(Isu Sabtu)
Perdana Menteri, menteri dan parti pemerintah kena belajar dan ingat baik-baik.
Kesalahan dilakukan oleh Ketua Polis Negara yang menyebabkan mata Datuk Seri Anwar Ibrahim lebam, tidak menyebabkan individu berkenaan dihukum atau dipenjara.
Yang kena hukum ialah kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya 1999. Yang dicaci, dimaki dan digelar Firaun ialah Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Apakah Dr Mahathir memerintah atau memaksa Ketua Polis Negara menyebabkan mata Anwar lebam? Jawapannya tidak.
Namun, yang pasti - sebarang kesalahan dan salah laku pegawai tinggi kerajaan tidak akan menyebabkan pentadbiran Putrajaya – Ketua Setiausaha Negara atau ketua-ketua jabatan - yang ranap. Yang akan ranap ialah UMNO dan BN.
Pada saat ini, ramai terkejut dengan tindakan pantas Peguam Negara dan polis melakukan pendakwaan kes isu kepala lembu.
Saya turut terkejut, malah rakan-rakan menghantar sms dan e-mail dengan menyatakan pendapat mempersoalkan Kementerian Dalam Negeri yang begitu ‘prihatin’ kepada kes ini.
Antara sms yang saya terima semalam berbunyi: “MIMBAR JUMAAT – Marilah kita ucapkan ‘tahniah & syabas’ kepada …… serta…..yang begitu pantas mengheret pendemonstrasi kuil di Shah Alam ke mahkamah, sememangnya Menteri dari UMNO ini ‘benar2 memperjuangkan nasib Melayu, Islam serta negara”. Kepada Menteri berkenaan, teruskan cara seperti ini agar UMNO ‘lebih kuat’ di masa hedapan. Tahniah.”
Agak pelik sungguh kerana pendakwaan segera yang dibuat oleh Peguam Negara dan polis ke atas pihak yang kononnya telah menghina agama Hindu dengan mengusung kepala lembu ke pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor, menuntut kita untuk merenung dan menyelidiki kes-kes sebelum ini yang masih tidak di bawa ke mahkamah..
Juga terkejut ialah isu kepala lembu ini pula telah dibesar-besarkan dan ditayang berulang kali dalam televisyen yang seolah-olah menyalahkan orang Melayu dan Islam, khususnya penduduk Seksyen 23.
Nasib baik tidak ada pilihan raya – kecil atau umum – kalau tidak kena lagilah Barisan Nasional (BN).
Ramai yang mengemukakan pertanyaan kepada Peguam Negara dan pihak polis, kenapa pendakwaan segera diambil hanya kerana isu kepala lembu. Benarkah ia menghina agama tertentu?
Apakah disebut agama tertentu ketika bantahan dibuat?
Bagaimana pula dengan penghinaan demi penghinaan yang telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu terhadap agama Islam?
Malah salah seorang pegawai kerajaan Negeri Selangor pada pertemuan penduduk Seksyen 23 dengan Menteri Besar terang-terangan menghina agama Islam apabila mempersoalkan azan.
Kenapa tidak ada pendakwaan segera?
Dalam isu Raja-Raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu, ada pihak yang khususnya di kalangan ahli politik membangkitkan isu berkenaan sehingga membangkitkan kemarahan kepada orang Melayu?
Kenapa dalam kes yang menjadi sensitif kepada orang Melayu seperti Raja-Raja Melayu, hak istimewa dan agama Islam, tiada pendakwaan disegerakan hanya kerana orang Melayu boleh dikawal kemarahan mereka?
Apakah Peguam Negara dan polis mengganggap orang Melayu sebagai bangsa yang boleh ‘ditenteramkan dengan mudah”?
Kita masih ingat bagaimana insiden membuang kepala babi dalam masjid di Melaka dan di tepi pantai telah beberapa kali berlaku.
Kita juga tidak lupa penghinaan ketua DAP dan ahli parlimen Rasah yang menggelarkan islam sebagai the fucking religion.
Bagaimana dengan tindakan Jeff Ooi yang menggelarkan Islam itu sebagai pengganas?
Kita juga masih ingat dengan jelas bagaimana puluhan orang tunjuk perasaan dengan menyalakan lilin di hadapan balai polis.
Kita juga masih ingat dengan jelas apa yang berlaku dalam kejadian pencerobohan Parlimen.
Kemudian ada kumpulan yang seperti mencabar Sultan Perak apabila sidang DUN di adakan di bawah pokok dan hotel.
Juga ada pergaduhan dalam DUN negeri Perak gara-gara kumpulan yang menentang kerajaan negeri sekarang yang diperkenankan oleh Sultan Perak.
Ada pula kejadian di mana benteng manusia di Kampung Buah Pala, tidur di atas jalan, serta pimpin Hindraf yang diharamkan masih aktif dan banyak lagi. Banyak lagi…
Mana pendakwaan segera terhadap mereka itu?
Satu lagi kes jelas ialah ada yang membabitkan pemimpin tertinggi PKR dalam isu liwat tetapi Peguam Negara seperti tidak kisah dan membiarkan ia ditangguh dan ditangguh.
Mana kewibawaan Pejabat Peguam Negara?
Jangan hanya kerana ia berkaitan orang Melayu, hak istimewa Melayu, Sultan Melayu dan Islam, tindakan pendakwaan segera boleh tidak dilakukan segera.
Kenapa wujud pendakwaan pada kes-kes yang terpilih sahaja?
Apakah di negara kita sekarang ini - isu pembinaan kuil Hindu di kawasan majoriti Melayu sahaja yang menjadi the mother of segala krisis?
Banyak pihak mencadangkan supaya kerajaan dan pihak berwajib melihat punca bantahan penduduk Seksyen 23 itu dan bukan mencari helah untuk menyelesaikan isu lain atau melupakan punca sebenarnya.
Penduduk Seksyen 23, Shah Alam, Selangor, rasanya sudah cukup bersabar selama ini tanpa diambil peduli oleh kerajaan negeri Selangor.
Bantahan yang dibuat secara berhemah sebelum ini tiada jawapan atau tindakan. Memanglah kalau kita berada di tempat penduduk Seksyen 23, ia sangat mengecewakan.
Rakyat ada Ahli Parlimen dan ADUNnya adalah daripada PAS yang melaungkan kononnya ia parti memperjuangkan Islam. Tetapi ternyata mereka turut ‘bersekongkol’ dengan PKR dan DAP membelakangkan kepentingan penduduk seksyen berkenaan.
Cuba katakan, apakah pilihan yang ada pada penduduk berkenaan?
Lebih memburukkan, wakil Pas yang kononnya memperjuangkan kedaulatan Islam juga membisu.
Bukan isu mengusung kepala lembu yang sepatutnya diperbesarkan tetapi perkara pokok ialah pembinaan kuil di kawasan majoriti Melayu.
Logiknya, kenapa tempat itu dipilih oleh Kerajaan Selangor? Juga kenapa tanpa rundingan dengan penduduk setempat sebelum membuat keputusan itu?
Lebih memburukkan keadaan, kini kerajaan Selangor bertegas untuk tetap menempatkan pembinaan kuil itu di Seksyen 23.
Peguam Negara dan pihak polis tentunya tahu apa yang berlaku dan degilnya kerajaan Selangor tetapi kenapa penduduk Seksyen 23 tetap mahu dijadikan mangsa?
Apakah Peguam Negara dan polis mahu orang Melayu pula tidak yakin kepada mereka pada ketika sebelum ini bukan-Melayu dan sebahagian orang Melayu dalam PAS dan PKR sering mempertikaikan keputusan polis?
Saya ulangi, orang Melayu yang tidak berpuas hati tidak akan menghukum pegawai kerajaan – termasuk Peguam Negara atau polis – tetapi mereka akan menghukum Perdana Menteri dan pasukannya.
Tunggulah apa akan berlaku pada pilihan raya umum ke 13 nanti.
Salam tuan,
ReplyDeleteKita semakin takut dengan agama lain. Takut kehilangan kuasa. Pak-Pak Menteri nampaknya banyak menumpukan dan menjalankan tugas parti dan bukannya tugas kerajaaan. Sebab itu, segala keputusan yang diambil lebih untuk memperolehi keuntungan politik dan tembolok masing2. Menghairankan apabila kes kepala lembu cepat diambil tindakan. Laungan Azan yang dikatakan mengganggu, penghinaan kepada Sultan dan Raja Muda, menyamakan Islam sebagai agama ekstrimis, menghalang kuasa Sultan berkaitan Agama Islam hanya dipandang sebagai kes2 yang terpinggir. Lebih malang lagi apabila kes kepala babi digantung dipagar rumah dan dibuang dalam surau seakan-akan dilupakan. Alasannya "Tak ada bukti" Alasan budak2 pra sekolah... Dalam zaman kecanggihan teknologi dan mengatakan pasukan keselamatan bertaraf dunia, kita tertinggal dalam menyelesaikan kes2 berkenaan.