Saturday, June 13, 2009

IBARAT MEMBUKA TIN SUSU

Imej UMNO boleh dibersihkan jika tindakan dikenakan ke atas mereka yang melakukan rasuah politik dan rasuah membabitkan projek.
Demikian menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Saya setuju 100 persen dengan cadangan itu. Kalau saya pula, baik dicadangkan, mana-mana ahli atau pemimpin yang pernah kena siasat kerana rasuah atau salah laku atau apa jugalah kesalahannya membabitkan awam, jangan diberikan kepercayaan memegang jawatan penting parti.
Takut nanti dipalitkan atau sedikit sebanyak akan tercemar atau tercalar imej mereka dan ini boleh menjejaskan imej parti.
Pepatah Melayu ada mengatakan tiada angin masakan pokok bergoyang. Salah tidak bersalah hanya atas hakim atau mahkamah.
Bukan tidak ada pembunuh yang dibebaskan dan bukan tiada pesalah yang boleh lepas begitu sahaja. Mahkamah dicipta manusia dan hakim adalah manusia. Peguam juga manusia dan kerjanya sama ada memperbetulkan yang salah atau menyalah mereka yang memang salah!
Tengku Adnan sendiri berdepan dengan beberapa kes yang membabitkan kepentingan awam, malah penggendalian ibu pejabat UMNO olehnya turut dipersoalkan oleh beberapa bahagian yang bermasalah.

Tanya bekas Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah atau Ketua UMNO Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin, apa pandangan mereka terhadap Tengku Adnan.
Namun kerana ada yang ‘melindunginya’ dengan melantik semula beliau sebagai Setiausaha Agung UMNO, banyak perkara boleh dilupakan begitu sahaja atau sorok-soroklah dulu bawah tikar mengkuang.

Hakikatnya bukan Tengku Adnan seorang sahaja pemimpin UMNO yang pernah berdepan dengan pelbagai tuduhan, ramai lagi yang berkedudukan serupa.
Cuma ada yang apabila langgar lampu merah terlepas kerana ketika itu polis tiada berkawal di situ sementara yang lain kali pertama langgar lampu merah sudah kena saman.
Dalam UMNO, pandai-pandailah makan kemudian simpan biar kemas, biar orang bukan sahaja tidak nampak kita makan tapi orang lain kesian kononnya kita belum makan.
Tengku Adnan semalam mengesahkan siasatan ke atas kedua-dua ahli parti UMNO bergelar Datuk yang disyaki terlibat dalam kes rasuah pembinaan projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), mahu imej UMNO dibersihkan.
‘‘Kita tak nak ahli yang memburukkan imej parti. Kalau mereka kena dakwa, kita ikut prosedur biasanya kita akan gantung jawatan yang mereka pegang, itu kita akan lakukan.
‘‘Tapi SPRM kena ambil tindakan (terlebih dahulu), parti juga akan ambil langkah serupa seperti dilakukan ke atas Datuk Norza Zakaria dan Datuk Suhaili Abdul Rahman serta dua lagi pemimpin UMNO dari Seremban dan Perlis,” katanya kepada pemberita di Putrajaya semalam.

Beliau lantas mahukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengambil tindakan ke atas dua ahli UMNO bergelar Datuk yang disyaki itu.
Semalam, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Syukri Abdull mengesahkan siasatan ke atas dua lelaki bergelar Datuk telah siap dan sudah diserahkan kepada Bahagian Pendakwaan.
Siasatan mengenai penyelewengan projek tersebut dijalankan selepas media pada Ogos 2004 mendedahkan mengenai keretakan MRR2 yang tidak selamat digunakan.

Mengulas lanjut pembabitan kedua-dua ahli UMNO itu dengan kes rasuah, beliau berkata, UMNO tidak wajar dipersalahkan jika perbuatan itu dilakukan oleh mana-mana ahlinya.
‘‘Macam kita buka satu tin jus atau susu, apa ada dalam tin kita tak tau tapi dari luar kita tahulah ia tin susu, mungkin kandungannya itu busuk atau tak baik, kita tak tau,” katanya.

2 comments:

  1. masalah besar sekarang ialah kepimpinan UMNO tambah bilangan ahli JK displin parti tetapi tidak menghormati keputusan JK itu. Ahli UMNO yang didapti bersalah, atau digantung masih kekal jadi menteri seperti Dato Ali Rustam dan Datuk Japlin Akim di Sabah. Yang mendapati mereka bersalah bukan parti lawan tetapi parti UMNO sendiri. apa halnya jika kepimpinan UMNO sendiri tidak menghormati keputusan JK Displin? baik bubarkan saja JK itu

    ReplyDelete
  2. Bukan setakat 100%, saya setuju 2 laksa peratus.

    Imej UMNO tidak akan bersih selagi adanya Tengku Adnan Tengku Mansor di PWTC.
    Jejak bertapak Tengku Mansor penuh najis.

    Lebuhraya siber mengalami pencemaran bau Tengku Adnan yang teramat sangat.Malah baunya sampai keseluruh negara

    Mungkin lubang hidung Najib dan Muhyidin masih tersumbat. Wallahualam.

    Saya teringat satu cerita jenaka tentang anjing dengan kura-kura:

    Satu hari kura-kura merasa hairan melihat gelagat anjing apabila binatang itu kencing. Lalu kura-kura bertanya..

    "wahai anjing, kenapa setiap kali kamu kencing aku nampak kamu selalu menggangkat sebelah kaki ke atas. Sungguh kurang sopan?"

    Lantas anjing menjawab:

    "kamu ni betul-betul jahil lah wahai kura-kura. Bukankah air kencing itu najis. Aku terpaksalah angkat kaki takut terkena najis".

    kura-kura sambil menggaru kepala berkata:

    "Sial!! Kamu bukan setakat air kencing kamu sahaja najis, tubuh kamu itu pun najis"

    Ada persamaan moral kisah anjing dengan kura-kura dan cerita di PWTC.Siapa kura-kura dan siapa anjing dalam sketsa dogeng zaman moden ini, pembaca nilai sendiri lah.

    Cerita ini sudah pun berkumandang berkumandang di DUN Manik Urai.

    Dunia ini pentas, manusia adalah pelakun.

    ReplyDelete