"Memang betul. Memang kita ada merakamkan satu klip, yang ada satu
orang tu cakap... Kalau lima orang mati pun tak apa...Klip itu menunjukkan seorang individu membuat kenyataan mengenai kematian semasa bantahan pada 28 April...pihak media dialu-alukan untuk mendapatkan klip tersebut dari pihak polis untuk mengenal pasti individu tersebut...." - Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar
Ini benar-benar serius!
Ia bukan perkara main-main apabila polis Malaysia mengatakan ada bukti unsur-unsur mahu kematian pada perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini.
Hari ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar menyokong dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa terdapat unsur-unsur yang mahu menyebabkan kematian semasa perhimpunan BERSIH 3.0.
Dakwaan itu berasaskan bukti video yang dikumpul oleh polis semasa perhimpunan tersebut. Polis mempunyai klip video bahawa memang ada pihak yang mahu kematian berlaku.
"Memang betul. Memang kita ada merakamkan satu klip, yang ada satu orang tu cakap... Kalau lima orang mati pun tak apa," katanya.
Klip itu, katanya, menunjukkan seorang individu membuat kenyataan mengenai kematian semasa bantahan pada 28 April.
Pihak media dialu-alukan untuk mendapatkan klip tersebut dari pihak polis untuk mengenal pasti individu tersebut.
Mengenai kemungkinan menangkap individu berkenaan, Khalid berkata :"Belum lagi (tangkap). Tidak ada apa-apa kesalahan pun, dia cuma cakap saja... Sehingga tengah hari ini sudah 21 orang telah ditangkap. Ada yang serah diri, ada yang ditangkap, sudah 321 orang. Jadi memang bagi sampai esoklah.
"Kita pun dah mula kenal pasti mereka melalui gambar-gambar. kalau mereka tak datang serah diri, kami akan carilah," katanya.
Berikutan itu, polis masih menunggu 120 peserta, perhimpunan yang bertukar ganas di ibu negara pada 28 April lepas, yang disiarkan wajah mereka dalam media, untuk menyerah diri sehingga esok.
Beliau berkata secara keseluruhan polis telah menyiarkan 141 gambar wajah demonstran yang dipercayai terbabit dalam rusuhan di Dataran Merdeka itu.
"Kita akan mengesan dan menangkap mereka yang belum menyerah diri. Kita tidak perlukan waran tangkap kerana ia kesalahan lazim ditangkap dan merusuh merupakan kesalahan lazim," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen derma darah peringkat polis kontinjen Kuala Lumpur, di Kuala Lumpur hari ini.
Pada 28 April lepas, segelintir daripada peserta perhimpunan itu bertindak merempuh penghadang untuk memasuki Dataran Merdeka sekali gus melanggar perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei.
Berikutan itu, polis menyiarkan gambar peserta berkenaan melalui media dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin berkata polis akan membuat tangkapan dari rumah ke rumah terhadap peserta perhimpunan, yang enggan menyerah diri, mulai Rabu ini setelah tempoh seminggu diberikan untuk mereka.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan perhimpunan itu dijalankan di Dataran Merdeka dan memberikan tempat lain sebagai pilihan kerana dataran hanya sesuai untuk acara rasmi peringkat nasional.
No comments:
Post a Comment