Sunday, May 24, 2009

TOK PA YAKIN UMNO MELANTUN SEMULA

(Sembang Ahad)

Tahniah ‘Abang Pi” dan Dali.

Juga tahniah kepada Mohd Yassin Mohd Saad, Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO yang baru menggantikan Idris Mohamood.

Anda semua yang mendapat kepercayaan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan yang baru perlu melaksanakan tanggungjawab dengan penuh keyakinan bahawa UMNO Kelantan akan melantun semula.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed semalam melantik Datuk Hanafi Mamat dan Dali Hussin yang merupakan muka baru ke jawatan penting dalam Badan Perhubungan Umno Kelantan.
Mustapa, yang mempengerusikan mesyuarat Biro Politik Umno negeri di Bangunan Umno berkata, pelantikan itu diyakini mampu memberi imej baru kepada Umno negeri dan berharap parti itu akan diterima semula oleh rakyat Kelantan.

Usaha Mustapa membawa imej baru diharapkan mampu untuk mengubah persepsi rakyat Kelantan seperti dibuktikan oleh beliau pada pilihan raya umum 2004 lalu.

Walaupun PAS dapat membentuk kerajaan negeri setelah menang tipis pada pilihan raya umum ke-10 Mac 2004 iaitu 24 daripada 45 kerusi yang dipertandingkan, ia kemudian berubah menjadi 23 sahaja apabila BN menang pada pilihan raya kecil Pengkalan Pasir pada November 2005.

Dengan kedudukan 22-23, UMNO Kelantan cuba membina imejnya melalui Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi Perhubungan tetapi gagal diakibatkan banyak faktor – yang nyata terhakisnya keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional secara menyeluruh di seluruh negara.
Kini UMNO ada enam kerusi sahaja dan imej serta persepsi buruk terhadap UMNO dan BN perlu dipulihkan segera.

Mereka ialah Datuk Alwi Che Ahmad (Kok Lanas), Datuk Noor Zahidi Omar (Tumpat), Abdul Aziz Derashid (Kuala Balah), Datuk Nozula Mat Diah (Paloh), Mohd Adham Kechik (Bukit Bunga) dan Mat Yusof Abdul Ghani (Nenggiri).

Mampukah Mustapa, BN dan UMNO diterima semula?

Hakikatnya, pada pilihan raya umum ke 12 lalu, pemimpin UMNO Kelantan, khususnya calon Menteri Besar BN, Datuk Dr Awang Adek Hussein yang kali terus mendapat kepercayaan menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan, mengharapkan kemenangan BN berharap membentuk kerajaan negeri selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008 dengan hasrat bukan sahaja memudahkan pentadbiran melaksanakan pembangunan.

Kemenangan juga akan membolehkan kerajaan Pusat memperkenalkan geran tahunan sebanyak RM400 juta yang diperuntukkan kepada kerajaan Kelantan sekarang akan ditambah kepada RM1 bilion sekiranya.

Dr Awang yang ketika itu juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata tujuan kerajaan pusat itu bagi membolehkan lebih banyak projek pembangunan dilaksanakan di negeri ini berikutan kegagalan PAS berbuat begitu dalam tempoh 18 tahun memerintah Kelantan.

Dengan kegagalan UMNO mempertahankan pencapaiannya pada 2004, Mustapa perlu melakukan ‘segala-galanya sekali lagi’.
Dengan sokongan orang kepercayaannya kali ini – termasuk Idris sebagai pegawai khasnya di Pejabat UMNO Kelantan, Mustapa berharap UMNO bangkit kembali.
Jelas mereka yang dipilih bukan pemimpin sembarangan.

Hanafi ialah Ketua Umno Bahagian Pasir Mas dilantik sebagai Bendahari Umno manakala Dali, Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa dilantik sebagai Ketua Penerangan Umno negeri.
Dali juga bekas Ketua Pemuda UMNO Negeri. Kedua-dua mereka adalah calon BN yang kalah pada pilihan raya umum 2008 lalu.

Hanafi gagal mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Pasir sementara Dali kalah di DUN Panchor.

Hanafi menggantikan Datuk Noor Zahidi Omar yang kini dilantik sebagai Setiausaha Umno Kelantan manakala Dali menggantikan Datuk Md Alwi Che Ahmad yang kini Setiausaha Barisan Nasional negeri.

Noor Zahidi pula adalah Adun Pengkalan Kubor yang juga Ketua Umno Bahagian Tumpat manakala Md Alwi ialah Adun Kok Lanas dan ketua pembangkang di DUN Kelantan.
Sebelum ini jawatan Setiausaha Umno Kelantan dipegang Ketua Umno Bahagian Kuala Krai Datuk Ramzi Abdul Rahman.

3 comments:

  1. Easy said than done! Jangan cakap pasal wang berbillion. Bila masa kerajaan BN(pusat) meminggirkan Kelantan dalam soal-soal pembangunan?Tak pernahkan?
    Tetapi hampir 20 tahun kalah.
    kenapa fasal duit kita kedepankan?sentuhan emosi dan rohani itu lebih penting.

    Kedua betulkan dahulu krisis dalaman UMNO disetiap bahagian.Aduan semasa pemilihan yang dibuat jangan buat pekak. Nanti ada pula orang yang pandai juga buat pekak pada seruan untuk mengukuhkan UMNO Kelantan.

    3.Untuk makluman! ada kaki cantas masa pilihanraya sudah diangkat sebagai ketua bahagian secara tidak bermoral.Budaya ini akan berterusan di Kelantan kalau dato' Pa tidak ada 'polical will' untuk menghapuskan jenyah ini dengan berkesan.Percayalah sampai kiamat pun UMNO dan BN akan tewas di Kelantan.

    Wang Malaysia tak penting. Yang penting keadilan. kalau ahli UMNO sendiri tidak dapat keadilan yang sempurna apatah lagi pada rakyat jembel di kampung2.politik dadlah 'persepsi'.

    Jelasnya "tidak akan aman seseorang yang zalim itu,selagi orang yang dizalimi belum tenteram".

    Kekalutan di Bahagian TANAH MERAH umpamnya, semua rakyat tahu.Jenayah yang dilakukan oleh Tuan Hashim dan Tan Sri Annuar Musa rakyat Tanah Merah tahu.Penipuan Hafarizam dan General Husainey, rakyat Tanah Merah tahu.Yang mengundi nanti bukan ketua-ketua cawangan sahaja. Rakyat adalah majoriti.

    Pada rakyat yang tidak buta huruf pula ini akan menjadi panduan mereka:

    Daily we watch our government do things which
    then have dramatic effects on our lives. Does it
    feel like we have government of the people, by
    the people, and for the people? Does it feel like
    our government is making wise decisions? Are
    we happy with the way our government works?
    Do we have any choice in the matter?

    Yes we have a choice.From scholars to students, from leaders to peasants and on top of all we fellow citizens do not hesitate to make appropriate choice when the time comes. Tell them we are no more ‘a bloody fool’.

    The majority are non-partisan. They are not glued to any political rhetoric doctrinarian.

    So it is time for the majority to free the heart, mind and voice of We, the People into its innate power to generate wisdom for the good of all.

    Doing this would make all the difference in the Malaysia. What else Kelantan PAS or Barisan, it does not matter they are malays.

    So...Good Luck Dato Pa'

    Good Luck Dato'Pa.

    ReplyDelete
  2. saudara Nik ada sebut pasal kegelapan yang dibawa oleh Annuar Musa ketika menjadi Pengerusi BN, maka saya turut ajak saudara Nik atau Hambali risik apakah betul Annuar langsung tidak manfaatkan pejabat Umno negeri untuk Umno dan Bn.

    Cuba tanya puak parti dari MCA, Gerakan, MIC berapa kali mereka diajak bermesyuarat sepanjang tempoh itu? siapa yang bermaharajalela di pejabat Umno tu kalau bukan Tuan Hashim?

    Hampir seluruh umat yang bekerja dalam pejabat Umno hanya buat kerja untuk jaga DUN Kok Lanas dan kedudukan Annuar Musa. Annuar gagal kotakan janji buat perjumpaan secara berjadual dengan pemimpin MCA, Gerakan atau MIC, dia juga tidak mendekati masyarakat selain kerabat Umno.

    Orang Cina dan India tertanya siapa Annuar ni, Pengerusi BN atau Pengerusi Umno atau hanya layak sebagai ADUN Kok Lanas sahaja.

    Dia hanya muncul setahun sekali depan masyarakat Cina masa sambutan CNY, jumpa kaum India setahun sekali masa Depavali....tumbangnya BN secara memalukan memang bukan kerana Pas gagah, tapi Umno dan BN entah nak buat apa sebab ketua hanya jaga kain sendiri.

    ReplyDelete
  3. Annuar Musa sebenarnya membawa ‘sial’ kepada UMNO Kelantan. Sial akibat daripada ‘tulah’ derhaka Annuar terpalit hingga sekarang. ‘Tulah’ itu akan terus melingkari UMNO Kelantan selagi Annuar masih memijak bumi kelantan.

    Annuar Musa bagaikan gigi busuk dalam mulut UMNO.
    Akibat menyimpan gigi busuk makanan yang masuk ke dalam perut UMNO akan menimbulkan barah yang kronik.

    Saya mengajak para pembaca suluh (jangan lihat sahaja), keadaan kehidupan manusia yang bergelar pemimpin UMNO bagaikan sudah tidak sedarkan diri lagi lakunya. Mereka menzalim dan menganas sama sendiri seperti merekalah jaguh dalam UMNO. Mereka rasa bagaikan dalam UMNO ini sudah tidak ada yang jaguh melainkan mereka. Itulah sebabnya kelakuan ‘keganasan’ dan ‘kezaliman’ serta ‘penindasan’ yang berlaku bagaikan sudah tidak dapat dikawal lagi dalam parti sendiri.

    Dalam perspektif politik, rakyat melihat system politik UMNO telah mencipta manusia, menjadi orang yang gila kuasa, gila harta , rakus dan seumpamanya. Lantas tidak teragak-agak bertindak melawan ‘fitrah Allah’. Rakyat tidak akan percaya kepada UMNO. Jalan politik UMNO bukan jalan penyelamat umat. Jalan politik UMNO adalah jalan jahat yang tidak ada hujungnya. Lagi mereka mara kedepan lagi mereka nak jahanamkan orang. Jalan politik mereka ialah kalau dia yang memerintah dia akan jahanam orang-orang yang menjadi penghalang tanpa mengira sangat apa kaedahnya asalkan mereka selesa.

    Annuar Musa adalah contoh tipikal pemimpin UMNO. Masih ramai lagi produk Annuar Musa dalam kepimpinan UMNO Kelantan. Menyimpan Annuar Musa sebagai orang kuat KADA adalah satu kesilapan besar.

    Sebab itulah saya rasa sudah tiba masanya Najib dan Muhyidin membela UMNO dengan dos yang sesuai. Mereka berdua telah diberi amanah oleh Allah. Amanah itu hanya dipinjamkan. Monitorlah perjuangan dalam UMNO dengan tepat dan betul. (No-lips services please)

    Pada TokPa jangan khayal dengan kejayaan beliau dahulu semasa memimpin Kelantan.Masa berubah. Dulu disalah sebuah DUN di Machang hanya kalah 2 undi tetapi PRU 12 baru-baru ini tempat yang sama boleh tumpas berganda-ganda.

    Ubati ahli-ahli UMNO yang 'sakit' sebelum mengubati yang lain.

    ReplyDelete