"Apakah UMNO/BN kini sebuah parti yang menekan rakyat, khususnya rakyat Melayu dan Islam gara-gara GST..dan kenapa pemimpin UMNO/BN 'tuli dan buta' terhadap isu yang dianggap sebagai menzalimi rakyat ketika inii?"
Kenyataan
Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan
(GST) sangat penting bagi kerajaan
Barisan Nasional (BN) menyerlahkan bahawa ia sama sekali tidak akan
dimansuhkan.
Bermakna kerajaan yang ada hari ini akan terus menyusah dan menyeksa rakyat.
Walaupun
tidak dinyatakan kemungkinan akan ada pertambahan peratusannya (daripada 6
peratus ketika ini) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti tetapi nyata
sudah, rakyat akan menanggungnya secara berterusan.
Malah
memandangkan GST terlalu penting buat Datuk Seri Najib Razak, UMNO dan BN, ia mungkin akan menjadi manifesto
UMNO/BN untuk pilihan raya umum akan datang.
Sedangkan,
pembangkang sudah menegaskan berulang kali bahawa rakyat tidak akan dibebani GST jika Pakatan
Harapan (PH) menewaskan BN pada pilihan raya umum akan
datang.
Kenyataan
pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), AMANAH, PKR dan DAP sudah jelas
bahawa mereka semuanya menolak GST.
Dengan
kata lain, jika PH memerintah, GST akan berada di tahap ‘sifat (0) peratus’. Dan rakyat
perlu faham apa diaksudkan PH mengenai GST berkadar
sifar .
Ertinya ialah, rakyat atau pengguna tidak perlu membayar sebarang cukai ke atas
barangan atau perkhidmatan.
Ia juga bererti tidak ada cukai dikenakan ke atas harga akhir yang
terhasil daripada sebarang cukai yang dibayar perniagaan dan pengeluar.
Ini kerana perniagaan dan pengeluar boleh menuntut balik sebarang
GST yang dibayar untuk aset, pembelian atau perbelanjaan perniagaan mereka,
daripada kerajaan sebagai input kredit cukai.
Pada
14 Januari lalu, Tun Dr Mahathir
Mohamad mengumumkan beberapa pembaharuan yang akan dilakukan jika parti
campuran pembangkang memenangi PRU14.
Pengerusi
PPBM itu berkata, antara perkara utama
adalah menghapuskan GST secara beransur-ansur dan menggantikannya dengan cukai
jualan mengikut selera rakyat.
Selain
itu, nilai mata wang ringgit akan dipertahankan tanpa menjual dolar Amerika
dalam simpanan negara, katanya ketika melancarkan parti itu secara rasmi di
Stadium Malawati Shah Alam..
Semalam
pula Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menjelaskan, PH sepakat untuk
memansuhkan GST sekiranya mereka membentuk kerajaan baharu.
“Saya
sudah mengatakan perkara ini berulang kali. Kami akan ambil jalan berkadar
sifar. Malah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menjelaskan PH dan PKR akan lakukannya apabila PH ambil alih
kerajaan.
“Saya
tak tahu mengapa BN tak faham ilmu hisab. Tak tahu sifar itu apa? Sifar ertinya
kosong, ‘ling su’ dan ‘suzhiyam’,” kata Guan Eng pada sidang media di Komtar semalam.
Kelmarin,
Nurul Izzah menjelaskan PH akan menghapuskan GST dengan menjadikannya berkadar sifar.
Beliau berkata GST yang dikumpulan oleh BN itu turut digunakan untuk menyelamatkan 1Malaysia
Development Berhad, kerana persamaan antara hasil RM39 bilion dengan jumlah
kerugian syarikat itu begitu menakjubkan.
Jadi
malam semalam apabila Perdana Menteri mengatakan cukai yang membebankan rakyat itu
sebagai cara dan alat terbaik untuknya
berfungsi ‘membantu rakyat’, adalah sesuatu yang menghairan dan wajar
dipersoalkann.
Amatlah
malang sekiranya Najib mengatakan kerajaan BN tidak boleh berfungsi dengan baik untuk
berkhidmat kepada rakyat sekiranya GST dibatal atau tidak dilaksanakan.
Namun
itulah yang disebut oleh Najib yang menurutnya,
negara tiada sumber hasil yang kukuh untuk memberi perkhidmatan yang
baik kepada rakyat.
Apakah
dengan berkurangnya hasil petroleum, kerajaan BN sudah mati akal untuk mencari
sumber baru kepada pendapatan negara, apalagi untuk membayar hutang negara yang
semakin bertimbun?
Malang
sekali jika mempunyai kerajaan yang mengharapkan ‘titik peluh dan keringat
rakyat’ untuk membolehkannya berfungsi.
Pada
ketika rakyat menolak GST yang membebankan, Perdana Menteri menganggap GST
sebagai penyelamat dan kerana itulah puncanya kerajaan BN mempertahankan GST habis-habisan..
Najib
menganggap GST segala-galanya kerana menurutnya
jika tidak ada sumber hasil yang kukuhm iaitu GST, kerajaan tidak akan
mampu membina sekolah, menjalankan perkhidmatan kesihatan, mengawal keselamatan
melibatkan polis dan tentera, memberi biasiswa (kepada pelajar) juga bayar
pencen kepada 1.6 juta penjawat awam.
“Ini
semua memerlukan sumber kewangan. Kalau kita tolak GST, ini bermakna kita
menolak lebih RM50 bilion setahun. Kalau kita tolak RM50 bilion daripada bajet,
maka kerajaan tidak boleh berfungsi sebenarnya dan banyak perkhidmatan yang
hari ini kita beri kepada rakyat tidak boleh dilaksanakan," kata Najib
yang juga Presiden UMNO.
Tdiak
peliklah jika Najib dan BN beria-ia mempertahankan GST yang berbeza sekali
dengan pembangkang yang mahu ia dihapus
sama sekali kerana banyak cara atau langkah lain boleh diperkenalkan untuk
mendatangkan sumber kepada kerajaan.
Kenyataan
Najib mempertahankan GST ini dibuat selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi
(MT) UMNO di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur, malam semalam.
Najib
berkata kenyataan pembangkang menolak GST nyata sekali tidak berasas tanpa
berlandaskan fakta berbanding kerajaan BN yang melihat GST tersangat penting
untuknya.
Dengan
kedudukan di mana pengumuman Najib mempertahankan GST selepas mesyuarat penting
UMNO bermakna UMNO parti yang menjaga kepentingan orang Melayu dan Islam
mempertahankan dasar percukaian yang dianggap sebagai menzalimi rakyat.
Apakah
UMNO/BN kini sebuah parti yang menekan rakyat, khususnya rakyat Melayu dan Islam
gara-gara GST yang rata-rata disuarakan oleh rakyat, termasuk di luar bandar
sebagai menekan dan membebankan rakyat?
Kenapa pemimpin UMNO/BN 'tuli dn buta' terhadap isu yang dianggap sebagai menekan dan menzalimi rakyat ketika inii?
Sedangkan di pihak PH, kadar GST lebih wajar diturunkan ke paras
0% daripada 6% memandangkan sistem GST sudah dilaksanakan dan perniagaan sudah
mengeluarkan belanja untuk melaksanakan sistem percukaian itu,
Menjadikan GST berkadar sifar sama kesannya seperti memansuhkan
GST dan pastinya akan meringankan beban rakyat yang terpaksa ditanggung akibat
dasar pentadbiran Najib, UMNO dan BN yang nyata menekan dan menjadikan rakyat sebagai 'penyelamat' kepada negara bermasalah ketika ini.
No comments:
Post a Comment