Friday, August 21, 2009

RM66 JUTA, BANYAK TUUU…

Untuk makluman sahaja. Tidak berani komen. Ini urusan peribadi seseorang.

Mungkin orang lain pun ada kes serupa.

Oleh kerana keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu membabitkan tokoh politik, ia menjadi suatu perkara yang menjadi minat dan tarikan umum.

Mahkamah berkenaan hari ini memerintahkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membayar RM66 juta (AS$18.521 juta) kepada Bank Islam bagi pinjaman yang diambilnya pada tahun 2001 untuk membeli saham Guthrie Bhd.

Ia merupakan penghakiman ringkas (penghakiman yang dibuat tanpa perkara itu didengar dalam perbicaraan penuh) oleh Hakim Rohana Yusof dalam kamarnya.
Beliau bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman tersebut, sementara menunggu rayuan dibuat.

Ini bermakna Khalid tidak perlu membayar segera jumlah tersebut sehinggalah selesai semua proses rayuan.

Peguam Malik Imtiar Sarwar yang mewakili Khalid berkata, rayuan akan difailkan kerana beliau merasakan perkara itu harus didengar dalam perbicaraan penuh.

"Kita akan fail permohonan untuk penangguhan hukuman awal minggu depan," katanya.

Bank Islam diwakili oleh peguam Tommy Thomas. Bank menyaman Khalid pada 27 Mei 2007 kerana didakwa melanggar kontraknya kerana gagal membayar balik pinjaman AS$18.521 juta.
Rohana juga menetapkan 16 September untuk sebutan permohonan penangguhan hukuman serta untuk menetapkan tarikh bagi dakwaan balas Khalid.

Khalid telah memfailkan saman balas terhadap bank tersebut pada 18 Mei 2008.

1 comment:

  1. Seronok juga nak dengar bagaimana MB Selangor ni bersilat dalam mahkamah. Banyak jumlah wang yang dipinjam dari bank tu. Kalau rakyat biasa tentu banyak jumlah ekar tanah yang hendak dicagarkan tu !

    ReplyDelete