Wednesday, February 4, 2009

JANGAN RIAK, HORMATLAH RAJA KITA

Tahniah, Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kembali kerajaan negeri di Perak.
Jangan riak dan takbur– semuanya kuasa Allah.

Jelas apabila sesuatu dimahukanNya, maka berlakulah, walaupun Menteri Besar Perak itu mewakili PAS yang mendakwa ia sebuah parti Islam.

Apa-apa pun menghadap dan persembahkanlah terlebih dahulu sebarang niat sama ada membentuk kerajaan baru dan melantik Menteri Besar baru kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah terlebih dahulu.

Jangan umum dahulu baru meminta perkenan. Itu maknanya membelakangkan Raja kita.
Jangan buat perangai macam pemimpin Pakatan Rakyat di Perak yang mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri sebelum mendapat perkenan Sultan Perak.

Baguslah sungguh cara Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila berkata beliau akan menghadap Sultan Perak secepat mungkin untuk memaklumkan secara rasmi bahawa BN mempunyai sokongan yang diperlukan bagi menubuhkan kerajaan baru di Perak.

Beliau akan menghadap Sultan Azlan Shah dan nama calon Menteri Besar akan diumumkan dalam masa terdekat.

Najib berkata Fasal 16 Undang-undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan jika Menteri Besar hilang keyakinan atau majoriti, beliau hendaklah meletak jawatan bersama ahli Exconya.
Najib memberitahu, keempat-empat wakil rakyat itu turut memaklumkan kepada Speaker DUN Perak selain Presiden PKR dan Setiausaha Agung DAP hari ini bahawa mereka tidak lagi menjadi ahli parti berkenaan.

Pada sidang akhbar pukul 3 petang iaitu sebelum beliau menghadap Sultan Perak, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membuat tindakan mengejut dan luar biasa apabila mengumumkan pembubaran DUN tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan baginda.

Mohammad Nizar tiba di Istana Kinta pada pukul 3.50 petang dengan diiringi Exco Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan Mohd Zainuddin Mohd Yusof dan Exco Pembangunan Industri dan Penerangan Tai Sing Ng menaiki dua kereta berasingan.

Setiba di luar pintu pagar Istana Kinta, kereta yang dinaiki Mohd Zainuddin dan Tai tidak dibenarkan memasuki kawasan istana.

Beberapa minit kemudian exco kanan kerajaan negeri Datuk Ngeh Koo Ham bersama Speaker DUN V.Sivakumar pula tiba dan turut tidak dibenarkan memasuki kawasan istana.

Mohammad Nizar berkata kerajaan negeri terpaksa memohon perkenan Sultan membubarkan DUN ekoran keadaan yang tidak menentu apabila dua anggota DUN daripada Parti Keadilan Rakyat dan seorang daripada DAP mengisytiharkan diri mereka kini sebagai wakil rakyat Bebas.

Menurut seorang peguam, tindakan Mohammad Nizar yang mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri sebelum mendapat perkenan Sultan Perak adalah salah.

Menurut laporan media, Menteri Besar Perak itu mengadap Sultan Azlan Shah untuk meminta perkenan baginda membubarkan Dewan Undangan Negeri meninggalkan Istana Kinta di Ipoh tanpa memaklumkan kepada media keputusan baginda.

“Saya sudah menerangkan (explained) keadaan politik terkini, terserah kepada Tuanku,” katanya ringkas.

Bagaimanapun, Bernama yang memetik ulasan peguamMalik Imtiaz Sarwar, kuasa untuk membubarkan dewan undangan negeri terletak di tangan pemerintah negeri, dalam kes ini ialah Sultan dan bukannya Menteri Besar.

Katanya Undang-undang Tubuh Negeri Perak secara jelas menyatakan pembubaran dewan undangan negeri merupakan kuasa mutlak Sultan dan "tiada orang lain mempunyai kuasa untuk membubarkan dewan undangan negeri."

"Ini seperti Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen tanpa mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong. Begitu juga dalam kes ini, Menteri Besar perlu terlebih dahulu mendapatkan perkenan Sultan sebelum membuat pengumuman," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata adalah tidak jelas "bagaimana Menteri Besar memutuskan untuk membubarkan dewan undangan negeri."

Seorang bekas hakim Mahkamah Tinggi, yang enggan namanya disiarkan berkata tindakan Mohammad Nizar itu boleh membawa kepada "akibat undang-undang".

"Adalah lebih elok jika Menteri Besar mempersembahkan terlebih dahulu kepada Sultan sebelum mengumumkan pembubaran itu. Beliau sepatutnya mengadap Sultan tetapi beliau tidak berbuat demikian, oleh itu beliau mungkin mempunyai alasan kukuh untuk bertindak demikian," katanya.

Kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat tumbang selepas tiga wakil rakyat dari kawasan Changkat Jering, Behrang dan Jelapang mengumumkan mereka meninggalkan pakatan pembangkang PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Pada masa yang sama, wakil rakyat kawasan Bota yang meninggalkan Barisan Nasional (BN) hanya seminggu lepas, mengumumkan kembali menyertai BN semula.

Berikutan perkembangan itu, majoriti kerusi dipegang pakatan PAS-Parti Keadilan Rakyat-DAP daripada 59 kerusi di dewan undangan negeri merosot daripada 32 kepada 28 kerusi manakala kerusi BN negeri meningkat kepada 28 daripada 27 kerusi.

Najib pada sidang media petang tadi berkata BN sudah memperoleh wakil rakyat yang mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri Perak yang baru berikutan tiga wakil rakyat Bebas berkenaan telah berikrar untuk memberikan sokongan kepada BN.

4 comments:

  1. http://pkrpasdap.blogspot.com

    pendek yea ADUN DAP..tapi undi majorit tinggi dapat..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dan banyak-banyak bersyukur serta semua rakyat Perak seharusnya melakukan sujud syukur kehadrat Illahi kerana telah memberi peluang sekali lagi menerajui negeri Perak.Ingatan kepada penyokong barisan Nasional Perak seharusnya cepat-cepat pergi beli kopiah dan bertaubatlah dengan taubat nasuha bagi pemimpin yang kaki betina,kaki minum,kaki rasuah mulai fajar esok seharusnya berubahlah demi perjuangan yang baru dikembalikan oleh Allah. Seharusnya pejuang BN melayu Islam perlu mengukuhkan diri dan negeri dari anasir maksiat kerana rakyat sedang memerhati gelagat-gelagat pemimpin BN khususnya UMNO. kalau pemumpin umno dan Bn "berani berubah" dan "berhijrah" maka dalam PRU 13 nanti InsyaAllah dengan mudah BN mendapat majoriti 2/3 bukan simple majoriti seperti sekarang, dan jangan lah dok melobi zahid dan najib untuk menjadi MB kerana, rezeki dari Allah akan diperolehi dimana-mana sekiranya mendapat restu dan keberkatan dari Allah. Kalau jadi menteribesar pun kalau "pencen" pun tak sempat dapat tak guna juga. Betapa bodohnya Nizar mendengar cakap Ngeh Ko Ham agar membubar DUN padahal bila dun dibubarkan maka kelayakan adun sudah tiada lagi, sedangkan Ngeh masih lagi ada Parlimen. Yang ruginya Nizar Babi nilah dah terlepas gaji menteri besar.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Kau ingat Nizar tu gila sangat nak jadi MC. Dia mengaji dam dia tahu berat tanggungjawab yang pelu dia jawab di akhirat kelak. Bukan mcm pemimpin UMNO (hang taupun ada yg kaki betina, kaki minum kaki rasuah dsbnya)depa tak fikir apa nak depa jawab apabila mati nanti. Bagi aku kalau Nizar buat perkara yg berlawanan dgn syarak, aku marah. Tapi kalau kes bagi geran tanah kat cina hang kata berlawanan dgn syarak. Aku nak dengar pendapat mufti. Dia kata mcmmana. Mcm tu juga ISA, sampai sekarang majkis fatwa tak keluarx lagi fatwa pasai ISA. Masa aku dlm askar, majlis fatwa keluar fatwa letak kalungan bunga kat tugu, boleh bawa jadi syirik. BN buat juga. Yg bagusnya Agong KDYMM Raja Perlis dan Sulatan Terengganu tak buat sebab depa telah dinasihat oleh mufti.Wassalam

    ReplyDelete
  4. anon 7:53, kalau ye pun marah ,janganlah sampai macam tu sekali manaip tunggang langgang, sy pun ada juga tersasul menaip tapi sdr ni tengah gementar macam ahmad nisfu ke,,,tolonggggggggggggggggggggg,, tidakkkkkkkkkkkkkk seronokkkkkkkkkkkkkkkkkkk, takpe ambik ambik jawatan mb , 20% tuan penasihat kata ustaz cina bbc tu,,,

    ReplyDelete