Monday, January 2, 2012

BERJUANGLAH UNTUK KEADILAN BUKAN UNTUK MANUSIA GILA MAHU JADI PM…



Ada pendapat mengatakan ramai penyokong tegar Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti Raja Petra Kamaruddin kini berasa kecewa kerana mereka ditinggalkan keseorangan oleh Anwar ketika mereka berada di dalam kesusahan atau berhadapan dengan pelbagai cabaran hidup.

Dalam kes Raja Petra, beliau terpaksa menjadi 'pelarian' dan berjuang dari luar negara setelah bertahun-tahun mempertahankan Anwar.

Persoalannya, apakah yang dilakukan oleh Anwar untuk membantu orang-orang seperti Raja Petra ini ketika mereka berada di dalam kesusahan? Apakah semangat setiakawan masih wujud?

Apakah mereka ini dibiarkan keseorangan kerana telah menjadi liabiliti kepada diri sendiri sementara Anwar akan terus mempergunakan sesiapa sahaja yang mampu menjayakan ciata-citanya untuk ke Putrajaya.

Baca pendapat berikut yang saya salin dari mStar.

PENDAPAT - RAJA PETRA BUKTIKAN INI ADALAH KERJA SIA-SIA


Oleh HAMBALI ABDUL RASHID, Shah Alam, Selangor.
(Updated: Isnin Januari 2, 2012 MYT 4:19:02 PM)


SDR PENGARANG,

BEKAS rakan sekolej dan rakan baik Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Raja Petra Raja Kamaruddin telah membuktikan bahawa perjuangan untuk mempertahankan seorang pemimpin tanpa sebab yang munasabah adalah merupakan satu kerja sia-sia yang tidak membawa faedah kepada umat dan juga negara.

Apa yang lebih mengejutkan ialah Raja Petra sendiri mengakui bahawa istilah "Anwarista" iaitu istilah yang dicipta untuk mengelar para pejuang dan penyokong setia Anwar adalah merupakan ciptaannya sendiri pada tahun 1999.

Tetapi kini hasil daripada temuramah yang diadakan dengannya oleh beberapa akhbar utama yang disiarkan pada Ahad (1 Januari 2012) dengan jelas dan nyata sekali mengambarkan perubahan senario dan pandangan para penyokong Anwar seperti Raja Petra ini ke atas pemimpin berkenaan.

Selepas saya membaca temuramah tersebut saya hanya mampu membuat satu kesimpulan sahaja iaitu penyokong tegar seperti Raja Petra kini berasa kecewa kerana mereka ditinggalkan keseorangan oleh Anwar ketika mereka berada di dalam kesusahan atau berhadapan dengan pelbagai cabaran hidup.

Dalam kes Raja Petra, beliau terpaksa menjadi 'pelarian' dan berjuang dari luar negara setelah bertahun-tahun mempertahankan Anwar. Umum ingin mengetahui dan tertanya-tanya apakah yang dilakukan oleh Anwar untuk membantu orang-orang seperti Raja Petra ini ketika mereka berada di dalam kesusahan.

Apakah semangat setiakawan masih wujud? Apakah mereka ini dibiarkan keseorangan kerana telah menjadi liabiliti kepada diri sendiri?

Semua persoalan tidak terjawab dengan jelas tetapi ia dapat dibaca di celah-celah kata-kata yang dilemparkan oleh Raja Petra sepanjang ditemuramah tersebut.

Kata-kata Raja Petra ada benarnya. Dan bersyukurlah kerana beliau berani dan sanggup berkata benar walaupun itu akan menyakitkan hati Anwar dan para penyokong setia Anwar.

Raja Petra telah menyedarkan kita semua betapa dalam setahun Anwar telah berkunjung tidak kurang dari 60 kali ke luar negara - iaitu perjalanan ke luar negara yang jauh lebih banyak daripada seorang atau mana-mana ketua negara.

Raja Petra juga telah menyedarkan kita bahawa Anwar hanya sibuk ke luar negara memberi berceramah dan mempromosikan kehebatan dirinya daripada duduk di dalam negeri merancang pembangunan Negeri Selangor di mana beliau adalah penasihat ekonominya.

Akan ada yang menuduh Raja Petra telah dibeli atau akan ada yang mencercanya nanti kerana kononnya berpaling tadah.

Hakikatnya ialah Raja Petra tidak berpaling tadah. Beliau sekadar muak dengan lakonan wayang Anwar yang tidak habis-habis ini.

Beliau mahu meneruskan kehidupannya secara normal dan tidak lagi terperangkap di dalam Twillight Zone Anwar.

Dan beliau sekadar mahu menyedarkan semua orang bahawa jika seandainya hendak berjuang maka berjuanglah untuk keadilan dan kebaikan ramai bukan berjuang untuk memenuhi cita-cita seorang manusia yang berhasrat menjadi perdana menteri Malaysia.

Maka teringatlah saya akan perihal satu kisah yang saya baca dalam berita luar negara semalam.

Korea Utara menyambut kedatangan tahun baru dengan menyeru warganya supaya mempertahankan pemimpin baru Kim Jong-Un sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Seluruh parti, seluruh angkatan tentera, seluruh rakyat telah diajak supaya memiliki kepercayaan dan keyakinan bahawa mereka mampu menjadi benteng yang mempertahankan Kim Jong-Un sehingga ke titisan darah yang terakhir di samping mematuhi perjuangan parti selama-lamanya.

Jong-Un, telah diisytiharkan sebagai penganti kepada pemimpin agung, iaitu ayahnya, Kim Jong-Il yang meninggal dunia pada 17 Disember lalu.

Pada Sabtu, iaitu hari terakhir bagi 2011, Korea Utara mengumumkan bahawa Jong-Un dengan rasminya telah dilantik sebagai Komander Tertinggi kepada 1.2 juta bala tentera negara itu iaitu pasukan tentera yang keempat terbesar di dunia.

Dan apabila terdapatnya seruan dan gerakan supaya orang ramai mempertahankan Anwar menjelang 9 Januari nanti iaitu hari di mana kes perbicaraannya akan dimuktamadkan maka saya tertanya-tanya apakah ini ada persamaan dengan seruan sepertimana Korea Utara yang mahu mempertahankan Jong-Un sehingga ke titisan darah yang terakhir?

Kita bukan Korea Utara dan kita bukan sebuah negara komunis! Jadi tolong hentikan kerja sia-sia ini...

No comments:

Post a Comment