Thursday, December 11, 2008

RM400 JUTA UNTUK TERENGGANU

Besar maknanya untuk rakyat dan negeri Terengganu.

Sebahagian besar wang wang royalti minyak itu akan digunakan untuk tujuan pengurusan dan pembangunan negeri selain disimpan dalam simpanan tetap.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pernah meluahkan perasaannya bahawa selepas mengambil alih kerajaan negeri, tidak banyak lagi wang tinggal, bukan sahaja dalam kantong Perbendaharaan Kerajaan Negeri tetapi juga UMNO.

Dan apabila Kerajaan Pusat bersetuju untuk membayar tambahan royalti minyak kira-kira RM400 juta yang akan disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Negeri lusa (Sabtu), ia membawa kelegaan kepada negeri berkenaan.

Bayaran itu adalah tambahan selepas pembayaran royalti lima peratus daripada pengeluaran 400,000 tong minyak sehari atau lebih RM50 bilion setahun dari telaga minyak yang terdapat di perairan negeri ini.

Walaupun harga minyak mentah telah menurun namun kerajaan negeri bakal menerima royalti minyak daripada kerajaan Persekutuan," katanya semalam.

Pada 5 Nov lalu, Ahmad berkata Kerajaan Terengganu dijangka menerima bayaran royalti minyak kira-kira RM2 bilion mulai Mac tahun depan.

Ini berikutan Kementerian Kewangan telah mengambil langkah-langkah perlu dalam proses untuk membayar royalti kepada kerajaan negeri.

Bayaran wang royalti itu akan diterima secara terus daripada Petronas dua kali setahun bermula Mac tahun depan.

Sebelum ini kerajaan negeri menjangka memperoleh bayaran royalti minyak pada September lalu tetapi oleh kerana terdapat beberapa masalah teknikal yang masih belum diselesaikan, bayaran tersebut hanya akan diperoleh Mac depan.

Kerajaan Terengganu bakal menerima bayaran royalti minyak kira-kira RM3 bilion secara terus daripada Petronas bagi hasil pengeluaran tahun depan jika harga bahan mentah itu kekal pada paras sekarang.

Jumlah itu berdasarkan royalti lima peratus daripada pengeluaran 400,000 tong minyak sehari atau lebih RM50 bilion setahun dari telaga minyak yang terdapat di negeri itu oleh Petronas.

Sebelum itu, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, berkata, telaga minyak Terengganu menghasilkan minyak kualiti premium jenis Sweet Crude pada harga melebihi AS$100 atau lebih RM349 setong.

Harga setong minyak jenis Sweet Crude dari telaga minyak Terengganu adalah tinggi kerana kandungan sulfur yang rendah dan sesuai digunakan untuk semua jenis kenderaan.

''Royalti untuk pengeluaran minyak Terengganu tahun ini telah dibayar oleh Petronas kepada Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, kita cuba dapatkan bayaran secara terus daripada Petronas bermula Mac tahun depan.

''Mengikut amalan, pembayaran royalti minyak dibuat dua kali setahun iaitu suku pertama pengeluaran pada Mac, manakala suku kedua pada September setiap tahun," katanya.

Pengurusan dan perancangan perbelanjaan kesemua wang royalti termasuk yang akan dibayar balik oleh Kerajaan Persekutuan akhir tahun ini bakal dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar.

Berikutan persetujuan pembayaran itu, cadangan daripada jabatan-jabatan negeri untuk bajet tahun depan sedang dipertimbang dan dimuktamadkan.

7 comments:

  1. Mengapa ya bila PAS memerintah Terengganu dahulu duit royalti terus di sekat. Kemudian ditukar nama dan diberi kepada pihak UMNO sahaja. Gamaknya inilah Ketuanan Melayu yang di laung laungkan oleh UMNO.

    Ketuanan Melayu untuk menyelamatkan perut mereka. Dasar hipokrit.

    jAIDi

    ReplyDelete
  2. Bukan gitu kawan!!!!.

    Kalau PAS memerintah negara dan BN memerintah negeri Terengganu , adakah kerajaan PAS akan bagi royalti minyak kepada kerajaan BN uruskan?

    ReplyDelete
  3. ntah..apa la bangang..kan terengganu masa zaman pas dapat jugak hasil minyak cuma di tukar nama kepada wang ihsan..bodoh bin bebal la pembangkang nih..

    contoh kat selangor la..sekarang ni kontraktor tampal2 jalan, potong2 rumput ke,angkut2 sampah ke semua dah dapat kat org2 PR..
    apa jadi??tampal jalan pun serupa mcm tak tampal..dah la tu setakat nak tampal sikit pun sampai nak tutup jalan..buat orang kampung marah je..potong rumput pun mcm nak tak nak,ada pendek,ada yang panjang..
    kontraktor asal yang dah pakar,dah lama buat kerje tu tak disambungkan kontrak..sebab apa?sebab dikatakan pro BN.. hah inilah memperjuangkan islam dan melayu yang dilaungkan pas dalam PR selangor..cantas orang yang boleh buat kerja,pastu bagi kat kroni yang bodoh bebal pastu tak reti nak buat kerja

    ReplyDelete
  4. sama la bangang yang memperjuangkan Ketuanan Melayu tapi kontrek dapat bagi kat Cina...awak oeang Melayu goyang kaki...alibaba pala hatok kau.

    SuweyUmno

    ReplyDelete
  5. Kalau nak tahu yg buat kerja giler sekat duit royalti tu nama dia Mahafiraun atau DrM. Dia pun dah mengeluarkan diri dia dari UMNO kononnya untuk membersihkan diri sesambil menyokong Firaun kecil.

    UMNO boleh hidup tanpa Firaun besar atau kecik.

    Jeghai

    ReplyDelete
  6. Firaun firaun juga yang kau dok senang lenang sekarang ni dengan jasa Mahathir la . kalau berani tunjukan diri anda wahai dayus,,,

    ReplyDelete
  7. Aik...marah jugak juak pencacai ni ha ha...Aku tak terhutang budi pun dengan si DrM tu.

    Dia lagi dasyat memerintah dari PakLah.

    Kau nak cari aku...ha ha...tunggu kat kaki Bukit Antarabangsa.

    Jangan marah kang kena jual cam perwakilan parti sarkas tu.

    Jeghai

    ReplyDelete