Tuesday, June 15, 2010

ADUN DAP PERAK KELUAR PARTI, SOKONG 1MALAYSIA

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Mawar, Keshvinder Singh ketika mengumumkan keluar dari DAP serta melepaskan semua jawatan dalam parti dalam satu sidang media di Subang Jaya, Selangor, 15 Jun 2010. Beliau akan menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Barisan Nasional (BN) Perak semakin kuat dan pimpiman Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan lebih selesa dengan perkembangan terbaru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar di Perak hari ini mengisytiharkan keluar daripada DAP dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Beliau yang juga seorang peguam berkata, surat peletakkan jawatannya telah diserahkan kepada Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng awal pagi tadi.

Keshvinder Singh membuat keputusan itu selepas membuat pengamatan selama 15 bulan terhadap corak kepimpinan Menteri Besar dan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Keshvinder adalah Adun DAP kedua keluar parti itu selepas ADUN Jelapang, Datuk Hee Yit Foong, awal tahun lalu, yang menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang.

Dengan keputusan itu, bilangan pembangkang di Dewan Undangan Negeri sekarang ini adalah 27 orang berbanding 28 yang dikuasai oleh BN manakala wakil Bebas pula adalah empat orang. Pada Pilihan Raya Umum 2008, Keshvinder mengalahkan calon BN, Dr Chai Song Poh dengan majoriti 1,362 undi.

Ternyata peguam itu amat menyakini corak dan cara kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini terutamanya konsep 1Malaysia yang dianggapnya pendekatan realiti terbaik untuk rakyat di negara ini.

Selain itu beliau dengan tegas menolak dakwaan pihak-pihak tertentu yang beliau ada menerima menerima ganjaran wang tunai sejumlah RM2 juta untuk meninggalkan PKR.

“Saya yakin saya bersih. Anda boleh semak akaun bank, saya tidak pernah menerima sebarang ganjaran daripada mana-mana pihak,” katanya.

Selain faktor di atas, Keshvinder mendakwa dia kecewa dengan kepimpinan pakatan pembangkang di negeri itu yang terlalu banyak berpolitiking sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.

Katanya, bagi menjaga kepentingan rakyat dan pembangunan yang berterusan saya membuat keputusan untuk menyokong dan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpiman Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

“Keputusan ini merupakan pengorbanan saya kepada rakyat di kawasan saya. Saya sedar saya bakal menghadapu tuduhan dan cemuhan daripada pelbagai pihak.

“Demi kepentingan dan kesejahteraan masa depan rakyat saya memilih untuk meninggalkan DAP dan Pakatan Rakyat,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Jelasnya, buat masa ini beliau akan kekal sebagai wakil rakyat Bebas dan tidak akan menyertai mana-mana parti.
“Saya tidak ada cadangan untuk menyertai mana-mana parti. Saya mahukan sokongan daripada kerajaan negeri dalam membantu memberikan peruntukan kepada saya untuk mengatasi masalah penduduk,” katanya.
Kesvinder berkata tindakan tersebut dibuat selepas beliau mengambil kira semua perkara tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

“Keputusan ini saya ambil selepas saya meneliti secara mendalam dan mengambil kira pendapat pelbagai pihak. Tindakan ini diambil tanpa tekanan.

“Saya berharap semua pihak terutama penduduk di kawasa saya dapat menerima dan menghormati keputusan ini kerana ia dibuat demi kebaikan rakyat,” ujarnya.

1 comment:

  1. Mana boleh tahan tunggu rumput kering. Cari rumput hijau pulak..!

    ReplyDelete