperti yang didakwa Saiful. 

Sementara itu, Azman Ariffin dari laman suarapakatanrakyat.com mengakui penggulungan kes liwat II tidak begitu baik. “Komen-komen Karpal kepada media bila ditanya mengenai kes ini juga menunjukkan yang dia sudah putus asa. Sikap ini dapat dilihat dari tindakan Karpal menyerahkan penggulungan kepada dua peguam junior iaitu Sankara Nair dan Ram Karpal secara bergilir dan tidak melakukannya sendiri sehingga akhir sepertimana sepatutnya.

“Akibatnya, hujah penggulungan dilihat tidak konsisten dalam menyatakan pembelaan. Malah, kita juga amat terkejut apabila Karpal seolah-olah cuba menggambarkan yang kejadian liwat itu berlaku secara suka sama suka“, katanya. Selain itu, kenyataan Karpal sendiri turut mengukuhkan kejadian liwat itu berlaku apabila tidak mempertikaikan tentang kewujudan bahan pelincir KY Jelly dan mengesahkan keterangan ‘makan karipap’ dan ‘minum kopi’. 

Antara hujah yang digunakan ialah Saiful punya banyak peluang untuk keluar dari bilik tidur itu sebelum dakwaan liwat itu dilakukan dan beliau memilih untuk tidak berbuat demikian. Karpal langsung tidak mempertikaikan tarikh, masa dan tempat kejadian iaitu di unit 1151 walaupun cuba menimbulkan keraguan terhadap unit tersebut sebelumnya. Karpal juga tidak mempertikaikan dakwaan mengenai kewujudan KY Jelly dan bahawa Saiful makan karipap serta minum kopi selepas kejadian. 

Hujah-hujah yang disediakan Karpal juga, tidak terdapat satu pun yang menerangkan bagaimana konspirasi dilakukan sehingga membolehkan DNA Anwar dijumpai di dalam dubur Saiful. Malah, nasihat Karpal untuk membiarkan bela diri dilakukan dari kandang tertuduh yang tidak boleh disoal-balas juga jelas adalah satu nasihat yang salah.

AIDCNews 5 Januari (2012) mendedahkan ‘strategi mengunakan hujah suka sama suka’ telah dimulakan Anwar sejak 7 Ogos 2008, ketika kes ini mula-mula disebut di mahkamah seksyen, Jalan Duta Kuala Lumpur. Strategi Anwar itu turut disokong oleh orang kanannya, Azmin Ali.

Ketika Anwar membangkitkan ‘hujah suka sama suka’ itu, Karpal Singh masih belum menjadi peguam Anwar, sebaliknya Ketua Peguam Bela Anwar diketuai oleh Sulaiman Abdullah. Apabila Sulaiman Abdullah meletak jawatan sebagai Ketua Peguam Bela Anwar pada 14 Julai 2009, Karpal Singh dilantik Anwar untuk menjadi Ketua Peguam Belanya yang baru.”

Dengan pendedahan oleh Majlis Peguam dan Karpal sendiri, kita memang sukar untuk menolak bahawa Anwar tidak melakukan perbuatan terkutuk itu.

Selebihnya terserah kepada Allah yang mengetahui segala-galanya untuk menghukum atau membebaskan Anwar. Yang pasti Saiful sudah mengaku dan memohon keampunan Allah di depan Kaabah.

Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, jalan terbaik untuk Anwar bukan ‘menegakkan benang yang basah’ di mahkamah.

Namun Anwar tetap dengan caranya.

Kali ini tanpa berlengah, bukan seperti perbuatannya sebelum ini 'melengah-lengahkan perbiaraan', semalam Anwar dilaporkan membayar wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Ketua pembangkang itu menandatangani dokumen ikat jamin di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Darmafikri Abu Adam.

Anwar, bersama-sama penjaminnya, ketua staf di ibu pejabat PKR Ibrahim Yaacob menemui Darmafikri di biliknya dan urusan itu selesai pada 12.45 tengah hari semalam. Turut hadir abang Anwar, Rosli Ibrahim.

Sementara itu, peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Anwar berkata pihak pembelaan mempunyai 10 hari untuk memfailkan petisyen rayuan sebaik menerima alasan penghakiman daripada Mahkamah Rayuan.

Walau apa jua keputusan terhadap rayuannya, Anwar yang sudah terpalit dengan ‘dosa liwat’ ini tidak boleh mengubah kesilapan dan kekhilafannya.


Jika menang pun di mahkamah pada rayuannya, dia sudah dibuktikan oleh Majlis Peguam dan Karpal bahawa memang berlaku liwat antara Anwar dan Saiful.

Soal paksa atau sukarela hanyalah akademik, selebihnya perbuatan terkutuk itu sudah berlaku dan Anwar sewajarnya mengakui dan memohon keampunan secara yang diredhai Allah.

Sewajarnya pemimpin PAS terutamanya Presiden Haji Abdul Hadi Awang tidak mengambil keputusan mahkamah untuk memberikan sokongan kepada Anwar secara berterusan.

Kenyataan Majlis Peguam dan Karpal (kalaupun bukan Islam) sewajarnya dijadikan panduan untuk merenung dan menilai di mana dan siapa Anwar sebenarnya.

Dengan menyatakan kesal dan kecewa dengan keputusan bolehkan dijadikan ‘simpati politik’, namun yang perlu dan sewajarnya dilakukan ialah merujuk kembali kepada Dewan Ulamak PAS serta ‘Tok Guru’ yang ada dalam PAS mengenai tingkah laku Anwar ini.


Jika berterusan menyokong membuta tuli terhadap Anwar yang 'disahkan melakukan liwat' oleh Majlis Peguam dan Karpal, pemimpin PAS tidak akan dihormati.

Kelak PAS akan dilihat sebagai parti yang turut menyokong liberalisme dan perbuatan ‘liwat’ oleh pemimpin parti  sekutunya.

Sudah pasti dengan sikap dan pendirian sedemikian, PAS akan menerima bala kekalahan demi kekalahan kerana bersekutu dengan pihak-pihak yang ‘memboleh dan menghalalkan’ seks bebas serta liwat tanpa batas!