Thursday, February 19, 2009

TAK ACI MACAM NI...HAKIM NI TAK BOLEH

Saya turut terima sms yang mesejnya memerlukan tindakan segera SEMUA BLOGGER yang prihatin terhadap proses keadilan dan keutuhan Institusi Raja-Raja Melayu.

Ia ada kaitan seperti berita menarik daripada http://www.mykmu.net/ ini.

Menurut SMS tersebut, kes petisyen saman bekas MB Perak, Dato Seri Ir. Muhammad Nizar terhadap kerajaan baru Perak akan didengari oleh Hakim Yang Arif Tuan Mohamad Ariff bin Mohd Yusoff.

Secara tidak langsung, petisyen saman ini mempunyai implikasi terhadap keutuhan Institusi Raja dengan mempersoalkan kebijaksanaan keputusan DYMM Sultan Perak.

Hakim Tuan Arif ini dikatakan oleh SMS sebagai pernah menjadi Penasihat Undang-Undang PAS dan merupakan leading council dalam kes petition pilihanraya di Kangar, Perlis di satu masa.

Menurut satu lagi sumber maklumat, Hakim tersebut pernah bertanding di bawah kerusi PAS di Selangor lima tahun lepas. [Terkini 11:00 AM 18/2/09] Maklumat Utusan Malaysia bertarikh Mac 12hb, 2004 menunjukkan beliau bertanding di kerusi DUN Kota Damansara. Beliau (4,827 undi) kalah kepada Dato Mohd Mokhtar Dahlan (12,926 undi).

Barisan peguam PAS yang terlibat dalam petisyen Pilihan Raya N.06 Kubu Gajah dan P.67 Kuala Kangsar pada Jun 2008. Hakim Tuan Arif adalah yang ketiga dari kanan di barisan hadapan.

Ihsan dari blog Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Kelantan
Ini mengkhuatirkan jika benar kerana keadilan boleh dikompromi. Semua blogger dipohon membantu memainkan peranan untuk menyiasat dan mendedahkan sebarang maklumat supaya memastikan proses keadilan dan keutuhan Perlembagaan tidak dicemari.

Sebagaimana yang diketahui semua, Ir. Mohd Nizar telah memfailkan petition saman di Pendaftar, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat lepas, Februari 13hb, 2009. Dari laporan berita, saman petition ini telah meletakkan Dato Dr Zambry Kadir sebagai defenden utama.

Penamaan Dr Zambry dilihat oleh penganalisa undang-undang sebagai anih kerana dia tidak terlibat dengan keputusan mengubahkan kerajaan negeri.
Ir. Mohd Nizar telah dihentikan atas kuasa dan keputusan DYMM Sultan Perak dan tentu sekali defenden yang sepatutnya adalah Tuanku Sultan Perak.

Berdasarkan rencana yang telah disiarkan dalam blog ini sini, perkara ini perlu dipandang dengan berat kerana mereka tidak mempunyai asas untuk mempersoalkan keputusan Tuanku Sultan.

Petisyen saman sepatutnya dibuang kerana ia mempertikaikan kuasa prerogatif Raja dalam membuat keputusan dan jika dilayani, boleh membawa impak terhadap integriti Institusi Raja-Raja Melayu.

Tindakan Ir. Mohd Nizar ini hanya merupakan wayang politik Anwar yang mungkin merancang untuk menimbulkan keraguan rakyat terhadap sistem kehakiman dan ini adalah satu kesalahan menghina mahkamah.

Sekiranya bekas Penasihat Undang-Undang PAS telah dijadualkan untuk mendengar petition ini, ia menimbulkan kemungkinan proses keadilan akan dicemari dan keputusan berat sebelah mungkin berlaku. Jika benar Hakim Tuan Ariff mempunyai hubungan dengan PAS, ia sepatutnya mengundurkan diri dari kes ini.

Keadaannya kini seolah-olah apa sekali keputusan mahkamah, Pakatan Rakyat akan mencemarkan proses keadilan dan mahu mempolitikkan keadaan untuk membina saham politik. Perkara ini perlu dilihat dengan serius sekali.

Para blogger boleh membantu untuk mewar-warkan perkara ini dengan membincang dan mendedahkan maklumat-maklumat untuk menghalang sebarang usaha untuk menghalang proses keadilan dijalankan dengan lancar. - http://anotherbrickinwall.blogspot.com

5 comments:

  1. Ini bukan kali pertama hakim dari PAS mengadili kes yang melibatkan pembangkang. Ingat kes liwat Anwar 10 tahun dulu? Siapa hakimnya?

    Hakimnya ialah Arifin Jaka yg juga pernah jadi calon PAS dalam pilihanraya. Dan Hakim ini 'bermurah hati' mengenakan hukuman penjara 9 tahun kepada Anwar. Ramai pengamal undang-undang menyatakan ia satu hukuman yg sangat luar biasa, kerana biasanya hukuman setiap kes dijalankan serentak. Tapi untuk Anwar 'sahabatnya', Hakim Arifin mengenakan hukuman berasingan utk setiap kes.

    Mengapa Anwar dihukum dengan berat? Tidak lain, kerana yg mengadili kes itu ialah hakim PAS, sahabat Anwar!

    ReplyDelete
  2. Penulis yg saya hormati..
    Mari kita sama-sama merenung dengan hati yang suci dan tidak mengikut hawa nafsu dan berfikir dengan waras demi malaysia yang tercinta:

    1)Siapakah Tan sri Zaki Azmi sebelum dilantik menjadi Ketua Hakim Negara....?

    Oleh itu saya merayu kita jangan buat andaian yang bukan-bukan kerana rakyat sudah bijak menilai dengan dunia tanpa sempadan.Biarlah Hakim tersebut menjalankan tugasnya yang diamanah oleh Allah Taala.Marilah kita bersama berdoa kpd Allah untuk menunjuk kebenaran.

    ReplyDelete
  3. Siapakah latar belakang Hakim bukan perkara penting. Saya meletakkan Hakim sebagai satu bidang kerja yang profesional. Kalau kita sentiasa mempertikaikan kewibawaan Hakim sama ada oleh blogger pro kerajaan atau sebaliknya maka sukarlah Hakim-Hakim di Malaysia untuk menegakkan keadilan.

    Pada saya yang lebih penting, sebagai rakyat Malaysia yang meletakkan Perlembagaan itu sebagai undang-undang tertinggi negara kita perlu memberi sebanyak mana maklumat khususnya orang Melayu tentang betapa pentingnya Sistem Raja Berpelembagaan itu sebagai pelindung kepada orang Melayu.

    Tulisan saya ini adalah salah satu maklumat kepada Melayu yang sudi membacanya.

    Raja Mengeluarkan Melayu Daripada Hindu!
    Zaman Prasejarah Malaysia dapat dijejaki seawal 200,000 tahun yang lalu berikutan penemuan alatan-alatan yang diperbuat daripada batu dan dijumpai di tapak arkeologi Kota Tampan, Lenggong. Rangka manusia terawal, Perak Man yang berusia 11,000 tahun dan Perak Woman yang berusia 8,000 tahun juga turut dijumpai di Lenggong.

    Gangga Negara (abad ke-2-11) dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu yang hilang dan ada disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung masa kini dalam negeri Perak, Malaysia dengan Raja Gangga Shah Johan sebagai salah seorang rajanya. Penyelidik percaya bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola I dari Coromandel, India Selatan, antara 1025 dan 1026.

    Kejatuhan Sultan Mahmud Shah dan Melaka pada 1511 di tangan Portugis telah menyebabkan baginda berkubu di Bentan. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra di mana beliau mangkat. Baginda meninggalkan dua orang putera iaitu Tengku Muzaffar Shah dan Tengku Alauddin Riayat Shah.

    Muzaffar Shah seterusnya menjadi Sultan Perak manakala Alauddin Riayat Shah menjadi sultan Johor yang pertama. Kesultanan Johor juga dikenali sebagai "Kesultanan Johor-Riau-Lingga". Oleh itu kesultanan Perak hari ini mempunyai jurai keturunan dengan kesultanan Melaka.

    Hari ini, negeri yang mempunyai sejarah tertua di Malaysia sedang dilanda gelombang dan badai. Sultan yang mempunyai jurai keturunan daripada kesultanan Melaka itu sedang dihina dan diinjak oleh segelintir orang Melayu dan penduduk yang asalnya bukannya penduduk asal negara ini.

    Saya ingin mengingatkan kepada Orang Melayu, Walaupun DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong itu adalah pelindung kepada semua rakyat Malaysia dan Raja-Raja Melayu di negeri-negeri itu adalah pelindung kepada seluruh rakyatnya tetapi bukan Melayu memang tidak akan faham tentang sejarah bangsa kita.

    Sebab itu lahirlah sebuah puisi baru-baru ini, bertajuk Kingdom of Purplaya dikarang oleh orang yang bernama Cecil Rajendra dan diterbitkan dalam majalah Aliran, menghina orang Melayu dengan berkata bahawa orang Melayu yang berada di negara yang disebut `Tanah Melayu' itu bukan penduduk asal kawasan ini. Orang Melayu adalah kaum pendatang. Mereka datang merantau dari kawasan-kawasan lain, terutama dari Sumatera, lalu mendakwa inilah `tanah asal' mereka. Maka dikatakan bahawa orang Melayu itu mula menuntut hak sebagai kaum bumiputera Persekutuan Tanah Melayu, lalu akhirnya mereka menggubal perlembagaan yang menetapkan beberapa hak mereka.

    Menurut puisi itu, orang Melayu menetapkan, dalam perlembagaan itu bahawa raja di negara ini ialah raja Melayu, agama rasminya ialah agama Islam, bahasa rasminya ialah bahasa Melayu. Selain ini, orang Melayu yang dianggap kaum pendatang ini, menuntut hak-hak istimewa yang lain lagi, misalnya dalam bidang pendidikan, dalam bidang ekonomi, dalam bidang pentadbiran, dan sebagainya (dipetik daripada rencana DATUK DR. HASSAN AHMAD,Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan)

    Bagi orang Melayu, Sultan-sultan Melayu adalah pelindung kepada orang Melayu.TITAH Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin ketika merasmikan sidang Parlimen bagi penggal kedua kelmarin supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan wajar mendapat perhatian semua pihak.

    Yang di-Pertuan Agong antara lain menekankan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tubuh dan tertinggi di negara ini yang telah dipersetujui oleh semua pihak semasa negara mencapai kemerdekaan.

    Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah turut melahirkan rasa kecewa kerana sikap biadab sesetengah pihak terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

    Walaupun kenyataan itu bersifat peribadi dan tidak mewakili mana-mana sultan negeri lain, namun ia sudah cukup untuk melambangkan betapa tercalarnya peranan sultan Melayu pada pandangan masyarakat.

    Sememangnya pihak istana mempunyai sebab untuk berasa kecewa dengan sikap pakatan pembangkang mencabar Sultan Perak sehingga tergamak menyaman baginda tidak bertindak demokratik.

    Akhir sekali, sewaktu saya masih bersekolah, cikgu sejarah saya pernah berkata, apakah sumbangan terbesar Raja-Raja Melayu kepada orang Melayu. Katanya' Jikalau Parameswara tidak memeluk Islam pada tahun 1414 melalui perkahwinannya dengan puteri Pasai, Indonesia dan menukarkan nama beliau kepada "Raja Megat Iskandar Shah", Melayu pada hari ini masih lagi berugama Hindu. Sebelumnya Parameswara beragama Hindu.

    Ini kerana pada masa itu orang Melayu menganggap Raja itu Bayangan Tuhan, dipercayai memiliki kesaktian, bertujuan memperkuatkan status / kedudukan raja, mitos dan lagenda memperkuatkan kedudukan raja, bertujuan untuk membezakan kedudukan raja dengan golongan yang diperintah, konsep orde kosmos/ menjadi raja terulung dan berkuasa terhadap seluruh alam semesta.Sebab itulah jika seorang Raja itu memeluk Islam maka sudah diwajibkan seluruh rakyat jelata mengikutnya.

    Apa pun jua tujuannya, Raja-Raja Melayu telah memberikan jasa terbesar kepada Melayu iaitu dengan memilih ISLAM itu sebagai agama baginda.

    Amir Hamzah
    Batu Pahat
    www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. adakah ia bukti kesuburan demokrasi di negara kita hingga hakim pro PAS juga dipilih ?

    cuba fikir fikir..

    ReplyDelete
  5. Salam Amir Hamzah,

    Satu artikel yang paling menarik yang pernah saya temui. Izinkan saya mengambil komen saudara ini sebagai rujukan dan panduan ketika membuat satu artikel berkaitan perkara yang sama.

    Terima kasih.



    Saudara Hambali,

    Syabas, kerana membuka ruang untuk para pelawat menyuarakan pendapat yang pelbagai.

    ReplyDelete