Ini kerana Selasa ini Hakim Mohamad Zabidin akan terlebih dahulu mendengar permohonan Anwar bagi penangguhan.
Anwar seperti biasa akan sekali lagi memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya perbicaraan kes liwatnya ditangguhkan, manakala pihak pendakwaan pula bersiap sedia untuk memulakan perbicaraan kes itu pada hari yang sama.
Jelas bahawa perbicaraan yang telah beberapa kali tertangguh dan ditunggu-tunggu itu akhirnya akan bermula jika permohonan Anwar ditolak.
Dalam permohonannya yang difailkan hanya lima hari lepas sebelum penetapan tarikh perbicaraan itu, Anwar berkata kes itu perlu ditangguhkan sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak untuk menggugurkan pertuduhan liwat terhadapnya.
Mahkamah Rayuan masih belum menetapkan tarikh bagi pendengaran rayuan itu.
Pada 1 Disember tahun lalu, Hakim Mohamad Zabidin menolak permohonan Anwar dan menetapkan sebulan dari 25 Januari bagi perbicaraan.
Pada entri di blognya Jumaat 29 Januari 2010, bertajuk ‘Tangguh Lagi?” Saiful memetik laporan Utusan Malaysia seperti berikut:
Permohonan Penangguhan Tertuduh
"Kuala Lumpur 28 Jan - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengemukakan permohonan pada saat-saat akhir bagi menangguhkan perbicaraan kes liwatnya yang dijadualkan bermula Selasa depan. Beliau memfailkan notis rayuan pada 10 Disember tahun lalu setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Mohamad Zabidin yang menolak permohonannya itu pada 1 Disember tahun lalu." - Utusan 29/1/09 -
Bagi Saiful, walaupun Perbicaraan Utama belum bermula, mengikut rekod, dari hari pertama pertuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, sudah lebih kurang 20 kali perbicaraan ini ditangguh dek kerana permohonan-permohonan Anwar sebelum ini.
Baginya, sejauh ini, hanya SATU sahaja permintaan beliau iaitu untuk memberi keterangan di Mahkamah. “Namun, setelah sekian lama saya menanti dengan sabar, beliau masih berusaha sedaya upaya untuk menafikan HAK saya,” kata Saiful.
Apapun, beliau mengajak orang ramai supaya sama-sama nantikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi pada 2hb Febuari ini sama ada permohonan penangguhan Anwar diterima atau sebaliknya.
Bagi Saiful : “Akan terus berdoa, istiqamah dan bersabar, kepada Allah saya berserah...”
No comments:
Post a Comment