(Sembang Ahad)
Kedatangan Ramadan membuatkan bicara kita berhati-hati.
Ramadan juga mengajar umat Islam supaya berbaik-baik sesama Islam dan bermuhasabah mencari jalan mengatasi apa juga kemelut yang ada.
Saya bersyukur kerana Ramadan tahun ini amat bermakna. Pertama, inilah kali pertama saya berpuasa di Terengganu selepas meninggalkan negeri ini sejak 1972.
Kedua, Ramadan kali ini ada membawa rahmat kerana keikhlasan pemimpin Terengganu yang terbabit dalam kemelut berusaha memperbaiki diri.
Kesilapan, terkasar bahasa atau tingkah laku berlebihan cuba diatasi oleh mereka yang terbabit dalam kemelut dengan berusaha duduk semeja.
Khabarnya malam kelmarin (malam hari Jumaat) ada perkembangan terbaru kemelut Terengganu.
Saya tidak berani meramal atau menyatakan sesuatu di sini takut tidak betul. Apa yang saya boleh katakana ialah sudah ada cahaya di hujung terowong.
Ada yang membisikkan kepada saya: “Penyelesaiannya (kemelut) semakin hampir”.
Alhamdullilah, setiap sakit ada ubatnya. Begitu juga dengan kemelut politik Terengganu. Saya yakin, puak yang menentang kepimpinan Datuk Ahmad Said pun mahukan perdamaian.
Yang penting masing-masing insaf. Namun, perlu ada political will untuk mencari jalan kepada penyelesaian.
Jika mereka tidak boleh duduk semeja, carilah orang tengah. Namun, siapa yang sesuai?
Sejauh ini Naib Presiden, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berusaha keras mengatasi kemelut itu walaupun ada pihak memperlecehkan beliau.
Kemudian minggu lalu, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menawarkan diri menjadi ‘orang tengah’.
Ada pihak mempersoalkan bahawa Muhyiddin tidak sewajarnya menawarkan diri sedemikian. Dia sepatutnya perintah supaya mereka yang bertelagah duduk semeja.
Bagi sesetengah orang pula, tawaran Muhyiddin itu dilihat sebagai kegagalan Hishmuddin.
Apapun, jangan perkecilkan Hishamuddin. Dia benar bukan orang Terengganu tetapi dia juga tahu politik Terengganu.
Lagipun Hishamuddin sudah mulai dewasa dalam politik dan pihak yang memperkecilkan beliau jangan cuba persenda – siapa hantar Hishamuddin ke Terengganu?
Siapa Datuk Seri Mohd Najib Razak (Presiden UMNO) dengan Hishamuddin?
Berbalik kepada peranan Muhyiddin – beliau perlu mengambil langkah segera menggunakan pengalaman dan pengaruhnya.
Apa yang pasti, pemimpin tertinggi UMNO tidak duduk diam atau membiarkan sahaja kemelut ini berpanjangan.
Bak kata orang tua-tua, jika ada krisis rumah tangga, ibu bapa mestilah dijadikan rujukan. Jika sukar, pergilah kepada orang yang rapat dengan kedua-duanya – suami dan isteri – untuk mencari penyelesaian.
Saya difahamkan, dalam konteks kemelut Terengganu, kedua-dua pihak tidak menggunakan pemimpin tertinggi UMNO, sebaliknya bekas pemimpin UMNO yang kini berpengaruh di salah sebuah negeri.
Yang penting, kemelut mahu diselesaikan dan siapa juga yang menjadi ‘orang tengah’ tidak penting.
Biar yang kusut terlerai dan yang pahit menjadi manis.
Siapa gerangan ‘orang tengah berkenaan’. Maaf, saya sendiri tidak pasti dan selagi tiada kepastian, saya tidak akan menyebutnya.
Mungkin pengumuman akan dibuat. Atau kalau tidak sabar, tanya sahaja kepada Presiden UMNO atau juga Muhyiddin yang mengatakan kesediaannya menjadi orang tengah.
Apakah usahanya sudah dimulakan dan membuahkan hasil?
Selain ‘ orang tengah’ siapa pula terlibat dalam rundingan mengatasi kemelut ini? Sekali lagi saya menyusun jari sepuluh.
Tanyalah Presiden UMNO atau Tan Sri Muhyiddin. Mereka mungkin ada jawapannya!
Salam, mudah-mudahan segala kekusutan dapat dirungkai, buangkan siafat takbur dan tamak, yang penting menegakkan perjuangan bangsa dan agama....
ReplyDeleteSyukur jika berita ini 90% benar. Diharap ia benar. Semoga kita dapat ingat yang penting bukannya diri politikus UMNO tetapi agama Islam yang paling penting. Kerana jika tiada Melayu ke mana Islam nak menumpang di Malaysia? Moga kita lupakan segala yang lepas. Buang jauh-jauh politik peteh keting, politik bodoh sombong, politik pitih mas, politik besarkan temolok danberbagi jenis politik suku sakat yang jahiliah tu. Kembali ke pangkal jalan. Ingat UMNO tetap relevan dan suci tetapi orang politik tu yang tak pernah nak sedar diri; asyik penting diri.
ReplyDeleteSaya rasa pihak media pun perlu memberi kerjasama..
ReplyDeleteBerapa Juta Pelayar Internet Di Malaysia, Sehari, Sebulan Dan Setahun? Adakah Jumlahnya Semakin Menurun?
>>> Forum 1 Malaysia <<<