Ada pihak mengatakan wujud konspirasi terancang oleh media arus perdana Kuala Lumpur mempertahankan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu?
Jeng...jeng...jeng...sejak bila pula ada pihak tertentu yang selama ini percaya kepada laporan akhbar perdana mengubah selera?
Apakah mereka sudah beralih arah? Apakah laporan Bernama, Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, Kosmo, tv3, tv7 dan sebagainya tidak benar?
Saya tidak pasti apa mahu dipanggil dengan orang yang bukan sekadar mempertikaikan laporan akhbar seperti ini – bukan satu tetapi semua akhbar – Jumud atau ‘Sakit Jiwa?’
Menurut sebuah blog - citra-bangsa.blogspot.com - penulis yang suka menghina dan mengaibkan seseorang adalah perbuatan mereka yang tidak ingat dosa dan pahala, serta tanggungjawabnya kepada agama.Beliau bertanya, apakah orang seperti ini ‘sakit’. Jika dia sakit, kenalah dia berubat. Jika dia berdosa, kenalah dia bertaubat.
Saya timbulkan perkara ini berikutan ada sebuah blog menyatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri ‘cukup kecewa dengan manipulasi berita berkenaan lalu pejabat TPM telah mengarahkan semua media (termasuk Bernama) menyediakan salinan percakapan TPM (transkrip sidang media) seterusnya mengemukakan kepada pejabat TPM dengan segera’.
Benarkah Muhyiddin kecewa dengan laporan berita dari Kuala Terengganu?
Kata blog berkenaan: ‘Ini merupakan siri konspirasi terancang dan pembohongan jahat kali kedua dalam siri mempertahankan Mat Said supaya kekal sebagai MB Terengganu selepas isu sms ugutan.’
Benarkah ada konspirasi di kalangan akhbar termasuk Bernama dalam soal ‘menyelamatkan Ahmad Said’?
Juga berkaitan dengan ini apakah isu sms ugutan itu juga satu konspirasi? Nada ini pernah diperkatakan oleh sekurang-kurangnya seorang wakil rakyat kumpulan 10.
Persoalan kepada blogger berkenaan pula – ‘apakah anda salah seorang yang berkonspirasi mahu menjatuhkan Ahmad Said?’
Blogger berkenaan marah dengan kenyataan berikut: “Datuk Ahmad Said akan kekal sebagai Menteri Besar Terengganu kerana Umno tidak memutuskan sebarang perubahan kepimpinan pentadbiran kerajaan negeri setakat ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, perubahan jawatan Menteri Besar tidak pernah berbangkit.”
Menurut blogger berkenaan “Rupa-rupanya ‘berita’ berkenaan merupakan konspirasi terancang dan pembohongan jahat ‘dalang’ yang berselindung di sebalik kepentingan peribadi dan usaha menyembunyikan rasa ‘nak terkencing terberak’ mereka. Kali ini dibuat dengan menggunakan media @ orang-orang media.”
Katanya, lanjutan daripada berita yang mengelirukan ini, sekurang-kurangnya ada dua media arus perdana yang telah membuat pengakuan jujur bahawa berita berkaitan (yang melibatkan MB) yang disediakan oleh wartawan mereka dan dihantar untuk disiarkan adalah berasaskan kepada kenyataan akhbar TPM tetapi telah dirombak dan ditokoktambah (diarah?) oleh ‘tangan-tangan gatal’ di ibu pejabat media berkenaan.
Malah beliau menganggap berita yang disiarkan itu “Yang sebenarnya inilah corak konspirasi terancang dan pembohongan jahat terhebat abad ini. Tahniah kepada yang berjaya mencipta keburukan situasi kerana dengan bertambah buruk dan kalutnya situasi ini lebih menjelaskan keburukan dan kekalutan isi perut penciptanya.”
Ada beberapa persoalan di sini dan kita menuntut blogger berkenaan menjawabnya dengan ikhlas:
1. Akhbar mana yang melakukan konspirasi berkenaan?
2. Siapa wartawan dimaksudkan? Apakah wartawan berkenaan mempertikaikan penyuntingan
berita mereka? Kenapa pula mereka perlu memberitahu blogger berkenaan mengenai
ketidakpuasan hati mereka?
3. Apa hubungan Ketua Pengarang atau Ibu Pejabat akhbar berkenaan dengan Ahmad Said?
4. Berapa banyak Ahmad Said bayar kepada pengarang atau ‘tangan ghaib’ di Kuala Lumpur
untuk mempertahankannya?
5. Pengarang atau ‘tangan ghaib’ mana yang berani melakukan manipulasi berkenaan?
6. Kepada blogger berkenaan pula, apakah beliau sendiri ‘bebas daripada duit dan imbuhan’
apabila mengatakan mengenai ‘tangan ghaib’ berkenaan;
7. Apakah blogger berkenaan menulis dengan niat dan hati yang bersih apabila menyebut
mengenai konspirasi ini; dan
8. Apakah blogger berkenaan menulis bukan kerana kepentingan sesiapa tetapi demi
kepentingan rakyat Terengganu? Dengan kata lain ia adalah ‘kebenaran belaka’ bukan kerana
kepentingan sesiapa.
Saya berharap benar jawapan daripada Muhyiddin mengenai kekecewaan beliau terhadap laporan oleh media arus perdana mengenai kedudukan Ahmad Said itu.
Walaupun mungkin malam esok akan ada kenyataan daripada Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu mengenai isu Menteri Besar dan usaha merapatkan jurang antara pemimpin UMNO Terengganu, rasanya nada desakan akan terus menerus disuarakan.
Pihak yang tidak berpuashati dengan kewujudan terus Ahmad Said sebagai Menteri Besar akan terus mendesak.
Rasanya kedudukan sebenar Ahmad Said wajar keluar daripada mulut Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Hanya jawapan Najib sahaja akan mengurangkan kekeruhan – selagi tidak dijernihkan, yang mendapat untung bukan kumpulan yang menentang Ahmad Said atau kumpulan yang menyokong Ahmad Said tetapi pembangkang – PAS.
Najib perlu fikir panjang soal ini kerana jatuh Terengganu akan mengecilkan peranannya!
keadaan semakin kusut dibuat oleh blogger itu. Dia semacam mahu memecah belahkan keamanan negeri Terengganu Darul Iman. Nampaknya kita perlu memastikan yang laporan polis dibuat terhadap dia disiasat oleh PDRM.
ReplyDeleteYa Allah, mudah mudahan hati blogger ini diberi petunjuk yang sebetulnya.
Lailahailaanta...Subhanakainniminazolimin.
www.jaranganakmelayu1.blogspot.com
ReplyDelete"Isu MB: ADUN T'ganu kecewa dengan Muhyiddin
ReplyDeleteMuda Mohd Noor | May 19, 09 1:43pm
Ada di kalangan 18 ADUN BN Terengganu yang sebelum ini mahu Menteri Besar Datuk Ahmad Said disingkirkan, kecewa dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa menteri besar itu, akan dikekalkan.
Menurut mereka, kenyataan tersebut "terlalu awal" kerana perjumpaan dengan Pengerusi Umno negeri itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein belum diadakan.
Seorang ADUN yang enggan namanya disiarkan berkata, sepatutnya kenyataan itu dibuat selepas perjumpaan dengan Hishamuddin diadakan malam Rabu ini.
Hishammuddin dijadualkan mengadakan perjumpaan dengan ADUN dan ketua Umno bahagian Terengganu itu, di pejabatnya di kementerian dalam negeri di Putrajaya.
Bagaimanapun, kata ADUN berkenaan, beliau akan cuba menimbulkan isu sebenar dalam perjumpaan dengan Hishammuddin tersebut, iaitu Ahmad mesti diganti.
"Ini fokus sebenar 18 ADUN berkenaan. Kami berjuang untuk kepentingan parti, negeri Terengganu dan rakyat negeri itu.
"Walau apapun, kumpulan kami tetap patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti," katanya tanpa mengulas lanjut.
Semasa bercakap kepada wartawan di Kuala Terengganu sempena pelancaran hari guru peringkat kebangsaan Sabtu lalu, Muhyiddin dilaporkan berkata, Ahmad akan kekal sebagai menteri besar.
Sementara itu, seorang pembantu Ahmad berkata, ADUN kumpulan 18 itu boleh membangkitkan perkara itu kepada Hishammuddin dalam perjumpaan Rabu ini.
Menteri besar, tegasnya, akan bersikap terbuka dalam hal ini.
"Ahmad tiada masalah walaupun telah diturun pangkat dari jawatan pengerusi Umno Terengganu kepada timbalan pengerusi," katanya.
Pembantu Ahmad itu berkata, Hishammuddin mungkin boleh mengambil apa-apa tindakan berhubung urusan parti, tetapi pelantikan Ahmad sebagai menteri besar dibuat oleh pihak Istana."
----- Ini jelas menunjukkan mereka ini mahu menderhaka kepada istana dan mahu menderhaka kepada pucuk pimpinan parti. logik ke kalau hal dalaman dijaja dengan terbuka macam mereka semua ini? logik ke mereka terang terangan mahu mengingkari TPM? dah la dulu derhaka ke raja. sekarang nak ingar ke TPM pula. apa punca? gila kuasa semua ni! -----
aku rasa dia tu dulu selalu buleh g oversea masa jd pegawai khas exco. skarang dok leh nak g langsung. nak g orang dok ajok. maybe sebab tu dia marah sangat ke MB tu.
ReplyDeletetengok gambar header dia pun gambar oversea. nak kabo sangat ke orang dia g over sea. ileks bing, mu dok leh gi oversea pun, kalu tadok pitih sangat nok gi pun, jangan la ambil upah menfitnah orang, dosa besar. bertaubat la kamu.
kita semua perlu buat memorandum ke polis dan Tuanku Sultan tentang ada orang di negeri Terengganu yang ingin memecah belahkan rakyat serta menghina istana di dalam laman nya. polis perlu membuat siasatan kepada orang ini
ReplyDelete