Showing posts with label LTTE. Show all posts
Showing posts with label LTTE. Show all posts

Monday, August 1, 2011

PENGGANAS, PEMISAH INDIA BERLELUASA DI MALAYSIA?

Chotta Rajan yang dikatakan bersembunyi di Malaysia. Siapa melindunginya?

Terkejut membaca berita bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menghantar pulang dua individu, yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas, Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE), ke Sri Lanka baru-baru ini .

Dua orang yang mempunyai kaitan dengan LTTE dan ditahan di bawah ISA dan diusir balik ke Sri Lanka. Butiran lanjut tentang pengusiran dua yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa itu akan didedahkan hari ini.

Berapa ramai lagi pengganas LTTE masih bersembunyi di Malaysia? Apakah Malaysia menjadi tempat persembunyian mereka?

Bagaimana mereka boleh lolos? Apakah ada bantuan pihak-pihak tertentu di Malaysia melindungi pengganas dari India ini? Bagaimana mereka boleh berleluasa di Malaysia?

Pada 3 Mei lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Malaysia tidak pernah menjadi sasaran oleh mana-mana pergerakan pengganas.

Menurut beliau, dakwaan negara ini menjadi sarang rangkaian pengganas untuk merekrut pengikut terutama di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) adalah tidak benar.

"Sehingga hari ini tiada yang perlu dibimbangkan bahawa Malaysia menjadi sasaran pengganas. Bagaimanapun untuk menghadapi ancaman pada masa depan adalah amat penting untuk kita memahami minda dan rancangan penjenayah. Mereka bukanlah terdiri daripada rangkaian militan Islam semata-mata malah melibatkan kumpulan lain," katanya.

Anehnya pada 6 Julai lalu, India Today, dalam edisi terbarunya melaporkan dari New Delhi bahawa penjenayah kedua paling dikehendaki di India mungkin berada di Malaysia.

Pengganas berkenaan mengarahkan pembunuh upahan membunuh wartawan kanan Mumbai yang menulis mengenai aktiviti jenayah antarabangsa yang dilakukan oleh ketua penjenayah itu.

Chhota Rajan, didakwa bersembunyi di Malaysia, dipercayai menghubungi konco-konconya untuk membunuh editor meja jenayah Jyotirmoy Dey dari tabloid MidDay pada 11 Jun lepas.

Rajan, penjenayah kedua paling dikehendaki selepas pengganas Dawood Ibrahim — telah hidup dalam buangan selama beberapa dekad dan mungkin telah menggunakan Malaysia sebagai pangkalannya apabila mengarahkan pembunuhan itu, yang menyebabkan dua orang penerbit rakyat India terkorban.

Pada ketika pegawai kanan polis dilaporkan mengaku mereka tahu Rajan kini berada di Malaysia, Kementerian Dalam Negeri ‘berusaha menafikan’ beriata berkenaan.

Namun, pertanyaan tetap ada. Bagaimana dan kenapa penjenayah dan pengganas India boleh berada di negara ini.

Siapa yang ada kaitan dengan mereka dan apakah mereka ini pelindung pengganas berkenaan?

Monday, May 25, 2009

TIMBALAN MENTERI BOLEH ENGKAR ARAHAN POLIS?

Saya tertarik dengan satu ulasan pada blog www.kijang-jantan.blogspot.com yang memperkatakan mengenai Timbalan Menteri Boleh.

Menurut Kijang, beliau pening dengan kedudukan politik sekarang. Rakyat dipaksa mengikut arahan polis tetapi orang politik senang-senang dan dengan sengaja boleh langgar arahan polis.

Persoalannya, bagaimana rakyat akan menghormati polis kalau Timbalan Menteri pun tidak reti hormati arahan polis.

Jawapannya ada pada Timbalan Menteri berkenaan.

Baca posting berkenaan:

INILAH TIMBALAN MENTERI BOLEH!

Kijang pening dengan orang politik sekarang. Lebih-lebih lagi kalau dia orang kerjaan Barisan Nasional (BN). Semuanya BOLEH!

Mudahnya memberikan alasan. Dah polis katakan jangan pergi, janganlah pergi. Lagipun perhimpunan itu tiada permit polis.
Bagaimana kita mahu rakyat hormati arahan atau nasihat polis kalau seseorang yang berjawatan Timbalan Menteri kerajaan mengabai atau tidak mengendahkannya?

Walau atas apa kapasiti sekali pun, patuhilah arahan polis, apa lagi kita seorang Timbalan Menteri.

Apa kata Datuk Seri Hishamuddin Hussein, sebagai Menteri Dalam Negeri mengenai perkara ini. Jangan double standard beb!
Semalam Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan mempertahankan tindakannya hadir pada perhimpunan di Kuil Sri Subramaniar, Gombak, dekat sini hari ini, adalah kerana dijemput oleh World Tamil Relief (WTR).

Jika Timbalan Menteri boleh menghadiri perhimpunan tanpa permit polis, apa kita mahu katakana jika rakyat biasa turut melakukan perkara serupa pada perhimpunan lain yang hampir serupa?
Pada perhimpunan semalam, kira-kira 1,000 penyokong kumpulan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) berhimpun di kuil berkenaan.

Beliau memenuhi jemputan itu disebabkan rasa prihatin terhadap nasib masyarakat berketurunan Tamil di Sri Lanka.

Saravanan berkata, pada perhimpunan tersebut, beliau yang turut menyampaikan ceramah telah menyeru masyarakat di dunia supaya mendesak kerajaan Sri Lanka agar menghentikan kekejaman terhadap masyarakat berketurunan Tamil.

Perhimpunan itu sekali gus melanggar amaran polis yang dikeluarkan semalam supaya semua pihak tidak menyertai perhimpunan berkenaan kerana tidak mendapat permit.

Selain M. Saravanan, Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam dan Ahli Parlimen Teluk Intan, M. Manogaran turut hadir.

Ahli Parlimen pun boleh langgar arahan polis? Tidak hairanlah kalau sebelum ini ramai pemimpin pembangkang melanggar arahan polis kerana mereka boleh melakukan apa sahaja.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berikutan kedegilan pihak penganjur meneruskan perhimpunan tersebut, pihaknya telah membuat laporan polis terhadap WTR mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1967.

"Jika didapati bersalah, penganjur boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 141 kerana mengadakan perhimpunan haram dan 143 Kanun Keseksaan sebagai ahli perhimpunan haram.

"Pihak polis akan meneliti rakaman video yang diambil sepanjang ceramah diadakan itu dan akan melihat perkara itu dari sudut perundangan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Kelmarin, polis mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan haram bagi menyokong kumpulan pemberontak LTTE itu.

Ini kerana perhimpunan itu tidak mendapat permit polis dan mana-mana individu yang menyertainya dianggap peserta perhimpunan haram dan boleh dikenakan tindakan.

Abdul Rahim memberitahu, antara isi kandungan ceramah yang disampaikan pemimpin terbabit ialah mengutuk dasar kerajaan Sri Lanka berhubung pembunuhan beramai-ramai ke atas orang awam dan penyokong LTTE.

Beliau berkata, mengikut peruntukan Seksyen 27 Akta Polis 1967, sebarang perhimpunan yang diadakan tanpa permit polis adalah menyalahi undang-undang.

Oleh itu katanya, tindakan akan diambil mengikut Seksyen 141 kerana mengadakan perhimpunan haram dan 143 Kanun Keseksaan sebagai ahli perhimpunan haram.

Pada 20 Mei lalu, kira-kira 100 penyokong LTTE berhimpun di hadapan bangunan OSK Investment di Kuala Lumpur, bagi membantah tindakan kerajaan China yang didakwa membantu Sri Lanka dalam serangan ke atas kumpulan itu.

POSTED BY KIJANGJANTAN AT 12:37 PM 0 COMMENTS