Pukul 2 petang ini, Ketua Umno bahagian Muar, Datuk Kadar Sulaiman dan Datuk Mazlan Harun dari Selangor akan menemui Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk memohon supaya perhimpunan agung Umno minggu ini ditunda.
Ia perlu ditunda sehingga selesai siasatan berhubung rasuah politik berkaitan dengan pemilihan parti.
Kadar dan Mazlan dikatakan akan disokong oleh sekumpulan perwakilan Umno untuk menemui ROS.
Kadar mendakwa, 42 orang daripada perwakilan tidak layak menghadiri perhimpunan agung kali kerana muflis.
Apakah kesan pertemuan itu nanti?
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula mengesahkan bahawa Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria dilarang daripada bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan parti Khamis ini.
Larangan tersebut dimuktamadkan Jawatankuasa Pengurusan Parti berlandaskan prinsip duluan seperti mana yang diputuskan terhadap kes-kes yang melibatkan situasi serupa dengan Mohamad Norza.
Mohamad Norza didakwa atas kesalahan rasuah di Mahkamah Majistret Temerloh, atas dua tuduhan bagi memenangi jawatan pada pemilihan UMNO peringkat pusat.
Beliau didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, Mohamad Norza boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, mana-mana lebih tinggi.
Mohamad Norza mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.
Itu kes Norza dan bagaimana kes Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said yang disiasat SPRM dan calon Ketua Puteri UMNO, Ida Rahayu Mohd. Noor yang turut dikaitkan dengan politik wang?
Sempatkah Lembaga Disiplin bermesyuarat sebelum Khamis ini?
Dan bagi yang bersiap sedia untuk bertanding, apakah ada kesan daripada pertemuan mereka yang mahu perhimpunan agung ditangguhkan? Kita tunggu!
Mereka ini dikatakan akan meminta ROS menjelaskan bagaimana Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno, dibenarkan hadir dan mengundi dalam perhimpunan agung Umno kali ini,
Mohd Ali dilarang bertanding jawatan timbalan presiden apabila didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno mengikut perkara 10.1 tataetika ahli umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga, iaitu ejennya terlibat dalam sogokan politik.
Ketiga-tiga ejen Mohd Ali itu juga didapati bersalah dan digantung keahlian selama tiga tahun.
Khairy juga didapati bersalah mengikut perkara yang sama, tetapi hanya diberi amaran dan dibenarkan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno.
Menurut Malaysiakini, Kadar berkata, menurut perlembagaan parti, apabila kedua-duanya didapat bersalah, maka mereka tidak boleh hadir mesyuarat parti.
Sementara itu, Lembaga Disiplin memberi amaran akan membatalkan kemenangan calon yang memenangi sebarang jawatan dalam pemilihan Umno, Khamis ini, jika mereka kemudian terbukti terbabit dengan politik wang.
Ahli Lembaga Disiplin, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas, berkata, tindakan tegas dengan melucutkan jawatan yang dimenangi mana-mana calon akan dilakukan jika ada bukti mencukupi untuk mensabitkan mereka.
“Ketika ini adalah tempoh kritikal sebelum pemilihan. Jaga tingkah laku, berhati-hatilah khususnya dalam dua tiga hari ini kerana Lembaga Disiplin tetap memantau mereka sama ada terbabit dengan politik wang atau tidak. Jika mereka didapati bersalah, kami akan menggugurkan kemenangan dan jawatan mereka,” katanya ketika ditemui selepas tamat mesyuarat Lembaga Disiplin di sini, semalam. Mesyuarat itu dipengerusikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail.
Megat Najmuddin berkata, pasukan Pemantau Lembaga Disiplin memantau keseluruhan perjalanan pemilihan dan Perhimpunan Agung Umno yang diadakan selama lima hari bermula hari ini.
Perlembagaan Parti ialah suatu karya agung bagi satu-satu pertubuhan.Ia adalah penyelamat tetapi apabila ia hanya dirujuk secara selektif ia semacam ‘time-bomb’. Letupannya akan memusnahkan UMNO seluruh Negara.
ReplyDeleteSejarah telah membuktikan bahawa kejatuhan sesuatu bangsa atau mana-mana temaddun ialah kerana gagal mematuhi peraturan.UMNO sudah memiliki ciri-ciri ketidakpatuhan kepada perlembagaan sendiri.
Kes-kes yang hendak diadukan oleh Kadar dan Mazlan tidak bersifat 'kes terpencil'.
Islam mengajar kita memilih “Jalan Yang Lurus” atau “Jalan Pertengahan.” UMNO perlu memilih yang pertama yakni 'jalan yang lurus'
Sabda Nabi s.a.w:
‘Tiada akan lurus keimanan seorang hamba, sehingga lurus pula hatinya dan tiada akan lurus hatinya, sehingga lurus pula lidahnya Dan seseorang hamba tidak akan memasuki syurga, selagi tetangganya belum aman dari kejahatan”
An-Nisa’:135
“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah orang yang kuat memegang keadilan, menjadi saksi bagi Allah meskipun ke atas diri kamu atau kedua ibubapa dan kaum kerabat”
Ciri-ciri sistem yang berdasarkan jalan yang lurus ialah (a) keadilan dan kesaksamaan, (b) dilakukan melalui perundingan, (c) ditadbirkan oleh mereka yang layak dari segi ilmu (pengalaman, kebolehan dan kepakaran) dan dari segi akhlak (beramanah dan jujur), dan dilakukan untuk kebaikan masyarakat manusia (negara-bangsa dan masyarakat antarabangsa).
Semua dasar perlu dilihat kembali dan diperbaiki, berdasarkan falsafah perjuangan yang kita sebut di atas. Rasuah, pembaziran dan segala bentuk penyelewengan mesti dihapuskan.
Jika UMNO dapat melakukan ini semua dalam masa setahun akan datang, ia pasti akan mencapai kejayaan yang besar pada masa akan datang, termasuk dalam Pilihan Raya Umum yang ke-13 pada 2013.
Secara ringkas jika parti ini ingin terus relevan dalam politik negara ia harus menginstitusikan semula demokrasi dlm parti dan menghapuskan sepenuhnya rasuah politik dlm parti.
Saya sokong tindakan mereka berdua.
Umno tidak bersalah yang bersalah adalah pemimpin yang berada dalam organisai.Penyakit hati yang menimpa dalam pemimpin kerana tamak,riak,ujub dan sombong maka berlaku politik wang iaitu rasuah.Apa yang berlaku pada mohamad Norza,Ali rustam dan khairy amat berbeza. Sepatutnya ianya perlu di kepada SPRM untuk disiasat kerana UMNO merupakan satu pertubuhan yang berdaftar.Ini yang menjadi tanda tanya dari rakyat yang mencintai keadilan.Rakyat bukan bodoh untuk menilai seseutu isu dan berbagai persepsi akan timbul.
ReplyDelete