Thursday, November 4, 2010

KEPADA PENGUNDI BATU SAPI BUATLAH PILIHAN BIJAKSANA


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pengundi di kawasan Parlimen Batu Sapi yang akan keluar mengundi hari ini supaya membuat pilihan bijaksana.

Beliau berkata pengundi perlu membuat pertimbangan bijak dengan hanya memilih pemimpin yang mampu menjuarai usaha membangun serta menyediakan segala kemudahan demi kesejahteraan dan keselesaan rakyat sendiri.

"Kita mahu supaya rakyat memberi pertimbangan bijaksana. Kalau hari ini mereka (rakyat) sudah merasa hidup sempurna dan baik, tentu mereka tidak akan berkata cukup setakat itu sahaja.

"Kita mahu lebih baik lagi untuk masa-masa hadapan," katanya ketika berucap selepas bersembahyang maghrib dan melakukan solat hajat secara berjemaah bersama ratusan umat Islam di Masjid Al-Falah, Kampung Karamunting malam kelmarin.

Muhyiddin berkata kerajaan ingin melihat rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini terus hidup dalam suasana harmoni serta maju selain menikmati kehidupan lebih sempurna, dan usaha ke arah itu sedang rancak dilakukan oleh kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui gagasan 1Malaysia.


Beliau berkata kemajuan yang dicapai Malaysia turut diiktiraf ramai pemimpin dunia, terbaru Setiausaha Negara Amerika Hillary Clinton yang kagum dengan kepesatan ekonomi negara dan kemakmuran rakyat di Malaysia.

Katanya, Clinton menyatakan kekagumannya tentang kepimpinan Najib dan kepimpinan negara sebelum ini kerana berupaya mengekalkan kestabilan politik dan keharmonian hubungan antara kaum, meskipun terdiri daripada pelbagai kaum, keturunan serta agama.

Dan tradisi keharmonian itu mampu dikekal dan dilakukan oleh Datin Linda Tsen Thau Lin yang mempunyai impian paling istimewa dalam hidupnyamenjadi seorang calon wanita mampu mengalahkan dua tokoh hebat dalam bidang politik pada pilihan raya kecil.

Ini kerana untuk julung kalinya BN meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil selepas Pilihan Raya Umum Mac 2008 dan hakikat bahawa 46 peratus daripada pengundi di kawasan itu adalah wanita, tidak boleh dipandang ringan.

Batu Sapi mempunyai 25,582 pengundi, termasuk 1,535 pengundi pos dan daripada jumlah ini, 11,747 adalah pengundi wanita (45.92 peratus).

Tsen mampu menewaskan gergasi - Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee, yang juga bekas Ketua Menteri Sabah, dan ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tuaran serta peguam terkenal, Ansari Abdullah – yang menentang beliau.

Soal penting ialah parti komponen BN yang kini bersatu hati dengan meletakkan kepentingan parti gabungan itu melebihi kepentingan peribadi sudah memperkemaskan jentera pilihan raya mereka untuk membolehkan Tsen menang pada pilihan raya kecil Parlimen itu.

Tsen dilihat mampu membantu untuk menerus dan melaksanakan tanggungjawab yang diletakkan pada bahu kepimpinan BN negeri oleh Perdana Menteri, yang juga pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak, bahawa 'BN mesti menang'.

Menurut satu analisis, tanggungjawab utama BN negeri di bawah kepimpinan Datuk Seri Musa Aman ialah memulihkan perpaduan dalam kalangan parti komponennya dan menunjukkan bahawa tsunami politik pada Mac 2008 telah terhenti di Sarawak dan tidak melarat ke Sabah.

Pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya kecil ini dilihat memberi kelebihan kepada BN memandangkan PKR dan SAPP saling menyelar sesama mereka dan ini sudah tentu tidak memberi kekuatan kepada pembangkang untuk meramaps kerusi berkenaan.

Malah, presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri menyifatkan SAPP sebagai "pengacau" kerana turut bertanding pada pilihan raya dan calon PKR Ansari Abdullah pula berkata SAPP bukan parti pembangkang, tetapi lebih berupa sebuah parti Bebas.

SAPP pula membidas kepimpinan PKR dengan berkata parti itu kini dibelenggu percakaran dalaman yang boleh menjerumuskannya ke lembah kehancuran dan popularitinya juga semakin malap.

Dan dengan kedudukan Teck Lee yang dilihat lama ‘mendiamkan diri’ dan cuba kembali semula ke arena politik Sabah dengan memperjuangkan satu kaum sahaja, Tsen dilihat lebih mampu kerana BN memperjuangkan nasib semua kaum dan seluruh negeri di Malaysia, termasuk Sabah.

No comments:

Post a Comment