Saturday, April 24, 2010

SELAMATKAN MALAYSIA DARIPADA RETORIK & PEMBOHONGAN

Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengemukakan pertanyaan “…saya mahu tanya P Kamalanathan, dia masuk Parlimen untuk buat apa?Tapi kalau Zaid, dia masuk untuk apa? Dia (Zaid) masuk sebagai hero untuk rakyat. Ini dia kehebatan Zaid.”
Sebelum mengikuti terus pendapat Anwar mengenai Zaid, kita juga boleh kemukakan pertanyaan: “kita mahu tanya Zaid atau Anwar, dia masuk Parlimen untuk buat apa?”

Pendapat Anwar mengenai calon pembangkang pada pilihan raya kecil Hulu Selangor iaitu Datuk Zaid Ibrahim ialah calon yang dipertaruhkan parti itu adalah seorang calon sebenar yang mampu membawa suara rakyat sekali gus membela nasib mereka di Parlimen.

“Saya bukan nak gaduh dengan calon Barisan Nasional (BN) tapi Menurutnya, rakyat di Hulu Selangor semakin bijak menilai calon yang sesuai dan akan menolak pemimp:in yang mengamalkan rasuah serta tidak bersikap telus sebagai seorang pemimpin.

“Saya mahu tunjuk kepada UMNO. Mereka boleh beli orang dengan memberi kontrak untuk lompat parti...Tetapi, rakyat di sini sudah bijak menilai dan mereka akan menolak pemimpin yang mengamalkan rasuah dan tidak telus dalam pemerintahan mereka,” katanya.

Kita pula mahu bertanyakan Anwar. Untuk apa beliau menonjolkan Zaid begitu hebat. Apakah rekod Zaid di Parlimen memang bagus?

Apakah rekod beliau sebagai Menteri memang bagus? Perbuatannya yang memarahkan umat Islam dalam beberapa kes sudah banyak diperkatakan.

Mungkin ada yang melabelkan Zaid sebagai ‘Zaid baru’, Zaid yang sudah tunaikan haji, Zaid yang sudah insaf dan bukan ‘kaki botol’ lagi. Itu dalam konteks peribadi, namun apakah yang boleh beliau tawarkan secara khusus kepada pengundi jika menang?

Juga dengan menjadi wakil rakyat pembangkang, mampukah Zaid membawa pembangunan dan memenuhi keperluan rakyat di Hulu Selangor.

Kerana itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu supaya perubahan politik di Selangor bermula dengan kemenangan calon Barisan Nasional itu pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, esok.

Sokongan padu rakyat di kawasan itu amat dituntut kerana Selangor begitu penting kepada masa depan negara yang sedang menuju proses perubahan menerusi pendekatan 1Malaysia.

Rakyat perlu menyokong usaha melahirkan sebuah negara maju dan harmoni dengan kaum Melayu, Cina dan India tidak boleh membawa haluan masing-masing tetapi hendaklah bergerak maju bersama 1Malaysia.

"Ekoran itu saya kini memerlukan mandat penduduk Hulu Selangor dan jika mahu perubahan yang dirancang, maka perlu sokong dan undi calon BN. Calonnya, Kamalanathan sudah berjanji mahu bekerja siang dan malam untuk membantu masyarakat di sini. Ini kerana kita tidak mahu Malaysia hanya menjadi sebuah negara sederhana tetapi melonjak menjadi sebuah negara hebat," katanya ketika berucap dalam perjumpaan dengan masyarakat Cina di pekan Hulu Yam Baru semalam.

"Kita bukan seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR), impian mereka dengan Pas dan DAP berbeza. Mereka hipokrit cuma baik di depan sahaja dan PKR janji macam-macam tetapi habuk pun tak ada," jelasnya. Sebaliknya, dalam BN tegas Najib, kerajaan akan buktikan berjaya membawa perubahan untuk kemajuan rakyat tanpa mengira kaum atau latar belakang.

Dengan menonjolkan Kamanathan sebagai calon mewakili penduduk pelbagai kaum di Hulu Selangor membuktikan biarpun orang Melayu dan Cina yang jumlahnya daripada kaum India tetapi semangat 1Malaysia ditunjukkan melalui perjuangan bersama bagi menegakkan politik pembangunan di negara ini.

Pada ketika Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin mengekalkan penguasaan di Parlimen Hulu Selangor dengan Zaid dijangka memperoleh sokongan lebih daripada 30,000 pengundi, esok, BN terus memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa memilih BN adalah memilih pembangunan.

Biarkan PKR dengan perang psikologinya. Namun perkara yang perlu ditanya ialah, untuk apa pilih PKR dan pakatan pembangkang?

PKR cuba menegakkan benang basah apabila Anwar mengatakan walaupun terdapat sebilangan kecil ahli PKR yang lompat parti dan memasuki UMNO namun sedikitpun tidak menggugat keyakinan pengundi untuk memilih calon parti itu pada pilihan raya kecil ini.

“Mereka (UMNO) kata orang PKR orang lompat. Mereka bagi duit dia angkat la..Tetapi mereka tak boleh beli semua rakyat. Mereka boleh beli tiga orangboleh beli 30 orang..tapi 30,000 orang masih sokong kita di Hulu Selangor.

“Saya nak kita menang majoriti semua kaum. Melayu, Cina, India dan Orang Asli sokong Pakatan Rakyat (PR),” kata Anwar.
Namun, lebih penting ialah rakyat akan mendapati janji-janji yang ditaburkan akan kekal sebagai janji kerana sukar untuk ditunaikan.

Sedangkan contoh-contoh jelas bentuk bantuan sudah diumumkan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib sudah melantik Datuk Seri Noh Omar untuk menjamin segalanya dilaksanakan di Hulu Selangor.

Bantuan-bantuan ini sesetengahnya boleh diumumkan segera kerana kerajaan Pusat bersedia untuk membantu sesiapa sahaja walau di mana.

Perkara seperti ini tidak mampu dilakukan oleh PKR atau rakan sewaktu dengannya kerana sumber terhad. Menyokong kerajaan yang mempunyai sumber terhad bagaikan menjerut leher sendiri,

Keupayaan BN dibuktikan semalam apabila Najib membawa kegembiraan kepada bekas peneroka Felda Sungai Buaya apabila sebelum ini mengumumkan ‘empat bonus’ kepada mereka dan penduduk sekitar Sungai Buaya.

Ini bermakna kedatangan Perdana Menteri ke Hulu Selangor menamatkan penantian 15 tahun bekas peneroka apabila beliau mengumumkan pampasan dengan bayaran pendahuluan RM50,000 ke atas tanah milik bekas peneroka yang diambil oleh sebuah syarikat swasta dan tertangguh sejak 15 tahun lalu.

Pampasan berkenaan akan diagihkan kepada 100 bekas peneroka yang masih hidup, manakala bagi 263 orang yang sudah meninggal dunia, akan diserahkan kepada waris mereka. Katanya, pembayaran pendahuluan pampasan itu membabitkan jumlah keseluruhan RM5 juta.

“Untuk baki pampasan, kita telah bersetuju untuk membayar pada harga RM160,000 seekar (0.4 hektar) apabila tanah dibangunkan. Bagi membolehkan tanah ini dapat dibangunkan, kita mesti pastikan Selangor dikembalikan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Selain pampasan, Perdana Menteri turut mengumumkan perlindungan insurans kepada bekas peneroka dan anak-anak mereka bagi menghargai kesabaran sejak 1995. Biarpun mereka sudah terpisah dengan Felda, kerajaan membuat keputusan untuk menganugerahkan perlindungan insurans Islam kepada bekas peneroka yang masih hidup.

Jika bekas peneroka terbabit meninggal dunia, waris mereka akan menerima RM10,000 sebagai pampasan.

Kerajaan juga berikrar akan menaja kursus kemahiran vokasional untuk menjadikan warga peneroka muda lebih berjaya dalam hidup.

Dengan kata lain, dengan mengundi BN untuk pilihan raya kecil ini akan membuka ruang seluas-luasnya bagi BN bergerak lebih jauh dengan tujuan merampas kembali Selangor daripada pembangkang.

Untuk apa?

1. Membangunkan kembali kawasan Sungai Buaya apabila kelulusan menukar syarat tanah lebih mudah dilakukan;

2. Pembinaan Susur Keluar Masuk Sungai Buaya melalui pembinaan sebuah persimpangan bertingkat yang menghubungkan Lebuh Raya Utara Selatan dengan kawasan Sungai Buaya. Ini akan menamatkan penantian 20 tahun penduduk kawasan berkenaan yang pada masa ini terpaksa menggunakan persimpangan Bukit Beruntung dan Rawang untuk keluar masuk ke PLUS. Persimpangan bertingkat ini bernilai RM85 juta dan ia dapat menjimatkan perjalanan antara 60 hingga 90 minit.

3. Membina kampus pengajian tinggi;

4. Pembangunan menyeluruh di Hulu Selangor;

5. Memenuhi keperluan orang Cina, India dan Sikh selain penduduk setempat yang lain; dan’

6. Banyak lagi….

Kesemua ini bukan sekadar “gula-gula” dan penipuan menjelang Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Najib sebagai Perdana Menteri beri jaminan bahawa segala janji ini akan ditunaikan oleh kerajaan.

Sementara yang juga penting untuk dibuktikan melalui pilihan raya ini ialah rakyat menolak kepimpinan Anwar.

Ini kerana bak kata Tan Sri Muhyiddin Yassin slogan 'Selamatkan Malaysia' yang dilaung-laungkan pembangkang sepatutnya ditukar kepada 'Selamatkan Malaysia daripada Anwar Ibrahim' kerana ketua pembangkang itu terlalu banyak melakukan fitnah dan pembohongan.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, Anwar menuduh rakyat zalim dan tidak adil hanya semata-mata kerana beliau (Anwar) dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat.

Katanya, kes itu tidak melibatkan kerajaan kerana merupakan kes peribadi antara Anwar dengan Saiful Bukhari Azlan dan dibicarakan selepas bekas pembantunya itu membuat laporan polis.

''Apakah itu salah kerajaan? Apakah itu menunjukkan kita zalim sehingga dia pergi ke seluruh dunia dan buat cerita bukan-bukan termasuk kepada ahli Parlimen Australia?" katanya.

No comments:

Post a Comment