Itu engkau orang punya pasal.
Rakyat amnya, orang Barisan Nasional (BN) dan UMNO pastinya tidak wajar masuk campur!
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan pasukan pencari dan penyelamat (SAR) tempatan dan antarabangsa kini dah masuk lapan hari berusaha sedaya mencari pesawat yang hilang. Pastinya meereka tiada masa untuk melayan isu seperti ini.
Kalau kaki penyaman seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim tu mahu saman The Mail pun wa tak kisah!
Ambillah duit tu bawa masuk ke dalam kubur sekali pun, wa tak preduli…
Yang wa peduli, jangan kaitkan dengan Bn atau UMNO atau ‘Najib & Rosmah’!
Riuh satu dunia kini bahawa ada orang yang dikatakan bersimpati dengan Anwar yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana meliwat, dilaporkan mengambil tindakan ‘rampas kapal terbang’.
Kita tidak mahu mempercayainya namun pertanyaan kalau betul, di buat dengan rela hati atau ‘disuruh dan dirancang’, kita tidak tahu.
Semalam riuh satu Malaya, pemimpin PKR marah kepada akhbar Britain berkenaan.
Harakahdailyonline membawa tajuk "PKR bidas The Mail, tidak relevan kait dengan Anwar” kerana media antarabangsa The Mail mengaitkan kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat MAS MH370, dengan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Naib Presiden PKR, Tian Chua pada sidang media memberitahu adalah tidak relevan untuk mengaitkan insiden itu dengan Anwar.
Beliau mendakwa maklumat yang disiarkan itu tidak benar dan hanya bersifat tanggapan yang tiada bukti kukuh.
"Ini isu keselamatan MAS, tidak releven langsung untuk dikaitkan dengan Anwar atau PKR," katanya di Bilik Gerakan Utama Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.
Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah mengakui bahawa Kapten Zaharie adalah ahli PKR, namun tidak wajar untuk dikaitkan insiden tersebut dengan PKR.
Beliau bagaimana pun berkata bersedia untuk memberi kerjasama jika dipanggil oleh pihak polis. "Zaharie sama seperti ahli yang lain, beliau menyertai PKR pada Januari tahun lalu di Cabang Subang. Isu ini tidak boleh kaitkan dengan PKR," tegasnya.
Setiausaha Agung PKR PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pula berkata walaupun Zaharie merupakan ahli seumur hidup parti itu, perkara ini mustahil berlaku kerana ia melibatkan nyawa ramai manusia yang tidak bersalah dan ini merupakan satu teori konspirasi politik yang tidak masuk akal.
"Semua dikaitkan dengan Anwar sangat unik dalam politik Malaysia. Namun mengenali Umno dan Barisan Nasional, kalau mereka kehabisan modal, sesuatu yang bersifat khayalan boleh menjadi nyata," kata Saifuddin.
Saifuddin berkata, isu sebenarnya adalah kerajaan Malaysia tidak kompeten dalam menguruskan kes pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu dengan 239 penumpang termasuk anak kapal.
Dengan pelbagai spekulasi mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, semalam akhbar The Mail melaporkan kemungkinan teori pesawat tersebut dirampas sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Anwar bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Soalnya kalau tidak betul bila nak saman?
Samanlah berbilion pound pun, biar bankrap akhbar tabloid tu.
Jangan nak lepaskan kemarahan kepada UMNO dan BN. Bertindak biar profesional, jangan ‘asyik salahkah orang lain saja’.
Tidak wajar Saifuddin kaitkan The Mail dengan dengan UMNO dan BN. Apakah The Mail, akhbar milik UMNO?
Apapun, rupa-rupanya rahsia Anwar sudah diketahui dunia dan ada juga media yang cuba mendedahkan perkara seperti ini. Mungkin ada orang BN dan UMNO yang kaya dah ‘beli’ The Mail kot.
Kalau tidak tak kanlah The Mail berani main kait-kaitkan nama ‘raja saman Malaysia’ tu.
Anwar pula apabila tersebar berita ini, kenapa tak kaitkan ‘Najib dan Rosmah’ seperti dalam isu ‘Bomoh Kelapa’ tu?
Kita tunggu perkembangan.
Jika Anwar dan PKR hanya berani saman ‘orang Malaya’ sahaja dan tidak The Mail, maknanya dia tu memang jaguh kampung!
Memang layak pun untuk dia bercita-cita mahu jadi Menteri Besar Selangor sahaja selepas beberapa kali gagal jadi Perdana Menteri.
Tapi kini kesian, sudahlah gagal mahu jadi MB Selangor, mahu bertanding di DUN Kajang pun tidak layak!
Kini bukan sahaja tidak layak jadi PM, nak jadi jaguh kampung pun tidak layak.
Yang layaknya hanya ke…sama-sama tahulah, seperti juga The Mail mungkin tahu tembelang sebenar Anwar dan konco-konconya!
Lebih menarik, silap-silap 'Raja Saman' itu akan turut menerima saman daripada raja bomoh yang semakin marah kerana dua tindakannya di KLIA menjadi isu di Dewan Rakyat, selain menjadi bahan gurauan dan ketawa masyarakat Malaysia dan antarabangsa.
setuju pandangan tuan seratus dua puluh peratus..
ReplyDeleteSegalanya nya Anwar.. dari liwat bersiri, ajen yahudi. ajen amerika, penyokong guy, melanggan pelacur, main bini orng, penyokong komunis, apa lg ye??? opss!!!.. sekarang berkomplot rampas kapal terbang pulak?? Huiiih jahat bebenor Anwar nih.. ni manusia paling jahat di Dunia... Patut kne penampor buaya dari raja bomoh vvip UMNO nih... hahahahahaha UMNO !! UMNO!!!
ReplyDeleteraja bomoh vvip UMNO?? Hahahaha.. kalau mamat tu raja bomoh UMNO, tak payah la buat video kata BN kalah dengan PR masa PRU yang lalu. Siap kata PR boleh menang 65% tu.. kah kah kah kah kah.. PRNgok.. PRNgok...
Deletewan tu budak bengap, mana dia tau raja bomoh dh jampi pr menang pru13.
ReplyDelete1. Sebab pemimpin pkr mahu makan duit percuma dari saman the mail. Tak muntah darah ke makan duit haram ?
ReplyDelete2. Aku setuju mengikut artikel the mail.
3. Cuma kerajaan Malaysia saja yang tidak sedar bahawa mereka tak tahu menangani rakyat parti pembangkang mereka.
4. Tak mahu menghukum pemimpin pembangkang yang meliwat, memfitnah, menyalahkan kerajaan, menuduh kerajaan, melemparkan pembohongan secara besar-besaran dalam dan luar Negara.
Jadi, pemimpin pembangkang si datuk seri pkr khas nya si peliwat, makin naik kepala, sehingga memupuk penyokongnya jadi perampas pesawat atau pengganas.
Mahkamah pun lembik, sudah jatuhkan hukum penjara 5 tahun, si banduan peliwat ni masih boleh bertikam lidah dekat ceramah prk. Apa punya Negara ni? Tak perlu bagi datuk seri ni buat rayuan lagi. Itu pasal dia boleh dapat simpati dari penyokong bangang!!!