"Kenapa tidak cuba mencari seseorang yang
terbaik dalam kepimpinan pembangkang - yang lebih berintegriti, berilmu serta keagamaannya yang tidak boleh dipersoalkan untuk jawatan Perdana Menteri?
Semalam, Ketua UMNO bahagian Cheras,
Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengibaratkan pakatan pembangkang umpama kapal
buruk berikutan perebutan jawatan utama kepimpinan negara.
Sebenarnya semuanya adalah salah HARAPAN
sendiri kerana terpedaya dengan jerat UMNO yang mendesak untuk
dinyatakan Kabinet bayangan dan siapa Perdana Menteri dan timbalannya jika
menang.
Pemimpin pembangkang bagai ‘tak faham-faham’
strategi pemimpin Barisan Nasional (BN) yang memang mahir dan berpengalaman berpolitik
seperti Datuk Seri Nazri Aziz dan lain-lain. Mereka tahu bagaimana mahu mengasak dan porak-perandakan HARAPAN.
Akibat sibuk dengan siapa nak jadi
Perdana Menteri, sedangkan seperti kata Syed Ali, ‘kapal belum siap’, pemimpin
pembangkang buat kenyataan gila-gila yang mencerminkan kelemahan dan perpecahan
mereka sendiri.
Memang benar ramai daripada mereka yang
sudah berdekad sertai politik tetapi keadaannya tetap ‘tidur sebantal tapi
mimpi lain-lain’.
Kenapa nak berbahas di media mengenai
siapa akan jadi Perdana Menteri atau Kabinet bayangan yang akhirnya
menyerlahkan lagi kelemahan pembangkang.
Amat jelas ada yang tidak habis-habis
dengan kemahuan menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, walaupun tahu
laluan itu sukar.
Dengan mengemukakan formula yang akan
menyebabkan timbulnya masalah, pastinya akan mendedahkan HARAPAN untuk dilihat berjuang bagi kepentingan masng-masing.
Mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri
Mohd Najib Razak sebagai perasuah, menyeleweng, tidak cekap dan gagal mentadbir
negara dengan baik, menyebabkan negara bermasalah dan sebagainya tetapi masih
mengharapkan individu yang dipersoalkan peribadinya yang mempunyai ‘rekod
yang boleh dipersoalkan dan dianggap buruk'?
Jika demikian ada bezanya Najib dan Anwar?
Kenapa tidak cuba mencari jalan – walau
panjang sedikit – menentukan seseorang
yang lebih baik di kalangan yang terbaik dalam kepimpinan pembangkang iaitu seseorang yang lebih berintegriti, berilmu, profesionalisme serta keagamaannya yang tidak boleh dipersoalkan untuk jawatan penting itu?
Bernostalgia dengan Anwar atau pemimpin
tertentu bukan sepatutnya menjadi pilihan utama jika dari segi moral, keupayaan
dan keyakinan rakyat terutamanya orang muda dibelakangkan.
Begitu juga dalam konteks anggota
Kabinet bayangan.
Jangan kerana hanya mahu menjawab soalan pembangkang, buat
kenyataan yang tidak memberikan keyakinan kepada rakyat, apa lagi yang boleh dipermainkan oleh UMNO dan
sekutunya.
Penulis menyokong pendapat Syed Ali
bukan kerana dia UMNO atau Ketua Bahagian UMNO tetapi persoalan yang ditimbulkannya.
Pendapatnya perlu membuka mata pemimpin pembangkang. Kita tidaklah mendesak hingga seputih kapas tetapi kalaupun sudah sedikit luntur, janganlah ada nila atau dakwat walau setitik pun.
Benar kata Syed Ali itu, "Kapal belum siap tetapi
masing-masing dah kemaruk nak jadi nahkhoda, akhirnya kapal yang akan karam
sebelum sempat belayar. Belum apa-apa di
kalangan mereka mula berebut dan mengidam jawatan PM, inilah pembohongan
politik pembangkang yang meletakkan kepentingan peribadi dalam perjuangan
mereka.”
Syed Ali turut mengatakan, pemimpin pembangkang terlalu optimis bahawa
mereka mampu menawan Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) akan datang bagaimanapun
kapal buruk pasti akan tenggelam di dasar lautan sebelum sempat singgah di
daratan.
Ini kerana menurutnya, mereka hanya bermain dengan
harapan dan angan-angan bagaikan dongeng
politik untuk mengabui mata rakyat.
Jangan cepat melenting. Sebaliknya ambillah sindiran itu sebagai cabaran. Jadikan ia sebagai permasalahan dan carilah jawapan sesuai
buatnya.
Berperang di media tidak mendatangkan
faedah tetapi carilah formula penyelesaian terhadap permasalahannya.
Hakikatya, ini bukan suatu sindiran. Ini
kenyataan yang perlu direnung dan ditelan oleh parti pembangkang.
Benar kata Syed Ali bahawa umum sudah boleh menilai sejauhmana kejujuran
pembangkang yang selama ini memperdaya rakyat kononnya mereka berjuang untuk
keadilan.
Jika HARAPAN dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mahu
bertemu tidak lama lagi untuk memuktamadkan mengenai calon mereka untuk jawatan
perdana menteri, teruskan.
Ini langkah baik tetapi jangan hadkan
hanya satu atau dua nama sahaja.
Banyak yang pakar di kalangan mereka dan elakkan daripada
mencalonkan yang nama mereka dusah tercemar, walau atas sebab apa pun.
Elakkan memilih pemimpin yang sebelum
ini sudah ditolak oleh rakyat kerana mengamalkan rasuah, salah laku,
penyelewengan dan ‘sebab-sebab moral’.
Jangan letak syarat atau menamakan terus
siapa dia. Bincang, runding dan cari yang terbaik. Ini lebih meyakinkan rakyat.
Kenyataan Ketua Parlimen DAP Lim Kit
Siang berkata keputusan mereka tidak berubah iaitu mahukan bekas ketua
pembangkang Anwar, yang kini dipenjarakan sebagai perdana menteri atau terpaksa
melantik seorang perdana menteri sementara terlebih dahulu, juga sangat
meragukan.
Apakah sebuah negara boleh dibiarkan
‘terumbang-ambing’ sekiranya tiada Perdana Menteri selepas sesuatu pilihan raya
hanya kerana menunggu Anwar?
Sangat tidak meyakinkan.
Cadangan
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu yang mencadangkan
Presiden PKR yang juga dan isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
mengambil peranan itu juga wajar diperdebatkan.
Kenapa asyik-asyik Anwar, dan isteri
Anwar atau daripada keluarga Anwar?
Tidak adakah orang lain selain satu
keluarga itu mampu untuk menjadi Perdana Menteri bagi mentadbir Malaysia?
Masa dan ruang masih ada. Jangan kerana taksub
atau berkepentingan tertentu, isu Perdana Menteri menjadi penghalang yang kelak
ditertawakan orang.
Jika berterusan, rakyat bukan sahaja
jemu tetapi akan hilang keyakinan, apaalagi apabila pemimpin UMNO dan BN berjaya
memutar-belit dan menimbulka seribu keraguan.
Ingatlah, HARAPAN bukan kapal buruk atau
kapal lama. Ia baru di bina dan mahu dijadikan alternatif kepada BN.
Kerana itu tunjukan kesegaran dan kelebihannya bukan mengulangi atau
memutarkan kembali agenda lama berulang-ulang yang ternyata rakyaat pun kini sudah cuak dan muak.
No comments:
Post a Comment