Friday, August 14, 2009

TAKBIR PAS DI SELANGOR KINI TAK-BEER, TAK-BEER….

Almarhum Dato' Ishak Baharom, mantan Mufti Selangor Almarhum tegas mengingatkan kita khamar itu adalah "Ummul qobaais-ibu segala maksiat-mother of all evil!)

Alhamdullilah, sengaja atau kebetulan isu mengenai penjualan arak di Selangor ini dapat kita sama-sama fikirkan pada hari ini – Jumaat - penghulu hari bagi segala hari.

Apakah isu penjualan arak di Selangor selesai?

Apakah hanya kerana Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan anggota jawatakuasa DAP pusat, Ronnie Liu bersetuju mematuhi arahan pucuk pimpinan pakatan pembangkang, isu ini selesai?

Apa yang selesai sebenarnya?

Apakah dengan bersalaman antara mereka di hadapan media, isu perjualan khamar ini selesai?

Apakah Hassan Ali tidak jadi letak jawatan hanya kerana mahu menunjukkan sikap berbaik-baik dan mewujudkan keredaan pertelingkahan antara parti dalam pakatan pembangkang demi pilihan raya kecil Permatang Pasir?

Berasaskan kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia memang sedemikian.

Bagi Anwar, dengan kedua-dua Exco itu sudah berjabat tangan, pergeseran terbuka antara kedua-dua mereka "sudah selesai". Fahamilah kata-kata ini dengan sebaik-baiknya – isu penjualan arak selesai atau pergeseran pemimpin yang selesai.

Bagi Anwar, pendirian ‘kita’ tetap sama, iaitu tidak menggalakan percambahan penjualan arak kepada orang Islam tetapi penjualan arak kepada orang bukan Islam kekal seperti sekarang. Tidak ada masalah berbangkit.

Baginya, isu arak ini sengaja dibangkitkan bagi menyorok isu mengenai PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Klang) dan rasuah.

Itulah cara Anwar. Mudah sahaja selesai, iaitu membangkitkan isu lain dan dikaitkan dengan isu ini untuk membersihkan pakatan pembangkang.

Perkara ini ditegaskan oleh Anwar selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Pakatan Rakyat di Tropicana Golf and Resort semalam.

Mesyuarat pakatan pembangkang itu turut dihadiri Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, tokoh veteran DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang pula mengulas perkara itu mendakwa isu arak tersebut merupakan isu lama dan diwarisi daripada kepimpinan Barisan Nasional (BN).

"Pun begitu, kita dapat selesaikan dengan baik, tanpa menyentuh antara satu sama lain di mana Islam dapat dilaksanakan dan orang bukan Islam dijamin haknya. Yang penting kita (Pakatan Rakyat) bersatu walaupun kita berbeza pendapat dan ideologi. Apa guna kita bersama kalau tidak bersatu," katanya.

Berbalik kepada kenyataan Anwar awal tadi, bagi pakatan pembangkang, termasuk Hadi sendiri, apakah isu penjualan arak ini selepas hanya kerana Hassan Ali dan Ronnie Liu berbaik semula?
Apakah penyelesaian isu ini dilakukan demi kepentingan politik atau melalui ekakmen, garis panduan dan peraturan?

Saya hairan kerana pakatan pembangkang tidak menyatakan sedikit pun mengenai langkah bukan politik – agama dan social dan lebih penting penguatkuasaan.

Apa yang disebut oleh kedua-dua pemimpin pembangkang itu lebih kepada keputusan politik dan kepentingan perpaduan dalaman pakatan pembangkang.

Apabila kerajaan Selangor pada 7 Ogos lepas, memutuskan bahawa penjualan minuman keras di negeri itu berpandukan kepada kesedaran penjual sendiri terhadap permintaan pembeli daripada kalangan orang Islam dan remaja, ada banyak lompang dalam arahan berkenaan.

Ronald Liu yang ditanya sama ada permohonan maaf antara kedua-duanya telah dibuat, beliau enggan menjawab dan hanya bersalaman dengan Hasan.

Hassan Ali yang turut hadir pada mesyuarat tersebut ketika ditanya mengenai hasratnya untuk meletak jawatan exco kerajaan negeri, berkata beliau akur dengan keputusan yang diputuskan Menteri Besar Selangor.

"Tiada apa lagi yang perlu dibangkitkan. Kita setuju dengan Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim)," katanya.

Beliau kini senada dengan Liu, akur dengan keputusan pucuk pimpinan pakatan itu.

Apakah mereka yang mengemukakan pandangan isu ini dari PAS dan PKR seperti Yang Berhormat Zulkifli Noordin akan patuh apabila Hassan Ali dan Ronald Liu sudah berjabat tangan?

Apapun, baca kembali tulisan Zulkifli Noordin pada 10 Ogos lalu.

TAKBEER! SELANGOR DARUL KHAMAR?

Oleh Zulkifli Noordin (10 August 2009)

Saya sangat kecewa dengan keputusan YAB Tan Sri Menteri Besar Selangor yang menolak usul yang dikemukakan oleh PAS Selangor supaya dilaksanakan larangan menyeluruh ke atas penjualan arak dikedai serbaneka dan peruncitan di Shah Alam khususnya, dan Selangor amnya. Ianya telah menukar status Selangor daripada negeri Darul Ehsan kepada Selangor Darul Khamar!!

Desakan ini dibuat berdasarkan hakikat Shah Alam adalah kawasan yang penduduknya lebih 90% adalah umat Islam. Tidak ada sebab untuk kedai peruncitan dan serbaneka untuk menjual arak, beer atau alkohol atas apa nama sekalipun, apatah lagi jika ianya berdekatan dengan surau atau masjid.

Berikutan aduan yang dibuat oleh umat Islam, Majlis Bandaraya Shah Alam telah melaksanakan langkah merampas arak yang dijual dibeberapa kedai serbaneka ini. Namun tindakan MBSA telah dipertikai oleh YB Ronnie Liu daripada DAP yang mengarahkan supaya MBSA memulangkan balik arak yang dirampas.

Tindakan YB Ronnie Liu telah membangkitkan kemarahan umat Islam khususnya di Shah Alam. Maka PAS Selangor dibawah pimpinan YB Dato' Hassan Ali telah mengemukakan memorandum supaya larangan penjualan arak secara menyeluruh di Selangor dilaksanakan.

Tindakan dan keputusan YAB Tan Sri Menteri Besar jelas bertentangan dengan kehendak dan aspirasi penduduk Islam di Shah Alam, dan jelas tidak menghormati pendirian PAS Selangor yang merupakan rakan Pakatan.

Malahan apa lebih dikhuatiri sikap YAB Tan Sri Menteri Besar akan memberikan persepsi beliau terlalu tunduk kepada nafsu serakah DAP yang akhir-akhir ini kelihatan makin melampau dan biadap termasuk membuat kenyataan dan tindakan yang dianggap menghina dan merendahkan Islam dan umat Islam.

Kalau Shah Alam yang majoriti besarnya adalah umat islam boleh dicabul dengan penjualan arak, apalah nasib kawasan lain di Selangor! Alangkan YTM Almarhum Tunku Abdul Rahman pun pernah menyatakan supaya Shah Alam hendaklah dibebaskan daripada pengaruh arak.

Saya teringat lagi kata-kata Almarhum Dato' Ishak Baharom, mantan Mufti Selangor yang sentiasa mengingatkan kita dan istiqomah dalam menegaskan bahawa arak itu adalah "ummul qobaais" - ibu segala maksiat..the mother of all evil! Saya kira kalau Almarhum masih hidup, sudah tentu beliau akan menentang habis-habisan tindakan Kerajaan Selangor ini.

Saya ingin menegaskan bahawa saya langsung tidak bersetuju dengan keputusan Kerajaan Selangor membenarkan penjualan arak dikedai serbaneka dan peruncitan di Selangor. Saya mengambil keputusan memufaraqahkan diri daripada keputusan itu.

Saya juga mendesak supaya Kerajaan Selangor supaya menarik balik keputusan membenarkan penjualan arak tersebut dan menerima memorandum yang dikemukakan oleh PAS Selangor untuk larangan menyeluruh keatas penjualan arak di Selangor.

Saya juga berpendapat mungkin sudah tiba masanya undang-undang negara dipinda untuk membolehkan tindakan pertuduhan jenayah dikenakan terhadap mana-mana pemilik atau pengusaha kedai peruncitan ataupun serbaneka yang menjual arak kepada mana-mana orang Islam.

Kita melihat kebanyakan pemilik atau pengusaha ini terdiri daripada golongan bukan Islam, malahan ada antaranya dimiliki oleh taukeh judi. Mereka tahu bahawa jika mereka menjual arak kepada remaja Islam tindakan tidak boleh dikenakan terhadap mereka; kerana undang-undang negara menghadkan bidangkuasa Mahkamah Syariah hanya kepada umat Islam.

Saya juga memohon kepada Kebawah Duli Sultan Selangor mengambil tindakan tegas dalam hal ini kerana sebagai payung bagi agama Islam dalam negeri Selangor, rakyat mengharapkan Tuanku memelihara kesucian dan maruah Islam dan umat Islam yang sudah tercemar akibat kegagalan YAB Tan Sri Menteri Besar Selangor mempertahankan Islam. Tuanku, you are the last bastion of Islam in this state of Selangor..please do something to redeem the honor and status of Islam in Selangor!

Saya juga menyeru sahabat-sahabat pejuang Islam supaya istiqomah dalam perjuangan kita memastikan Selangor khususnya, dan Malaysia amnya bebas daripada pengaruh arak, beer dan alkohol. Janganlah nanti dikata orang takbir kita dah jadi "tak-beer"!!

3 comments:

  1. Ramai yang telah menduga bagaimana episode arak dan penghinaan terhadap Islam ini akan berakhir.

    Demi untuk kuasa ,pangkat dan jawatan maruah bangsa dan agama sanggup diletak di bawah kelengkang. Itulah politik PKR dan PAS . Melayu dan Islam dalam kedua-dua parti politik itu dah hanyut di dalam arus cita-cita politik DSAI . Bayangkan penipuan besar mereka selama ini yang telah membodoh-bodohkan rakyat dengan ideoligi Islam dan keadilan kononnya.
    Inilah masanya untuk menempelak mereka dan membetulkan pandangan rakyat yang selama ini telah tertipu oleh dakyah pembangkang.
    Dimanakah pemuda UMNO yang ketika ini sepatutnya menghunus keris mencabar golongan pengkhianat ini ?

    Kpd MSO...

    Terlalu meluat membaca komen tuan mengenai Nik Aziz . Maklumlah kalau dah jadi guru kita , dia kentot busuk bau telor tembelang pun tuan kata wangi . Tuan pun dah jadi "Journalist Animal" . Yalah diri pun dah kaya , apa nak lagi bodeklah sampai mati. Orang nak kata apa peduli. Tapi ingatlah bahawa subahat tuan yang mendewakan Nik Aziz itu akan tuhan perlihatkan juga salah atau benarnya .Insyallah.

    ReplyDelete
  2. Saya kurang nak faham tentang pembangkang. Siapa pembangkang ni. Yang saya faham; kalau Malaysia, Pakatan Rakyat pembangkang. Kalau dalam Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, Barisan Nasional pembangkang; kalau Perak, Allah lebih tahu siapa pembangkang.

    Nik Aziz seorang manusia dan bersifat manusia. Antara lain kentotnya busuk, kalau dia kentot. Nabi Muhammad pun manusia dan kentotnya pun busuk, kalau dia kentot.
    Tak kurang juga kentot orang-orang Pakatan Rakyat dan tidak ketinggalan juga kentot orang-orang Barisan Nasional.

    Kalau dalam parlimen, semasa musim durian ni orang PR dan BN berpakat ramai-ramai kentot beramai-ramai tentu tidak dapat dibezakan mana kentot orang BN dan mana kentot orang PR.

    Akhir sekali selesema babi dan burung tak pileh pulak orang PR ke atau orang BN. Kementerian kesihatan sepatutnya menjalankan kajian; berapa orang PR kena selsema babi berbanding orang BN. Begitulah juga selsema burung.

    Kalau orang BN banyak kena selsema babi maka orang PR jadi pembangkang dalam isu selsema babi.

    ReplyDelete
  3. hidup selsema babi.....burung adalah pbuatan manusia sendiri

    ReplyDelete