Terkejut dan tertanya-tanya apakah benar wujud ‘diplomasi darurat antara Malaysia-Singapura’?
Tetapi semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
menyebut mengenainya di Singapura.
Kata Najib: "Kami tidak sekali-kali ingin kembali
kepada era diplomasi konfrontasi dan gemar melaungkan kata-kata retorik antara
kedua-dua negara.”
Merujuk kepada hubungan antara Malaysia dan Singapura
Najib berkata kedua-dua pihak mahu melupakan era itu dan tidak ingin
sekali-kali kembali kepada era tersebut.
Aneh sekali kerana sepanjang pembelajaran dan pengetahuan saya di sekolah menengah – hingga ke mata pelajaran Sejarah untuk High School Certificate (HSC) - saya tidak pernah jumpa era berlakunya ‘Darurat Malaysia-Singapura’ atau hubungan yang diasaskan kepada ‘diplomasi konfrontasi’.
Aneh sekali kerana sepanjang pembelajaran dan pengetahuan saya di sekolah menengah – hingga ke mata pelajaran Sejarah untuk High School Certificate (HSC) - saya tidak pernah jumpa era berlakunya ‘Darurat Malaysia-Singapura’ atau hubungan yang diasaskan kepada ‘diplomasi konfrontasi’.
Malah, ketika membuat penyelidikan untuk tesis sarjana
sains politik untuk Ijazah M.Soc.Sc pada akhir 1970-an, tidak terjumpa pula unsur
darurat antara Malaysia dan Singapura.
Malah ‘guru’ saya Prof Khoo Kay Kim pun tidak pernah
menyebut mengenainya. Beliau memang pakar sejarah.
Yang saya baca dan dengar dalam perbualan dengan Tan Sri
Ghazali Shafie, Tengku Ahmad Rithaudeen, Tan Sri Aishah Gahni, Pak Sako, Tun
Abdullah Ahmad Badawi, Tan Sri Kamil Jaafar atau Tan Sri Razali Ismail, konfrontasi hanya
dengan Indonesia sekitar 1962 hingga 1966.
Dengan kata lain, Malaysia tidak pernah berkonfrontasi
dengan mana-mana negara, melainkan Indonesia.
Semalam selepas mendengar Najib menyebutnya, saya cuba mencari
melalui selidikan ‘Google’, juga tidak bertemu unsur-unsur ‘diplomasi Darurat
Malaysia-Singapura’.
Apakah diplomasi darurat ini berlaku pada tahun 1980-an,
1990-an atau sekitar tahun sebelum 2009?
Apakah pakar sejarah atau pengkaji sains politik terlepas
pandang atau ‘buta’ mengenai peristiwa itu?
Amat pelik kerana pengalaman bekerja dengan media perdana
termasuk akhbar, radio dan televisyen, tidak pernah bertemu pun dengan era atau
episod ‘diplomasi Darurat Malaysia-Singapura’
Bagaimana Najib boleh berkata demikian?
Apakah tujuan sebenar beliau ialah mahu mencipta satu istilah baru dalam hubungan antara
bangsa umpama istilah ‘gunboat diplomacy’?
Atau apakah beliau sengaja mencipta istilah ini untuk helah
tersendiri?
Rasanya ia tidak lain dan tidak bukan demi kepentingan atau
sebagai umpan untuk mendapat persetujuan bagi Sistem Rapid Transit System (RTS) rentas
sempadan itu, yang pernah beliau umumkan pada 2010.
Projek akan
beroperasi dari Bukit Chagar di Johor ke stesen Woodlands North di Singapura.
Projek RTS antara
Johor Bahru dan Singapura sejauh empat kilometer itu mampu mengangkut sehingga
10,000 penumpang sejam bagi setiap arah apabila siap pada 2024.
Selain itu, cerita mahu bina kereta api laju Kuala
Lumpur-Singapura ini pun bukan baru iaitu sejak awal tahun 2000 lagi.
Cuma kebetulan, ia menjadi kenyataan sekarang. Tetapi
bukan kerana darurat seperti disebut oleh Najib, projek itu terpaksa
ditangguhkan.
Banyak perdebatan disebut mengenainya termasuk banyak
kebimbangan, termasuk kesan kepada Lapangan Terbamng Antabangsa Kuala Lumpur,
tambang mahal dan banyak lagi.
Maka kita terpaksa faham bahawa kata-katanya itu sengaja
direka dengan berbagai tujuan.
Selain mendapat persetujuan dua projek berkenaan, Najib
juga secara langsung menembak ‘seekor lagi burung’ dalam sempadan Malaysia.
Peluru juga ditujukan kepada seorang ‘tua’ yang kononnya
di era pemerintahannya menyebabkan wujudnya ‘diplomasi darurat itu’.
Benarkah demikian? Apakah pertelingkahan sempadan seperti
Batu Putih dan perdagangan dengan Singapura hingga membawa kepada darurat?
Malah pemisahan Singapura daripada Malaysia yang begitu
getir pada 1965 juga tidak sampai darurat.
Aneh sekali, di
pihak rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong tidakpun mengaitkan
‘darurat itu’ dengan mendiang bapanya atau dalam sebarang pertelingkahan dengan
Malaysia.
Malah bagi Perdana Menteri Singapura itu, tiada sekalipun
darurat berlaku antara kedua-dua negara.
Jika Lee turut bersetuju dengan Najib, sebagai rakyat
Malaysia kita perlu bangkit membantahnya.
Aneh sekali jika darurat Indonesia- Malaysia mengaitkan
Presiden Sukarno dengan bekas Perdana Menteri Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj
dan Tun Abdul Razak Hussein, ‘Darurat Malaysia-Singapura’ hanya melibatkan
bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seorang diri.
Darurat perlu ada dua pihak yang berselisih.
Apa yang dilakukan oleh Najib tidak betul malah amat
dikesali.
Perbuatan cuba mengubah sejarah yang sudah terpahat
mempunyai niat peribadi yang perlu dikecam dan diperbetulkan.
Usahlah mempersendakan orang lain yang pernah berjasa
kepada negara hanya kerana mahu berbaik-baik dengan Singapura.
Berdirilah di atas kekuatan diri bukan memijak kepala
pemimpin terdahulu kerana perbuatan itu bukan sahaja biadap tetapi juga
beretika.
Apakah Najib mahu melakar sejarah baharu dan mengubah
buku teks Sejarah dengan memasukkan darurat fasa kedua selepas darurat pertama
berjaya diatasi melalui semangat persahabatan Kuala Lumpur-Jakarta?
Membezakan Najib dan Tun Razak ialah, bapanya tidak
menyalahkan Tunku dalam episod darurat dengan Indonesia.
Sebaliknya Najib mencipta dan menggunakan faktor darurat
untuk mempromosi diri sendiri selain meraih keuntungan daripadanya untuk
mendapatkan projek RTS dan HSR yang masing-masing dijangka siap pada 2024 dan
2026.
Bagi saya semua ini timbul kerana HSR yang dikatakan
paling kurang untuk bahagian Malaysia sahaja dijangka boleh mencecah RM35
bilion hingga RM40 bilion walaupun ada mengatakan hingga RM80 bilion.
Sementara untuk RTS pula dikatakan kos keseluruhan
mungkin mencecah RM12 bilion.
Bagi Najib mungkin, saya ulangi MUNGKIN – beliau sanggup menjadikan bekas Perdana Menteri
sebagai ;kambing hitam’ asalkan beliau mendapat apa yang beliau mahukan.
Apa yang dimahukannya? HSR dan RTS yang kos kedua-duanya
berjumlah hampir RM50 bilion dan membuktikan ia suatu game changer?.
Inilah sebenarnya sebahagian daripada apa yang dikatakan oleh Dr
Mahathir sebagai rapatnya Najib dengan ‘Cash Is King’!