Apakah PAS sebuah parti pembangkang sekuat DAP untuk mengatakan ia sebagai parti yang boleh menentukan pihak lain untuk berkuasa?
Juga sejauh mana kuatnya PAS ketika ini dan masa akan datang, khususnya dalam pilihan raya umum ke-14 dan era selepasnya?
Keangkuhan PAS digambarkan melalui sikap dan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila menegaskan, mana-mana parti pembangkang yang ingin bekerjasama dengan PAS, perlu mengikut cara PAS.
Pemimpin nombor satu PAS itu dipetik sebagai berkata, parti Islam itu telah lama bertapak dan melalui pengalaman jatuh bangun dalam politik, berbanding parti pembangkang lain.
Di sini jelas, mana-mana parti pembangkang yang mahu bekerjasama perlu menjadi pengikut dan ‘ekor’ sahaja kepada PAS. Tidak mungkin menjadi sama rata 50-50 atau 55-45.
Jika PAS ditakdirkan bekerjasama dengan UMNO/Barisan
Nasional (BN), apakah UMNO yang lebih kukuh daripada PAS juga kena ikut rentak
dan kemahuan PAS?
Dengan alasan parti Islam itu telah lama bertapak dan
melalui pengalaman jatuh bangun dalam politik, berbanding parti pembangkang
lain, ia sebagai alasan kukuh untuk bersikap sedemikian?
Apakah wajar PAS mengggunakan kedudukan itu sebagai lesen untuknya ‘blackmail’ (memeras ugut) parti lain dalam konteks kerjasama politik dan pembahagian
kerusi?
Lebih angkuh, Hadi menganggap parti lain hanya mahu menjadikannya sebagai
‘anak tangga’ untuk menang PRU14. “Kalau mereka tahu kekuatan PAS, mereka tak
boleh pandangan ringan terhadap PAS. PAS tidak boleh jadi anak tangga untuk
naik sahaja. Tak boleh,” katanya.
Di kalangan pemimpin muda PAS, keangkuhan mereka juga dapat terserlah
apabila Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki mengatakan kenyataan
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malasia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak memerlukan PAS
dalam blok pembangkang sebagai menunjukkan 'ketakutan' pihaknya sendiri.
Kata beliau, Dr Mahathir sememangnya sengaja mengeluarkan kenyataan ini,
tetapi bukan kerana ianya memandang rendah terhadap PAS, sebaliknya beliau
bimbang dengan pengaruh PAS.
"Dr Mahathir adalah seorang diktator politik, dan atas sifat itulah
beliau berkonfrontasi dengan semua Perdana Menteri yang berada di atasnya
daripada Tunku Abdul Rahman sehingga Perdana Menteri sekarang. Kalaupun boleh
dikecualikan ialah di zaman Tun Abdul Razak," katanya dalam satu kenyataan
medianya semalam.
Benarkah Dr Mahathir dan PPBM Bimbang dengan pengaruh PAS?
Apakah jika bekerjasama dengan DAP, PKR serta AMANAH, PPBM tidak mampu
menjadi kuat?
PAS rasa kuat hanya kerana perintah Kelantan dan ada 14 kerusi DUN di
Terengganu.
Namun adakah PAS melihat ancaman terhadapnya di Kelantan oleh AMANAH? Jangan perkecilkan pemimpin lawan termasuk Datuk Husam Musa.
Juga PAS jangan mendabik dada di Terengganu kerana walaupun ketika ini
meihat hanya UMNO lawannya tetapi perlu diingat bahawa kemungkinan PPBM akan
turut melawannya mungkin menjadi kenyataan jika PAS terus angkuh dan merasakan
dirinya ‘`TUAN' dalam setiap perundingan kerjasama dan pembahagian kerusi.
Kini tujuh kerusi sudah berubah kepada AMANAH.
Sementara kerusi DUN pula ia juga berpusat di Kelantan dan negeri jirannya Terengganu, selain di Kedah.
Jika demikian, PAS bukanlah pembangkang yang kuat dibandingkan dengan PKR dan DAP. Jadi apa kekuatan PAS untuk jadi ‘Kingmaker'?
Pertanyaan ialah apaakaah pemimpin DAP bersikap sombong dan angkuh seperti PAS hingga sukar membuka pintu rundingan dengan parti lain?
Kini PAS hanya ada 14 kerusi Parlimen sebaliknya DAP memiliki 37 kerusi, PKR 28, AMANAH 6 kerusi (selepas 5 melompat dari PAS dan satu dari Keadilan), PPBM (1), Warisan (2), Parti Tenaga Rakyat Sarawak atau TERAS (1), Parti Sosialis Malaysia (1) dan BEBAS (1).
Bermakna, pembangkang kini memiliki seluruhanya 71 kerusi dan jika ditolak 14 kerusi PAS, pembangkang lain memiliki 57 kerusi.
Bebanding dengan DAP dan PKR sahaja pun, PAS sebenarnya memiliki kerusi Dewan Rakyat yang jauh lebih kecil.
Pemimpin PAS jangan nak angkat bakul sendiri. Di kerusi DUN, kedudukannya seperti berikut:
Perlis (PAS 1, PKR 1)
Kedah (PAS 9, PKR 4 dan DAP 2),
Kelantan (PAS 32, PKR 1)
Terengganu (PAS 14, PKR 1)
Pulau Pinang (PAS 1, DAP 19, PKR 10)
Perak (PAS 5, DAP 18, PKR 5)
Pahang (PAS 3, DAP 7, PKR 2,)
Selangor (PAS 15, DAP 15, PKR 14)
Negeri Sembilan (`PAS 0, DAP 11, PKR 3)
Melaka (PAS 1, DAP6, PKR 7)
Johor (PAS 4, DAP13, PKR 1,)
Sabah (PAS 0, DAP 4, PKR 7, Star1 ).
Pada
pilihan raya negeri Sarawak 2016, PAS turut meletakkan calonnya seramai 11 orang
yang kesemuanya tewas. DAP bertanding 31 kerusi sementara PKR 40 dan
keputusannya PKR 3, dan DAP 7.
Jika
melihat kepada keputusan pilihan raya mengikut DUN, PAS hanya kuat di Kelantan
(32 kerusi), Terengganu 14 kerusi dan Selangor 15 kerusi srta Kedah 9.
Kemenangan
di tiga negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah boleh disifatkan melalui undi
Melayu dan Islam.
Bagaimanapun,
selain kerusi di Perlis (1), undi kepada PAS di negeri lain khususnya di
Selangor banyak dibantu parti gabungan dalam Pakatan Rakyat sebelum ini, iaitu
PKR dan DAP.
Begitu
juga di beberapa negeri lain seperti Perak, Melaka dan Pulau Pinang.
Hanya
Kelantan yang mampu PAS menjadi pemerintah secara bersendirian ketika ini sementara
di Selangor khususnya, ia menjadi gabungan kerajaan Pakatan Rakyat. Begitu juga
di Pulau Pinang.
Dengan
kata lain, menumpanglah tu. Sedarlah diri sikit!
Apa
akan jadi selepas ini terhadap PAS di Selangor apabila DAP menarik sokongan
untuk mereka? Apa kesannya jika bukan Islam marahkan PAS akibat Akta 355?
PAS
tidak usah mendabik dada dan mungkin juga sokongan daripada penyokong PKR akan jauh
berkurangan kali ini jika PAS masih kekal dengan sikap angkuhnya.
Malah, pertelingkahan yang dilihat semakin nyata antara PAS dan PPBM serta kritikan
pedas pemimpin muda PAS terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyebabkan
penyokong PPBM akan secara total menolak untuk mengundi PAS di mana-mana kerusi
yang akan turut disertai oleh parti pembangkang lain.
Kenyataan
Presiden PAS bahawa terdapat sikap tertentu dalam
parti pembangkang yang tidak digemarinya menggambarkan juga bahawa PAS
meletakkan syaratnya sendiri awal-awal lagi dalam sebarang perundingan.
“Perundingan dari segi kerjasama, penyelarasan kempen supaya tak
bertembung, itu boleh dibuat. Kerjasama bersifat politik masih terlalu jauh
dengan sikap-sikap sedemikian rupa pada mereka.
Jika dengan parti contohnya seperti PPBM, Hadi dan PAS bersikap
demikian – apa lagi dengan keadaan DAP yang disnggap cauvinis dan AMANAH yang
lebih oportunis, pintu rundingan seolah-olah sudah tertutup.
“Perundingan (kita terbuka) sepanjang masa. PAS boleh buat
rundingan termasuk sesiapa sahaja, termasuk NGO. Kita parti terbuka, matang,
sejahtera. Apa pun keputusan akan berbalik pada pimpinan kita.
Biarpun PAS mengatakan ia terbuka
mengadakan rundingan dengan mana-mana NGO, mahupun parti politik untuk
menghadapi PRU14 kecuali dengan `AMANAH, menganggap parti lain mahu
mnggunakannya sebagai anak tangga awal-awal lagi, ia sebenarnya sikap
`TERTUTUP’ yang diamalkan oleh PAS.
PPBM dan PKR nampaknya tidak begitu mahu mengulas kenyataan Hadi
itu tetapi Setiausaha
Organisasi AMANAH, Suhaizan Kayat menegaskan beliau memohon maaf kepada Hadi
kerana gagal sependapat dengan pemimpin itu berhubung kenyataan PAS yang mahu
pembangkang yang lain mengikut rentak PAS sekiranya mahu bekerjasama dengan
parti itu.
Ini kenyataan berterus terang dan benar kata Suhaizan bahawa biar orang lain menilai parti kita.
Juga untuk menilai pemimpin PAS, usahlah yang di keliling Hadi menilai mereka. Mungkin ramai kalangan pemimpin PAS sekarang, kecuali yang dalam ‘kelompok kecil Hadi’ mngangung-agungkan mereka.
Yang lain sudah semakin jelas bahawa Hadi rapat dengan Perdana Menteri dan apa tujuannya.
Tindak tanduknya ke Iran yang menimbulkan berbagai kontoversi, menyerlahkan sikap Hadi dan kumpulannya yang ternyata semakin ‘membuka pekong di dada’ mengenai siapa sebenarnya Hadi dan yang sedang menyokong Hadi sekarang.
'Orang lama dalam PAS’ semakin tersisih dan
digantikan oleh orang baru, termasuk dalam perundingan kerjasama dengan
parti-parti pembangkang lain, termasuk PPBM.
Natijahnya,
pemimpin PAS tidak wajar ‘masuk bakul, angkat sendiri’.
Sebagai
pemimpin kepada parti Islam mereka wajar menunjukkan sikap merendah diri dan
tahu menilai kedudukan sebenar diri mereka bukan berlagak angkuh daan sombong.
Sudahlah
sokongan rakyat tidaklah sekuat mana sebaliknya mendakwa berlagak menjadi `TUAN’ dengan hanya bersandarkan kepada sejarah kewujudannya.
Namun hakikatnya ia sebuah
parti ‘yo-yo’ yang kemenangannya tidak pernah konsisten di negara ini sejak 1959, kecuali menang dan kalah di Kelantan dan Teregganu sebagai kerajaan negeri.
DAP kuat ke by its own ? compare dgn PAS ? kaji sejarah dulu ya
ReplyDelete