Thursday, April 27, 2017

FIKIRKAN…GST SANGAT PENTING, PENYELAMAT BUAT NAJIB, KERAJAAN BN???


"Apakah UMNO/BN kini sebuah parti yang menekan rakyat, khususnya rakyat Melayu dan Islam gara-gara GST..dan kenapa pemimpin UMNO/BN 'tuli dan buta' terhadap isu yang dianggap sebagai menzalimi rakyat ketika inii?"

Kenyataan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)  sangat penting bagi kerajaan Barisan Nasional (BN) menyerlahkan bahawa ia sama sekali tidak akan dimansuhkan.

Bermakna kerajaan yang ada hari ini akan terus menyusah dan menyeksa rakyat.

Walaupun tidak dinyatakan kemungkinan akan ada pertambahan peratusannya (daripada 6 peratus ketika ini) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti tetapi nyata sudah, rakyat akan menanggungnya secara berterusan.

Malah memandangkan GST terlalu penting buat Datuk Seri Najib Razak, UMNO dan BN, ia mungkin akan menjadi manifesto UMNO/BN untuk pilihan raya umum akan datang.

Sedangkan, pembangkang sudah menegaskan berulang kali bahawa rakyat tidak akan dibebani GST jika Pakatan Harapan (PH) menewaskan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), AMANAH, PKR dan DAP sudah jelas bahawa mereka semuanya menolak GST.

Dengan kata lain, jika PH memerintah,  GST akan berada di tahap ‘sifat (0) peratus’. Dan rakyat perlu faham apa diaksudkan PH mengenai GST berkadar sifar .

Ertinya ialah, rakyat atau pengguna tidak perlu membayar sebarang cukai ke atas barangan atau perkhidmatan.

Ia juga bererti tidak ada cukai dikenakan ke atas harga akhir yang terhasil daripada sebarang cukai yang dibayar perniagaan dan pengeluar.

Ini kerana perniagaan dan pengeluar boleh menuntut balik sebarang GST yang dibayar untuk aset, pembelian atau perbelanjaan perniagaan mereka, daripada kerajaan sebagai input kredit cukai.

Pada 14 Januari lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beberapa pembaharuan yang akan dilakukan jika parti campuran pembangkang memenangi PRU14.

Pengerusi PPBM  itu berkata, antara perkara utama adalah menghapuskan GST secara beransur-ansur dan menggantikannya dengan cukai jualan mengikut selera rakyat.

Selain itu, nilai mata wang ringgit akan dipertahankan tanpa menjual dolar Amerika dalam simpanan negara, katanya ketika melancarkan parti itu secara rasmi di Stadium Malawati Shah Alam..

Semalam pula Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menjelaskan, PH sepakat untuk memansuhkan GST sekiranya mereka membentuk kerajaan baharu.

“Saya sudah mengatakan perkara ini berulang kali. Kami akan ambil jalan berkadar sifar. Malah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menjelaskan PH dan PKR  akan lakukannya apabila PH ambil alih kerajaan.

“Saya tak tahu mengapa BN tak faham ilmu hisab. Tak tahu sifar itu apa? Sifar ertinya kosong, ‘ling su’ dan ‘suzhiyam’,” kata Guan Eng pada sidang media di Komtar semalam.


Kelmarin, Nurul Izzah menjelaskan PH akan menghapuskan GST dengan menjadikannya berkadar sifar.

Beliau  berkata GST yang dikumpulan oleh BN itu turut  digunakan untuk menyelamatkan 1Malaysia Development Berhad, kerana persamaan antara hasil RM39 bilion dengan jumlah kerugian syarikat itu begitu menakjubkan.

Jadi malam semalam apabila Perdana Menteri mengatakan cukai  yang membebankan rakyat itu  sebagai cara dan alat terbaik untuknya berfungsi ‘membantu rakyat’, adalah sesuatu yang menghairan dan wajar dipersoalkann.

Amatlah malang sekiranya Najib  mengatakan kerajaan BN  tidak boleh berfungsi dengan baik untuk berkhidmat kepada rakyat sekiranya GST dibatal atau tidak dilaksanakan.

Namun itulah yang disebut oleh Najib yang menurutnya,  negara tiada sumber hasil yang kukuh untuk memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

Apakah dengan berkurangnya hasil petroleum, kerajaan BN sudah mati akal untuk mencari sumber baru kepada pendapatan negara, apalagi untuk membayar hutang negara yang semakin bertimbun?

Malang sekali jika mempunyai kerajaan yang mengharapkan ‘titik peluh dan keringat rakyat’ untuk membolehkannya berfungsi.

Pada ketika rakyat menolak GST yang membebankan, Perdana Menteri menganggap GST sebagai penyelamat dan kerana itulah puncanya kerajaan BN mempertahankan GST  habis-habisan..

Najib menganggap GST segala-galanya kerana menurutnya  jika tidak ada sumber hasil yang kukuhm iaitu GST, kerajaan tidak akan mampu membina sekolah, menjalankan perkhidmatan kesihatan, mengawal keselamatan melibatkan polis dan tentera, memberi biasiswa (kepada pelajar) juga bayar pencen kepada 1.6 juta penjawat awam.

“Ini semua memerlukan sumber kewangan. Kalau kita tolak GST, ini bermakna kita menolak lebih RM50 bilion setahun. Kalau kita tolak RM50 bilion daripada bajet, maka kerajaan tidak boleh berfungsi sebenarnya dan banyak perkhidmatan yang hari ini kita beri kepada rakyat tidak boleh dilaksanakan," kata Najib yang juga Presiden UMNO.


Tdiak peliklah jika Najib dan BN beria-ia mempertahankan GST yang berbeza sekali dengan pembangkang  yang mahu ia dihapus sama sekali kerana banyak cara atau langkah lain boleh diperkenalkan untuk mendatangkan sumber kepada kerajaan.

Kenyataan Najib mempertahankan GST ini dibuat selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur, malam semalam.

Najib berkata kenyataan pembangkang menolak GST nyata sekali tidak berasas tanpa berlandaskan fakta berbanding kerajaan BN yang melihat GST tersangat penting untuknya.


Dengan kedudukan di mana pengumuman Najib mempertahankan GST selepas mesyuarat penting UMNO bermakna UMNO parti yang menjaga kepentingan orang Melayu dan Islam mempertahankan dasar percukaian yang dianggap sebagai menzalimi rakyat.

Apakah UMNO/BN kini sebuah parti yang menekan rakyat, khususnya rakyat Melayu dan Islam gara-gara GST yang rata-rata disuarakan oleh rakyat, termasuk di luar bandar sebagai menekan dan membebankan rakyat?

Kenapa pemimpin UMNO/BN 'tuli dn buta' terhadap isu yang dianggap sebagai menekan dan menzalimi rakyat ketika inii?

Sedangkan di pihak PH, kadar GST lebih wajar diturunkan ke paras 0% daripada 6% memandangkan sistem GST sudah dilaksanakan dan perniagaan sudah mengeluarkan belanja untuk melaksanakan sistem percukaian itu,


Menjadikan GST berkadar sifar sama kesannya seperti memansuhkan GST dan pastinya akan meringankan beban rakyat yang terpaksa ditanggung akibat dasar pentadbiran Najib, UMNO dan BN yang nyata menekan dan menjadikan rakyat sebagai 'penyelamat' kepada negara bermasalah ketika ini.


MENGHADAPI PRU14 – PAS SANGGUP BERSENDIRIAN ATAU BEKERJASAMA?


Sekutu, seteru serta pihak yang sedang mengintai kerjasama dengan PAS tentunya akan mengikuti dengan teliti perkembangan Muktamar PAS ke-63, bermula hari ini.

Bukan sekadar PKR yang dijemput menghadiri muktamar ini akan memberikan perhatian kepada perkara yang dibincang dan diputuskan oleh muktamar tetapi juga yang tidak dijemput tetapi mempunyai ‘minat bekerjasama’ termasuk UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Malah AMANAH, DAP serta parti lain juga akan mengikuti dengan teliti bagaimana arus dan gelombang muktamar PAS kali ini akan beralun.

Dengan tiadanya jawatan penting dipertandingkan kali ini – hanya peringkat Najb Presiden –  empat calon, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan; Idris Ahmad yang juga Anggota Parlimen Bukit Gantang; Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor dan Exco Kerajaan Negeri Selangor; dan Nasruddin Hassan yang merupakan Ketua Penerangan PAS dan Anggota Parlimen - suasana tidaklah sehangat proses pemilihan sebelum ini.

Selepas ‘pembersihan’ PAS, walaupun jumlah 40 pemimpin lain bertanding untuk 18 jawatan anggota Jawatankuasa PAS Pusat, untuk dipilih kira-kira 1,200 perwakilan yang menghadiri muktamar kali ini, ketegangan sudah dapat dihindarkan dan tumpuan semestinya kepada membentuk strategi pilihan raya.

Menariknya, bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, sebanyak 26 calon menawarkan diri malah dikatakan  semua  calon berkenaan adalah 'satu kepala' dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Juga tumpuan dapat diberikan kepada  penentuan lebih  30 usul daripada 194 kawasan Parlimen yang dibahagikan kepada empat kategori - usul yang ditolak, usul yang diterima tanpa bahas, usul yang diterima dan perlu dibahaskan jawatankuasa dan usul yang diterima kemudian diserahkan kepada Majlis Syura Ulama untuk diputuskan – akan merancakkan lagi perbincaangan menentukan stratagi dan hala tuju parti.

PAS menjadi perhatian kerana ia kini adalah parti kedua terbesar bagi orang Melayu dan Islam selepas UMNO, sementara PPBM dan AMANAH masih tidak diketahui keberkesanannya.

Sudah pasti dengan kedudukan di mana pilihan raya umum ke-14 (PRU14), yang diramal diadakan tahun ini akan menjengah, PAS dilihat mengadakan perhimpunan tahunan partinya sangat bertepatan dengan masa dan dan  keadaan semasa.

Malah, kedatangan muktamar ini diihat sebagai ruang mendapatkan input pemimpin dan ahli bertujuan mencatur strategi politik bagi menghadapi PRU14 dengan langkah yang ‘bijak daan berani’.

PAS tidak menjemput parti Melayu dan Islam terbesar – UMNO - ke muktamarnya kerana ia masih parti lawan yang dianggap sebagai parti yang perlu ditumbangkan.

Begitu juga dengan PPBM kerana sementara AMANAH dan DAP kini sudah menjadi musuh nombor wahidnya yang dilihat tidak boleh lagi diperbaiki hubungan antara mereka, ia dilihat bekerjasama dengan dua parti berkenaan..

Akibat PPBM bersekongkol dengan AMANAH dan DAP dalam Pakatan Harapan (PH), mereka dipalitkan  untuk tidak dijemput.PPBM.



Kemarahan PAS kepada PH tetapi tidak PKR, amat jelas apabila Setiuasaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan pihaknya  mengundang wakil PKR dan beberapa parti sahabat PAS antaranya Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), BERJASA dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO), namun tidak PPBM.

Hubungan PAS dengan PPBM boleh disifatkan sebagai 'digantung sementara', termasuk  tidak lagi mengadakan program dan rundingan bersama setelah PPBM mengumumkan masuk ke Pakatan Harapan.

Apakah muktamar ini akan menegaskan secara lebih jelas pendirian PAS dalam konteks hubungannya dengan PPBM, AMANAH dan DAP tetapi berlembut dengan PKR kerana ‘kepentingan PAS’ di Selangor?

Sudah pasti juga ramai menanti apa keputusan PAS dalam tahaluf siyasinya dengan PKR selepas ada cadangan diputuskaan hubungan itu?

Benarkah PAS mahu bersendirian menghadapi PRU14 kali ini?

Atau kali ini PAS akan bermain silap mata dengan bekerjasama dengan parti tertentu untuk menjamin ia terus survive di negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu?

Ada pendapat mengatakan PAS akan banyak ‘bersandiwara’ kali ini untuk mengelak kalah di beberapa Parlimen tradisinya selain di Kelantan khususnya dengan bekerjasama khususya dengan PPBM.

PAS tidak sanggup berputih mata di Selangor. Apakah PAS bersedia menerima nasib buruk sekiranya membuat keputusan untuk memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR?

Kerana itu ramai tidak percaya PAS akan putuskan kerjasama politiknya dengan PKR di Selangor kerana khuatir tindakan memutuskan hubungan dengan PKR hanya akan merugikan PAS.

PAS tidak rela untuk melihat beberapa  Ahli Dewan Undangan Negerinya yang  menjadi EXCO  kerajaan negeri di Selangor hilang jawatan dan kuasa.


Malah dikatakan hubungan kerjasama ini ada kaitan dengan ‘restu istana’ Shah Alam dan apakah PAS sanggup menyanggahnya?

Persoalan juga semakin ditimbulkan, walaupun PPBM tidak dijemput ke muktamar, namun ada pihak meramalkan PAS mungkn menjalin kerjasama dengan PPBM, khususnya untuk menawan Kedah dan Terengganu.

Malah di Kelantan, turut diakui bahawa untuk menyekat pengaruh UMNO dan BN, PAS perlu bekerjasama dengan PPBM, walaupun tidak dengan AMANAH yang dikatakan ‘kuat’ di beberapa kawasan Parlimen.

Di Kedah pula, dengan kedudukan di mana PAS Kedah yang kini turut menaruh harapan dan keyakinan parti itu akan kembali merampas Negeri Jelapang Padi pada PRU akan datang, ia tidak mampu melakukan bersendirian.

Pilihan adalah untuk bekerjasama sama dengan  PPBM.

Walaupun  ada pendapat sukar untuk bekerjasama dengan PPBM untuk tundukkan UMNO/BN di beberapa negeri tetapi apakah PAS mempunyai kekuatan sendiri melakukannya?

Jika pertandingan tiga penjuru berlaku, PAS mungkin menjadi parti paling rendah menerima sokongan rakyat apabila ia akan turut diasak oleh AMANAH -  selain UMNO/BN dan PPBM di beberapa negeri?

Memanglah sejauh ini tiada keputusan  konkrit dibuat oleh PAS tetapi apakah perkara ini akan turut dibincangkkan pada muktamar ini?

Malah bukan sekadar dengan PPBM, PAS sudah ada persefahaman politik dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) apabila mengumumkan pada 16 Mac 2016 lalu untuk membentuk blok ketiga politik.

Walaupun IKATAN - parti pelbagai kaum - pimpinan bekas menteri Kabinet Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzil tidaklah sekuat mana, namun ini dilihat akan memberikan kekuatan kepada PAS.

Malah ada pertanyaan,  apakah PAS akan ‘berbaik dengan UMNO’ untuk berdepan pembangkang lain di beberapa negeri tertentu demi kepentingan Melayu dan Islam?

Semua ini ada pada pertimbangan PAS. Yang penting sebarang langkah dan tindakannya mampu memberikan  keuntungan kepada PAS dalam meraih sokongan berbanding jika ia bergerak sendirian pada PRU14.

Dengan kedudukan kehangatan suasana pemilihan parti dapat diredakan, muktamar kali ini sdah pasti dapat menumpukan perhatian seepenuhnya kepada strategi menghadaapi pilihan raya.

Dan sudah pasti muktamar ini akan menjelaskan sikap PAS dalam keputusannya sama ada untuk bersendirian atau bekerjasama dengan parti Melayu-Islam, khususnya PPBM kalaupun tidak dengan UMNO.

Wednesday, April 19, 2017

HADI AKAN LEPASKAN JAWATAN PRESIDEN DI MUKTAMAR PAS ALOR SETAR?


Kemenangan tanpa bertanding Muhammad Khalil Abdul Hadi bagi  jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat perlu dilihat dalam konteks beberapa dimensi.

Jangan lihat di permukaan tetapi selamilah ‘lautan dalam PAS’  mengenai lantikan ini. Teroka apa berlaku di dasarnya.

Jangan cepat membuat kesimpulan kerana Presiden PAS dan kepemimpin PAS mungkin sedang membuat percatusan dan perkiraan besar di luar kotak pemikiran penyokong biasa PAS.

Melihat secara mudah, Pemuda PAS sah sudah mendapat ketua baru apabila anak kepada presiden parti,  Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang tanpa bertanding semalam.

Kenapa sampai tiada pencabar kepada Muhammad Khalil juga perlu dilihat dengan otak bukan dengan mata.

Muktamar Tahunan PAS ke-63 pada 28 April hingga 1 Mei ini sangat penting kepada kedudukan PAS menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) selain masa depan PAS pasca PRU-14.

Kenapa penulis mengatakan demikian?

Pertama, PAS mungkin bertanding secara solo atau menjalankan persefahaman dengan parti Melayu-Islam lain di beberapa negeri, kalaupun tidak di peringkat nasional.


PAS mahu menang besar kali ini dan berharap dengan bertanding 80 kerusi Parlimen,  ia kekal relevan selepas beberapa parti lain semakin ‘tepu’ dan munculnya dua parti baru iaitu AMAMAH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPM) yang turut memperjuangkan kepentingan Melayu-Islam.

PAS perlu terus relevan dengan perjuangan Islamnya pada ketika UMNO pula berdepan dengan asakan pembangkang kerana pemimpinnya yang dituduh bersekongkol dengan Datuk Seri Najib Razak sebagai MO1 yang menyebabkan Malaysia dikenali sebagai negara Kleptokrasi.

Kedua, PAS sedang berdepan dengan perubahan penting saf kepimpinan apabila Hadi dilihat ‘sukar menyesuaikan dirinya’ dengan tuntutan baru ahli dan kesihatannya yang kurang memuaskan.

Ketiga, PAS berdepan dengan asakan orang muda yang melihat bahawa isu di Malaysia bukan semata-mata pindaan RUU355 tetapi soal tekanan kos kehidupan, kemiskinan, keperluan asasi yang semakin mengecil, rasuah, penyelewengan, isu pendidikan, pemilikan rumah, pengangguran dan sebagainya.

Apakah PAS akan hanya bercakap dan berjuang mengenai Islam per se atau lebih kepada pembangunan ummah yang mengambil kira kepeluan semasa dan kepentingan kehidupan hari ini?

Kemenangan Muhammad Khalil sebagai pemimpin muda dalam PAS menggambarkan betapa perlunya orang muda turut menentukan hala tuju parti.

Kegagalan Nik Abduh Nik Abdul Aziz sudah nyata. Dia tidak mempunyai arah dan asyik bernostalgai mengenai bapanya.


Malah dia juga dikatakan gagal menjaga kawasan Parlimennya, Pasir Mas dan dipersoalkan kewujudnya di sana. Elok sangat Nik Abduh tidak mempertahankan jawatannya.

Apapun kenyataan dan tohmahan bahawa wujudnya kroni dalam PAS iaitu bapa menjadi Presiden dan anak menjadi Ketua Pemuda hanya sementara.

Hadi dan kepimpinan PAS sedang mempersiapkan bapa dan anak untuk ke suatu kedudukan  di mana Hadi akan mengososongkan jawatanya dan berpindah mungkin ke Dewan Ulamak dan anaknya akan ‘bebas’ mengembangkan sayap politiknya tanpa ada ‘arahan dan pengaruh bapanya’.

Kemenangan tanpa bertanding Datuk Tuan Ibrahim Man Tuan Ibrahim juga memberi signal bahawa beliau adalah pengganti Hadi, walaupun mungkin tidak dikuatkuasakan segera.

Hadi sudah memerhati dan mempelajari bagaimana kecaman terhadap PKR apabila anak beranak dalam sebuah parti, UMNO ada Najib dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, DAP ada dua Lim – bapa seorang ‘Supremo’ dan anak Setiausaha Agung.

Sementara PPBM ada Pengerusi dan Timbalan Presiden daripada satu keluarga iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang kemunculannya dalam UMNO sebelum ini pun selepas bapanya bersara.


Hadi tidak mampu untuk melarang anaknya bergiat politik seperti dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang melarang Datuk Seri Mokhzani Mahathir dan Mukhriz menyertainya dalam UMNO ketika beliau masih Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Hadi akan dihormati dan dilihat ‘tiada cacat celanya’ sekiranya beliau meletakkan jawatan dan menjadi Musyridul Am PAS dan anaknya berada di suatu anak tangga yang tinggi dalam hiraki parti.

Malah, bukan sesuatu yang pelik sekiranya Muhammad Khalil mengambil alih sebagai calon PAS di Parlimen Marang dan Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang pada pilihan raya umum nanti.

Beliau perlu mengukuhkan kedudukannya dalam parti dan dengan menjawat jawatan sebagai ADUN atau Ahli Parlimen, ini akan menguat dan mengukuhkan kedudukan politiknya.

Dewan Ulama Pusat PAS juga jelas menunjukan persefahaman apabila semua jawatan pada pegerakan berkenaan - termasuk anggota jawatankuasa - diisi oleh tokoh yang menang tanpa bertanding.

Keadaan itu menyaksikan Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Datuk Dr Nik Zawawi Mohd Salleh dan Datuk Dr Johari Mat masing-masing terpilih sebagai ketua, timbalan dan naib ketua dewan ulama.

Pergerakan perubahan kepimpinan dalam PAS kini nampak bergerak dengan licin dan kehadirian Muhammad Khalil membawa makna yang besar.

PAS di bawah Tuan Ibrahim  dijangka akan lebih jelas perjuangannya kerana departi dilihat sebelum ini, beliau turut menyuarakan kebimbangannya kepada perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa,


Pada ketika Hadi nampak mengelak dan berkias mengkritik BN dan Najib, Tuan Ibrahim lebih terbuka.

Namun, banyak kali kenyataan Tuan Ibrahim 'dibentes'  oleh Hadi tetapi selepas muktamar di Alor Setar nanti, pendirian PAS akan semakin jelas.

PAS perlu membuat pendirian tegas kerana rakyat memerhatikan pendirian PAS sejauh ini.

Jika PAS mahu tidak mahu AMANAH dan PPBM menyainginya, PAS perlu tegas seperti yang ditunjukkan oleh kepimpinan sebelum Hadi.

Dan hanya melalui Tuan Ibrahim fungsi dan perjuangan politik PAS akan dapat dibaca dan dinilai dengan mudah.


PAS tidak akan lagi berfungsi seperti di bawah kepimpinan Presiden PAS sekarang yang dilihat sering berubah warna , bergantung semata-mata kepada keperluan dan kepentingan semasa Hadi semata-mata!!!

Monday, April 17, 2017

DEDAH SUDAH, BERITAHU SUDAH DAN AJAK PUN SUDAH, NAMUN…


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kenyataan berbentuk penegasan dan soalan di Mingguan Malaysia  semalam apabila mengatakan mana-mana parti politik yang bercita-cita untuk mentadbir Malaysia, perlu memilih antara bekerjasama dengan PAS atau UMNO.

Katanya, kuasa politik orang Melayu ada pada PAS dan UMNO.


Dengan mengatakan sedemikian, apakah PAS merasakan ia sudah setaraf UMNO?Mempunyai kerusi di Dewan Rakyat sebanyak UMNO, iaitu 86 kerusi ketika inii?

Atau dengan bertanding 80 kerusi Parlimen kelak pada Pilihan Raya Umum ke-14, PAS merasakan ia akan menang besar?

“Kita terbuka kepada mana-mana parti nak bersama dengan PAS, syaratnya terima Islam," katanya.

Syaratnya hanya terima Islam?

Kenyataan ini biarpun nampak umum tetapi boleh dikaitkan dengan kehadiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Persoalannya, apakah dalam kepala Hadi, PPBM masih tidak terima Islam?

Apa bendanya terima Islam itu?

Sistem politiknya? Perundangannya? Ekonominya? Keadilannya? Integritinya atau cara penyelesaian cabaran dan penyelesaian masalah ummah ketika ini dan masa hadapan?

Malah kata Hadi, pada Muktamar PAS akhir bulan ini, beliau akan menyampaikan mesej kepada perwakilan dan rakyat mengenai aspirasi PAS untuk "selamatkan negara dengan Islam”.

"Ini kerana, selepas terbuktinya kegagalan agama dan ideologi lain dalam menyelesaikan masalah ekonomi, politik dan moral, kini sudah tiba masanya Islam diberi peluang untuk menyelesaikan masalah negara.

"Kita mahu tukar sistem yang sedia ada dengan sistem Islam, tidak cukup sekadar tukar individu semata-mata," katanya.


Ternyata kenyataan sebegini sudah menjadi retorik dan sudah bertahun-tahun dilaung-laungkan serta diuang-ualang, namun penolakan orang Melayu- Islam di Terengganu dan Kedah terhadap PAS menggambarkan semuanya!

Sejujurnya, apakah dengan mengatakan yang boleh menerima Islam ini  PAS secara rasmi menerima UMNO? Atau Hadi masih bermain kata-kata untuk menguji PPBM sejauh mana ia bersedia untuk berpakat dengan PAS?

Jika Hadi mengatakan mana-mana parti politik mahu mentadbir Malaysia mesti bekerjasama dengan PAS dan UMNO, apakah bagi PAS, UMNO sudah menepati syarat serta syariat yang dikatakan oleh beliau itu.

Dengan kedudukan PAS yang kecil dan mungkin paling banyak akan menang hanya 25 kerusi (walaupun bertanding 80 kertusi) Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti, bolehkah PAS menjadi kuasa yang kuat untuk mempengaruhi UMNO sekiranya ia bekerjasama dengan UMNO?

Tidakkah pelik jika UMNO yang mungkin menang paling banyak pun sekitar 70 kerusi daripada 86 kerusi yang dimiliki ketika ini,  akan tunduk kepada ‘kehendak PAS’?

Begitu juga jika PPBM yang mungkin bertanding 80 kerusi dan menang sekurang-kurangnya 65 kerusi Parlimen, apakah mampu PAS memaksa PPBM untuk mengikut seleranya?

isunya juga, jika kerajaan BN kalah, apakah PAS masih mahu ‘berkongsi kuasa dengan UMNO’ yang selepas ini tidak lagi relevan?

Satu perkara lagi, apakah PAS menyamakan UMNO dan PPBM dari segi dasar Islam dan syarat-syarat yang PAS mahukan?

Apakah PAS menganggap pemimpin PPBM perasuah, perompak, penipu dan ‘pembazir’ seperti kerajaan BN/UMNO pimpinan Datuk Seri Najib Razak sekiranya Pakatan Harapan dapat membentuk kerajaan?

Apakah pemimpin PAS juga menyamakan perjuangan PPBM dengan UMNO dalam konteks memartabatkan Islam dan Melayu di pasca PRU14?

Juga apakah PAS melihat pemimpin PPBM dan UMNO ‘2 kali 5’ dalam merangka dasar yang saksama dan keadilan untuk semua rakyat ?

Juga tidak nampakkah oleh Hadi perbezaan pemimpin UMNO dan PPBM dalam memerangi rasuah. menentang pembaziran dan ketirisan pembangunan yang menggunakan wang rakyat, kenaikan harga barangan keperluan isi rumah, pendapatan semakin merosot, cukai yang menekan rakyat, hutang negara dan masalah lain termasuk GST?


Jika Hadi tidak dapat menyelami ini semua, patutlah Hadi menyamakan UMNO dan PPBM.

Tetapi sekiranya Hadi mahu berlaku adil kepada rakyat jelata, PAS perlu menilai kesemua ini dan perlulah membandingkan  UMNO dan PPBM menggunakan ukuran yang adil dan berpadanan.

Juga tidak adil jika Hadi mengatakan PPBM seperti UMNO sedangkan PPBM yang mahukan ‘Selamatkan Malaysia, Selamatkan Rakyat’ sedang berusaha untuk memegang kuasa.

Sewajarnya Hadi dan PAS sudah fahami betapa kepimpinan Najib dan BN, termasuk UMNO yang begitu teruk akhir-akhir ini, maka wajarlah beliau bekerjasama dengan PPBM untuk tundukkan BN, bukan sebaliknya.

Menganggap BN/UMNO sama dengan PPBM tidak adil kepada parti yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat berbeza dengan perjuangan dan matamat UMNO ketika ini..

Mereka memperjuangkan ‘Selamatkan Malaysia’ untuk menjadikan negara ini kembali bermaruah dan selesa untuk didiami.

Sewajarna ada pertimbangan adil menurut Islam oleh pemimpin  PAS dengan siapa ia patut bekerjasama – UMNO atau PPBM -  bukan kerana sebab-sebab lain yang Hadi sendiri tahu punca dan persoalannya.

Selain itu, Hadi tidak wajar menyalahkan PPBM sebagai memecahkan undi orang Melayu.

Mereka yang tidak sanggup lagi bersekongkol dengan ‘pencuri, perompak dan penyamun’ perlu lari daripada kumpulan berkenaan dan jika terpaksa memecahkan undi Melayu, terpaksalah mereka melakukan.

Apakah bagi Hadi, pemimpin dan ahli PPBM yang menolak rasuah, penyalahgunaan kuasa dan amalan kronisme perlu berdiam diri atau ‘buat bodoh sahaja’ dalam BN/UMNO?

PPBM sudah menghulurkan tangan kepada PAS untuk memerangi kepimpinan Najib tetapi sekiranya PAS merasakan ia masih mahu bersekongkol dengan Najib dan partinya, apa boleh dilakukan oleh PPBM?

Dedah sudah, beritahu sudah dan ajak pun sudah.

Jika PAS memilih UMNO,  itu kehendak dan jalan yang dipilihnya.


Namun mengharapkan pemimpin dan ahli PPBM untuk menerima Najib yang menjadikan negara ini sebagai Kleptokrasi, tidak mungkin untuk selama-lamanya.

Persoalannya, apakah perjuangan menentang rasuah, penindasan, kezaliman kepada rakyat, menjatuhkan maruah negara dan rakyat serta pembaziran dan ketirisan itu bukan yang disuruh oleh Islam?

Bukankah ini juga perjuangan PAS?

Apakah Islam itu hanya berkisar sekitar pindaan Akta 355 sahaja dan yang lain tidak penting dalam menegakkan  keamanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia?

Kerana itu pilihan PAS sewajarnya  adalah PPBM, bukan UMNO dan begitulah sebaliknya.

Wednesday, April 12, 2017

JIKA PH MENANG, PERDANA MENTERI TETAP MELAYU, KENAPA?


"Cumanya kali ini Perdana Menteri Melayu bukan dari UMNO yang menjadi komponen utama BN, sebaliknya kemungkinan daripada PPBM yang menjadi parti dominan dalam PH yang turut diwakili DAP, PKR dan AMANAH."

Perdana Menteri Melayu?

Tidak kira siapalah, yang pasti keputusan pilihan raya umum kelak akan menentukannya.

Sudah berbuih mulut Lim Kit Siang menjelaskan akan tiada Perdana Menteri bukan Melayu. Beliau tidak berminat menjawat jawatan itu.

Kenyataannya itu bersandarkan kesedarannya bahawa bukan Melayu berdepan keadaan sukar menjadi Perdana Menteri kerana sebab-sebab tertentu atau beliau tahu  kekuatan sebenar partinya.

Kit Siang yang kebelakangan ini berhadapan dengan serangan bertubi-tubi UMNO, sudah berulang kali memberitahu,  PRU14 adalah pertempuran antara PH melawan BN. Jika UMNO hilang kuasa kerajaan persekutuan, perdana menteri bukan kalangan orang Cina, tetapi Melayu.

Walaupun membuat penjelasan dan menafikan ‘serangan’, Kit Siang terus dikatakan akan menjadi Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) jika memenangani Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Kenyataan daripada pemimpin BN, khususnya UMNO tidak lain dan tidak bukan kerana kebimbangan mereka yang amat sangat akan orang Melayu Islam menyokong pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Gambaran yang diberikan begitu menakutkan seolah-olah bukan Melayu akan menindas orang Melayu dan bukan Islam akan menghalang agama Islam daripada kedudukannya seperti sekarang.

Isunya kenapa menjadi begini?

Untuk kali pertamanya kini BN, khususnya UMNO menjadi parti yang menggembleng rakyat supaya mewujudkan syak wasangka yang tinggi bahawa bukan Melayu dan bukan  Islam akan menguasai politik Malaysia.


Cara menakut-nakut dan mengugut orang Melayu agar mengundi hanya BN/UMNO adalah suatu perbuatan tidak bertanggungjawab dalam proses demokrasi berperlembagaan di Malaysia.

Malah, Kit Siang dijadikan sebagai ‘sasaran panah’ yang begitu kejam, walaupun rakyat Malaysia terutamanya Melayu mula mempersoalkan taktik jahat BN/UMNO ini.

Memang sukar untuk mengubah persepsi orang Melayu yang rata-rata melihat Kit Siang sebagai pejuang bukan Melayu yang ‘ultra’, namun jika sebelum ini Melayu dalam PAS dan PKR boleh menerimanya sebagai ‘rakan’,  kenapa kini perlu membenci dan ‘meludah beliau’?

Dan kenapa apabila Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mulai menerima Kit Siang dan DAP sebagai sekutu, pemimpin dan parti ini juga menjadi mangas serangan BN/UMNO?

Malah PAS yang kini putus hubungan dengan DAP, juga tidak selesa dengan hubungan semakin akrab antara Dr Mahathir dan Kit Sinag.

Sebabnya tidak lain dan tidak bukan kerana ketakutan dan kebimbangan amat sangat oleh pemimpin BN/UMNO bahawa ‘alignmen sokongan orang Melayu kini berubah kepada PH'.

Demi mempertahankan kuasa pemerintahan, BN/UMNO akan  melakukan apa sahaja. 

Sementara PAS yang dilihat ‘berusaha untuk bersendirian’ seolah-olah mahu mensucikan ‘dosa lamanya kerana berpelukan dengan DAP dan Kit Siang’ kini berusaha memperlihatkan bahawa ia putih bersih daripada 'noda sebelumnya'.

Dengan kata lain, apa sahaja sebab dan alasan PAS,  ia berusaha menggambarkan DAP dan Kit Siang sebagai parti dan pemimpin yang sangat teruk dan hina!


Jika tidak terdesak untuk menunjukkan ia ‘parti Islam tulen dan suci’, selain demi membuang dan berpisah dengan  orang bukan Islam dalam DAP dan Kit Siang, mana mungkin Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  melemparkan kecaman paling keras pernah dibuat dengan  menganggap parti berkenaan sebagai "butir tahi" Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura.

Kata-kata itu dilemparkan Hadi pada majlis  di Rusila malam kelmarin di mana Hadi berkata parti yang memerintah Singapura adalah PAP dan ia adalah "bapa DAP".

"Dulu (semasa) Singapura dalam Malaysia, ada cawangan PAP di Malaysia. Bila Singapura keluar daripada Malaysia, PAP tukar jadi DAP. Jadi DAP ini anak butir taik PAP. (Saya) sebut dengan bahasa yang kasar sikit, ini dia," katanya di majlis ceramah perdana sempena kejayaan pembentangan rang undang-undang meminda Akta 355 (RUU355).

Kata-kata Hadi ini jelas menggambarkan bahawa PAS tidak akan ‘menjilat ludahnya’ dalam konteks hubungan dengan DAP.

Berbalik kepada BN/UMNO, serangan bertalu-talu terhadap Hadi membuktikan parti itu kini benar-benar memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam seperti PAS pada tahun 1960-an dan 1970-an.

Isunya ialah, apakah BN/UMNO hanya melihat suasana di Semenanjung dan gagal menilai sensitiviti di Sarawak dan Sabah?

Mengecam dan menyerang Kit Siang juga bermakna menyerang Cina dan bukan Melayu, selain yang bukan Islam. Apakah masyarakat Sarawak dan Sabah sama seperti di Semenanjung?

BN/UMNO boleh meletakkan harapan besar untuk menang melalui politik perkauman dan agama di Semenanjung tetapi bagaimana pula kedudukannya  di Sabah dan Sarawak? Bermain watak 'talam dua muka'?

Kit Siang sendiri juga sudah menjelaskan banyak kali bahawa beliau tidak berminat menjadi Perdana Menteri dengan menyedari keupayaan sokongan orang Cina dan bukan Melayu kepada DAP.


Apakah DAP akan menjadi parti dominan dalam PH? Berapa kerusi Dewan Rakyat yang akan DAP menang pada PRU-14 nanti?

Pada 9 April lalu, Kit Siang menegaskan beliau tidak pernah bercita-cita untuk menjadi perdana menteri, sebaliknya DAP ditubuhkan lebih 5 dekad lalu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang adil dan progresif bagi semua.

Malah katanya, jawatan perdana menteri tidak pernah terlintas dalam fikiran beliau meskipun Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan mana-mana warganegara boleh menyandang kerusi itu.

Malah beliau memberitahu, DAP bukan sebuah parti Cina tetapi parti di Malaysia yang terdiri mereka yang mencintai Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau wilayah.

Semalam pula, Kit Siang dengan tegas mengatakan bahawa Perdana Menteri dari PH adalah Melayu dan cakap-cakap mengatakan orang Cina akan menjadi Perdana Meneri hanyalah perbuatan yang sengaja digembar-gemburkan.

Inilah suatu keadaan yang ‘menyedih dan mengejutkan’ apabila parti pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang memerintah ketika ini terus mengamalkan POLITIK PEMBOHONGAN, KEBENCIAN SERTA MENGUGUT bagi mewujudkan kebimbangan dan ketakutan di kalangan rakyat.

Di sebalik semua ini, yang nyata, PPBM kini akan hanya mengintai kerusi UMNO untuk menyertai PRU14.

Berasaskan pilihan raya lalu, UMNO yang menjadi komponen utama kini memilik 86 kerusi (asalnya 88 kerusi) selepas kehilangan Parlimen Pagoh dan Semporna yang ‘berpindah sarang’.

Sementara di Sabah UMNO yang dikatakan kuat apabila menang 11 daripada 22 kerusi Parlimen dipertandingkan BN (kini tinggal 10) dan  ternyata  kedudukan kini nampaknya jelas terumbang ambing dengan kehadiran Parti Warisan Sabah di Sabah.


Kemenangan 2013 itu  membolehkan Sabah  kekal menjadi negeri simpanan tetap UMNO berdasarkan analisis yang mendapati  BN  mendominasi keseluruhan kerusi Parlimen dengan peratusan 88.2 peratus,

Persoalannya, apakah UMNO akan mengekalkan jumlah kerusi yang akan dipertandingkan iaitu 121 kerusi termasuk di Sabah selain  mampukah ia mencapai kemenangan seperti PRU13? (Pada PRU12 UMNO bertanding 117 kerusi dan menang 79 kerusi).

Dengan kedudukan di mana UMNO kini diasak kuat oleh PPBM, kemungkinan PPBM mendapat banyak kerusi untuk bertanding di Parlimen adalah cerah.

Ini bermakna, PPBM sudah boleh mengira-gira setidak-tidaknya 80 kerusi UMNO di Semenanjung, walaupun tidak membabitkan dirinya untuk bertanding di Sabah ( UMNO tidak bertanding di Sarawak).

Apa signifikannya angka ini?

Sekiranya PPBM memenangi lebih 60 kerusi Parlimen, bukankah itu bermakna ia kini menjadi seperti UMNO dalam BN, iaitu parti dominan dalam PH?

Jika kedudukan ini berlaku, tidakkah apa yang disebut oleh Kit Siang itu benar belaka dan wajarlah beliau tidak meletakkan harapan tinggi untuk orang Cina menjadi Perdana Menteri.

Kerana perkiraan inilah mungkin BN/UMNO begitu tersangat bimbang dengan PPBM dan berusaha untuk memujuk PAS bergabung dengannya.

Persoalannya PAS yang mengatakan akan bertanding 80 kerusi bolehkah mereka mencapai keputusan lebih baik berbanding pencapaiannya iaitu kemenangan 21 kerusi pada PRU13?

Apakah kerjasamanya dengan UMNO seperti dalam isu Rohingya serta pembentangan RUU355 oleh Presiden PAS akan membantu partinya menang besar? Apakah orang bukan Melayu dan Islam akan menyokong PAS kali ini?

Di pihak UMNO pula, apakah ia mampu menghalang PPBM dengan isu menakut-nakutkan orang Melayu dengan isu perkauman dan agama akan berjaya an terus mendapat sokongan besar?

Sedangkan, hakikatnya Kit Siang tidak minat menjadi Perdana Menteri dan jika kemenangan cemerlang dicapai di Dewan Rakyat dan menjadi parti utama dalam PH, bukankah tradisi pemimpin Melayu menjadi Perdana Menteri akan diteruskan?

Cumanya kali ini Perdana Menteri Melayu bukan dari UMNO yang menjadi komponen utama BN, sebaliknya kemungkinan daripada PPBM yang menjadi parti dominan dalam PH yang turut diwakili DAP, PKR dan AMANAH.

Atau mungkin juga dari PKR dan amanah jika ia turut menang besar.

Sementara PAS yang kononnya bersendirian menyerahkan dirinya kepada UMNO sedangkan UMNO sendiri sudah berada dalam keadaan amat sukar menahan badai PPBM yang semakin menggunung!!!!

Tuesday, April 4, 2017

PH GABUNGAN BAHARU UNTUK ‘CORAKKAN SEMULA’ POLITIK NEGARA...


Lim Kit Siang wajar dilantik oleh pembangkang untuk mengetuai Pakatan Harapan (PH)?

Itu kata beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak untuk menunjukkan betapa celarunya pakatan pembangkang.

Sedangkan ketika ini, sudah dipersetujui bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, adalah sebagai penasihat PH.

Siapa akan memimpin PH akan ditentukan kemudian walaupun Salleh cuba memesongkan pendapat awam dengan mengatakan Lim sebagai ahli politik veteran DAP wajar menjadi pengerusi PH.

"Jika Lim enggan dan sebaliknya melantik seorang Melayu menduduki jawatan tersebut, maka ia akan memberi gambaran ianya hanya Pakatan Ali Baba," katanya

Apa pasal Salleh menyibuk dengan PH? Rumah BN sudah bersih dan tersusunkan? 

Yang nyata Salleh cuba bandingkan PH dengan BN.

Jelas sekali, Salleh tidak faham bentuk kerjasama yang sedang digarapkan melalui PH. Ia tidak sama dengan dengan kosep BN yang menekankan dominasi kaum di dalamnya.

Dengan kata lain Salleh menoleh ke belakang, sedangkan PH sudah jauh ke hadapan.

Pada Disember, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menandatangi perjanjian kerjasama antaranya dengan PH dan terkini pada Selasa minggu lalu, PPBM mengumumkan kemasukan parti itu dalam gabungan PH.


Andaian Menteri itu berasaskan kedudukan kerusi yang dicapai melalui Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu sedangkan, PH sedang membentuk pakatan untuk menghadapi PRU14.

Itulah jauhnya perbezaan pemikiran dan rangka kerja antara pemimpin BN/UMNO dan PH - apa lagi Salleh dari Sabah yang kini sedang diasak oleh Parti WARISAN yang semakin diakui kekuatannya hasil pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.

Perkiraan Salleh bahawa DAP yang memiliki 38 kerusi parlimen dan 96 kerusi DUN melayakkannya untuk menjadikan Penasihat DAP itusebagai Pengerusi PH mempunyai motif ‘jahat’.

Apakah berlandaskan kedudukan ini, Salleh boleh mendakwa PH kini dipimpin oleh bukan Melayu dan bukan Islam?

Hanya berlandaskan perkiraan ini, BN dan UMNO mudah untuk mengecop PH sebagai pakatan yang berteraskan kepentingan ‘bukan Melayu dan bukan Islam’ kerana dipimpin oleh DAP.

PKR pula disebut oleh Salleh sebagai tidak layak meletakkan Presidennya dan apa lagi Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat pakatan pembangkang itu.

Ini kerana PKR memiliki 27 kerusi parlimen dan 48 kerusi DUN, apa lagi PPBM yang hanya memiliki satu kerusi parlimen dan dua kerusi DUN.

Bagi Salleh, ternyata DAP parti paling besar dan terkuat dalam PH berbanding parti lain, termasuk AMANAH yang hanya memiliki enam kerusi parlimen dan tujuh DUN.

Pada ketika semua parti dalam PH tidak mempersoalkan isu ketua PH, Salleh memandai-mandai mempertikaikan keputusan mesyuarat Presiden PH dengan mengatakan apabila Lim cuba melantik pemimpin PKR, AMANAH atau PPBM menduduki jawatan pengerusi PH, ini akan menimbulkan tanda tanya.

Malah, belum apa-apa Salleh menunjukkan belangnya apabila mengemukakan pertanyaan: "Apakah ini agenda beliau (Lim) untuk sekali lagi memperdaya para pengundi Melayu?"

Tersurat dan nyata, Salleh cuba menimbulkan keraguan namun akhirnya beliau ternyata terperangkap dengan kenyataan yang jelas membuktikan niat buruknya untuk meremehkan PH yang bergerak laju menghadapi PRU14.

Sedangkan  soal nama, logo atau manifesto PH akan berlaku dengan sendirinya kelak.

Walau dengan nama baharu atau nama gabungan mungkin kekal, ia akan diputuskan oleh urucorakkania.

Namun yang penting ketika ini ialah PH akan menjadi  gabungan “baharu dan kuat” dengan kemasukan PPBM minggu lepas.

Kejayaan untuk mencapai persetujuan  kemasukan PPBM adalah langkah penting yang perlu dilihat sebagai usaha atau pendekatan “buang yang keruh, ambil yang jernih”.

Tanpa PAS yang turut diharapkan menyertai PH – dijangka sukar berlaku walaupun kemungkinannya ada – tidak akan melemahkan semangat PKR, DAP dan PPBM.

PAS enggan menyertai PH kerana pertelagahannya dengan DAP dan AMANAH. Namun segala berkemungkinan akan berlaku sebelum PIlihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


Nantinya panel 18 anggota dianggotai ahli PKR, DAP AMANAH dan PPBM dan dibentuk Isnin lepas.

Mereka akan mendaftarkan gabungan baharu tidak lama lagi dengan logo dan manifesto bersama.

Pembentukan perikatan baharu ini pastinya akan menjadi cabaran besar kepada BN dalam kedudukan di mana berbagai usaha memburuk, dan menggagalkan usaha ini.

Persetujuan gabungan asal – PKR, DAP dan AMANAH – menerima PPBM bagaikan kuasa besar memulakan hubungan baru.

Jika menurut pandangan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ia “seperti Amerika Syarikat dan Rusia cuba memulakan hubungan baru,” dan PH dijangka akan “dicorakkan semula”.

Paling menarik ialah  perpaduan dan kesepakatan itu dibuktikan melalui percorakkanujuan semua pihak untuk menerima Pengerusi PPBM dan Presiden PKR sebagai  “penasihat khas” jawatankuasa penaja gabungan adalah pencapaian awal yang sangat menarik.

Apakah maknanya kepada PH dalam konteks persefahaman ini?
Sudah pastinya, Dr Mahathir dan Wan Azizah akan menjadi “wajah utama” PH.

Komponen PH seperti DAP, PKR serta AMANAH sangat memahami bahawa walaupun pada hakikatnya penasihat khas itu terdiri daripada orang Melayu namun anggota jawatankuasa penaja yang akan ditentukan pada mesyuarat majlis presiden corakkanerusnya akan mempunyai wakil bukan Melayu.

Dengan kata lain, keanggotaan jawatankuasa penaja itu akan diwakili berbilang kaum dengan berkonsepkan rakan kongsi yang sama taraf dalam gabungan itu.

Pelantikan Dr Mahathir dan Wan Azizah itu nyata sekali sebagai bayangan kepada semua parti bahawa gerakan membantu usaha untuk ‘corakkan semula politik negara,” sedang mencapai kemajuan.

Biarpun Pemimpin PKR, DAP dan AMANAH pernah  bersengketa dengan Dr Mahathir – ketika menjadi perdana menteri, presiden UMNO dan pengerusi BN – kerana menyingkir Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri dan dari Umno pada 1998, segala-galanya bagaikan sudah dilupakan.

Ketika ini yang sangat diharapkan ialah masa depan politik negara ke arah  kerajaan yang demokrasi, keadilan, kesaksamaan dan kemakmuran. Dengan kata lain, gerakan ini bertujuan mendakap semua yang mahu melakukan kebaikan untuk negara.

Berikutan itu, semua bentuk spekulasi atau cakap-cakap sengaja diada-adakan seperti persoalan kenapa Lim tidak dilantik penasihat jawatankuasa penaja PH hanyalah untuk menganggu perjalanan yang ‘selesa’ untuk PH.

Ia juga tidak ada kena mengena dengan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan gabungan berteraskan Melayu.

Pada 25 Mac lepas, presiden PPBM di suatu himpunan di Padang Rengas dilaporkan berkata gabungan baharu perlu berteraskan Melayu dan PPBM antara parti utama yang akan mendokong perjuangan parti dalam gabungan itu.

Muhyiddin berkata demikian sehari selepas majlis presiden PH, yang terdiri daripada kepimpinan PKR, DAP dan Amanah, bercorakkanuju menerima kemasukan PPBM pada 24 Mac.

Jika menurut kata-kata Muhyiddin: “Kita hendakkan supaya gerakan yang akan dipelopori oleh pembangkang mestilah organisasi yang diketuai Melayu.

“Majoritinya adalah Melayu tetapi parti-parti lain yang bergabung dalam Pakatan Harapan akan menjadi sebahagian daripada keluarga kita. Ini penting supaya rakyat yakin,” tambahnya.

Cadangan itu sehingga kini belum dibincang, malah kenyataan DAP sendiri yang menerima hakikat bahawa jika ketua ahli Parlimen DAP itu dilantik, akan memyebabkan PH perlu melantik pemimpin lain yang corakkanaraf dengannya.

“Kalau kita letak Lim, kita perlu letak pemimpin lain juga,” demikian jelas Guan Eng di Pulau Pinang semalam.

Malah, menurutnya, kalaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai perdana menteri,  ia bukan kerana usaha memenuhi kemahuan orang Melayu sebaliknya, “Anwar dipilih kerana beliau paling layak mewakili semua kaum.”

Yang membimbangkan BN ialah kenyataan Anwar bahawa kesudian PPBM menyertai PH perlu dilihat  secara positif kerana ia akan mengukuhkan kekuatan pembangkang dalam persediaan menggantikan BN.


Menurutnya, dalam kedudukan di mana PH perlu pertahankan prestasi yang dicapai pada PRU13 lalu, yang diperlukan kini untuk menukar kerajaan hanyalah sedikit lonjakkan sokongan kepada PH.

“Saya yakin, InshaAllah, ini akan dapat dicapai memandangkan masalah ekonomi dan skandal berlarutan dalam negara yang belum pernah dialami sebelum ini, “ katanya.

Ini termasuk skandal seperti 1MDB yang belum dirungkai, serta penyelewengan pengurusan institusi bumiputra seperti Felda, Tabung Haji dan Mara yang saya anggap sebagai satu pengkhianatan kepada bangsa dan negara.

Apa yang diperlukan sekarang ialah untuk PH ialah menyegerakan rundingan dengan Bersatu dan semua pihak yang lain yang sealiran serta memantapkan agenda reformasi dan dasar bersama.