"Apakah institusi diRaja itu hanya ‘rubber stamp’ dan tidak mempunyai peranan dalam perkara penting membabitkan rang undang-undang Islam...Mereka tidak lagi penting dalam politik dan pentadbiran Malaysia?"
Langkah UMNO dan PAS dalam
isu rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa
Jenayah) 1965 (RUU 355), ternyata silap?
Kalau disebut sebagai
bertujuan politik dan mendapatkan laba bersama-sama, kedua-duanya pasti menafikannya.
Namun amat nyata kini
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hadi Awang secara
bersama yang beria-ia mahu RUU355 dibentangkan di Dewan Rakyat dan diluluskan,
melakukan kesilapan besar dengan membelakngkan Majlis Raja-Raja.
Sewajarnya, semua pihak perlu
mengambil kira pendapat bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul
Halim bahawa sebarang cadangan untuk meminda RUU355 perlu di dipersembahkan
kepada Majlis Raja-Raja terlebih dahulu.
Dengan kata lain, dapatkan
pandangan majlis dan jangan sekali-kali membelakangi Raja-Raja Melayu.
Apakah Raja-Raja Melayu
kita tidak mampu memberikan cadangan atau pandangan?
Apakah tidak perlu untuk
meminta ulasan dan pandangan balas mereka dalam perkara RUU355 ini?
Apakah institusi diRaja
itu hanya ‘rubber stamp’ dan tidak mempunyai peranan dalam perkara penting
membabitkan rang undang-undang Islam seperti ini?
Mengapa UMNO dan PAS
membelakangi Majlis? Mereka tidak lagi penting dalam politik dan pentadbiran
Malaysia?
Sebagai orang Islam, tidak
ada sebab kenapa kita menolak atau menafikan keperluan melakukan pindaan
terhadap akta berkenaan apa lagi kes jenayah di bawah akta berkenaan semakin
berleluasa.
Malah kita boleh menerima
cadangan bahawa peningkatan hukuman ini mampu mengurangkan kesalahan yang
dilakukan oleh orang beragama Islam.
Ini kerana hukuman sedia ada tidak mencukupi bagi
memberi kesedaran dan rasa takut kepada orang Islam.
Cumanya UMNO
dan PAS jangan memandai-mandai menjadikan sebagai ‘laba politik’ kerana sesuatu
yang baik jangan dijadikannya sebagai sesuatu yang hanya dimiliki oleh UMNO dan
PAS sahaja.
Apakah penyokong parti
lain dan rakyat beragama Islam seluruhnya di Malaysia tidak ada hak ke atas
RUU355?
Kenapakah melihatnya
sebagai laba politik semata-mat tetapi membiarkan sesuatu yang ‘suci’ dan
bertujuan baik untuk semua masyarakat diputar-belit?
Apa jenis pemimpin dan
kepemimpinan menggunakan Islam untuk laba politik seperti UMNO dan PAS ini?
Sebagai bekas ahli UMNO,
penulis memang diajar supaya melihat PAS sebagai sebuah parti yang menggunakan
Islam dalam semua sudut kepentingan dan laba politiknya.
Ahli UMNO diajar supaya
‘membenci PAS kerana menggunakan Islam’ untuk kepentingan dan laba politiknya.
Namun dalam aspek RUU355,
siapa yang cuba menggunakan Islam untuk kepentingan dan laba politiknya?
Bukankah UMNO yang sanggup
mengenepikan perasaan dan hati rakan komponen politiknya – MCA, MIC, Gerakan,
PBB(Sarawak) serta PBS (Sabah) dan parti komponen lain dengan menyokong PAS
bagi tujuan politik.
Kenapa UMNO mesti
mengambil sama ‘laba daripada Islam’ seperti yang diperjuangkan oleh PAS selama
ini?
Apa bezanya antara UMNO
dan PAS dalam konteks RUU ini?
Juga jika PAS
‘membelakangkan Raja-Raja Melayu’ dengan membentangkan RUU355 ini di Dewan
Rakyat, kenapa UMNO perlu bersekongkol sama?
UMNO pun sudah ikut PAS
menjadikan Islam sebagai alat untuk mendapatkan ‘laba politik’?
Cadangan meminda RUU 355
itu buat kali pertama dibawa ke Dewan Rakyat pada Mei 2016 dan usul itu sekali
lagi dibaca Hadi pada 24 November tahun lepas.
Ia bertujuan meminda
Seksyen 2 akta berkenaan untuk menggantikan perkataan 'penjara selama tempoh
melebihi tiga tahun atau denda melebihi RM5,000 atau sebatan melebihi enam
kali' dengan perkataan 'penjara selama tempoh melebihi 30 tahun atau denda
melebihi RM100,000 atau sebatan 100 kali sebagaimana ditadbir selaras dengan
Tatacara Jenayah Syariah'.
Kenyataan Tun Ahmad Fairuz
- ketua hakim negara dari 2003 hingga 2007 - perlu diambil perhatian berat oleh
semua pihak.
Pendangan beliau bahawa
cadangan atau pindaan akta berkaitan agama Islam termasuk Rang Undang-undang
(RUU) Persendirian perlu dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja terlebih dahulu
sebelum dibentang di Parlimen jangan di perlekehkan.
Bukan sahaja kerana
kedudukan dan pengalamannya tetapi apa yang ditekankan oleh bekas Ketua Hakim
Negara itu ialah sebagai ketua agama Islam, Raja-Raja Melayu mempunyai peranan
tersendiri.
Ini termasuk dalam
menentukan sesuatu perkara berkaitan agama Islam sebelum ia diguna pakai ke
atas pihak yang disasarkan.
Malah, berasaskan kepada perdebatan,
kemusykilan mengenai mengapa RUU 355 tidak dipersembahkan kepada raja-raja
sebelum ia dibentangkan di Parlimen, memang ada lojiknya untuk beliau mempersoalkan
langkah dua parti politik itu menguruskan pindaan RUU355 ini.
.
"Hal ini boleh
diperhujahkan kerana jelas tercatat dalam Perlembagaan Negara yang mewajibkan
rujukan (mengenai agama Islam) dibuat kepada Majlis Raja-Raja yang juga ketua
agama Islam dan hal yang termaktub itu mesti kita hormati," katanya.
Pada sesi soal-jawab mengenai syarahan bertajuk "Islam
as the Law of the Land" (Islam sebagai Undang-Undang Tanah Air), di
ibu negara kelmarin, Ahmad Fairuz, menegaskan peranan Majlis Raja-Raja sebagai
ketua agama Islam tidak seharusnya dipinggirkan.
Katanya, Mahkamah Syariah
wujud kerana Islam. Justeru itu, apa-apa yang berkaitan dengan Islam perlulah
dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Raja-Raja dan mendapat persetujuan mereka
sebelum dibentangkan di Parlimen.
Malah menurut beliau, Majlis
Raja-Raja) mempunyai peranan masing-masing dan jika kerana tiada keterlibatan
mereka, negara tidak akan merdeka.
Menjawab persoalan mengapa
orang bukan Islam menentang RUU 355 walaupun akta itu tidak langsung melibatkan
mereka, Ahmad Fairuz berkata, beliau tidak nampak sebab yang kukuh untuk orang
bukan Islam menentangnya.
Menurutnya RUU 355 bukan hukum hudud kerana rang
undang-undang itu bertujuan untuk memperluaskan skop hukuman bagi kesalahan
syariah sahaja.
Beliau menyatakan sukar untuk memahami mengapa orang bukan
Islam menentang RUU 355 sedangkan tidak ada alasan kukuh untuk mereka bersikap
sedemikian.
"Sememangnya RUU 355
tidak melibatkan langsung orang bukan Islam. Apa yang mereka perlu
risau?," tanyanya.
Awak ni tak habis2 dgn menimbulkan polemik agar pembentangan ruu355 ni akhirnya gagal. Bila2 masa bahawasanya majlis raja2 sudah mengetahui dan menyokong agar ruu355 ini dipercepatkan pembentangan dan pelaksanaannya. Rujuk titah ucapan YDPA semasa pembukaan sidang parlimen tempohari. Balik2 awak palitkan ruu355 dgn kepentingan politik politik politik. Awak fikir hj hadi tak reti dosa pahala, tak beriman dgn Allah dan hari pembalasan? Awak juga fikir najib razak juga berfikiran begitu? Beb, kalau kita tak mampu buat semua, janganlah berusaha untuk abaikan semua. Orang kaya mati, jutawan mati, bilionare juga mati. Hatta orang miskin mati, fakir mati, orang Islam mati dan orang kafir juga mati. Mana2 keadaanpun, jika rasa kita ni Islam, apa peranan kita utk agama kita?
ReplyDelete