Saya memohon maaf kepada penjenguk blog saya kerana tidak update beberapa hari. Saya bukan berehat dalam erti kata menenangkan fikiran tetapi berehat untuk membuat satu keputusan diri dan keluarga yang agak besar.
Dalam usia mencecah 55 tahun, saya perlu menilai apakah langkah saya mulai tahun ini. Apakah saya perlu terus menerus berada di Kuala Lumpur atau berhijrah demi keluarga dan diri saya. Peluang hanya datang sekali.
Selepas mengimbau ke arah Laut China Selatan dan menikmati bayu Timur yang nyaman, akhirnya saya membuat pendirian. Hidup perlu diteruskan dan saya sudah membuat keputusan. Jika sebelum ini saya ‘berkelana’ di Kelantan lebih satu tahun setengah (mulai Jun 2007, kini saya akan beralih angin ke Terengganu mulai Mac 2009).
Saya tinggalkan Terengganu pada 1972, selepas peperiksaan MCE dan akan kembali pada 2009. Saya pernah merantau di Pulau Pinang, Johor, Perak, Wilayah dan Selangor.
Apapun, syukur kerana ada ‘kawan’ yang membuka peluang untuk saya kembali ke Terengganu.
Saya berdoa biarlah saya kekal beberapa tahun di Terengganu untuk saya menyumbang dan melakukan yang terbaik demi sama-sama membantu membangunkan negeri dan rakyat Terengganu yang kini diterajui Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.
Kepada rakan-rakan yang menyambut Tahun Baru Cina, XONG XI FA CHAI!
Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada sdr HAL, semoga tahun-tahun mendatang menjanjikan keseronokan dan kepuasan buat sdr dan keluarga.Walaubagaimanapun sdr harus bersedia dari segi mental dan fizikal bahawa langit tidak selalu cerah kerana dalam berkerjaya, kita diperlukan bila kita kenal sipolan -sipolan, maka kita memperolehi merit dalam hal ini, namun bila sipolan ni dah tidak mempunyai kuasa lagi maka kita pun akan dipandang sepi oleh sipolan ni, maka harapan saya agar sdr tabah dalm perjuagan wartawan UMNO untuk selama-lamanya, selagi umno relevan dimata rakyat malaysia, jangan pula ikut rentak Datuk Nasarudin adun Bota, bila kalah KB dan pengerusi felcra tidak disambung kontrak, teus jadi katak... semoga sdr HAL tidak menjadi "wartawan katak".. ingatlah slogan "dulu kini dan selamanya"... wassalam
ReplyDelete