Monday, July 6, 2009

TRACK RECORD TUAN AZIZ ATASI FAUZI

Kata seorang bekas pembantu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menjadi Menteri Besar Terengganu, calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah, adalah ‘salinan’ kepada bekas calon, Haji Ismail Yaacob.

Bekas pembantu ini yang pernah menjadi wakil rakyat satu penggal antara 1999-2004 berkata, berikutan itu, peluang Fauzi menang lebih cerah kerana sudah rapat dengan rakyat lebih awal lagi.

Seperti ditegaskan oleh Fauzi pagi ini, rakyat sudah lama mengenali beliau dan macam orang Kelantan kata: “Kalau tak boleh serupa Pak Su Weil (Ismail), seakan-akan.”

Itu kata Fauzi dan penyokong PAS.

Yang pasti, bagaikan juara yang akan mempertahankan kejuaraannya, PAS kena menang di Manek Urai. Namun, apakah pencabar calang-calang calon?

Pagi ini sah sudah pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan menyaksikan saingan satu penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS.

BN diwakili oleh Tuan Aziz Tuan Mat, 39, manakala PAS pula Mohd. Fauzi Abdullah, 50.
Penamaan calon telah berlangsung di Dewan Petra Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1 di Kuala Krai.

Jika calon PAS ada yang mengakui kelebihannya, Tuan Aziz juga mempunyai kelebihan dan peluang.

Ketua Bahagian UMNO Kuala Krai, Datuk Ramzi Abdul Rahman menganggap Tuan Aziz bukan sahaja berpendidikan tinggi tetapi sudah menjalankan pelbagai usaha menaikkan taraf hidup penduduk ketika berkhidmat dengan agensi kerajaan.

Calon itu adalah yang terbaik dan dapat diterima semua pihak – termasuk kumpulan UMNO yang dianggap kumpulan yang menjadi saingan Ramzi dalam konteks kepimpinan Bahagian UMNO Kuala Krai.

“Dia diterima oleh semua kumpulan, termasuk veteran UMNO di Kuala Krai,” kata Ramzi.
Pemilihan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai, sebagai calon BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Kelantan adalah pilihan terbaik untuk para pengundi di kawasan itu, kata Datuk Seri Najib Razak.

Tidak hairanlah jika Perdana Menteri menaruh keyakinan kepada Tuan Aziz berdasarkan kemampuannya dalam melaksanakan tugas sebagai pegawai Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan daya kepimpinan beliau selama ini yang mengatasi calon Pas berdasarkan rekod perkhidmatan dan kemampuannya.

"Calon kita ini terbukti kemampuannya sebagai pegawai Kesedar dan dia ni banyak berurusan dengan orang ramai dan orang tempatan.

"Orang tempatan kenali dia dan kalau kita lihat dari segi kemampuan dan daya kepimpinannya, saya lihat apa yang telah dia lakukan selama ini mengatasi calon Pas dari segi 'track record' dan kemampuannya.

"Maknanya kita telah menetapkan calon yang terbaik untuk para pengundi di Manek Urai," kata Najib mengulas keupayaan Tuan Aziz.

Beliau sebelum ini ialah Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Program Kesedar dan rekod cemerlangnya itu membuatkan Najib berharap pengundi di kawasan berkenaan akan memilih Tuan Aziz.

Perdana Menteri percaya beliau berupaya menjadi seorang wakil rakyat yang dapat memberikan khidmat dengan baik dan berkesan.

"Kita berharap jika mereka (pengundi) ingin kepimpinan dia (Tuan Aziz) dapat diterjemahkan dalam bentuk seorang wakil rakyat yang boleh berkhidmat dengan baik dan berkesan, maka pilihlah calon kita sebagai wakil rakyat di Manek Urai," katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai kumpulan penyokong yang mengiringi calon BN ke pusat penamaan calon, dengan berarak sejauh 2.4 kilometer dari pekarangan bangunan Pejabat UMNO Bahagian Kuala Krai di sini sejak pukul 7.20 pagi.

Iringan calon PAS diketuai oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS.

Status mereka disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Manek Urai, Adnan Hussin pagi ini. Ini adalah pilihan raya kecil yang ketujuh sejak Mac 2008.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 Julai sebagai tarikh pengundian. Seramai 12,293 pemilih termasuk 25 pengundi pos layak mengundi kali ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaacob, pada 22 Mei lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Ismail menang dengan majoriti 1,352 undi menewaskan calon BN Mohamed Zulkifli Omar.

Daripada jumlah itu, 12,197 adalah pengundi Melayu merangkumi 99.2 peratus manakala pengundi Cina (56), India (28) dan lain-lain kaum 12 orang.

3 comments:

  1. PAS akan menang di atas pengundi yg mengundi parti bukan calon...baik mana,hebat mana calon BN sekalipun susah hendak menaruh keyakinan BN akan menang.

    tetapi tidak mustahil jika Allah mengizinkan Tuan Aziz menang di atas usaha beliau dan usaha petugas2 yg ikhlas membantu untuk kemenangan BN.insyaallah..

    ReplyDelete
  2. Tuan Aziz OK.
    UMNO Bahagian Kuala Krai KO.
    Fauzi OK. PAS Kuala Krai OK.
    PAS tak cah keting..bertambahlah OKnya.

    UMNO budaya 'Cah Keting' OK markah penuh.Bijak.

    PAS hanya ada 2 orang sahaja dalam senarai dipilih utk PRK. Fauzi dan Mat Yie.Fauzi dapat. Mat Yie Ok.No problem.

    UMNO ada 8. Tuan Aziz dipilih.
    Baki 7 yang tidak terpilih akan membuktikan selaian daripada mereka UMNO KO.

    UMNO 'matikan' 28 Cawangan untuk jadi Ketua Bahagian.Ramzi OK. UMNO KO.

    PAS tidak bunuh sama sendiri untuk rebut jawatan.Sesiapa pun OK.Sebab dalam PAS ketua Bahagian tidak semestinya jadi calon.Jadi semuanya OK.

    ReplyDelete
  3. Nik Amir..Nik Amir....

    kesiannyeeee....

    ReplyDelete