Saturday, January 30, 2010

PERANG ZABIDI, MUBIN

Dua orang yang saling mengenali Zabidi Saidi (mem0belakang) dan Abdul Mubin Ismail nampaknya mula berperang di alam siber selepas ‘pendedahan’ terhadap Zabidi dilakukan Mubin.

Memanglah tiada siapa akan faham apa matlamat Mubin mendedahkan sedemikian, lebih-lebih lagi tulisan Zabidi itu sudah agak lama.

Yang pasti ia dibuat mungkin untuk ‘merenggangkan’ hubungan Zabidi dengan pemimpin tertentu di Kemaman, atau Mubin sengaja mahu ‘mengenakan’ Zabidi.

Ternyata Mubin semakin membuat ramai musuh sibernya dan dengan menjadikan Zabidi sebagai mangsa serangannya, Mubin akan diserang daripada pelbagai sudut.

Bagi Mubin, sesiapa juga yang dirasai rapat dengan Ahmad Said beliau akan membelasah orang itu cukup-cukup.

Perhatikan ayat berikut: “…Sdr Mohd Zabidi Saidi, blogger Memo Belakang yang khabarnya sekarang menjadi penyokong kuat MB Mat Said.”

Persoalannya, apa salahnya kalau Zabidi sokong Ahamd Said? Ahmad Said ialah Menteri Besar dan Ketua Bahagian Kemaman pulak tu.

Apa masalah Mubin sebenarnya?

KENAPA UNGKIT PERKARA LEPAS?

www.mem0belakang.blogspot.com





Masih ramai orang tak faham konsep bebas akhbar WATAN.
Ketika saya menjadi editor akhbar WATAN (dari 1 April 2008-31 Mac 2009), saya beri kebebasan kepada mana-mana stringer untuk menulis sebarang isu.

Jika si stringer itu menghent
am si A, kalau boleh dia beri peluang kepada si A untuk menjawab hentamannya dalam isu akan datang supaya WATAN benar-benar bebas dan tidak berat sebelah kepada sesiapa.

Itulah konsep sebenar WATAN. Saya tak tahu apa motif blogger Jarang Anak Melayu,
Abdul Mubin Ismail menyiarkan semula tulisan saya dalam WATAN pada tahun lepas dalam posting terbarunya pada 20 Januari lalu. Tulisan itu dikatakan menghentam Bendahari UMNO Bahagian Kemaman, Haji Abdul Sidek yang lebih dikenali sebagai Haji Dol.

Bila tersiar rencana itu dalam akhbar WATAN, Haji Dol telah menghubungi saya. Saya balik ke Kemaman menemui Haji Dol untuk menjelaskan isu itu kepada Haji Dol. Maka saya beri peluang kepada Haji Dol untuk membuat penjelasan yang sepatutnya disiarkan dalam WATAN keluaran berikutnya.

Tetapi entah macam mana Haji Dol hubungi saya semula beritahu tak payahlah siarkan penjelasan itu. Jadi saya sudah bersikap adil memberi peluang kepada Haji Dol menjawab isu yang berbangkit.


Saya tak tahu apa motif Mubin menyiarkan semula tulisan saya itu dalam blognya sedangkan isu ini sudah lama selesai.
Saya dengan Haji Dol semakin rapat sejak tersiarnya rencana itu. Kami kerap bertemu setiap kali saya balik Kemaman.

Seperti kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Selama ini orang marah kepada Haji Dol. Bila kita kenalinya dari dekat Haji Dol bukanlah seperti yang disangka oleh semua orang. Memang sudah menjadi sifat orang Melayu, suka dengki bila lihat orang Melayu lain naik.

Saya kagum dengan Haji Dol kerana dia naik dalam perniagaannya bukan kerana politik tetapi dia bangkit kerana kebolehannya sendiri sebagai taukeh hardware dan pemaju perumahan.
Oleh itu ahli-ahli UMNO Kemaman tak perlu marah kepada Haji Dol.

Beliau banyak berkorban duit sendiri untuk UMNO Bahagian. UMNO Bahagian bukannya ada duit.
Nasib baik ada orang macam Haji Dol dan Datuk Wan Zaki Wan Muda UMNO Kemaman boleh bernafas.

Bila saya tulis begini, tentu ada orang kata saya jadi penulis upahan Haji Dol pula. Apa yang dibuat oleh Haji Dol tak perlulah didengki. Beliau bukannya merebut projek kerajaan. Selama ini dia bangkit sendiri tanpa memperolehi tender kerajaan.

Jadi kita semua, ahli UMNO Kemaman, patut beri sokongan kepada Haji Dol kerana tanpa pengorbanan wang ringgitnya, sudah tentu UMNO Kemaman sudah hidup segan mati tak mahu.
Soal anaknya dapat naik pangkat, apa salahnya jika prestasinya bagus.

Kalau dia kerja malas, tapi naik pangkat, itu yang patut dipersoal.
Takkan anaknya tak boleh naik pangkat. Bukannya Haji Dol CEO KSB. Dahulu Datuk Yaacob jadi CEO PWTC ambil anaknya, Dr. Fazley sebagai eksekutif PWTC, orang tak bising pun.

Padahal mereka dua beranak bekerja di tempat yang sama, sedangkan bukannya Haji Dol bekerja di KSB. Oleh itu isu yang dibangkitkan oleh Mubin ini bukannya isu besar.

No comments:

Post a Comment