Tuesday, January 26, 2010

NIK AZIZ BERBELIT-BELIT, MACAM….

Kata ‘Tok Guru’ semalam, Kerajaan PAS Kelantan sedia menerima wang ihsan yang diberikan dari hasil minyak walaupun tidak dalam bentuk royalti.

Eh terima pula….tetapi dengan syarat ia diuruskan sendiri tanpa melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Kononnya dengan meletakkan syarat sedemikian kerajaan Kelantan mahu buat macam PAS Terengganu pada 1999, selepas menang pilihan raya umum peringkat negeri dan PAS membentuk kerajaan, kerajaan pusat terus membayar royalti.

Tetapi apa jadi? Duit royalti tidak dapat dibelanjakan dengan baik dan wang banyak dibelanjakan untuk program parti, bukannya untuk rakyat.

Nasib baik rakyat sedar dan menolak PAS yang menyebabkan kerajaan PAS Terengganu kalah pada pilihan raya umum 2004.

Dalam soal wang ihsan ini, aneh sungguh dengan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ini.

Sehari sebelum mengaku mahu menerimanya, beliau menolak pemberian wang ihsan itu dan bertegas untuk menuntut royalti minyak seperti mana yang diperjuangkan sekarang.

Bagi Nik Aziz, malu bagi Kelantan jika pemberian wang itu disebut dalam bentuk wang ihsan bukannya royalti, kerana ihsan bermakna kasihan belas dan dalam hal ini bukan Kerajaan Pusat yang patut mengasihan belas Kelantan, tetapi Kelantan yang patut beri ihsan kepada pusat kerana minyak itu didakwa hak milik Kelantan.

Dalam tempoh 24 jam, kenyataan Nik Aziz mengatakan ia terima pula wang ihsan tetapi bersyarat.

Siapa yang menasihati Nik Aziz ini? Pelik sungguh.

Bagaimana boleh kerajaan PAS Kelantan yang menolak cadangan supaya seorang wakil dilantik untuk menyertai jawatankuasa pembangunan wang ihsan yang ditubuhkan bagi menentukan kaedah penyaluran wang tersebut, tiba-tiba bersetuju menerima wang berkenaan tetapi bersyarat.

Malah Nik Aziz menegaskan kelmarin, kerajaan negeri sama sekali tidak akan melayan sebarang permintaan atau cadangan berhubung penyaluran wang ihsan tersebut.

''Kalau dijemput untuk runding terima wang ihsan, saya tak akan pergi, kerajaan negeri seratus-peratus akan tolak. Kalau nak bagi ihsan tak payah rundinglah, kerana dia paksa dan saya tidak akan terima, saya akan bagi tahu rakyat Kelantan, kerajaan pusat merampas, mencuri dan menyamun harta Kelantan, tolong doalah, supaya musnah pemimpin-pemimpin pusat yang mengada-adakannya," katanya kelmarin.

Dengan kata lain, Kerajaan Kelantan menolak sebarang pelawaan daripada Kerajaan Pusat untuk menganggotai jawatankuasa perundingan wang ihsan yang bakal dibentuk tidak lama lagi.

Nik Aziz berkata, beliau sendiri tidak akan memenuhi jemputan, malah tidak akan membenarkan mana-mana wakil daripada kerajaan negeri menduduki jawatankuasa itu.

"Kalau hendak beri wang ihsan, tak perlu berundinglah, saya tidak akan menerima wang ihsan itu. Saya tidak akan pergi sekiranya dijemput (menyertai jawatankuasa itu) dan menolak 100 peratus jemputan jawatankuasa perundingan itu,” katanya.

Kenyataan menolak wang ihsan itu sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin bahawa sebuah jawatankuasa yang turut disertai kerajaan negeri akan ditubuhkan bagi menentukan jenis projek dan kaedah penyaluran wang ihsan.

Awang Adek dilaporkan berkata wang ihsan dijangka disalurkan kepada rakyat negeri ini pada Mac ini tetapi proses rundingan masih dijalankan pada masa sekarang.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas itu turut mempersoalkan cadangan Kerajaan Pusat yang mahu menyalurkan wang ihsan terus kepada rakyat dan bukannya kepada kerajaan di bawah pimpinannya.

''Beri (wang ihsan) kepada kerajaan Kelantan kerana rakyat Kelantan ini ada kerajaan, ada bendera, ada Dewan Undangan Negeri ada Menteri Besar, buat apa mereka ni semua. Ini mengarut kerana mereka terlampau bertuhankan duit, tidak ada duit macam tak hidup dia sedangkan duit ini kita cari daripada kekuasaan Allah, Allah buat getah, susu getah, kelapa sawit, biji sawit dan buat tanah untuk tanam kelapa sawit, hak Allah semua, kita hanya proses," katanya.

Semalam, Nik Aziz yang boleh menerima dalam bentuk apapun pemberian itu (termasuk wang ihsan) tetapi hendaklah diberi terus kepadanya.

Ini kerana katanya, Kelantan mempunyai kemampuan untuk mengurus dan mengendali sendiri wang itu tanpa melalui JPP yang merupakan agensi Kerajaan Pusat.

Bagi Nik Aziz: “….kita sedia menerima wang ihsan yang hendak diberikan oleh Kerajaan Pusat itu walaupun tidak atas nama royalti dengan syarat hendaklah diberi secara terus tanpa melalui JPP."

Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta Kerajaan Kelantan mengetepikan sentimen politik demi kepentingan rakyat negeri itu dalam tuntutan royalti minyak.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kerajaan Kelantan sepatutnya tidak terus berkonfrontasi politik dalam hal ini.

5 comments:

  1. Salam Tuan Hambali,

    SAMA je dua2, masing2 nak control duit. Kerana dengan adanya duit, kawan ramai dan kereta boleh isi minyak !

    Pas dan Umno - sebelum ada duit ehsan berjanji akan beri rakyat secara adil. Lepas dapat duit, sebelum beri pada rakyat banyaklah pula cikadaknya. Masing2 pilih kasih, besar kepala perasan ada kuasa menentukan siapa berhak dan siapa tak. Sebenarnya nak rakyat kowtow pada mereka selaku penyalur wang rakyat.

    Pas dan Umno - sebelum ada duit berjanji akan menggunakannya untuk pembangunan negeri. Bila dah dapat duit, memang ada diperuntukkan untuk pembangunan tapi kuasa menentukan SIAPA yang dapat kontrek itu yang mereka idamkan.

    DUIT = KUASA

    ReplyDelete
  2. Salam bro, kalau TGNA ikhlas ingin melihat kemajuan dan pembangunan untuk rakyat Kelantan, mengapa harus dipertikaikan walau pun disalurkan melalui JPP, bukankah ianya terus kepada rakyat ?

    ReplyDelete
  3. Salam perjuangan dari saya untuk anda.
    Bersama-samalah kita memelihara "Rumah Kita"

    www.kreatifminda.com

    ReplyDelete
  4. yang gambi...

    kalu jujur kenapa tak beri terus pada kerajaan negeri?? itu hasil dari harta bumi kelantan? bab kata mb..kelantan ada kerajaan, kelantan ada mb, kelantan punya kerajaan di pilih oleh rakyat...

    apa masalah salur pada kerajaan negeri??

    hambali... betul ke di terengganu dulu duit royalti/ehsan ini disalurkan pada kerajaan pas waktu itu??

    ReplyDelete
  5. Bukan untuk memihak kepada mana2 parti apalagi Pas tapi dalam hal wang ehsan saya berpendapat ia wajar disalurkan melalui kerajaan negeri.

    Kerajaan Negeri bertanggungjawab keatas rakyatnya
    dan juga mengurusselia apasaja hasil negeri kearah kemakmuran negeri yang ditadbirnya. Sekiranya rakyat merasakan kerajaan yang dipilihnya gagal melaksanakan tanggungjawab itu dengan berkesan, rakyat mampu menukarnya melalui proses pilihanraya.

    Saya juga kesal wangehsan telah disalahgunakan oleh kerajaan pusat di Terengganu dengan projek2 yang tidak berbaloi untuk rakyat negeri itu. Sekiranya kerajaan pusat berjaya membuktikan keikhlasannya menguruskan dana itu diTerengganu tidak ada sebab untuk rakyat Kelantan menolak perkara yang sama untuk mereka.

    BN blew it in Terengganu.

    Satu lagi, entah dimana silapnya, dek kerana wangehsan juga, ramai rakyat Terengganu telah diajar menjadi pengemis. Setelah lebih 10 tahun rakyat menerima bantuan2 secara tunai, ia telah menjadi satu kemestian pula buat kerajaan negeri meneruskannya. Dan dalam bajet Terengganu untuk tahun ni, agak2 berapa peratus pendapatan datang dari royalti/wang ehsan ?

    Setelah lebih 10 tahun, kenapa masih lagi bergantung pada wangehsan ?

    ReplyDelete