Ramalan saya tengah hati tadi tepat sekali. Tiada lagi tanda soal pada tajuk bagi posting ini berbanding tajuk tengah hari tadi.
Sah sudah Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari nanti.
Wan Farid mendapat sokongan 103 cawangan dalam Bahagian Kuala Terengganu selain membawa mandat BN Pusat bagi menebus kekalahan pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Pemilihan Timbalan Menteri Dalam Negeri itu diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di hadapan kira-kira 7,000 penyokong BN di Seri Iman (kediaman Menteri Besar Terengganu) , kira-kira pukul 4.52 petang ini.
Pengumuman ini mendahului PAS yang masih terkial-kial mencari calon yang sesuai dan difahamkan esok, satu mesyuarat peringkat negeri akan diadakan oleh parti itu untuk menentukan calon.
Dijangkakan, PAS tidak akan membuat sebarang pengumuman mengenai calon esok kerana ia perlu diserahkan kepada PAS Pusat untuk menentukannya.
Sebelum memperkenalkan Wan Farid, Timbalan Perdana Menteri dalam ucapannya mengatakan pemilihan Wan Farid dibuat oleh Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang memberikan amanah untuk beliau mengisytiharkannya.
Kata Najib, Wan Farid, 46, yang memegang jawatan Ketua Bahagian selama dua penggal dan disokong oleh pemimpin komponen BN yang lain.
Kata Najib dalam pilihan raya kecil, factor calon begitu penting bagi menjamin kemenangan BN dan beliau yakin Wan Farid adalah pilihan tepat bagi menghadapi pilihan raya 17 Januari depan.
Apa yang menarik pada perisytiharan itu ialah kehadian pemimpin Terengganu, termasuk tokoh veteran seperti bekas Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, bekas Timbalan Menteri Besar, Datuk Isris Jusoh, Datuk Alias Ali serta juga Datuk Awang Jabar.
Perpaduan yang ditunjukkan oleh pemimpin UMNO dan BN menggambarkan betapa BN benar-benar mahu mengekalkan kerusinya dan inilah antara intipati ucapan Najib pada pertemuan itu.
Selepas pengumuman itu, Najib mempengerusikan mesyuarat BN Negeri dengan dihadiri beberapa pemimpin UMNO Pusat termasuk Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad serta juga Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Shahrizat Abdul Jalil.
Turut hadir ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Sementara pemimpin tempatan yang turut kelihatan ialah Datuk Roslan Awang Chik, Datuk Zuber Embong, Datuk Abdul Rahman Bakar serta pemimpin MCA, Gerakan dan MIC.
Malah, turut hadir ialah Setiausaha Agung MCA, Datuk Wong Fung Meng serta pemimpin MCA, Gerakan dan MIC Kuala Terengganu.
Daripada kehadiran petang ini, menurut Najib, tidak ada sebab BN tidak boleh menang.
Lagipun, jelas lima perkara penting sudah ditunjukkan sepanjang majlis petang ini.
1. Ia membuktikan kesediaan UMNO dan parti komponen BN menghadapi pilihan raya itu secara bersama tanpa ada 'keluk kelik' dengan mengambil kira perkara yang titik bengit.
2. Parti komponen BN lain, menjamin akan bekerja keras dan tidak menganggap Wan Farid sebagai calon UMNO semata-mata tetapi BN. ‘Ribut dalam secawan kopi’ ialah perkara biasa dalam BN.
3. Pemimpin utama komponen BN khususnya MCA, Gerakan atau juga MIC begitu yakin dan akan menjamin BN menang cemerlang.
4. Kalangan UMNO sendiri juga jelas bersatu. Najib sudah mengingatkan semua pihak supaya tumpu kepada pilihan raya bukan pemilihan UMNO. Najib mahukan semua mereka ‘ook” (melupakan sekejab) isu pemilihan sebaliknya tumpu kepada pilihan raya dan kesemua mereka juga berjanji untuk “ook dulu” soal pemilihan. Kehadiran Rafidah dan Shahrizat untuk menjalankan tugas bersama adalah contohnya; dan,
5. Jelas sekali soal calon dalam BN tidak ada masalah sama sekali dan 103 cawangan dalam Bahagian Kuala Terengganu menyokong Ketua Bahagiannya, Wan Farid bertanding.
Najib memberi ingatakan kepada seluruh pekerja parti UMNO dan komponen BN lain agar menjamin kemenangan besar BN untuk menebus kekalahan di Permatang Pauh dan juga mengekalkan pengaruh BN di kerusi Parlimen berkenaan.
Ia juga sebagai ‘hadiah’ kepada Allahyarham Datuk Razali Ismail yang menang dengan majoriti 628 undi apabila memperoleh 32,562 undi menewaskan calon Pas, Mohamad Sabu (31,934 undi) dan calon bebas Maimun Yusuf, 89, mendapat 685 undi.
Najib yakin usaha ini dapat dilakukan dengan sebaik-baiknya jika perpaduan dan kerjasama di kalangan ahli UMNO yang disokong ahli parti komponen bekerja keras.
Menyambut pemilihannya. Wan Farid berkata tempoh seminggu, antara Sabtu lalu dan hari ini terlalu ‘panjang’ baginya. Beliau menyifatkan penantiannya begitu ‘meresahkan’ tetapi kini tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya perlu dipikul bagi memenangkan kerusi Parlimen berkenaan.
Beliau mengharapkan sokongan padu demi menjamin Parlimen Kuala Terengganu terus di bawah BN.
Dan bukan sahaja kekal tetapi dengan majoriti yang lebih besar!
Tahniah dan AWAS buat wan farid.
ReplyDeleteTahniah kerana dipilih untuk menjadi calon BN.dan AWAS jika kalah dalam pilihanraya nanti, ibarat kata "yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran" , orang minangkabau kata "tak dapek den nak nolong". Tapi apa-apa pun dalam berpolitik dan dalam hidup ni kita kena redha dengan ketentuan Allah, mungkin apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya... tapi apa yang berlaku disebabkan kacau bilau oleh Pak Lah, rakyat dan penyokong BN tak dapat nak memaafkan beliau..