Jika sebelum ini
ada tuduhan UMNO adalah ‘Parti Najib’, parti
baharu ini jangan pula dikawal atau dimiliki oleh seseorang atau kalangan
tertentu sahaja...juga apakah pemimpinnya akan tunduk selama-lamanya kepada percaturan
‘Godfather’ mereka iaitu Dr Mahathir?”
Wujudnya parti baharu memang lebih meriah. Ia menawarkan pilihan kepada rakyat khususnya
orang Melayu dan Bumiputera memilih wadah perjuangan baharu yang mereka
kehendakli.
Namun, apakah pilihan yang dibuat itu akan mendatangkan
kekuatan dan kepaduan dalam perjuangan untuk mencapai cita-cita dan kepentingan
orang Melayu?
Ini antara persoalan apabila petang ini, parti baharu
yang mungkin dikenali dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia didaftarkan secara
sah.
Parti ini akan didaftarkan oleh Presidennya, Tan Sri
Muhyiddin Mohd Yassin selepas ditunggu penubuhannya secara rasmi sejak beberapa
bulan yang lalu.
Ramai tidak sabar dan teruja untuk mengetahui apa
perjuangan sebenar parti Melayu dan Bumiputera ini. Apakah perjuangannya
berbeza atau bertindan dengan perjuangan parti Melayu yang sudah ada atau yang
sudah berkubur sebelum ini.
Memanglah akan ada yang mahu mencuba ‘rasa dan nikmat
politik baharu’ selain akibat merajuk atau kecewa atas sebab-sebab tertentu,
ada yang memilih untuk menikmati ‘resepi
baru.’
Malah, mungkin
kerana teruja atau mahu menguji, mereka mungkin menterjemahkan sikap
mereka dengan memberi undi kepada parti baharu dalam pilihan raya umum akan
datang.
Persoalannya ialah, apakah parti baharu akan dibayangi
oleh budaya politik UMNO kerana hampir keseluruahnya ia bakal diterajui oleh
bekas pemimpin tertinggi UMNO sebelum ini.
Sekiranya cara pentadbiran dan budaya perjuangan adalah celupan (duplication) daripada Umno, tidak ada sebab untuk rakyat menyertai parti baru. Lebih baik mereka kekal atau yang baru, sertai sahaja UMNO.
Sekiranya cara pentadbiran dan budaya perjuangan adalah celupan (duplication) daripada Umno, tidak ada sebab untuk rakyat menyertai parti baru. Lebih baik mereka kekal atau yang baru, sertai sahaja UMNO.
Rakyat memerhatikan jati diri pemimpin-pemimpin parti baharu. Paling utama, apa sahaja buitran kritikan yang dilemparkan kepada pemimpin UMNO, pemimpin parti baharu mesti melakukan sesuatu yang bertentangan. Yang paling utama mereka hendaklah mengamalkan budaya politik BERSIH, dilihat BERSIH serta memiliki rekod BERSIH.
Memang ramai teruja pada peringkat permulaan ini tetapi
bagaimana jika ia tidak mampu mengekalkan momentum perjuangan dan wujud
pemimpin yang boleh dipersoalkan kredibiliti mereka?
Jika sebelum ini ada tuduhan UMNO adalah ‘Parti Najib’
maka parti baharu ini jangan dijadikan atau menjadi yang dikawal atau nampak
dimiliki oleh seseorang atau kalangan tertentu sahaja.
Apa juga tindakan dan keputusan sewajarnya adalah
keputusan semua pihak.menjadi milik eksklusif sesetengan pemimpin sahaja.
Yang paling utama, apakah pemimpin parti baharu ini akan
tunduk selama-lamanya kepada pandangan dan pendirian ‘Godfather’ mereka
iaitu Tun Dr Mahathir mohamad?
Persoalan juga dari mana lagi mahu dicari lagi ahli
kepada parti baru ini?
Yang ada pun sudah terhad, kecuali golongan muda yang
masih belum menyertai parti politik. Yang sudah berusia, kebanyakannya sudah
menetapkan pendirian mereka.
Jarang yang mahu berubah.
Tumpuan kepada orang muda penting bukan sahaja mereka
lebih terbuka dan sangat hampir dengan media baharu tetapi lebih penting mereka
kumpulan terbesar pengundi pada pilihan raya umum nanti.
Ada kebenarannya apabila kelmarin (7 Ogos), Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri
Mahdzir Khalid mengatakan dalam konteks Melayu, sudah banyak parti dan mahu
ambil siapa lagi sebagai ahli?
Mahu tidak mahu, ambil Melayu jugalah sedangkan parti
utama pembangkang seperti PAS, AMANAH dan PKR turut mensasarkan
penyertaan Melayu dalam parti masing-masing.
Selain itu, Menteri Pendidikan itu yakin bahawa ahli Umno tidak akan menyertai
parti baru yang akan ditubuhkan Dr Mahathir.
“Saya tak nampak ahli UMNO akan pergi (parti baru), sebab
yakin dengannya (apa yang ada dalam Umno),” sambil menyeru agar semua ahli di
setiap peringkat memberikan sokongan terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Najib
Razak.
Selain itu persoalan juga apakah ia boleh bertahan?
Penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Abdul Muati Ahmad
berpendapat, penubuhan parti-parti baharu dari serpihan parti berteraskan
Melayu, UMNO dan PAS selalunya tidak boleh bertahan lama atau sekadar hanya
membabitkan satu atau dua pilihan raya umum sahaja.
Beliau mengambil contoh apa yang berlaku kepada Parti
Negara dan Semangat 46 dan mengaitkannya dengan pengumuman penubuhan parti baru
oleh Dr Mahathir itu.
“Kalau kita tengok pada sejarah yang lepas-lepas,
parti-parti serpihan daripada parti arus perdana parti berasaskan orang Melayu
cuma dua sahaja, UMNO dan PAS. Dalam sejarah UMNO pun pernah pecah parti
serpihan umpamanya dulu Datuk Onn menubuhkan Parti Negara kemudiannya Semangat
46, diikuti PKR.
“PAS pun ada Berjasa, HAMIM dan sebagainya, tapi paling
lama pun parti-parti serpihan ini boleh bertahan cuma satu atau dua pilihan
raya dan selepas itu akan hilang dan berkubur,” ujarnya, menurut laporan UMNO Online.
Selain itu, parti
baharu ini sudah menghadapi ujian besar apabila pada Ahad lalu, bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk
Seri Khairuddin Abu Hassan mengakui beliau hanya mengiktiraf kepimpinan Dr
Mahathir berbanding pemimpin lain di negara ini.
Pengakuan terbuka itu sekaligus memberi penjelasan kepada sikap dinginnya terhadap penubuhan parti baharu yang bakal dipimpin bekas Timbalan Perdana Menteri berkenaan.
Pengakuan terbuka itu sekaligus memberi penjelasan kepada sikap dinginnya terhadap penubuhan parti baharu yang bakal dipimpin bekas Timbalan Perdana Menteri berkenaan.
Malah dua hari sebelum itu, Khairuddin menegaskan beliau tidak berminat untuk menyertai parti baharu yang turut diusahakan Dr Mahathir sebaliknya mahu berjuang menentang rasuah atas platform peribadi.
Selain itu, bekas naib presiden UMNO, Datuk Seri Mohd
Shafie Apdal yang dilihat rapat dengan gerakan ‘Deklarasi Rakyat’ tajaan Dr
Mahathir sebelum ini menolak tawaran daripada Muhyiddin untuk menjadi timbalan presiden dalam parti baharu.
Anggota parlimen Semporna itu, menegaskan: "Sudah
tiba masa saya balik kampung. Saya perlu bantu orang saya," pada majlis
sambutan hari raya bersama penyokongnya di Kota Belud, Sabah pada hari Ahad
yang lalu.
Apapun, dengan jaminan Mohd Shafie akan bekerjasama dengan parti baharu ini, ia akan menjadi lebih kukuh.
Malah dengan sinergi melalui kerjasama dengan parti pembangkang, jika 'kena caranya' ia akan memberikan persaingan yang kuat kepada UMNO selain BN sendiri, apa lagi jika mendapat sokongan golongan muda yang dahagakan wadah perjuangan yang memahami dan meletakkan kepentingan mereka antara perjuangan utama.
No comments:
Post a Comment