Friday, May 8, 2009

AHMAD SAID AKAN DIGANTI 12 MEI?

Tersebar luas berita kononnya Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said akan ditukar pada 12 Mei ini (enam hari dari hari ini).
Berita ini disebarkan di Kuala Lumpur. Orang di Terengganu mungkin tidak ramai yang mengetahuinya.
Punca berita dikatakan terpancut keluar daripada mulut Ketua Perhubungan UMNO Terengganu yang dilantik oleh Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Hishamuddin Hussein bahawa Menteri Besar Terengganu akan diganti.


Kalau bohong saya, bohonglah beberapa orang penting akhbar arus perdana.

Hishamuddin dalam pertemuan dengan sekumpulan kecil wartawan memberi hint berkenaan dan orang penting surat khabar bercakap mengenai perkara ini di mana-mana.

Punca sebenar Ahmad Said mahu digantikan dikatakan dikaitkan dengan beberapa siri desakan 10 ADUN yang tidak berpuashati dengan Menteri Besar itu.

Sesiapa pun akan percaya dengan ‘hebahan awal itu’ kerana Hishamuddin, selain kini Ketua Perhubungan UMNO Terengganu, juga Naib Presiden UMNO.

Lebih penting, ia rapat dengan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak. Sepupunya pun!

Hishamuddin juga dikatakan rapat dengan beberapa pemimpin Pemuda UMNO Terengganu yang dilihat rapat dengan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh.

Menurut orang penting surat khabar, Hishamuddin membuat hebahan itu selepas bertemu dengan orang penting istana Terengganu beberapa hari lalu.

Malah, dikatakan pertemuan di puncak bukit itu turut disertai beberapa ‘orang istana’ dan juga pegawai tinggi Kerajaan Terengganu.

Pegawai tinggi ini dikatakan ‘kurang senang’ dengan Ahmad Said malah beberapa kali bertukar pesanan ringkas (sms) dengan rakan-rakannya – malah dari Rome – bertanyakan ‘bila Ahmad Said akan diganti’.

Untuk rekod saya tidak diberitahu dengan jelas siapa orang istana dimaksudkan kerana aneh juga jika pertemuan diadakan di puncak bukit, apa gerangan ‘orang istana’ mahu menghadirkan diri.

Yang menariknya dikatakan juga, Ahmad Said turut dipanggil ke istana (istana mana saya tidak tahu) pada Isnin lalu. Apa hasil pertemuan itu tiada siapa yang tahu kerana dikatakan pertemuan ‘empat mata’.

Sejauh ini difahamkan, pertemuan antara Pengerusi dan Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Terengganu (Ahmad Said) belum berlaku.

Sejak pulang dari mesyuarat UNESCO, Hishamuddin dikatakan sibuk. Bagaimanapun, dilaporkan pertemuan tidak rasmi antaranya dengan beberapa kumpulan UMNO tertentu sudah berlaku.’

Ini tidak hairan kerana Hishamuddin kerap juga ke Kuala Terengganu kerana ada misi tersendiri yang beliau dan rakan-rakan Pemuda UMNO sahaja yang tahu.
Sehingga ini belum jelas apa janji ‘orang istana’ dengan Hishamuddin dan apa pula janji yang diberikan oleh istana kepada Ahmad Said.

Bagi Ahmad Said, mandat dan amanah oleh istana terhadapnya bukan untuk dibanggakan tetapi adalah harapan dan tanggungjawab membangunkann rakyat dan negeri Terengganu.

Ahmad Said mengulangi hasratnya membangunkan Terengganu dalam ucapan sempena perayaan Hari Pekerja pertingkat negeri Terengganu, Isnin lalu.

Yang penting, kita tunggu 12 Mei ini dan kita tunggu juga pertemuan antara Hishamuddin dan Ahmad Said.

Mereka dijangka akan bertemu minggu depan.

Yang pasti, di kalangan Ketua-Ketua Bahagian, hanya dua sahaja yang kurang mesra dengan Ahmad Said tetapi lima lagi ‘OK’.

Dalam konteks UMNO, Ahmad Said boleh dikatakan besar pengaruhnya berbanding ‘cengkamannya terhadap ADUN’.

Ini kerana ADUN dipilih oleh Idris dan mereka menang pilihan raya ke 12 lalu dan Ahmad Said terpaksa menerima ‘pemain-pemain’ berkenaan dan sebagai jurulatih sebenarnya Ahmad Said tiada kuasa memilih pemain yang digemarinya.

Kerana itu mudah berlaku ‘penentangan’ terhadapnya, lagipun ramai di kalangan mereka yang marah dengan Ahmad Said adalah pendokong “Kami Nak Idris, Natang”.

3 comments:

  1. salam tuan,
    sedia ada, meluat pun ada apabila melihat keadaan politik pemimpin melayu UMNO di Terengganu, G10 mewakili suara ADUN yang mahukan deris sementara Ahmad Said telah pun berjaya melaksanakan tugasnya sejak mendapat perkenan pihak istana untuk mentadbir kerajaan negari dan di lihat semakin kuat dan dekat di hati rakyat, tanpa menafikan usaha keras deris untuk merampas Terengganu dari PAS tapi tentunya waktu itu deris juga mendapat sokongan padu dari rakyat dan ahli UMNO terengganu.
    masaalahnya hari ini apakah kehadiran Pengerusi Perhubungan yang baru ini akan memperkukuh atau menambah kekusutan UMNO Terengganu.
    Sepupu Presiden dan Ahli Majlis Minta maaf ini tentunya sedang mencatur untuk menarik sokongan UMNO Terengganu kepadanya supaya dilihat berjaya mengamankan suasana...
    Apapun keutamaan yang ada sekarang jelas...iaitu UMNO terengganu dan rakyat secara keseluruhan jadi sebarang keputusan mestilah berpaksi kepada keutamaan tersebut dan kepentingan peribadi hanya akan menyebabkan rakyat Terengganu di kotak katikkan dan UMNO terengganu sebagai wadah untuk menaikkan populariti diri... apa nak heran? sebab banyak perlantikkan di Pusat pun begitu... fikir lah..

    ReplyDelete
  2. mari kita rapat2kan sesama bangsa dan sedarkan mereka buruknya perpecahan dan juga tamak haloba..

    ayuh!!!

    ReplyDelete
  3. Berita Harian Online 8 Mei 2009

    * MUTAKHIR

    SUP bekas MB diminta tampil bantu kes SMS ugutan

    KUALA TERENGGANU: Polis hari ini menggesa Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, untuk tampil membantu siasatan kes khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan bunuh kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu bulan lalu.

    Gesaan itu dibuat Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner (SAC II), Hamzah Mohd Jamil, pada sidang akhbar di sini, sebentar tadi.

    ReplyDelete