Maka
berkata-katalah pihak tertentu bahawa ada gerakan mahu menyingkirkan Tun Dr
Mahathir Mohamad daripada jawatan Perdana Menteri.
Berdasarkan
searangan pemimpin DAP terhadap isu kemasukan pemimpin dan Ahli Parlimen UMNO
ke BERSATU akhir-akhir ini seolah-oleh ada gerakan menjatuhkan Dr Mahathir.
Juga
kenyataan-kenyataan pemimpin tertentu mengenai perimbangan kuasa dalam politik
Malaysia jika tidak berhati-hati boleh menjut Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Apakah
terfikir oleh mereka dengan menjatuhkan Dr Mahathir akan turut meranapkan
kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN)?
Kesannya,
akibat tamak dan bersifat mementingkan kuasa dan kaum, kelak akan menjadi
anjing yang mengejar bayang dalam air, yang akhirnya semuanya kelak akan
kehilangan ‘tulang yang sudahpun digonggong di mulut’.
Pemimpin
DAP yang membuat onar mengkritik BERSATU tidak lain dan tidak bukan mulai
bimbang terhadap kesan perhimpunan ICERD baru-baru ini selain sokongan orang
Melayu/Bumiputera-Islam terhadap ‘parti kecil’ dalam HARAPAN.
Mengharapkan
UMNO/ Barisan Nasional?
Mungkin
mereka sudah hilang kepercayaan apabila dua pemimpin besar mereka – Presiden
dan bekas Presiden UMNO – kini berdepan pendakwaan kes rasuah dan penyelewengan
di mahkamah.
Jadi,
apa ada lagi harapan untuk mereka? Mengharapkan PAS?
Parti
itu tidak akan ke mana-mana walaupun tidak jemu-jemu mengatakan akan memerintah
Malaysia.
PAS
hanya sebuah parti yang didokong dan disokong oleh mereka yang yakin kepada
kepimpinan yang boleh ‘mengubah warna mengikut kepentingan semasa’, bukan
gerakan Islam yang boleh diharapkan.
Tinggal
kini BERSATU.
Berkaitan perkara ini ada menyifatkan penyertaan anggota Parlimen pembangkang dalam HARAPAN boleh menjadi nilai tambah kepada usaha mengukuhkan kerajaan sedia ada.
Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan situasi itu sekaligus boleh menyumbang kepada penguasaan dua pertiga
majoriti oleh HARAPAN dalam Dewan Rakyat.
Dr
Mahathir yang mengetuai kerajaan HARAPAN bukan sebarang pemimpin. Beliau
dilabelkan’ultra-Melayu’ dan ‘pemimpin Islam berwawasan’ bukan berkhutbah
tetapi melaksanakannya.
Jasanya
terhadap dasar Ialam di Malaysia tidak boleh dipertikaikan. Sama ada penubuhan
dalam konteks institusi kewangan Islam, pendidikan Islam, perundangan Islam
atau juga perpaduan Islam.
Ini
belum lagi di peringkat antarabangsa.
Meriknya ialah ada yang menyifatkan penyertaan anggota Parlimen pembangkang dalam HARAPAN boleh menjadi nilai tambah kepada usaha mengukuhkan kerajaan sedia ada. Jadi apa masalahnya?
Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berpendapat, situasi itu sekaligus boleh menyumbang untuk dapat penguasaan
dua pertiga majoriti oleh HARAPAN dalam Dewan Rakyat.
Jadi,
tidak hairan jika ada pemimpin DAP yang gusar dengan kenyataan Dr Mahathir yang mengalu-alukan pemimpin UMNO
yang mahu menyertai HARAPAN, apa lagi BERSATU.
Kerana itu wajar jika Ketua Pimpinan BERSATU Negeri Terengganu, Senator Datuk Razali Idris (kanan mempersoalkan kenapa DAP resah tidak tentu pasal mengenai kemasukan ahli Parlimen UMNO ke dalam BERSATU.
Jika
benarlah ada lagi lebih 30 ahli Parlimen yang mahu menyertai HARAPAN dan
separuh LEBIH daripadanya menyertai BERSATU , tidak sukar untuk BERSATU memiliki
sekurang-kurang 30 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
Mungkin
juga semua ‘katak politik’ itu semuanya sertai BERSATU.
Apa ini? Mereka adalah Melayu-Bumiputera-Islam yang pastinya dengan
sendirinya akan menenggelamkan pengaruh UMNO dan PAS. Kedua-duanya jika
dicampur mungkin tidak sampai pun 40 Ahli Parlimen.
DAP
pastinya risau kerana tidak semua Ahli Parlimen PKR akan menyokong mereka dalam
isu-isu membabitkan Melayu dan Islam.
Walaupun
PKR ialah parti berbagai kaum namun dalam isu Melayu dan Islam, pemimpin PKR
Melayu dan Islam pastinya berfikir dua kali untuk menyokong DAP jika mereka
menentang perkara yang berkaitan Melayu-Islam.
Sudah
pasti AMANAH akan berpihak kepada Tun Dr Mahathir kerana kesemua pemimpin
mereka kini mendapat jawatan penting dalam kerajaan, selain pengerusi
agensi-agensi tertentu.
Amat
nyata, perimbangan kuasa dalam HARAPAN akan bertukar jika BERSATU memiliki
lebih 50 Ahli Dewan Rakyat. Ini bermakna penghijrahan Ahli Parlimen UMNO adalah
rahmat bagi HARAPAN dan BERSATU, bukan menerima SAMPAH seperti dfisifatkan oleh
sesetengah pemimpin DAP.
Lagi
pun, Dr Mahathir sudah menyatakan beliau mempertahankan keputusannya menerima
bekas pemimpin UMNO untuk menyertai BERSATU meskipun ia dilihat kurang
disenangi oleh rakan parti komponen HARAPAN.
Ini
kerana bukan semua ahli Parlimen UMNO
itu semuanya SAMPAH. Mereka akan dinilai terlebih dahulu sebelum diterima
masuk.
“Orang
UMNO ada yang baik, pun ada yang jahat. Yang jahat kita tak terima, yang baik
kita terima la. Saya sendiri ahli Umno. Dia orang terima saya. (Penasihat DAP
Lim) Kit Siang terima saya,” katanya semalam.
Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memberi jaminan bahawa pihaknya akan membuat tapisan dan bukan secara semborono menerima pemimpin UMNO ke dalam parti itu.
Maka
eloklah pemimpin besar DAP (Kit Siang dan Lim Guan Eng) menasihati ‘anak buah
mereka’ yang membuat bising itu supaya menutup mulut kerana kenyataan-kenyataan
mereka boleh mengeruhkan suasana dalam DAP.
BERSATU
sudah meletakkan syarat bukan menerima membabi-buta. Malah, mereka yang mahu
menyertai BERSATU juga perlu bebas daripada sebarang rekod jenayah.
Apakah
syarat itu tidak cukup? Persoalannya apakah pemimpin DAP semuanya putih bersih
seperti kapas dan tidak mempunyai rekod lampau?
Ingatlah
kemenangan HARAPAN dan undi rakyat bukan semata-mata kerana manifesto HARAPAN
atau Barisan Nasional terlalu teruk. Memang diakui Datuk Seri Najib Razak
teruk.
Tetapi
kemenangan HARAPAN juga diakibatkan oleh pejuangan Dr M
Sumbangan
Dr Mahathir menenang rasuah, menentang kleptokrasi dan mengumpulkan keyakinan
orang Melayu dan bukan Melayu yang mahukan Malaysia Baru adalah faktor penting
yang perlu diakui semua.
Menidakkan
keupayaan dan faktor peribadi Dr Mahathir adalah sikap dan amalan politik cetek.
Sedangkan Dr Mahathir menjadi pencetus penting kenapa DAP dan PKR boleh
membentuk kerajaan bersama BERSATU dan AMANAH di Putrajaya.
Tanya
diri sendiri. Bermuhasabah. Apa rekod DAP dan PKR dalam memperjuangkan
kemenangan pilihan raya umum lalu tanpa kepimpinan Dr Mahathir menyertai mereka sebelum ini?
Apa
pencapaian Kit Siang dan Anwar sebelum ini ketika tidak bergabung dengan Dr
Mahathir? Bolehkah mereka mengalahkan BN?
Tanya
diri dan SEDARLAH DIRI!