Friday, August 21, 2009

TEOH, TAN BERTENGKAR SEBELUM TEOH MATI?

Wujud satu bukti baru mengenai kematian Teoh Beng Hock. Dikatakan, hanya Tan Boon Hwa sahaja yang tahu perkara ini.

Sekurang-kurangnya dua blog memaparkan misteri baru ini iaitu wujudnya satu pertengkaran di antara Tan Boon Hwa dan mendiang di tandas, tingkat 14, Pejabat SPRM, Plaza Masalam, selepas jam 3.45 pagi, kira-kira empat hingga lima jam sebelum mendiang ditemui mati.

Fakta ini dikatakan diketahui oleh peguam Gobind Singh Deo apabila Tan datang menemuinya, untuk mendapat nasihat guaman, sebaik sahaja berlakunya tragedi kematian mendiang.

Atas faktor itu, Gobind Singh Deo, peguam keluarga mendiang, merangkap peguam DAP telah menasihatkan Tan Boon Hwa untuk membuat laporan polis dan memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Penyiasatan Rasuah Malaysia (SPRM), dengan tujuan untuk melindungi bukti ini terbongkar.

Kerana itu Tan dikatakan dengan sengaja mencipta arus memburuk-buruk SPRM menggunakan media dengan motif supaya masyarakat keliru dan memfokuskan kepada SPRM, bukannya fokus kepadanya sebagai menjadi suspek terakhir berjumpa dengan mendiang.

Berikutan itu, blog anti-Anwar - ntanwar dan theunspinners - menyebut bahawa kunci jawapan adalah di tangan Tan. Blog ntanwar mengemukakan pertanyaan dan jawapan sejujur-jujurnya kepada Tan - saksi terakhir yang mengaku berjumpa dengan Teoh Beng Hock, pukul 6.30 pagi - sesudah subuh - bahawa :

"Benarkah anda (Tan Boon Hwa) telah memarahi dan bertengkar dengan Teoh Beng Hock di tandas, tingkat 14, pejabat SPRM, Plaza Masalam, selepas jam 3.45 pagi, pada 16 Julai 2009"

Kenapa pertanyaan ini dibuat?

Ini kerana terdapat seorang saksi yang telah nampak dan mendengar pertengkaran mereka berdua pada masa dan tarikh yang disebutkan di atas. Saksi tersebut adalah salah seorang pegawai SPRM yang pada masa dan tarikh tersebut, kebetulan juga mahu pergi ke tandas dan mendengar percakapan yang diucapkan dalam bahasa Cina.

Ini merupakan maklumat yang shahih yang diperolehi daripada sumber-sumber yang tidak boleh diberitahu di sini. Kita mahu Tan Boon Hwa lebih bertanggungjawab dan memberitahu perkara sebenar kepada masyarakat awam berkaitan dengan maklumat ini.

Ikuti susur galur kepada pendedahan terbaru ini.

Latar belakang kejadian

Terdapat 4 orang saksi yang telah dipanggil oleh SPRM pada 15 Julai. Pertama bernama Haron, kedua; Teoh Beng Hock, ketiga; Tan Boon Hwa dan keempat Lee Wye Wing.

Haron tamat sesi soalsiasat pada jam 1 pagi (16 Julai) dan dibenarkan pulang. Saksi tersebut telah pulang ke rumahnya.

Tan Boon Hwa masuk ke pejabat SPRM pada jam 8.30 malam, 15 Julai dan tamat soal siasat jam 1.30 pagi (16 Julai) serta dibenarkan pulang. Pegawai SPRM menawarkan diri untuk menghantar Tan pulang ke rumahnya (di Kajang), tetapi Tan menolak tawaran itu dan meminta kebenaran untuk bermalam di SPRM.

Lee Wye Wing masuk ke pejabat SPRM untuk sesi soal siasat pada jam 2.00 pagi (16 Julai) dan tamat sesi soal siasat pada jam 5.00 pagi (16 Julai). Meskipun telah tamat sesi soal jawab pada jam 5.00 pagi dan dibenarkan pulang, Lee minta untuk berehat di bangunan SPRM serta dilaporkan meninggalkan bangunan SPRM kira-kira jam 9 pagi, 16 Julai.

Teoh Beng Hock masuk ke pejabat SPRM pada jam 5.00 petang, 15 Julai dan tamat sesi soal jawab pada jam 3.45 pagi, 16 Julai.

Soalan untuk Tan Boon Hwa :
1. Kenapa selepas jam 2.00 pagi, 16 Julai, meskipun pegawai SPRM menawarkan diri untuk dihantar pulang, tetapi anda menolak, malahan anda meminta izin untuk bermalam di SPRM dan bersedia menunggu sesi kedua soal siasat pada jam 11 pagi, 16 Julai ?

2. Betulkah anda telah berjanji dengan pegawai SPRM bahawa anda akan membawa beberapa dokumen sokongan kepada SPRM semasa sesi kedua soal siasat, pada jam 11 pagi, 16 Julai. Anda dilaporkan telah menelefon isteri anda dan meminta membawa beberapa dokumen dibawa kepada anda untuk diserahkan kepada pegawai SPRM. Namun sehingga selesai soal jawab sesi kedua, pada jam 1.30 tengahari (16 Julai), anda gagal memberikan dokumen sepertimana yang dijanjikan ?

3. Betulkah selepas jam 3.45 pagi, 16 Julai, anda mengekori Teoh Beng Hock ke tandas, SPRM dan anda telah bertanya apakah soalan yang telah ditanya oleh pegawai SPRM kepada Teoh. Anda dilaporkan telah memarahi Teoh dan bertengar dengannya dalam tandas tersebut. Dilaporkan seorang saksi telah nampak dan menyaksikan pertangkaran anda itu ?

4. Apa yang telah anda lakukan di antara jam 3.45 pagi (16 Julai) hingga jam 10.59 pagi (16 Julai) ketika anda dibebaskan daripada sesi soal jawab, hingga anda masuk semula untuk sesi soal jawab kedua pada jam 11.00 pagi hingga 1.30 tengahari, 16 Julai ?

5. Betulkah selepas pertengkaran dengan Teoh, anda telah menelefon beberapa orang lain, selain daripada isteri anda ?

Kematian Teoh

Mendiang Teoh ditemui mati di koridor luar Tingkat 5, Plaza Masalam pada jam 1.30 tengahari, 16 Julai. Tetapi berita kematian telah tersebar di internet, jam 11 pagi, 16 Julai. Bermakna terdapat dua versi masa mayat dijumpai iaitu pada jam 11 pagi dan jam 1.30 tengahari

Menurut laporan polis, mendiang mungkin mati sekitar 4-5 jam sebelum ditemui. Sekiranya ditemui jam 1.30 tengahari, bermakna mendiang mati sekitar jam 8.30 pagi atau 9.30 pagi, 16 Julai.

Sekiranya berdasarkan sebaran internet, mayat dijumpai pada jam 11 pagi, bermakna mendiang mati sekitar jam 6.00 pagi atau 7.00 pagi, 16 Julai.

Mayat mendiang ditemui di koridor luar, Tingkat 5, Plaza Masalam. Koridor itu milik syarikat TUAH TANKER SDN BERHAD. Di bawah koridor tingkat 5 itu adalah OLD TOWN WHITE Coffee.

Keterangan Tan Boon Hwa tentang pertemuan dengan Teoh

Tan Boon Hwa telah memberitahu media, bahawa dia berjumpa dengan Teoh selepas Subuh/ sekitar 6.15 pagi, 16 Julai, di pantri, dekat tandas, Tingkat 14 pejabat SPRM. Tan berkata dia jumpa Teoh dan menegur, tetapi hanya menjawab 'uhm' dan nampak keletihan. Selepas itu Tan berkata, dia masuk tandas, apabila keluar tandas, dia dapati, Teoh telah tiada di tempat itu.

Itu kata Tan. Pertama, dia mengakui sebagai saksi terakhir berjumpa mendiang, sekitar jam 6.15 pagi, 16 Julai, di pantry, dekat tandas. Adakah Tan bercakap benar ?

Bagaimana pula dengan saksi yang nampak Tan dan Teoh bertengkar di tandas, bangunan SPRM selepas jam 3.45 pagi, 16 Julai?

Siapa cakap benar, saksi yang nampak Tan dan Teoh bertengkar di tandas, selepas jam 3.45 pagi atau hanya keterangan Tan yang mendakwa hanya berjumpa di tandas, pada jam 6.15 pagi, 16 Julai ?

ntanwar mencabar Gobind Singh Deo, membangkitkan soalan "benarkah wujud pertengkaran Tan-Teoh, di tandas, selepas jam 3.45 pagi, 16 Julai" kepada salah seorang pegawai SPRM yang menjadi saksi kepada insiden itu.

Itupun kalau Gobind berminat untuk mencari punca sebenar kematian, kalau Gobind juga berniat untuk melindungi, atau mahu menyalahkan pihak lain, dia akan menyekat soalan ini dikeluarkan dalam inkues nanti.

Didoakan semoga keluarga Teoh menemui jawapan sebenar kematian anaknya itu.

Siapa saksi lihat pertengkaran Tan-Teoh di tandas ? (Unspinners)

Selepas, mendiang Teoh, tamat sesi soal siasatnya, pada jam 3.45 pagi, 16 Julai, dia telah pergi ke tandas. Tan Boon Hwa yang sudah lama menunggu mendiang, turut sama mengekorinya ke tandas pejabat SPRM (Tingkat 14, Plaza Masalam).

Di dalam tandas itu, Tan Boon Hwa telah menanyakan kepada mendiang apakah soalan-soalan yang diajukan oleh pegawai SPRM kepadanya. Mendiang menjawab secara jujur soalan-soalan yang ditanya dan jawapan-jawapan yang telah diberikan olehnya. Mendengar jawapan itu, Tan tidak berpuas hati dan meninggikan suara serta mengancam mendiang kerana telah menjadi tali barut SPRM untuk menjatuhkan bos-bos mereka (dua exco DAP; Ronnie Liu & Ean Yong)

Makian dan ancaman Tan Boon Hwa kepada mendiang telah disaksikan oleh seorang pegawai SPRM bernama Bulkini yang ketika itu juga berada di tandas.

Bulkini adalah Penolong Penguasa SPRM yang boleh berbahasa Cina kerana sebelum ini telah berkhidmat khusus untuk komuniti Cina selama 14 tahun (dahulunya dikenali sebagai BPR).

Bulkini adalah pegawai penyiasat SPRM Putrajaya, dipinjamkan buat sementara ke pejabat SPRM Selangor untuk menyiasat kes penyelewengan dua exco DAP Selangor.

Pada 15 Julai 2009, Bulkini telah menjadi pegawai penyiasat kepada Tan Boon Hwa dari jam 8.30 malam, 15 Julai hingga 1.30 pagi, 16 Julai. Selepas tamat sesi soal siasat Bulkini membenarkan Tan Boon Hwa pulang ke rumahnya dan diminta hadir semula pada jam 11.00 pagi, 16 Julai untuk menyambung keterangan. Namun Tan Boon Hwa enggan pulang sebaliknya mengambil keputusan untuk berada di pejabat SPRM.

Melihat keanehan Tan Boon Hwa, menolak pelawaan untuk pulang, Bulkini mula mengsyaki sesuatu. Dalam hatinya, terbetik apakah yang ditunggu oleh saksi itu. Oleh itu Bulkini telah memantau pergerakan saksinya dari kejauhan.

Selepas mendiang Teoh tamat sesi soal siasatnya, jam 3.45 pagi (16 Julai), dia terus ke tandas dan pergerakannya turut diekori oleh Tan Boon Hwa. Melihat kejadian aneh itu, Bulkini juga turut mengekori saksinya ke tandas untuk mengetahui apa yang mereka lakukan..

Sekarang BULKINI, pegawai SPRM telah menjadi saksi pertengkaran Tan dan mendiang di tandas. Pegawai itu juga telah mendengar satu persatu topik perbalahan mereka pada pagi itu.

Bermakna Tan Boon Hwa bercakap bohong dan menyembunyikan fakta sebenar bahawa dia dan mendiang bertengkar di tandas.

Tan Boon Hwa juga menyembunyikan fakta bahawa dia pernah memberi kata-kata ancaman kepada mendiang kerana mendiang telah terlepas cakap dan sanggup menjadi tali barut SPRM.

Ada satu lagi isu lain yang sedang berlegar, benarkah Tan Boon Hwa memarahi mendiang dan terlepas cakap mengatakan anak yang dikandung tunangnya bukan anak mendiang, tetapi anak orang lain?

1 comment:

  1. Berita yang mengemparkan . Kita sama-sama tunggu , pendedahan selanjutnya.

    ReplyDelete