Thursday, July 1, 2010

ISU STADIUM – AHMAD SAID WAJAR KECEWA DAN MALU

Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat berkata sepatutnya dalam soal runtuhan stadium, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said tidak perlu kecewa, tetapi sebagai Menteri Besar ‘yang mempunyai kuasa’, beliau sepatutnya menunjukkan wibawa.

“Dato’ Ahmad Said orang Kemaman, saya pun orang Kemaman, sepatutnya beliau menunjukkan kewibawaannya sebagai Menteri Besar orang Kemaman, mengarahkan jentera kerajaan dibawahnya,

“Tapi, sebaliknya, Ahmad mengadu kepada pihak media, bahawa beliau rasa kecewa,”jelas Hanafiah kepada sebuah portal berita pro PAS semalam.

Pada Selasa, Menteri Besar Terangganu Ahmad Said menyuarakan rasa malu dengan keadaan stadium itu, yang sejak bumbungnya runtuh pada 2 Jun tahun lepas sehingga kini masih belum dibersihkan mahupun dibaiki.

Beliau turut melahirkan rasa kecewa kerana kerja-kerja membersihkan sisa runtuhan bumbung itu masih tertangguh walaupun pihak JKR memaklumkan bahawa tender kerja-kerja itu sudah dibuka.
Dalam kejadian pada 2 Jun tahun lepas, bumbung stadium yang menempatkan pintu A, B, dan B1 ke tempat duduk awam serta tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan runtuh.

Ia berlaku selepas setahun stadium bernilai RM292 juta itu siap dibina dan menjadi venue utama sukan termasuk Sukan Malaysia (Sukma) ke-12 pada 2008.

Persoalannya, Hanafiah faham atau tidak, siapa sepatutnya membersih runtuhan dan membina semula bumbung stadium yang runtuh itu?

Dengan mengatakan , wujud kelemahan urustadbir negeri Terengganu di bawah pimpinan Ahmad Said hanya kerana beliau melahirkan ‘rasa kecewa’ berikutan runtuhan bumbung stadium yang tidak dibersihkan, setelah lebih setahun berada dalam keadaan sedemikian, tidak tepat.

Rakyat Terengganu perlu tahu perkara sebenar (bukan mengiakan sahaja kenyataan atau komen pemimpin PAS yang ‘hentam sajalah’ seperti yang dibuat Hanafiah) bahawa memang kuasa Kerajaan Negeri menentukan kepada siapa tender akan diberikan tetapi laporan penilaian daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) hendaklah didapati terlebih dahulu.

Jika Hanafiah tidak tahu atau memang ‘buta’ dalam isu pembersihan stadium ini, jangan komen sesuka hati.

Jika sekadar mahu memperkecilkan ‘orang Kemaman’ seperti Ahmad Said, Hanafiah jelas menunjukkan ‘kebodohannya’ sendiri!

Seperti ditegaskan oleh Ahmad Said selepas mesyuarat EXCO semalam, Kerajaan Terengganu tidak dapat membuat keputusan untuk membaikpulih bumbung stadium berkenaan yang runtuh selagi tidak menerima laporan penilaian daripada JKR.

"Memang mereka (JKR) serah kepada kerajaan negeri untuk membuat keputusan membaiki stadium itu, tetapi kalau laporan penilaian yang dibuat JKR tidak diterima, bagaimana kami mahu buat keputusan. Kita kena ikut laporan yang mereka (JKR) buat," katanya.

Yang pasti hingga ke hari ini kerajaan negeri belum menerima laporan yang diperlukan untuk membolehkan Lembaga Tender kerajaan negeri bersidang.

Adalah tidak benar tuduhan Hanafiah yang mengatakan Ahmad Said sedang meminta simpati seluruh rakyat.

Hanafiah berpendapat, jangan diambil ringan sikap dan ‘pe’el perangai’ Ahmad Said itu, kerana menurutnya Ahmad orang mengaji ‘Sains Politik’.

Katanya “Semua orang tahu macamana Ahmad berpolitik, sehingga ada sebuah blog yang mengatakan ‘tiada yang pelik dan mustahil pada zaman pemerintahan MB Mat Said ini…”,

“Mungkin dengan ‘melahirkan rasa kecewa’ Ahmad cuba meraih simpati dari rakyat, yang kini dimerata-rata orang memperkatakan tentang kelemahan UMNO dan kerjaan BN Terengganu,”ujar Hanafiah.

Nampaknya spin Hanafiah cetek dan tersasar kerana Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Datuk Seri Prof Judin Abdul Karim semalam berkata jabatan itu sedang menyenarai pendek beberapa kontraktor daripada 48 kontraktor yang mengemukakan cadangan masing-masing.

"Oleh kerana kerja-kerja itu sangat rumit, Mei lepas JKR Terengganu merujuk kepada ibupejabat JKR bagi mendapatkan nasihat pakar teknikal yang berkaitan," katanya di Kuala Lumpur semalam.

Judin berkata kerja-kerja pembersihan runtuhan perlu dilakukan dengan teliti dan cermat bagi memastikan keselamatan struktur stadium dan keselamatan pekerja terjamin.

"Prosedur dan turutan kerja pengalihan serta pembersihan adalah sangat kritikal kerana ia boleh menjejaskan kestabilan struktur. Ini memerlukan kontraktor yang berkemampuan, mempunyai kebolehan dan memenuhi syarat-syarat sahaja yang layak dipertimbangkan," katanya.

Selepas meneliti apa yang berlaku sejauh ini, apakah Ahmad Said tidak wajar menyatakan kekecewaannya?

Sebagai pemimpin nombor wahid di Terengganu mana beliau mahu meletakkan muka apabila runtuhan stadium itu kini turut menjadi ‘ejekan’ pihak PAS sendiri yang menggelarkan Terengganu sebagai ‘Darul Runtuh’.

Malah, selepas lebih setahun bumbung stadium runtuh, bukan sahaja pihak yang bertanggungjawab tidak dihadapkan ke muka pengadilan tetapi kelambatan membersihkan keruntuhan itu turut mencalarkan imej negeri.

Lebih memalukan Ahmad Said apabila stadium yang runtuh itu kini menjadi salah satu’ tarikan pelancong’ yang melawat Terengganu, apabila ia dapat dilihat dengan jelas melalui tingkap pesawat – tidak kiralah pesawat penumpang atau sewa.

Lebih memalukan jika tinjauan bandar Kuala Terengganu dibuat dengan pesawat ringan atau helikopter apabila runtuhan bumbung itu bagaikan satu daripada tarikan pelancong ke Terengganu!

2 comments:

  1. Tok Yeh sepatutnya pi bersihkan runtuhan tahi beliau itu..Itu salah satu projek ulul alabab hasil membodek Raja Baduwi zzzzz.Akhirnya kedua dua manusia ni jadi ahmad albab.. hee hee

    ReplyDelete
  2. Bagus lah mat said merasa malu,kerana kebanyakan
    pimpinan kita tidak berkerutkening bila berlaku
    sesuatu(contoh kehilangan enjin kapal terbang) kalau tidak di bochor oleh DR zaid hamidi rakyat
    tentu tidak tahu dlm masalah ini,tmk DR zaid.
    begitu juga dgn kesusutan tunai felda kalau tak
    di ketengahkan pihak yg telibat, rakyat juga tak sedar terhadap apa yg sebenar berlaku,
    sedangkan pihak yg terlibat buat tak tahu saja. ini petanda ketidak ikhlasan pimpinan dlm urus tadbir wang rakyat.
    utk meyakinkan rakyat tindakan undang undang
    perlu di ambil dgn segera terhadap pengkhianat2
    negara.

    ReplyDelete