Friday, August 6, 2010

MAHU APA LAGI WAHAI PENYANGAK POLITIK?

Selepas 10 tahun, Al Gore kembali menjadi ‘penyangak politik’ di Malaysia.

Dulu dia pernah lakukan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad kini mahu lakukan pula kepada Datuk Seri Mohd Najib.

Kenyataan bekas naib presiden Amerika Syarikat , Al Gore dan bekas presiden Bank Dunia Paul Wolfowitz dalam akhbar Asian Wall Street Journal yang mahu kerajaan Amerika Syarikat campur tangan dalam kes liwat Anwar yang kini sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyatakan segala-galanya.

Hanya gara-gara seorang bernama Anwar Ibrahim, satu negara kecoh lebih satu dekad.

Anwar bukan sekadar minta ‘tali hayat’ dari luar tetapi mendedahkan lagi kebenaran bahawa manusia yang beliau bergantung sekarang adalah Yahudi!

Sementara di luar negara orang yang sama cuba membantu Anwar 10 tahun lalu kini membuat comeback sebagai penyangak politik yang berterusan di negara ini.

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa menegaskan Malaysia tidak akan tunduk terhadap campur tangan dan desakan mana-mana pihak atau negara luar berhubung kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu amat tepat.

Beliau berkata gesaan itu merupakan satu tindakan sia-sia serta menunjukkan Anwar seorang yang terdesak sehingga menggunakan 'talian hayat' dan sentiasa bersubahat dengan rakan-rakan luarnya demi kepentingannya.

"Sebagai bekas timbalan perdana menteri, Anwar sepatutnya tahu tetapi soal yang berbangkit menunjukkan apakah dia begitu 'desperate' (terdesak) sehingga meminta tolong dan 'tali hayat' daripada orang Amerika dan kawan baiknya," katanya selepas merasmikan Agrofest Perak 2010 di Ladang Infoternak di Sungai Siput semalam.

Kepada Al Gore dan Wolfowitz, perbicaraan kes liwat Anwar dianggap mengancam Anwar serta “semua rakyat Malaysia yang bergelut memperjuangkan negara yang lebih bebas” dan menggesa pentadbiran Presiden Barack Obama untuk campur tangan.

“Kami faham berdasarkan pengalaman, isu sensitif seperti ini sebaik-baiknya ditangani secara senyap oleh kerajaan dengan kerajaan. Namun, masa semakin suntuk. Detik kebenaran semakin hampir,” kata bekas naib presiden Amerika, Al Gore (kiri) dan bekas timbalan setiausaha pertahanan, Paul Wolfowitz dalam satu rencana pendapat bersama yang disiarkan di Wall Street Journal.

Pentadbiran Obama sebelum ini pernah dibidas kerana membisu berhubung perbicaraan Anwar kerana polisinya untuk berbaik dengan negara-negara Islam.

Kedua-dua Gore dan Wolfowitz mengakui mereka mempunyai pendapat yang berbeza sesama mereka, termasuk dengan Anwar dalam banyak perkara termasuk berhubung dasar antarabangsa. Bagaimanapun mereka yakin bahawa Anwar “komited memperjuangkan nilai-nilai pluralism, toleransi dan kebebasan yang diperlukan oleh Malaysia untuk berkembang.”
Mereka juga berkeyakinan ketua pembangkang itu juga mem
punyai kualiti positif sebagai pemimpin, negarawan dan juga kebolehan intelektual.

“Kualiti lain termasuk telus dan terbuka untuk perbahasan, komited terhadap prinsip kebertanggungjawapan dan urus tadbir yang baik serta serius mengenai masa depan negaranya dan juga dunia - juga tidak dilupakan keberanian luar biasanya memperjuangkan apa yang dipercayainya.”

Atas alasan itu, Gore dan Wolfowitz berkata mereka mahu Obama campur tangan kerana dakwaan liwat yang dihadapi oleh Anwar untuk kali kedua “direka” kerana usahanya memperjuangkan reform sosial dan politik.

Menurut mereka, seperti dakwaan liwat pertama yang dilemparkan ke atas Anwar, 10 tahun lalu, perbicaraan kali kedua - selepas pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan prestasi cemerlang pembangkang yang menafikan majoriti dua pertiga kerajaan di Parlimen - kali ini juga mempunyai ciri-ciri manipulasi politik.

Muhyiddin berkata desakan seumpama itu tidak wajar dibuat kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan mempunyai undang-undang serta sistem perundangan yang dilaksanakan dengan baik.


Muhyiddin berkata pemimpin seperti Al Gore dan Wolfowitz perlu menghormati undang-undang dan sistem yang ada pada sesebuah negara sepertimana mereka menghormati undang-undang di negara mereka sendiri.

"Kita mematuhi undang-undang dan apabila Anwar dibawa ke muka pengadilan dan kini sedang dibicarakan, saya hairan mengapa dia nak minta tolong orang luar, macam dah 'desperate' (terdesak) sangat. Apakah dia tidak boleh pertahankan kedudukannya sendiri, atau rasa kes dia sangat lemah.

"Saya tidak mahu prejudis kerana kes masih dalam mahkamah," katanya.

Memang benar kata-kta Muhyiddin bahawa Anwar sebagai bekas timbalan perdana menteri mengetahui bahawa di dalam sistem perundangan negara, tidak ada kuasa luar yang boleh mengganggu-gugat apa yang dilakukan dalam negara itu.

Namun Anwar tetap Anwar. Pada ketika beliau semakin dibenci di Amerika, Anwar kini meletakkan dirinya lebih penting daripada perundangan dan kedaulatan negara ini.

No comments:

Post a Comment