Lim Kit Siang wajar dilantik oleh pembangkang untuk
mengetuai Pakatan Harapan (PH)?
Itu kata beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak untuk menunjukkan betapa celarunya pakatan pembangkang.
Sedangkan ketika ini, sudah dipersetujui bahawa Tun
Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail, adalah sebagai penasihat PH.
Siapa akan memimpin PH akan ditentukan kemudian walaupun Salleh cuba memesongkan pendapat awam dengan mengatakan Lim sebagai ahli politik veteran DAP
wajar menjadi pengerusi PH.
"Jika Lim enggan dan sebaliknya melantik seorang
Melayu menduduki jawatan tersebut, maka ia akan memberi gambaran ianya hanya
Pakatan Ali Baba," katanya
Apa pasal Salleh menyibuk dengan PH? Rumah BN sudah bersih dan tersusunkan?
Yang nyata Salleh cuba bandingkan PH dengan BN.
Jelas sekali,
Salleh tidak faham bentuk kerjasama yang sedang digarapkan melalui PH. Ia tidak
sama dengan dengan kosep BN yang menekankan dominasi kaum di dalamnya.
Dengan kata lain Salleh menoleh ke belakang, sedangkan PH
sudah jauh ke hadapan.
Pada Disember, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menandatangi perjanjian kerjasama
antaranya dengan PH dan terkini pada Selasa minggu lalu, PPBM mengumumkan kemasukan parti itu dalam gabungan
PH.
Itulah jauhnya perbezaan pemikiran dan rangka kerja antara pemimpin BN/UMNO dan PH - apa lagi Salleh dari Sabah yang kini sedang diasak oleh Parti WARISAN yang
semakin diakui kekuatannya hasil pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.
Perkiraan Salleh bahawa DAP yang memiliki 38 kerusi
parlimen dan 96 kerusi DUN melayakkannya untuk menjadikan Penasihat DAP itusebagai Pengerusi PH mempunyai motif ‘jahat’.
Apakah berlandaskan kedudukan ini, Salleh boleh mendakwa PH kini dipimpin oleh bukan Melayu dan bukan Islam?
Hanya berlandaskan perkiraan ini, BN dan UMNO mudah untuk
mengecop PH sebagai pakatan yang berteraskan kepentingan ‘bukan Melayu dan
bukan Islam’ kerana dipimpin oleh DAP.
PKR pula disebut oleh Salleh sebagai tidak layak meletakkan Presidennya dan apa lagi Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad
sebagai penasihat pakatan pembangkang itu.
Ini kerana PKR memiliki 27 kerusi parlimen dan 48 kerusi
DUN, apa lagi PPBM yang hanya memiliki satu kerusi parlimen dan dua kerusi DUN.
Bagi Salleh, ternyata DAP parti paling besar dan terkuat
dalam PH berbanding parti lain, termasuk AMANAH yang hanya memiliki enam kerusi parlimen dan tujuh DUN.
Pada ketika semua parti dalam PH tidak mempersoalkan isu
ketua PH, Salleh memandai-mandai mempertikaikan keputusan mesyuarat Presiden PH
dengan mengatakan apabila Lim cuba melantik pemimpin PKR, AMANAH atau PPBM
menduduki jawatan pengerusi PH, ini akan menimbulkan tanda tanya.
Malah, belum apa-apa Salleh menunjukkan belangnya apabila
mengemukakan pertanyaan: "Apakah ini agenda beliau (Lim) untuk sekali lagi
memperdaya para pengundi Melayu?"
Tersurat dan nyata, Salleh cuba menimbulkan keraguan
namun akhirnya beliau ternyata terperangkap dengan kenyataan yang jelas
membuktikan niat buruknya untuk meremehkan PH yang bergerak laju menghadapi
PRU14.
Sedangkan soal
nama, logo atau manifesto PH akan berlaku dengan sendirinya
kelak.
Walau dengan nama baharu atau nama gabungan mungkin
kekal, ia akan diputuskan oleh urucorakkania.
Namun yang penting ketika ini ialah PH akan menjadi gabungan “baharu dan kuat” dengan kemasukan PPBM minggu lepas.
Kejayaan untuk mencapai persetujuan kemasukan PPBM
adalah langkah penting yang perlu dilihat sebagai usaha atau pendekatan “buang
yang keruh, ambil yang jernih”.
Tanpa PAS yang turut diharapkan menyertai PH – dijangka
sukar berlaku walaupun kemungkinannya ada – tidak akan melemahkan semangat PKR, DAP dan PPBM.
PAS enggan menyertai PH kerana pertelagahannya dengan DAP
dan AMANAH. Namun segala berkemungkinan akan berlaku sebelum PIlihan Raya Umum
ke-14 (PRU14).
Nantinya panel 18 anggota dianggotai ahli PKR, DAP AMANAH
dan PPBM dan dibentuk Isnin lepas.
Mereka akan mendaftarkan gabungan baharu tidak lama lagi
dengan logo dan manifesto bersama.
Pembentukan perikatan baharu ini pastinya akan menjadi
cabaran besar kepada BN dalam kedudukan di mana berbagai
usaha memburuk, dan menggagalkan usaha ini.
Persetujuan gabungan asal – PKR, DAP dan AMANAH –
menerima PPBM bagaikan kuasa besar memulakan hubungan baru.
Jika menurut pandangan Setiausaha Agung DAP Lim Guan
Eng ia “seperti Amerika Syarikat dan Rusia cuba memulakan hubungan baru,” dan
PH dijangka akan “dicorakkan semula”.
Paling menarik ialah
perpaduan dan kesepakatan itu dibuktikan melalui percorakkanujuan semua
pihak untuk menerima Pengerusi PPBM dan Presiden PKR sebagai “penasihat khas” jawatankuasa penaja gabungan
adalah pencapaian awal yang sangat menarik.
Apakah maknanya kepada PH dalam konteks persefahaman ini?
Sudah pastinya, Dr Mahathir dan Wan Azizah akan menjadi
“wajah utama” PH.
Komponen PH seperti DAP, PKR serta AMANAH sangat memahami
bahawa walaupun pada hakikatnya penasihat khas itu terdiri daripada orang
Melayu namun anggota jawatankuasa penaja yang akan ditentukan pada mesyuarat
majlis presiden corakkanerusnya akan mempunyai wakil bukan Melayu.
Dengan kata lain, keanggotaan jawatankuasa penaja itu
akan diwakili berbilang kaum dengan berkonsepkan rakan kongsi yang sama taraf
dalam gabungan itu.
Pelantikan Dr Mahathir dan Wan Azizah itu nyata sekali
sebagai bayangan kepada semua parti bahawa gerakan membantu usaha untuk ‘corakkan
semula politik negara,” sedang mencapai kemajuan.
Biarpun Pemimpin PKR, DAP dan AMANAH pernah bersengketa dengan Dr Mahathir – ketika
menjadi perdana menteri, presiden UMNO dan pengerusi BN – kerana menyingkir
Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri dan dari Umno pada
1998, segala-galanya bagaikan sudah dilupakan.
Ketika ini yang sangat diharapkan ialah masa depan
politik negara ke arah kerajaan yang
demokrasi, keadilan, kesaksamaan dan kemakmuran. Dengan kata lain, gerakan ini
bertujuan mendakap semua yang mahu melakukan kebaikan untuk negara.
Berikutan itu, semua bentuk spekulasi atau cakap-cakap
sengaja diada-adakan seperti persoalan kenapa Lim tidak dilantik
penasihat jawatankuasa penaja PH hanyalah untuk menganggu perjalanan yang
‘selesa’ untuk PH.
Ia juga tidak ada kena mengena dengan kenyataan Tan Sri
Muhyiddin Yassin yang mahukan gabungan berteraskan Melayu.
Pada 25 Mac lepas, presiden PPBM di suatu himpunan di
Padang Rengas dilaporkan berkata gabungan baharu perlu berteraskan Melayu dan
PPBM antara parti utama yang akan mendokong perjuangan parti dalam gabungan
itu.
Muhyiddin berkata demikian sehari selepas majlis presiden
PH, yang terdiri daripada kepimpinan PKR, DAP dan Amanah, bercorakkanuju
menerima kemasukan PPBM pada 24 Mac.
Jika menurut kata-kata Muhyiddin: “Kita hendakkan supaya
gerakan yang akan dipelopori oleh pembangkang mestilah organisasi yang diketuai
Melayu.
“Majoritinya adalah Melayu tetapi parti-parti lain yang
bergabung dalam Pakatan Harapan akan menjadi sebahagian daripada keluarga kita.
Ini penting supaya rakyat yakin,” tambahnya.
Cadangan itu sehingga kini belum dibincang, malah
kenyataan DAP sendiri yang menerima hakikat bahawa jika ketua ahli Parlimen DAP
itu dilantik, akan memyebabkan PH perlu melantik pemimpin lain yang corakkanaraf
dengannya.
“Kalau kita letak Lim, kita perlu letak pemimpin
lain juga,” demikian jelas Guan Eng di Pulau Pinang semalam.
Malah, menurutnya, kalaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim
dipilih sebagai perdana menteri, ia
bukan kerana usaha memenuhi kemahuan orang Melayu sebaliknya, “Anwar dipilih
kerana beliau paling layak mewakili semua kaum.”
Yang membimbangkan BN ialah kenyataan Anwar bahawa
kesudian PPBM menyertai PH perlu dilihat secara positif kerana ia akan mengukuhkan
kekuatan pembangkang dalam persediaan menggantikan BN.
Menurutnya, dalam kedudukan di mana PH perlu pertahankan
prestasi yang dicapai pada PRU13 lalu, yang diperlukan kini untuk menukar
kerajaan hanyalah sedikit lonjakkan sokongan kepada PH.
“Saya yakin, InshaAllah, ini akan dapat dicapai
memandangkan masalah ekonomi dan skandal berlarutan dalam negara yang belum
pernah dialami sebelum ini, “ katanya.
Ini termasuk skandal seperti 1MDB yang belum dirungkai,
serta penyelewengan pengurusan institusi bumiputra seperti Felda, Tabung Haji
dan Mara yang saya anggap sebagai satu pengkhianatan kepada bangsa dan negara.
Apa yang diperlukan sekarang ialah untuk PH ialah menyegerakan
rundingan dengan Bersatu dan semua pihak yang lain yang sealiran serta
memantapkan agenda reformasi dan dasar bersama.
Pakatan Haprak Pembohong..
ReplyDeleteDulu korang caci maki bertan-tan Mahazalim Mahafiraun penyengak penyamun semua yg buruk pada Tun Mahathir. Hari ini kerana dia menentang UMNO maka kamu semua angkat dia jadi raja dan 'dimuliakan'. celakalah kamu semua politik mahapenipu. Prinsip jenis apakah ini bila join puak kamu sahaja terus 'disucikan' dari semua dosa..
Hanya UMNO BN sahaja pilihan aku ketika ini baik buruk UMNO BN terbaik. Semoga hancur leburlah pakatan syaitan PH ini secepat mungkin. Amin!
ikut menyimak.....
ReplyDelete