Monday, March 1, 2010

SPRM TIDAK LINDUNGI NIK AZIZ...

Siapa kata Nik Aziz boleh tiduir nyenyak? Siapa kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melepaskan beliau begitu sahaja.

Nik Aziz bukan ‘orang istimewa’. SPRM sudah memberi jaminan bahawa tiada pengecualian terhadap kes siasatan rasuah ke atas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ia membabitkan tajaan mengerjakan haji dan isu penyelewengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Zakaria Jaffar, berkata tidak ada pihak yang boleh dianggap "terkecuali" dalam kes seperti ini termasuk Menteri Besar itu dan siasatan dilakukan mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Malahan, katanya, siasatan yang dibuat ke atas Nik Aziz berhubung kes rasuah adalah mengikut prosedur biasa undang-undang negara ini

"Siasatan kita standard dan siasatan SPRM tidak terikat kepada sesiapa," katanya selepas majlis Serah Menyerah Tugas antara Pengarah SPRM Kelantan, Mohd Jaafar Hussin dan Timbalan Pengarah Akademi SPRM, Nasaruddin Mohd Nor di Kota Bharu semalam.

Ini jaminan SPRM dan kita semua perlu akur dan hendaknya berilah peluang kepadanya menyiasat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan kepada SPRM di Putrajaya sebelum ini berhubung sebuah blog menyiarkan artikel "SPRM Kelantan Pro-Pas: Siasatan Kes Nik Aziz Terbengkalai".

Ketuanya, Anuar Sapian berkata, pergerakan tersebut membuat laporan itu kerana mahu SPRM menyiasat dakwaan itu kerana SPRM adalah badan bebas.

Selain blog berkenaan, sebuah blog lain yang membawa tajuk “GEMPAR - KENAPA SPRM KELANTAN TAK AMBIL TINDAKAN TERHADAP N.AJIS?” pada 24 Februari lalu turut memaparkan persoalan yang sama.

Blog berkenaan mengulas, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat boleh selesa duduk bergoyang kaki apabila mendapat simpati daripada Pegawai Tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Kelantan.

Sumber dalaman SPRM Kelantan sendiri mengakui kepada Suara Rakyat bahawa Nik Aziz sepatutnya sudah didakwa berkaitan dengan dua pertuduhan yang dibuat terhadapnya. Tuduhan tersebut ialah,
(i) Menerima Rasuah dengan meminta tajaan Haji untuk dia dan keluarganya daripada seorang lelaki bernama Nudin Bin Awang yang berkepentingan.

(ii) Melanggar akta SPRM bila melantik menantunya Abdul Ariffahmi Bin Abdul Rahman di sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Kedua-dua pertuduhan itu sudah cukup untuk membuat Menteri Besar Kelantan dari Parti PAS itu merengkok di dalam penjara.

Blog berkenaan memetik sumber dalaman SPRM Kelantan juga mengakui bahawa segala maklumat dan bukti yang diserahkan kepada SPRM Kelantan telah dibocorkan kepada seorang Ahli Parlimen PAS dari Kelantan.

Ahli Parlimen tersebut juga dinasihatkan oleh seorang Pegawai Tinggi SPRM Kelantan supaya menasihatkan Tuan Guru untuk memadamkan segera segala bahan-bahan bukti bagi menyelamatkan Tuan Guru Nik Aziz.

Skandal terkini di dalam SPRM Kelantan turut menyebabkan SPRM Kelantan tidak membuka kertas siasatan terhadap Nik Aziz.

Suara Rakyat juga dimaklumkan bahawa keengganan Pegawai Tinggi SPRM menyiasat kes Nik Aziz adalah kerana bukti-bukti dan keterangan yang dikutip daripada saksi dan pemberi maklumat adalah cukup kuat dan pasti ‘melekat’ jika di dakwa.

Sebaliknya, SPRM Kelantan hanya membuka profailing terhadap kes tersebut dan bukannya kertas siasatan.

Sumber SPRM Kelantan juga mendakwa disebabkan keengganan SPRM Kelantan menyiasat kes Nik Aziz ini, Pengarah SPRM Kelantan, Mohd Jaafar Bin Hussin telah ditukar. Namun SPRM Kelantan masih tidak bebas dari Pegawai-Pegawai yang Pro PAS.

Kerana kecewa dengan kegagalan SPRM mendakwa Nik Aziz, Suara Rakyat telah diberikan beberapa bahan bukti penting yang ada di dalam simpanan SPRM Kelantan untuk didedahkan kepada umum.

Sebagai permulaannya, Suara Rakyat akan dedahkan minit mesyuarat asal yang bertulis tangan. Minit mesyuarat ini telah diambil SPRM daripada Pegawai Kanan PMBK yang telah dipanggil memberi keterangan oleh Pasukan Penyiasat SPRM. Kesahihan apa yang tertulis di dalam minit mesyuarat ini pula telah disahkan oleh salah seorang Ahli Lembaga PMBK yang turut dipanggil memberi keterangan.

Ada dua hal utama yang paling penting daripada bahan bukti ini iaitu,

(i) Ia membatalkan minit mesyuarat rasmi yang diserahkan kepada SPRM oleh Setiausaha PMBK yang kononnya menyatakan perlantikan bukan dibuat oleh Nik Aziz dan Nik Aziz tidak terbabit di dalam perlantikan tersebut

(ii) Ia membuktikan bahawa Nik Aziz dan Barisan Exconya termasuk Penasihat Undang-Undang Negeri telah menipu dan mengubah minit mesyuarat dengan secara sepakat bagi menyelamatkan Nik Aziz.

Perkara kedua diatas juga adalah kesalahan besar kerana ia menunjukkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan telah cuba mencemari siasatan SPRM dengan mengubah bahan bukti.

Pada mukasurat terakhir minit yang bertulis tangan ini menunjukkan mesyuarat tamat jam 12 tengahari. Selepas tamat mesyuarat, MB membuat pengumuman ‘upgrade jawatan COO ke CEO dengan elaun ikut skim dan bermula 1 Syawal 1430H’.

Kata blog itu lagi, apa yang sebenarnya berlaku ialah MB selaku Pengerusi PMBK hanya membuat pengumuman setelah tamatnya mesyuarat Ahli Lembaga PMBK yang ke 3 tahun 2009 pada 29 September 2009.

Maka dakwaan Nik Abdul Aziz bahawa kesalahan terletak pada Penasihat Undang-Undang Negeri yang hadir dalam mesyuarat itu adalah satu fitnah. Pengumuman dibuat diluar mesyuarat dan bukan di dalam mesyuarat. Maka apabila Penasihat Undang-Undang Negeri mendiamkan dirinya maka bukan satu kesalahan bagi dirinya.

Bermula dengan siri pertama ini, Suara Rakyat akan dedahkan lebih banyak bukti-bukti yang berada di tangan SPRM yang jelas menunjukkan ada pihak dalam SPRM tahu bahawa Kerajaan PAS Kelantan dan Menteri Besarnya boleh dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan-kesalahan salah guna kuasa dan rasuah.

Ini termasuklah bukti-bukti berkaitan tajaan Haji oleh Nudin Awang yang kemudiannya sekali lagi Kerajaan PAS Kelantan mencemari bahan bukti atas nasihat pihak di SPRM. Kali ini ialah dengan menukar nama Nudin Awang sebagai pembayar tajaan itu kepada nama Encik Nazman yang bekerja di Urusetia Penerangan Negeri Kelantan.


Menurut blog berkenaan, hanya satu yang Suara Rakyat inginkan, iaitu Keadilan Untuk Malaysia. Selamatkan Malaysia dari rasuh yang semakin berleluasa tidak kira siapa yang melakukannya.

Kelmarin, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat SPRM, Datuk Ahmad Khusairi Yahya, berkata SPRM Kelantan selesai menjalankan siasatan kes dakwaan rasuah terhadap Nik Aziz dan kertas siasatan telah diserahkan kepada bahagian pendakwaan untuk tindakan lanjut.

Zakaria berkata, peruntukan undang-undang adalah jelas dan telus tanpa mengira sesiapa dan tindakan akan dibuat berdasarkan kepada fakta kes yang disiasat SPRM.

Beliau berkata, pihaknya kini menunggu keputusan bahagian pendakwaan sama ada untuk mendakwa atau tidak.

"Sekarang kita tunggu keputusan bahagian pendakwaan sama ada boleh didakwa atau tidak, (kerana) siasatan kita sudah selesai," katanya.

Untuk berlaku adil kepada kedua-dua pihak sama-sama kita tunggu sejauh mana perginya kes ini.

No comments:

Post a Comment