Showing posts with label Kalimullah. Show all posts
Showing posts with label Kalimullah. Show all posts

Wednesday, January 11, 2012

PERSAINGAN KEWARTAWANAN KERANA KEPENTINGAN DIRI?

Pandai-pandailah kau menyelamatkan diri Rocky Bru (Datuk Ahirudin Attan).

Hmm...masa 1980an dan awal 1990an mereka adalah kawan dan rakan wartawan yang agak rapat.

Namun apabila msasing-masing sudah bersikap ‘mementingkan tuan’ yang melantik mereka, antara mereka menjadi musuh musuh.

Sedangkan tuan mereka adalah kepimpinan tinggi negara, umpamanya ketika Rocky ‘berpengaruh’ di Kumpulan The New Straits Times pada era Datuk Kadir Jasin dan Datuk Ahmad Talib ialah waktu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dan kumpulan Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan serta rakan-rakannya seperti Datuk Hishamuddin Aun berpengaruh pula ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

Apakah pertelingkahan di kalangan 'orang besar kewartawanan' di negara ini diakibatkan profesion, persaingan jurnalisme atau kepentingan diri?

Sepatutnya dunia kewartawanan yang diceburi mereka yang menggelarkan diri sebagai profesional tidak ada kes ‘saman menyaman’ seperti ini.

Kini blogger Rocky Bru yang juga bekas penasihat editorial The Malay Mail, diberi tempoh dua minggu untuk melantik peguam mewakilinya dalam kes saman oleh empat bekas pengurusan tinggi New Straits Times Press (Malaysia) Bhd ke atasnya.

Hakim Mahkamah Tinggi, Asmabi Mohamad telah menetapkan 25 Januari ini untuk mendengar pengurusan kes ini.

Peguam Rishwant Singh bertindak bagi pihak plaintif manakala Ahirudin hadir mewakili dirinya sendiri.

Rishwant menjelaskan bahawa NSTP kini tidak lagi menjadi sebahagian daripada pihak plaintif dalam kes ini.

“NSTP telah menarik diri daripada menjadi sebahagian daripada plaintif sebaliknya hanya empat individu sahaja yang masih kekal sebagai plantif dalam saman mereka ke atas defendan," kata Rishwant.

Dalam saman yang difailkan pada 2007, Timbalan Pengerusi NSTP ketika itu, Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan, Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Hishamuddin Aun, Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Syed Faisal Syed Albar dan Pengarang Kumpulan the New Straits Times, Brenden John Pereira (kesemuanya kini bekas) bertindak sebagai plaintif.

Mereka mendakwa, antara 8 Jun 2006 hingga 2 Disember 2006, Ahirudin telah memuatnaikkan pelbagai tampalan yang mencemar nama baik mereka di dalam blog yang bernama Rocky’s Bru.

Mereka menyenaraikan 38 tampalan yang bersifat memfitnah oleh Ahirudin terhadap Kalimullah, 21 tampalan berbaur fitnah ke atas Hishamuddin, sembilan tambalan yang sama mengenai Syed Faisal dan 30 tampalan berbaur fitnah ke atas Pereira.

Keempat-empat plantif itu berkata, kesemua tampalan yang dibuat oleh Ahirudin di dalam laman blognya itu secara jelas dan berpaten mengandungi unsur-unsur yang konsisten dan berterusan untuk memfitnah dan menjejaskan reputasi dan nama baik mereka.

Mereka mempertahankan bahawa kesemua artikel yang ditampal oleh Ahirudin di dalam laman blognya itu adalah tidak benar belaka malah berniat jahat sekaligus mengundang kunjungan ramai pembaca ke laman blog berkenaan.

Thursday, July 22, 2010

KALIMULLAH NAFI PEMBABITANNYA DENGAN THE MALAYSIAN INSIDER

Keratan akhbar Utusan Malaysia semalam mengenai dakwaaan Kalimullah membiayai The Malaysian Insider.
Wartawan yang menjadi ahli perniagaan, Datuk Kalimullah Hassan hari ini menegaskan bahawa beliau tidak pernah terbabit dalam apa jua cara dalam Malaysian Insider, sebuah berita portal.

"Saya juga bukan seorang pengarah Efficient E-Solutions di mana saya telah berhenti pada 21 Jun 2006. Saya tidak mendapat sebarang kontrak kerajaan sepanjang hidup saya dan bukan seorang pemegang saham dalam VPI International,” katanya.
Beliau mengulas berhubung dakwaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), sebuah badan bukan kerajaan (NGO), semalam.

JMM telah mendakwa bahawa penaja Malaysian Insider telah menggunakan wang diperolehi daripada kontrak kerajaan untuk membuat firnah terhadap kerajaan.

Dakwaan JMM itu berdasarkan Effeicient E-Solution juga mempunyai kepentingan 20 peratus dalam VPI International yang telah mendapatkan kontrak perkhidmatan pengimejan dan pengimbasan pengumpulan data daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Kalimullah berkata, “Jika JMM mempunyai bukti atas salah laku itu, ia sepatutnya, sebagai sebuah NGO yang bertanggungjawab yang mendapat dana daripada rakyat Malaysia yang berkedudukan tinggi, mengemukakan bukti itu kepada pihak berkuasa, tanpa melengah-lengahkannya.”

Beliau juga berharap Bernama, sebagai sebuah agensi berita nasional, “di mana saya pernah menjadi pengerusi sebelum ini, akan bertindak secara profesional pada masa depan dan menentukan kesahihan dakwaan itu terlebih dahulu sebelum menerbitkannya.”

Wednesday, July 21, 2010

GUNA WANG KERAJAAN SOKONG PEMBANGKANG?

Benarkah dakwaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) semalam penaja The Malaysian Insider, sebuah portal berita pro-pembangkang, telah menggunakan wang yang diperolehi daripada kontrak kerajaan untuk membuat fitnah terhadap kerajaan?

Amat menyedihkan jika benar wang diperolehi daripada kerajaan digunakan untuk menyerang kerajaan.

Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah mendakwa, Efficient E-Solution Berhad merupakan syarikat yang membiayai kos operasi portal tersebut.

Efficient E-Solution juga mempunyai kepentingan 20 peratus dalam VPI International Sdn. Bhd., yang telah mendapatkan kontrak perkhidmatan pengimejan dan pengimbasan pengumpulan data daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), yang pada mulanya berjumlah RM216,090,927 dan kemudian dinaikkan kepada RM585,540,927.

Azwanddin mendakwa dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam bahawa Datuk Kalimullah Hassan dan Shaik Aqmal Alauddin merupakan pengarah dalam Efficient E-Solution, manakala Shaik Aqmal dan Sreedhar Subramaniam adalah pengarah VPI International.

Ketua JMM itu juga meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menjelaskan hubungan beliau dengan ketiga-tiga pengarah itu kerana kontrak itu diperolehi sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan II.

Azwanddin juga mendakwa Shaik Aqmal dan Sreedhar, yang menjadi penandatangan kontrak dengan LHDN telah menggunakan Regalia Records Management Sdn. Bhd., yang mana VPI International mempunyai kepentingan di dalamnya, untuk menaja dan membiayai Malaysian Insider yang diilhamkan oleh Sreedhar.

Ternyata bukan Kalimullah sahaja yang perlu menjelaskan persoalan ini tetapi juga Nor Mohamed yang sebelum ini ada lagi beberapa beberapa perkara yang menjadi persoalan mengenai beliau.