Friday, March 2, 2012

"NI NEGERI BIRU,,,KITA MAHU KEKAL BEGINI" - MUHYIDDIN

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassan yakin Terengganu akan terus kekal di bawah Barisan Nasional (BN) selepas pilihan raya umum ke 13 nanti.

Walaupun BN negeri ini mendapat sokongan rakyat tetapi beliau menasihatkan semua jentera parti menjamin bukan sahaja mengekalkan kerusi yang ada tetapi juga menawan kerusi pembangkang.

Baca seterusnya seperti dilaporkan oleh teganuku.

"Ini Negeri Biru...Kita Mahu Kekal Begini" - Muhyiddin
 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengharapkan tumpuan yang lebih diberikan oleh Barisan Nasional (BN)negeri ini menguasai semula kerusi-kerusi yang dimenangi pembangkang.

 ''Terengganu adalah negeri 'biru' dalam erti kata negeri ini adalah negeri di mana BN adalah parti yang kuat. Kita menang majoriti besar, kita dapat banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, “ katanya.

Terengganu merupakan sebuah negeri 'biru' yang berkeupayaan untuk terus memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang. Bagaimanapun, Muhyiddin mengingatkan, walaupun Terengganu dilihat sebagai 'negeri biru' yang menyaksikan BN menang dengan majoriti besar pada pilihan raya umum yang lalu, parti itu tidak boleh merasa selesa.

"Ini negeri BN, BN kuat di sini, kita menang dengan majoriti besar di Parlimen dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), kita mahu ia kekal begitu.

"Kalau boleh kita perkukuhkan lagi terutama di kawasan majoriti (undi)tidak besar atau kawasan yang jatuh ke tangan pembangkang, kita tebus balik kawasan kita.

Saya pasti pimpinan BN dan komponen di Terengganu dah sedia bagi memastikan ia terus kekal di bawah BN," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu, semalam.


Muhyiddin yang dalam rangka lawatan sehari ke Terengganu hari ini sebelum itu mengadakan perjumpaan khas bersama penjawat awam negeri dan persekutuan di Stadium Negeri di Kuala Terengganu.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden BN berkata sekiranya ada sebarang isu yang timbul, perlu diselesaikan dengan sebaiknya agar ia tidak menjejaskan masa depan parti itu di Terengganu.

"Paling penting, kita selesai isu dan masalah dalam kepimpinan dengan duduk (bincang) bersama, Menteri Besar mungkin boleh jadi moderator, kalau ada masalahlah.

Kita nak jentera licin dan tidak terganggu. "Jika ada isu, ia akan menggugat kedudukan kita dalam pilihan raya umum nanti," katanya.

No comments:

Post a Comment