"Kita amalkan tahaluf sejak PAS ditubuhkan, kita menghadapi
liku-liku yang mencabar. Alhamdulillah PAS menunjukkan kita parti yang berdisiplin dalam bertahaluf. PAS tidak khianati kawan, PAS beradab dalam tahaluf kerana tahaluf fahaman dalam
titik persefahaman."
Demikian
kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di
Kuala Selangor pada 6 Jun 2015, seklain menyelar pihak yang cemburu akan
hubungan PAS dan UMNO.
Menurutnya, hubungan yang terjalin adalah berlandaskan syariat
bagi tujuan merealisasikan hukum Hudud.
Tanpa menamakan siapa, beliau mengatakan ada orang cemburu buta, macam kisah suami isteri, isteri yang tidak benar suaminya ke pasar sehingga tidak boleh bercakap dengan perempuan lain.
Dan selepas hampir dua tahun, tahaluf PAS-UMNO dikatakan semakin hampir menjadi kenyataan.
Ia
memang baik dalam konteks mengurangkan ketegangan antara orang Melayu Islam, walaupun
tidak jelas sama ada dilakukan berlandaskan syariat
bagi tujuan merealisasikan hukum Hudud
Semalam,
keyakinan PAS mengenai tahluf dengan UMNO ini cuba dibuktikan oleh Pesuruhjaya
PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad yang mengatakan PAS akan bertanding
di sembilan kerusi parlimen itu di Wilayah Persekutuan.
Nampaknya
PAS begitu yakin bahawa Barisan Nasional (BN)/UMNO di Wilayah Persekutuan akan
membantu mereka jika yahaluf siyasi itu menjadi kenyataan, selain ia selaras
dengan keputusan Majlis Syura Ulama bahawa tahaluf siyasi dengan PKR sudah
terbatal.
Mohamad
Nor mengatakan sokongan yang diterima oleh PAS kini semakin meningkat
terutamanya di kalangan orang Melayu Islam, di selain terus mendapat sokongan
pengundi bukan Islam.
Malah,
PAS mengatakan dengan penuh keyakinan peluang untuk mereka menang di Segambut –
kawasan bukan majoriti Melayu – berdasarkan pengundi Islam, selain undi orang
Cina dan India, kerana tidak semua mereka mengundi DAP.
Persoalannya,
dengan bantahan bukan Islam kepada pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 atau Akta
355 di Dewan Rakyat.yang bukan sahaja daripada penyokong DAP tetapi juga
MCA, Gerakan dan MIC, apakah pengundi bukan Islam sudah jelas mengenai mengapa
pindaan itu perlu diakukan.
Persoalannya,
berjayakan tarbiyah PAS kepada bukan Islam sehingga kini mengenai pindaan Akta
355 ini?
Penulis
tidak yakin bahawa penjelasan PAS mampu memahamkan bukan Islam kerana orang
Islam sendiri banyak yang menentang apa yang cuba dilakukan oleh PAS dalam
pindaan itu.
Malag
suara-suara terus kedengaran, bukan sahaja bukan Islam dalam DAP atau beberapa
parti bukan Islam di Sarawak dan Sabah menentangnya tetapi bukan Islam dalam
MCA, MIC dan Gerakan turut menolak apa yang dikemukakan oleh PAS.
Jadi,
dalam soal mentarbiyah penyokong PAS dan UMNO mengenai tahaluf pula, apakah
penyokong UMNO dan PAS sudah memahami dan menerima pandangan Hadi dan pemimpin
tertinggi PAS mengenai perkara ini?
Penulis
Khuatir dan kefahaman mungkin hanya berlaku di kalangan pemimpin tetapi
penerimaan penyokong masih kabur dan menjadi tanda tanya.
Selama
bertahun-tahun permusuhan antara pemimpin dan penyokong kedua-dua parti ini
seolah-oleh tidak mungkin dapat dilerai.
Tetapi jika Hadi dan Datuk Seri Najib Razak dapat melakukannya, ia merupakan ‘kejayaan politik peringkat atasan’ namun mungkin tidak membawa sebarang jaminan di peringkat bawahan.
Bagi
kebayakan yang berusia 50-an hingga 70-an, kenangan masih kekal di minda mereka
bagaimana PAS mengkafirkan UMNO dan banyak kesannya kepada orang UMNO selepas
Hadi mengeluarkan amanatnya di Banggol Peradong.
Apakah
orang UMNO boleh melupakan begitu sahaja tanpa Hadi menarik balik amanatnya?
Isu
‘anak haram’ hasil perkahwinan ‘tidak sah’ kerana dinikahkan imam bukan PAS
khusunya iman UMNO, isu ‘suami isteri berzina’ kerana dinikahkan imam UMNO,
makan daging ‘haram’ kerana ayam, lembu, kambing, kerbau disebelih oleh
penyembelih UMNO semuanya masih segar difikiran mereka.
Juga
bolehkah pemimpin UMNO melupakan kejadian imam yang dilantik kerajaan BN/UMNO
tidak diiktiraf oleh penyokong PAS yang menyebabkan berlakunya kejadian solat
dua imam yang masih ada di Terengganu sehingga kini?
Banyak
lagi kesan Amanat Hadi yang masih berlegar di kepala orang UMNO, terutamanya di
Terenganu dan Kelantan, atau mungkin juga Kedah.
Isu
orang Islam yang meninggal menjadi ‘kafir’ dan tidak boleh disolatkan jenazah
mereka juga masih melekat di fikiran penyokong UMNO di ketiga-tiga negeri
berkenaan.
Apakah
orang UMNO boleh memaaf dan melupakan kejadian itu begitu sahaja?
Persoalannya
apakaah dan bilakah Hadi akan menarik balik amanatnya itu dan bersediakan
beliau melakukannya apabila tahaluf dengan UMNO hendak dikuasakan?
Perlu
diulang sekali lagi bahawa Amanat Haji hasil suatu sedutan ceramah umum yang
disampaikan oleh oleh Presiden PAS itu di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.
Ucapan beliau telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas PAS sekitar tahun itu.
Ucapan beliau telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas PAS sekitar tahun itu.
Daripada
bukti kertas putih mengenai Memali bertarikh 26 Februari 1986, Amanat Hadi telah
dicetak dalam empat versi yang turut dikaitkan dengan peristiwa berdarah di
Kedah itu.
Kenapa
pemimpin UMNO tidak bertanya Hadi bila mahu ‘mensucikan kembali’ orang UMNO dan
apakah kini orang UMNO sudah ‘dapat tiket atau pas untuk masuk terus ke syurga’?
Jika
dahulu pemimpin UMNO mempertikaikan syurga milik PAS, apakah kini kerana akan
adanya ‘tahaluf’, ‘syurga sudah dimiliki bersama’?
Mursyidul
Am PAS, Hashim Jasin, berkata parti itu memang sentiasa bersikap terbuka dan
sedia berbincang dengan mana-mana parti.
Ini
disuarakan selepas kerjasama politik dengan PKR terkubur secara rasmi.
Namun
seperti yang selalu ditekankan pemimpin
parti itu, Hashim menegaskan, setiap kerjasama yang ingin dijalankan mestilah
"dipimpin oleh Islam".
Hashim
dilaporkan berkata tindak-tanduk UMNO serta presidennya, yang meletakkan konsep
Islam dalam pentadbiran memungkinkan perkara itu berlaku.
Sebelum
ini, PAS turut mengatakan untuk sebarang tahaluf, Islam hendaklah diutamakan,
namun persoalannya, dalam konteks kerjasama PAS-UMNO, siapakah pemimpin yang
akan mengetuai kerjasama itu?
Apakah
PAS sanggup menerima pakatan yang dipimpin UMNO atau ia adalah kepimpinan
seimbang, maksudnya 50-50?
Maka
timbullah persoalan lain, apakah PAS yang mengatakan untuk menyasarkan lebih 100
kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-14 bertujuan untuk bergabung dengan
UMNO atau berkerajaan sendiri.
Ketua
penerangannya, Nasrudin Hassan, berkata semalam, daripada jumlah itu PAS
menjangkakan 40 kerusi adalah yang "mudah menang" manakala selebihnya
perlu diusahakan dengan lebih gigih.
Lantas,
jika PAS bertanding lebih 100 kerusi, yang selebihnya daripada 40 itu (kalaulah
benar boleh mencapai jumlah itu), apakah peranan PAS hanya parti ‘kacau daun’ bertujuan
mendapatkan beberapa kerusi Parlimen sambil membantu UMNO menang di
kerusi-kerusi majoriti Melayu-Islam?
Dan
terang lagi bersuluhlah bahawa peranan PAS kini adalah sebagai ‘khadam BN/UMNO,
bukannya untuk menjadi pemerintah dan berdiri sendiri.
Persoalannya,
mahukah penyokong PAS menjadi ‘khadam UMNO dan penyokong UMNO pula menjadi khadam
PAS di beberapa kerusi untuk menjamin kemenangan PAS?
Di sinilah akan wujud konflik pemikiran di kalangan penyokong kedua-dua parti berkenaan.
Di sinilah akan wujud konflik pemikiran di kalangan penyokong kedua-dua parti berkenaan.
Apakah
pemimpin bawahan dan penyokong kedua-dua [arti itu sanggup menjadi ‘kaldai
politik’ bagi tujuan kepentingan Hadi dan Najib?
BN/UMNO
dan PAS jangan mengambil mudah kedudukan ini kerana kelak, bagi penyokong PAS
yang tidak bersetuju dengan cadangan tahaluf dengan UMNO akan mengundi parti
Melayu-Islam lain.
Apakah
sokongan akan pergi kepada parti `AMANAH? Mungkin tidak kerana AMANAH adalah
sebahagian kemarahan penyokong PAS selain DAP dan UMNO.
Tidak
ada piihan untuk mereka selain mengundi dan menyokong Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM).
Bagaimana
pula dengan penyokong UMNO yang tidak bersetuju dengan tahaluf dengan PAS? Ke
mana sokongan mereka?
Ke
PKR, DAP atau AMANAH?
Kemungkinan
kepada AMANAH ada tetapi kemarahan mereka kepada PAS tetap membara dan ‘butir
tahi’ PAS ini tidak mungkin dapat sokongan sepenuhnya.
Mereka
akan melepaskan geram kepada UMNO melalui PPBM yang dirasakan lebih ‘mesra dan
rapat’ dengan mereka.
Jangan
pemimpin BN/UMNO dan PAS melihat perkara ini kecil. Mereka belum boleh bergembira
dengan pertandingan tiga penjuru.
Juga
jangan terlalu gembira bahawa tahaluf antara mereka akan membawa kemenangan
mutlak dalam pilihan raya umum nanti.
Tahaluf
antara dua parti itu akan membawa kpada suatu ciptaan dan keadaan ‘harapan palsu’ yang akan merugikan UMNO dan
PAS.
Dan
pastinya pada kedudukan ini, jika UMNO mengambil jalan untuk tidak bertahaluf
dengan PAS bimbang penyokong mereka akan merasa bahawa mereka dijadikan ‘kaldai
politik’ oleh Najib, PAS yang bertanding sendirian akan masih terperangkap.
Benar
sekali jika bertandng bersendirian PAS
akan lebih dihormati dan mungkin mendapat keputusan lebih baik berbanding
bertahaluf dengan BN/UMNO.
Namun
apa jaminan yang PAS boleh bertahan dengan asakan AMANAH dan pengundi bukan
Melayu-Islam?
PAS
kini tersepit dan begitulah juga UMNO.
Pada
usianya memasuki 71 tahun, UMNO turut tersepit dengan asakan pembangkang,
khususnya PPBM dan PKR.
Ia
diakibatkan oleh langkah sumbang dan
pendirian tidak konsisten pemimpin mereka dalam isu rasuah, pembaziran,
pemborosan dan paling menakutkan – kleptokrasi.
Malah
dalam keadaan Najib dipalitkan dengan isu RM2.6 bilion dan RM42 melalui akaun
bank peribadi Najib (belum lagi isu 1Malaysia Development Berhad)
sementara Hadi pula berdepan tuduhan
sumbangan RM 90 juta daripada 1MDB, tahaluf PAS-UMNO berdepan dengan beberapa
halangan sukar.
Apakah
kedua-duanya berani menghadapi risiko untuk mempersetujui tahaluf berkenaan
yang kini dilihat lebih mirip kepada kepentingan menjaga survival politik
Najib-Hadi daripada perpaduan di kalangan orang Melayu Islam.
No comments:
Post a Comment