Kementerian Pertahanan menyerahkan kapal selam SMD Quessant Agosta 70 kepada kerajaan negeri Melaka semalam. Kapal tersebut diletakkan di Muzium Kapal Selam, Kompleks Pelancongan Kelebang di Melaka Tengah.
Yang dok sibuk pasal kelengkapan pertahanan negara itu apakah mereka agen kepada pihak luar?
Kenapa mereka bersungguh-sungguh kononnya mendedahkan penyelewengan tetapi pada ketika yang sama sebenarnya memaksa kerajan ‘memberitahu’ kedudukan aset pertahanan kita.
Perlukah kita berpolitik sampai mendedahkan perkara-perkara yang membabitkan keselamatan negara?
Malah, berpolitik berlebihan dengan mempolitikkan berbagai perkara membabitkan angkatan tentera, termasuk asetnya boleh mengundang bala kepada keselamatan negara.
Soalnya apabila pendedahan dibuat oleh pembangkang, apakah ia benar dan menguntungkan rakyat dan negara?
Apakah pendedahan itu ikhlas atau seolah-olah menjadi agen kepada pihak tertentu untuk mengetahui kekuatan dan aset pertahanan kita?
Benar kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa ahli politik perlu tahu membezakan soal pertahanan negara dengan politik yang mempunyai garis pemisah antara kedua-duanya. Jelas sekali ada kalangan ahli politik khususnya daripada parti pembangkang menjadikan beberapa aset pertahanan negara sebagai modal politik yang akhirnya terbukti tidak berasas.
Siapakah yang untung daripada perbuatan ini?
Sewajarnya mereka tidak lagi mempolitikkan angkatan tentera, termasuk asetnya sehingga boleh memudaratkan pertahanan negara.
"Dulu apabila kapal terbang tidak ada enjin mereka menyindir saya, jelas bukan Menteri Pertahanan atau Panglima Angkatan Tentera Udara ataupun pegawai (yang terlibat) tetapi ia dicuri seorang sahaja dan kita telah melakukan pendakwaan. "Apabila kapal selam didakwa tidak boleh menyelam, kita bawa dia (Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng) menyelam," kata Ahmad Zahid.
Menteri itu berkata pembangkang sepatutnya mendapatkan penjelasan terlebih dahulu daripada Kementerian Pertahanan berhubung sesuatu perkara agar ia dapat ditangani dengan baik.
"Dapatkan penjelasan dulu daripada kami (Kementerian Pertahanan), jangan jadikan ini (aset pertahanan) bahan ceramah yang boleh mengelirukan rakyat... saya fikir tidak satu negara pun yang mendedahkan apa saja aset negara atau strategi pertahanan negara, tetapi mereka (pembangkang) nak tahu semua sekali. "Saya takut mereka menjadi ejen (pihak luar negara), kita tidak mahu jadi kurang pandai dalam menangani soal pertahanan," katanya.
Beliau berkata kesilapan sesuatu fakta bukan sahaja boleh mengelirukan rakyat malah boleh mengguris perasaan anggota profesional dalam angkatan tentera yang tidak terlibat dalam soal politik.
No comments:
Post a Comment