Parti pembangkang manakah yang mahu jadikan PAS sebagai ‘hotel
persinggahan’ untuk dijadikan batu loncatan demi pilihan raya?
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti ‘hilang
akal’ apabila menyifatkan parti pembangkang lain sebagai hanya mahu
menggunakannya untuk menang pilihan raya.
Begitu angkuh dan sombong sekali Hadi meletakkan PAS
seolah-olah sebagai parti pembangkang yang segala-galanya dominan daripada parti lain?
Atas apa kekuatan PAS, Hadi menunjukkan kesombongannya?
Apakah dengan bertanding 80 kerusi Parlimen pada
Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14), Hadi boleh mendabik dada dengan menjangkakan PAS
boleh menang 50 kerusi Parlimen?
Apakah jumlah itu mempu mengatasi DAP atau pakatan
pembangkang dalam Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya kali ini?
Isunya apakah kemenangan PAS yang mendapat 21 kerusi (kini
14 sahaja selepas 6 ke AMANAH dan seorang ke PKR) daripada 73 kerusi yang
dipertandingkan olehnya pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu hasil usaha dan
sokongan ahlinya semata-mata?
Bagaimana pula dengan PKR yang menang 27 kerusi (kini 28
selepas seorang melompat dari PAS) daripada 99 kerusi, apakah prestasinya
kurang baik kerana tidak mendapat kerjasama PAS?
PAS mendabik dada ia ada 165 kawasan, dan 7,000 cawangan.
Sementara pembangkang lain pula tidak ada kawasan serta tidak ada cawangan.
PAS mendakwa ia mempunyai ahli hampir satu uta orang dan
parti lain tidak sehebatnya, namun bukankah
keputusan PRU13 boleh dijadikan ukuran sebenarnya?
Kenapa DAP bertanding sebanyak 51 kerusi tetapi menang 37
kerusi?
Tidakkah PAS menang di kebanyakan Parlimen di Pantai
Barat kerana bantuan bukan Melayu dan sebagainya?
Apa akan terjadi kali ini dengan bantah banyak pihak
kepada keputusan PAS membentangkan pindaan ke atas Akta Mahkamah Syariah
(Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Dewan Rakyat?
Juga apakah PAS sedar bahawa bantahan rakyat melalui
kempen parti AMANAH terhadapnya selain penolakan rakyat kepada PAS atas
beberapa sebab lain, akan menjejaskan
undi terhadapnya pada PRU14 kali ini?
Apakah Hadi bermimpi di siang hari dan menyusahkan
jentera PAS di beberapa negeri tertentu kerana bertanding sendirian?
Selain itu di atas kekuatan apa sehingga Hadi berani mengingatkan
ahli parti dan entiti politik lain bahawa PAS bukanlah 'hotel persinggahan'
untuk dijadikan batu loncatan?
Bukankah dalam setiap bentuk kerjasama, khususnya
bertanding dalam pilihan raya, parti politik akan berunding untuk menentukan
kerusi serta calon yang diletakkan dalam pilihan raya?
Apakah DAP, AMANAH, PKR atau parti paling baru, iaitu
Parti Pribumi Bersatu Malaysia )PPBM) cuba menipu PAS dalam setiap rundingan?
Kenapa kali ini, belum pun rundingan muktamad, Hadi sudah
‘berleter panjang’? Kenapa kemarahannya
menjadi-jadi, sedangkan banyak perkara masih boleh dibincangkan.
Apakah ini bermakna bahawa kenyataan Mursyidul Am PAS,
Hashim Jasin sudah tidak boleh dipakai lagi dan Hadi menggunakan kuasa ‘vetonya’
untuk menghentikan perbincangan dan perundingan itu?
Pada kenyataannya kelmarin, Hashim mengatakan PAS belum menutup pintu kepada mana-mana pihak yang
ingin bekerjasama dengan parti Islam itu. Malah katanya, "Jika DAP atau AMANAH
atau mana-mana pihak lain yang bersedia untuk mematuhi syarat-syarat kami, kami
masih boleh bekerjasama. "Kami masih terbuka mengenainya.”
Pada sidang media selepas menghadiri muktamar sayap
muslimat PAS ke-57 di Alor Setar, Hashim menegaskan syarat PAS itu adalah Islam
mesti menerajuinya.
Namun kenyataan Hadi dengan sendirinya membatalkan
kenyataan Hashim yang mempunyai ‘jiwa dan perasaan lebih lembut dan terbuka’
berbanding sikap Hadi yang ‘keras dan tertutup’.
Lebih jauh Hadi mengatakan pembangkang lain bersifat
oportunis atau gemar mengambil kesempatan dan menjadikan PAS sebagai pangkalan
persinggahan atau tangga untuk dipanjat.
Walaupun Hadi ada menyebut perbuatan ini turut dilakukan
oleh ahli partinya tetapi kenyataan ini
jelas perbuatan yang merendahkan keupayaan parti pembangkang lain,
seperti Hadi membawa atau melafazkan suara ‘orang lain’ dalam isu ini.
Apakah Hadi tertelan umpan oleh parti tertentu yang
sengaja mahu melihat pertelingkahan wujud sesama pembangkang dan Hadi dijadikan
sebagai ‘suara mereka’ kerana Hadi mudah memakan umpan?
Hadi yang selama ini menegur parti lain kononnya campur
tangan dalam urusan partinya sejak beberapa hari kebekalangan ini turut
menyentuh ‘tubuh badan’ parti pembangkang lain dengan kasar dan tidak beretika.
Apabila Hadi menggesa Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya menyiasat
parti politik yang ada di negara ini untuk memastikan sama ada mereka mematuhi
perlembagaan atau sebaliknya, membuktikan Hadi kini sanggup mengheret parti
lain untuk diadili secara terbuka.
Menurut Hadi antara aspek yang perlu diteliti adalah
kepatuhan pihak terbabit kepada peruntukan Islam sebagai agama persekutuan
selain menghormati perlembagaan atau tidak?
Apa hak Hadi mempertikaikan kewujudan, perlembagaan dan
perjuangan pembangkang lain, kalau pun tidak berteraskan Melayu-Islam sebagai
tidak mematuhi perlembagaan?
Kenapa sampai begitu jauh Hadi mempertikaikan parti lain
yang mengambarkan beliau bersedia melakukan apa sahaja demi menjada
persefahaman beliau dengan seseorang.
Kenapa Hadi mudah dipengaruhi dan kali ini sangat mudah
dibaca turur-kata dan tindakannya?
Kata-kata Hadi :"Contoh, Islam agama rasmi - dia
hormat ke tidak? Raja berpelambagaan, dia hormat ke tidak? Bahasa Melayu,
(Islam) agama rasmi, dia hormati ke tidak? Hak bumiputera Melayu jawa bugis
orang asal semenanjung, bumiputera Sabah Sarawak ada hak istimewa yang perlu
dihormati, mereka hormat ke tidak?" membawa seribu makna yang tersirat.
Walaupun tidak menamakan secara khusus parti yang
dimaksudkannya, Hadi dipercayai merujuk kepada DAP yang suatu ketika dulu
pernah menjadi sahabat PAS.
Walau kepada siapa ditujunya, kenapa sekarang Hadi
timbulkan isu ini dan apakah ketika bekerjasama dengan beberapa parti
pembangkang sebelum ini, termasuk DAP kenapa isu ini tidak dilontarkan?
Apakah Hadi sebelum ini ‘separuh sedar’ dan kini sudah
sedar selepas memakan umpan dan sanggup menjadi ‘burung kakak tua’ kepada pihak
tertentu?
Kata-kata dan tindakan Hadi tidak sekadar kepada DAP
tetapi dia juga menyerang Parti Amanah
Negara (AMANAH) dan PPBM.
Kritikan Hadi terhadap PPBM ialah parti itu tidak
mempunyai arah ketentuan dalam aspek kepimpinan.
Pada 29 April lalu, Hadi menegaskan, selepas dibuat penilaian, “PPBM tak
ada ketentuan arah kepimpinan. Tak tahu siapa makmum, siapa imam. Sebab itu kita
buat keputusan tak ada hubungan dengan PPBM," katanya dalam sidang media
selepas menyampaikan ucapan dasar presiden di Muktamar Tahunan PAS Ke-63 di
Alor Setar.
Jadi siapa Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Moahamad,
Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz
Mahathir kepada Hadi? Lebih rendah kedudukan mereka daripada beliau?
Kenyataan Hadi ini turut melupuskan gambaran yang
dinyatakan oleh Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa PAS masih berunding
dengan PPBM.
Amat nyata Hadi menganggap PAS ‘super kuat’ berbanding
parti pembangkang lain untuk menghadapi PRU14 dan keyakinan itu mungkin kerana
kedudukannya yang lebih selesa kerana dibantu banyak perkara oleh UMNO dan BN.
Malah, kali ini tidak sukar untuk dibaca bahawa walau apa
kata dan penafian PAS kononnya tidak mempunyai persefahaman dengan UMNO, yang
nyata dengan penolakan PAS bekerjasama dengan PH untuk merobohkan UMNO/BN, PAS
sebenarnya sedang mempertahankan dan menegakkan kerajaan BN untuk terus
memerintah.
Bagi PAS, RUU355
adalah satu-satu yang terpenting di Malaysia ketika ini berbanding perkara lain
- perjuangan menentang kemiskian, keperitan
rakyat, rasuah, penyelewengan atau juga kleptokrasi – yang PAS mesti ditegakkan.
Dan yang nyata bagi Hadi dan PAS, yang boleh membantunya ketika ini hanyalah satu-satunya iaitu - Najib
Razak!!!
Saudara hambali..... usah menolak fakta..... meskipun untuk menang 50 kerusi dari 80 pun terkulat2...saudara tidak menyatakan betapa sokongan pegikut paslah banyak membantu pembangakang menang saja2 jer hatta kalau di letakkan kasut sekalipun sebagai calon. Tanpa penyokong PAS mampukah pembangkang seperti DAP dan PKR menang parlimen atau dun?.... dua snap election terakhir.... jadi bukti.... selamat tinggal PH.
ReplyDeleteJangan terlalu cepat membuat kesimpulan saudara. Dua pilihanraya kecil lalu tidak membabitkan Ppbm yang belum wujud lagi. Senario sekarang mungkin berbeza dengan kewujududan Ppbm. Dulu, Undi di pihak pembangkang pecah dua .
DeleteTunggu PRU 14 tengok siapa yg tergolek. Hambali jika tak suka Pas no promlem. Pas dah tau kenching siapa yang paling hanching.
ReplyDeleteTunggu PRU 14 tengok siapa yg tergolek. Hambali jika tak suka Pas no promlem. Pas dah tau kenching siapa yang paling hanching.
ReplyDeleteTunggu PRU 14 tengok siapa yg tergolek. Hambali jika tak suka Pas no promlem. Pas dah tau kenching siapa yang paling hanching.
ReplyDeleteAKU PUN HERAN, PUAK PAKATAN PENJILAT KAFIR NI KERJA DOK HANTAM PAS SAJA. CAKAP PAS TAK KUATLA, PAS SOMBONGLA.
ReplyDeleteDAH TAU PAS SOMBONG DAN ANGKUH, KENAPA PUAK2 NI DOK SIBUK SANGAT. BUAT TAK LAYAN DAH LA KALAU HANGPA DAH RASA KUAT SANGAT......NI MENUNJUKKAN PUAK PENCACAI NI KECEWA GILA BILA PAS PUTUSKAN SEMUA HUBUNGAN DGN PENCACAI DAP. NAMPAK SANGAT SAKIT HATI HAHAHAHAHA
CERITA MUDAH, MACAM LAKI GILA TALAK LA HAHAHAH