Thursday, July 22, 2010

KALIMULLAH NAFI PEMBABITANNYA DENGAN THE MALAYSIAN INSIDER

Keratan akhbar Utusan Malaysia semalam mengenai dakwaaan Kalimullah membiayai The Malaysian Insider.
Wartawan yang menjadi ahli perniagaan, Datuk Kalimullah Hassan hari ini menegaskan bahawa beliau tidak pernah terbabit dalam apa jua cara dalam Malaysian Insider, sebuah berita portal.

"Saya juga bukan seorang pengarah Efficient E-Solutions di mana saya telah berhenti pada 21 Jun 2006. Saya tidak mendapat sebarang kontrak kerajaan sepanjang hidup saya dan bukan seorang pemegang saham dalam VPI International,” katanya.
Beliau mengulas berhubung dakwaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), sebuah badan bukan kerajaan (NGO), semalam.

JMM telah mendakwa bahawa penaja Malaysian Insider telah menggunakan wang diperolehi daripada kontrak kerajaan untuk membuat firnah terhadap kerajaan.

Dakwaan JMM itu berdasarkan Effeicient E-Solution juga mempunyai kepentingan 20 peratus dalam VPI International yang telah mendapatkan kontrak perkhidmatan pengimejan dan pengimbasan pengumpulan data daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Kalimullah berkata, “Jika JMM mempunyai bukti atas salah laku itu, ia sepatutnya, sebagai sebuah NGO yang bertanggungjawab yang mendapat dana daripada rakyat Malaysia yang berkedudukan tinggi, mengemukakan bukti itu kepada pihak berkuasa, tanpa melengah-lengahkannya.”

Beliau juga berharap Bernama, sebagai sebuah agensi berita nasional, “di mana saya pernah menjadi pengerusi sebelum ini, akan bertindak secara profesional pada masa depan dan menentukan kesahihan dakwaan itu terlebih dahulu sebelum menerbitkannya.”

2 comments:

  1. "NGO yang bertanggungjawab yang mendapat dana daripada rakyat Malaysia yang berkedudukan tinggi"
    Ada bukti azwandin ditaja oleh Dr M. Dia dibayar SD15000 sebulan oleh sebuah syarikat ada pertalian dgn Mokhzani Mahathir anak Dr.M. Sykt berpengkalan di Singapura.

    ReplyDelete
  2. Ano 22 july 3.39am,

    What on earth DR M wanna involve himself into this issue? He is above this la.. If people write books condemning him and yet he not even bothered, do u think this small matter he would do what you said above? STop become moron.. use yor little brain that left in your big head..

    ReplyDelete