"Seperti dibuktikan sejak lebih sedekad lalu, PAS Kelantan tidak
mempunyai sumber yang mencukupi sehingga menyukarkan mereka untuk
membuat janji....jika tidak kerana pembangunan di
bawa oleh Kerajaan Pusat melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan,
Kelantan sudah lama ranap."
Jika royalti tidak ditunaikan Kerajaan Pusat bermakna tidak adalah kegiatan ekonomi yang akan berlaku sepanjang lima tahun akan datang atau bila-bila selagi Kerajaan PAS memerintah.
Apakah ini cara terbaik PAS merancang untuk pembangunan Kelantan?
Apakah ini membuktikan pemikiran 'beku dan kering'' tokoh ekonomi PAS untuk membangunkan Kelantan?
Harapan PAS bukan sekadar 5 peratus tetapi mahu 20 peratus dan tuntutan seperti ini akan memudahkan untuk PAS Kelantan mengatakan Kerajaan Pusat Barisan Nasional zalim sedangkan mereka tidak perlu berbuat apa-apa.
Apakah dengan rakyat Kelantan yang begitu rajin dan berpotensi, pakar ekonomi PAS Kelantan tidak mampu menggemblengnya? Dengan kegagalan merancang dan merencana masa hadapan, sebilangan akyat Kelantan masih mahu mengekalkan PAS di Kelantan?
Saya bersetuju dengan pandangan pandangan Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Hassan Harun (kanan) berkata, PAS negeri kini 'tersangkut' dengan tuntutan royalti berkenaan.
Sedangkan, ia masih dalam rundingan menerusi Jawatankuasa Khas Petroleum yang ditubuhkan Kerajaan Pusat pada Ogos tahun lalu di mana negeri itu diwakili oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.
"Kalau tengok manifesto mereka, apabila dapat RM12 bilion (seperti yang dituntut oleh kerajaan negeri), maka mereka akan buat itu, buat ini. Ertinya PAS (Kelantan) tidak ada duit sendiri untuk membuat janji lebih daripada itu," katanya pada sidang media di Kota Bharu, hari ini.
PAS Kelantan pada Selasa lalu, menawarkan sembilan perkara dalam manifesto PRU-13 mereka sekiranya mendapat mandat daripada rakyat untuk kekal memerintah negeri itu.
Bagaimanapun, tawaran itu lebih menumpukan soal royalti dengan menyatakan sebanyak 23 sub-tawaran hasil daripada tuntutan berkenaan akan dikongsi bersama rakyat.
Seperti dibuktikan sejak lebih sedekad lalu, PAS Kelantan tidak mempunyai sumber yang mencukupi sehingga menyukarkan mereka untuk membuat janji.
Malah, jika tidak kerana pembangunan di bawa oleh Kerajaan Pusat melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan, Kelantan sudah lama ranap.
Kelantan bernasib baik kerana masih ramai pegawai tinggi di Putrajaya dan agensi kerajaan Pusat terdiri daripada anak Kelantan yang bersimpati dan tidak mahu rakyat Kelantan terbiar miskin.
Amat nyata apabila Kelantan hanya enumpukan soal tuntutan royalti bagi melaksanakan manifesto, ia tidak ada ‘buah fikiran’ dan ‘otak pemimpin PAS menjadi beku’ sementara tangan dan kaki mereka kaku untuk merancang sesuatu bagi rakyat Kelantan dalam suasana pendapatan yang semakin mengecil apabila balak tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya.
Di Kelantan, kononnya orang bijak PAS adalah Datuk Husam Musa.
Namun, selepas 10 tahun ternyata Husam gagal dalam banyak perkara.
Malah projek-projek seperti ternakan Kambing Jamnapari, Ladang Rakyat, Takaful, bantuan bulanan RM100 kepada warga emas, menyelesaikan isu air bersih, mewujudkan bandar Kawasan Dagangan Bebas Asia (AFTA) di Rantau Panjang.
Nesan batu asas jambatan kedua. |
Kelantan juga gagal dalam projek mega Pelabuhan Darat di Kuala Krai, Bandar Baru Tunjung, serta banyak lagi.
Malah janji membina jambatan kedua Sungai Kelantan di Palekbang, Tumpa. terbukti gagal dan tinggal ‘nesan batu asas’ sahaja.
Bagi petani dan nelayan, penjaja dan peniaga kecil serta juga peneroka, mereka perlu bergantung hidup berterusan keada Kerajaan Pusat sekiranya PAS terus memerintah.
Peniaga akan menjadi semakin sukar kerana hanya bergantung kepada pasaran domestic sedangkan industri pelancongan Kelantan tidak berkembang dan semakin disaingi oleh negeri jiran, Terengganu , Pahang dan Perak.
Rakyat Kelantan perlu sedar, soal royalti yang dituntut oleh Kerajaan PAS Kelantan itu hanya ‘angan-angan Mat Jenin’ kerana selain ia tidak munasabah untuk ditunaikan Kerajaan Pusat, segala-galanya dalam rundingan.
PAS Kelantan pada masa ini hanya menunggu tuntutan royalti sebagai sumber mereka untuk melaksanakan manifestonya bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
“Duit…itu nak tuntut macam mana, kerana ia masih dalam rundingan. Ini jelas bahawa ia merupakan langkah-langkah yang dibuat oleh kerajaan PAS untuk buat janji mereka," kata Hassan.
Berbanding Barisan Nasional Kelantan yang merancang dan membuktikan keupayaan mereka, Kelantan tidak mustahil membuat kejutan lebih besar kemungkinan memenangi 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Seperti ditegaskan Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, anggaran itu adalah di luar sasaran awal sebanyak 23 daripada 45 kerusi DUN yang akan dimenangi.
Ini berdasarkan memandangkan sambutan positif rakyat sejak hari penamaan calon Sabtu lepas, yang di luar dugaan sama sekali. Perubahan itu hasil kerja kuat seluruh jentera BN selama dua tahun terutama di Pasir Puteh di bawah program 'Selamat Tinggal PAS' dan 'Gelombang Merah' sehingga berjaya menarik penyertaan antara 40,000 hingga 50,000 rakyat pada satu-satu majlis.
"Perubahan itu amat ketara terutama di Pasir Puteh apabila ramai anggota PAS dan PKR menyertai Umno sama ada secara senyap atau terbuka," katanya pada perjumpaan khas dengan lebih 1,000 anggota jentera Umno Parlimen Pasir Puteh di Cherang Ruku Pasir Puteh, malam tadi.
Rakyat Kelantan perlu sedar bahawa Barisan Nasional, bukan sekadar membuat Aku Janji tetapi menunaikan janji yang sepatutnya tidak dilaksanakan kerana kalah pilihan raya umum 2008 seperti Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra yang mengatasi sebahagian kesesakan menggunakan jambatan lama antara Kampung Sireh dan Pasir Pekan.
Harapkan kerajaan PAS?
Tanah orang Melayu semakin banyak terjual di dalam bandar dan projek Lembah Sireh ternyata ‘ditipu bulat-bulat oleh pelabur entah dari mana dan kerajaan PAS berputih mata’.
Yang untung mungkin beberapa pemimpin PAS tertentu yang mendapat habuan awal sebelum projek itu terbengkalai.
Lantas kita teringat kepada apa yang ditegaskan oleh Hasan apabila beliau merujuk kepada hasil kajiannya pada tahun 1999 menerusi buku bertajuk 'Kelantan - Rakyat Dinamik, Negeri Semakin Ketinggalan' mendapati wujudnya prospek industri petrokimia di Kelantan.
Saya yakin, jika BN dapat memerintah Kelantan, prospek industri petrokimia ini akan diusulkan kepada Kerajaan Pusat untuk dilaksanakan sebagai suatu perubahan yang luar biasa di negeri Kelantan.
Pandangan Hasan itu mempunyai asas kukuh kerana potensi pembangunan projek petrokimia di Kelantan meliputi pembangunan ekonomi, prasarana dan pembandaran, sosio-ekonomi serta peluang perniagaan daripada industri itu.
Namun persoalannya, apa juga projek yang mahu dibangunkan, apa juga pendekatan ekonomi yang mahu dilaksan, halangan dan cabaran ketika ini ialah perubahan pemikiran rakyat Kelantan sendiri.
Sanggupkah rakyat Kelantan berubah seperti di Terengganu pada PRU 2004 yang menjatuhkan Kerajaan PAS selepas pelbagai onar ketika memerintah Terengganu selama lima tahun, antara 1999 dan 2004.
Rakyat Terengganu bijak memberi mandat kepada Kerajaan Barisan Nasional dan berkat hubungan rapat antara kedua-duanya, negeri Terengganu kini antara negeri termaju di Malaysia selepas sekian lama berada sebagai antara negeri miskin bersama Kelantan, Kedah, Sabah dan Perlis.