Isu "rosak
ikan bermula di kepala" oleh Ahli Parlimen Bagan Datoh Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi Jumaat lalu menggambarkan diri beliau sendiri?
Beliaukah yang sudah rosak
yang akan menyebabkan UMNO /Barisan Nasional (BN) akan roboh pada pilihan raya
akan datang?
Memang tidak logik
berandaian sedemikian. Tak kanlah Dr Ahmad Zahid mengutuk diri sendiri. Mesti
ada sasaran, sama ada individu atau kumpulan.
Jika pembangkang, apa pula mahu berkias-kias. Terus sahaja sebut
pembangkang, habis cerita.
Tetapi berselindung di
sebalik cerita ‘ikan’ akan menyebabkan banyak tafsiran.
Persoalannya kenapa pula
kenyataan Ahli Parlimen Bagan Datoh itu ‘berbelit-belit’ jika dimaksudkan
‘ikan’ itu sebagai pembangkang?
Untuk elak salah banyak
tafsiran, jangan buat kenyataan yang boleh menyebabkan wujudnya tafsiran.
Katakan sahaja pembangkang
memang mahu beliau kalah. Itu sahaja.
UMNO
Perak boleh menafikannya. Juga jika perlu, UMNO Pusat pun boleh menafikannya.
Namun
realitinya, jika Dr Ahmad Zahid maksudkan
"rosak ikan bermula di kepala", itu
pembangkang, maka kenyataan itu boleh dianggap pengecut.
Saarani...cuba bersilat. |
Nak sebut pembangkang pun
takut dan terpaksa berkias-kias?
Mengetahui Dr Ahmad Zahid
bukan begitu.
Apa beliau nak takut
sangat. Dengan bekas Presiden UMNO ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO pun beliau
berani timbulkan isu ‘rasuah dan kolusi’ pada 1990-dan.
Inikan pula dengan
pembangkang. Lagipun, pembangkang adalah musuh terang-terangan. Lojiklah jika
pembangkang mahu jatuhkan Najib Presiden UMNO dan pemangku Timbalan Presiden.
Pada Jumaat lalu Timbalan
Perdana Menteri itu mendedahkan terdapat usaha untuk menjatuhkan beliau sebagai
Ahli Parlimen Bagan Datoh dalam PRU ke-14 akan datang.
Beliau menyifatkan usaha
tersebut umpama 'rosak ikan bermula di kepala' ketika beliau berucap pada
majlis Perjumpaan Khas Bersama Kepimpinan BN Empat Peringkat di Bahagian Bagan
Datoh.
Dr Ahmad Zahid yakin usaha
menjatuhkan beliau tidak akan berhasil sekiranya jentera BN melipatgandakan
usaha pada PRU14 yang akan diadakan pada bila-bila masa (mandat kerajaan BN
bakal berakhir pada Jun 2018).
Jadi tidak usahlah
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad mahu
‘main wayang’ atau ‘bersilat dalam isu ini’.
Jika banyak Saarani bercakap,
nanti akan ada pula tohmahan lin bahawa ada pihak UMNO Perak pula yang
terlibat.
Saarani semalam menafikan
terdapat usaha untuk menjatuhkan Ahli Parlimen Bagan Datoh itu dalam Pilihan
Raya Umum ke-14 akan datang. Malah katanya, "rosak ikan bermula di
kepala" yang diucapkan oleh Dr Ahmad Zahid adalah ditujukan kepada
pembangkang bukan ahli UMNO-BN.
Walaupun beliau berada di
majlis Dr Ahmad Zahid pada hari Timbalan Presiden UMNO itu berucap, tetapi apa yang diucapkan oleh Saarani sebagai usaha
mengagalkan bos beliau di Bagan Datoh itu
sebenarnya bukan dari pembangkang.
Siapa tidak mahu
menjatuhkan Dr Ahmad Zahid kalau mereka daripada pembangkang?
Sudah pasti semua parti
dalam Pakatan Harapan (PKR, DAP dan AMANAH) serta Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) mahu mengalahkan Dr Ahmad Zahid.
Tak cakap pasal ikan,
buruk di kepala atau apa sahaja kiasan, rakyat Malaysia atau juga rakyat luar
negara memang maklum.
Dr Ahmad Zahid sendiri tidak
usah berkias dan Saarani pula tidak usah mahu memusingkan isu mengenai apa yang dikatakan oleh Dr Ahmad Zahid.
Timbalan Pengerusi BN Pusat sudah pasti mahu
dijatuhkan oleh pembangkang. Itu strategi dan rancangan politik pembangkang
Malaysia.
Kata-kata Saarani bahawa
“…(Dr Ahmad Zahid) jika ibarat ikan, maka mereka akan busukkan kepala terlebih
dahulu (dirinya),” tidak akan dapat mempengaruhi pendapat umum.
Begitu juga dengan permintaan
Dr Ahmad Zahid agar jentera BN Bagan Datoh bekerja lebih kuat, tiga kali ganda
daripada PRU13 lalu, menjelaskan lagi apa yang dimaksudkan pemimpin penting
UMNO itu.
Dr Ahmad Zahid tidak
bimbang musuh dari depan, belakang, atas atau bawah. Yang dibimbanginya musuh
dari dalam selimut.
Tidak guna menyebut atau
salahkan pembangkang, khususnya di Bagan Datoh atau Perak kerana kerja
mengalahkan UMNO/BN itu kerja mereka. Ia kerja tidak sukar.
Namun mengesan musuh dari
dalam itu yang sukar, kerana itu kena kerja kuat tiga kali ganda.
Saarani yang juga Ketua UMNO
Bahagian Lenggong turut menafikan sebarang krisis dalaman UMNO di negeri itu
membabitkan pimpinan utama negeridengan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib
Razak.
"Setahu saya tiada
krisis kepimpinan di Perak. Terdapat solidariti kukuh menyokog Datuk Seri Zahid
sebagai timbalan perdana menteri dan Datuk Seri Zambry Abd. Kadir sebagai
menteri besar juga perdana menteri Datuk Seri Najib.
"Malah tidak ada
gerakan di mana mahu menjatuhkan kedua-dua pemimpin besar dari Perak ini oleh
mana-mana kepimpinan pusat," ujarnya.
Apakah factor itu yang
membolehkan Saarani berkata pembangkang putar-belit kenyataan Dr Ahmad Zahid?
Saarani pun berbelit-belit
dalam menafi dan menangkis isu ini dan
menyalahkan pembangkang dengan
menganggap ia sebagai suatu spin yang
jelas menggambarkan tembelang
pembangkang.
Hakikatnya tidak kerana
‘ikan’ yang disebut Dr Ahmad Zahid itu sebenarnya mendedahkan ‘tembelang pemimpin UMNO/BN sendiri’ yang menggambarkan
ada ketua atau orang penting yang sedang mengintai jawatan Dr Ahmad Zahid.
Tidak usahlah bermain
politik kebudak-budakan dan ‘lempar batu sembunyi tangan’.
Daripada menyalahkan
pembangkang melalui isu ‘ikan’, baik Dr Ahmad Zahid cepat-cepat buang ‘ikan’
yang sedang membusuk itu.
Itu lebih baik dan
bermaruah. Menyalahkan pembangkang akan memberikan ‘nyawa semula’ kepada ikan
berkenaan.
Kesannya kelak Dr Ahmad
Zahid yang akan ditelan oleh ‘ikan yang pernah memburuk di kepala’.
Kerana gagal membuang
‘ikan’ itu, Dr Ahmad Zahid akan jadi mangsa.
Pembangkang tidak berwajah
‘ikan’ berkenaan tetapi wajah ‘ikan’ itu sebenarnya ada dalam UMNO/BN.
Memang budaya ‘ikan’ ini
sudah menjadi amalan dan ‘makanan harian’ UMNO.
Dr Ahmad Zahid sendiri
janganlah berkias-kias lagi.
Anggaplah ia sebagai suatu game atau strategi DO OR DIE. Tidak membunuh ikan itu, ikan itu akan 'membunuh beliau'.
Gunakan jentera Bagan
Datoh sebanyak tiga kali ganda untuk menghapuskan ‘ikan’ yang berbahaya yang
mungkin menyerang pada waktu malam atau subuh itu terlebih dahulu, sebelum berdepan
dengan pembangkang yang menjadi musuh
beliau dan UMNO/BN di bawah terik matahari pada hari siang.
Itulah sebaik jalan untuk
Dr Ahmad Zahid, bukan melalui kenyataan berkias-kias atau kenyataan yang boleh
mendatangkan berbagai tafsiran.!
DARI PAK SUNANG Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui AKI DARMO saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan AKI DARMO,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan AKI DARMO yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti, AKI DARMO juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penglaris jualang silahkan hubungi AKI DARMO di 082-310-142-255 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya –ATAU KTIK ALAMAT BLOG AKI - >>>>KELIK DI SINI <<<<<
ReplyDelete