Anwar saman Anifah RM100 juta. Banyak tu!
Ada duit ke Anifah nak bayar kalau kalah di mahkamah.
Kalaupun keluarga Anifah dan Anifah sendiri mungkin kaya, apakah tuntutan itu berbaloi?
Persoalannya tidak betul ke apa yang didakwa oleh Menteri Luar Datuk Anifah Aman terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim tempoh hari?
Yang pasti, Anwar marah dengan kenyataan Anifah pada 16 Mei lepas di Jabatan Negara di Washington semasa sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton bahawa - Anwar ada menawarkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri kepadanya sekiranya pembangkang menubuhkan kerajaan pada 16 September tahun lepas.
Anwar menganggap Anifah ‘berjaya’ mencetuskan kebencian dan kemarahan umum terhadapnya, merendahkan tarafnya, menggalakkan dan memulakan penghinaan politik serta mengaburkan kebenaran dan menyebarkan sesuatu yang palsu.Dalam isu seperti ‘mencetuskan kebencian dan kemarahan umum terhadapnya, merendahkan tarafnya, menggalakkan dan memulakan penghinaan politik serta mengaburkan kebenaran dan menyebarkan sesuatu yang palsu’, apakah Anwar tidak pernah buat kepada orang lain?
Tidakkah Anwar pernah melakukan perkara yang sama kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mohd Najib Razak?
Hairannya mereka ini tidakpun membuat tindakan yang sama.
Persoalannya sekarang, siapa lagi yang tahu mengenai tuduhan Anifah itu?
Mungkin kalau ada yang tahu pun cuba menyembunyikannya. Yang pasti antara kedua-duanya sahajalah yang tahu kes ini.
Jadi, Anifah kenalah jawab di mahkamah dan Anwar pula kena buktikannya.
Kalau tidak ada bukti, susah juga Anwar mahu menafikan beliau tidak melakukan perkara itu.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu dilaporkan hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Anifah bagi menuntut ganti rugi RM100 juta berhubung kenyataan menteri itu pada satu sidang akhbar di Washington baru-baru ini.
Writ saman itu difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada 2.10 petang oleh firma guaman Messrs S.N.Nair & Partners.
Saman itu menamakan Anifah berdasarkan kedudukannya sebagai seorang individu dan Anggota Parlimen Kimanis sebagai defendan pertama,Menteri Luar sebagai defendan kedua, dan kerajaan Malaysia dinamakan defendan ketiga.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang menuntut ganti rugi pampasan RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan injunksi untuk menahan Anifah melafaz, bercakap atau menulis atau menerbitkan perkataan fitnah itu.
Anwar juga berkata Anifah memfitnahnya dengan menyatakan beliau sedang membuat cubaan untuk membeli Anggota Parlimen dan Anwar memburukkan imej negara.
Anwar juga mendakwa Anifah telah mencetuskan kebencian dan kemarahan umum terhadapnya, merendahkan tarafnya, menggalakkan dan memulakan penghinaan politik serta mengaburkan kebenaran dan menyebarkan sesuatu yang palsu.
Upin & Ipin kata: Betul, betul, betul (Apa yg Anifah cakap)
ReplyDeletekenyataan bangang oleh pemimpin yg di agong2kan pembangkang!!..hehehhehe..
ReplyDeletedia sedar sekarang segala perbuatannya telah di balikkan semula kepadanya..cuma dia ni jenis 'gaduh' kate org trg..orang lain releks je..kene fitnah,biarlah tuhan saja yg membalasnya.kemenangan palsu di dunia ni tak kekal lama pun..mungkin 1tahun,2tahun,20tahun..akhirnya terbongkar juga.
terpetik dari sumber blog saudara AZLI,http://azlishukri.blogspot.com/,Allah jelaskan dalam surah Ali Imran ayat 28, yang bermaksud :
"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi pemimpin (pelindung) dengan meninggalkan orang mukmin. Barangsiapa berbuat sedemikian, nescaya lepaslah ia daripada pertolongan Allah, kecuali kerana muslihat yakni memelihara diri daripada sesuatu yang ditakuti daripada mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap dirinya (siksa-Nya), dan hanya kepada Allah kamu dikembalikan."
mungkin balasan kepada ANwarIBrahim kerana bertuankan YAHUDI2 dan PAS yg bertuankan ANwarIBrahim dan DAP..