Wednesday, November 19, 2008

ISU PAMPENA – ANGKARA SIAPA?

Berapa banyak wang kerajaan lesap apabila syarikat subsidiari Kementerian Pelancongan, Kumpulan Pampena dilaporkan mengalami kerugian teruk?

Bukankah pelaburan menggunakan wang kerajaan itu bermakna menggunakan wang rakyat?

Kenapakah isu ini lama sangat untuk didedahkan kepada rakyat?

Semalam Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang meminta agar Jawatankuasa Kira-kira Parlimen (PAC) melakukan siasatan awal berhubung laporan yang dikeluarkan oleh firma audit PricewaterhouseCoopers Capital Sdn Bhd (PwC Capital), berhubung status syarikat berkenaan.

Laporan Audit yang dikeluarkan oleh PwC Capital dikatakan berbeza dengan laporan audit dalaman syarikat tersebut.

Kit Siang menjelaskan skandal yang dihadapi oleh syarikat berkenaan berlaku sebelum Datuk Seri Azalina Othman Said menjawat jawatan Menteri Perlancongan.

Jika sebelum Azalina, syarikat kroni siapakah ini?

Menteri Pelancongan sebelum ini ialah Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Michael Toyad dan sebelumnya Datuk Seri, Abdul Kadir Shekih Fadzil.

Dilaporkan hanya dua atau tiga syarikat sahaja daripada keseluruhan 24 syarikat dibawah Pampena yang untung sejak ia beroperasi tiga tahun lalu.

Kit Siang dalam sidang media di Parlimen pagi ini, menggesaPAC untuk melakukan siasatan awal berhubung skandal kewangan dalam syarikat berkenaan dan menyiasat laporan audit PwC Capital serta audit dalaman Kementerian Perlancongan.

Kit Siang menambah laporan PwC Capital adalah sangat memerajatkan kerana menunjukan laporan audit dalaman yang tidak beretika dan tidak bertanggungjawab oleh syarikat milik kerajaan.

Antaranya PwC Capital turut mendedahkan bahawa enam syarikat daripada 24 syarikat yang melabur didalam Kumpulan Pampena tidak memiliki maklumat kewangan dan 3 syarikat lagi hanya memiliki separuh maklumat kewangan.

Sebelum ini, Menteri Azalina dilaporkan berkata, berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh PwC Capital, Pampena melabur RM54 juta daripada Mac 1977 hingga November 2007 dan terlibat dalam projek-projek yang boleh dipersoalkan dan tidak sepatutnya dibuat.

Katanya sebanyak RM30 juta peruntukan kerajaan telah diagihkan kepada Pampena untuk mempromosikan Malaysia melalui makanan di luar negeri.

“Sehingga 15 Oktober lalu, RM9.1 juta telah dibelanjakan dan bakinya sebanyak RM0.9 juta akan dibelanjakan sehingga akhir tahun depan.

“Manakala bakinya sebanyak RM20 juta masih ada di Kementerian untuk tahun 2009 dan 2010.”kata Azalina di Parlimen ketika menjawab soalan Wakil Ipoh Timur, Lim Kit Siang di Parlimen baru-baru ini.

Katanya Syarikat yang terbabit dengan skim sewa beli teksi telah dihentikan operasinya dan pihak bank telah merampas kenderaan (teksi) tersebut.

Pempena Executives Taxi Sdn Bhd tidak berupaya menjalan khidmat dan mengalami kerugian setelah perbelanjaan RM 11 juta dikeluarkan.

Perkhidmatan teksi eksekutif milik anak syarikat Tourism Malaysia, Pampena Sdn. Bhd. Dilancarkan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang ketika itu Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 2 Februari 2007 di Kuala Lumpur.

Turut hadir pada pelancaran itu ialah Menteri Pelancongan ketika itu, Tengku Adnan.

Dilaporkan pada musim Monsoon Cup tahun lalu (2007) menyaksikan kehadiran ‘teksi asing’ di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) yang telah menyekat rezeki teksi tempatan

Kehadiran secara tiba-tiba Teksi ‘Limusin’ warna biru berjenama Hyundai dilabel sebagai ‘Teksi Eksekutif’ yang bertulis ‘Official Car - World Richest Sailing Event’ telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pengusaha teksi lapangan terbang Sultan Mahmud.

Teksi tersebut dikatakan dimiliki oleh Syarikat Pempena Executive Taxi Sdn Bhd atau dikenali sebagai PETS adalah anak syarikat Pempena Sdn Bhd (Pampena) subsidiari kepada Kementerian Pelancongan Malaysia.

4 comments:

  1. "Selepas memanggil kesemua individu yang terlibat secara langsung dalam kes ini dan setelah dilakukan siasatan terperinci bahawasanya tiada unsur rasuah atau penyalahgunaan wang rakyat dan tiada sesiapa yang akan di dakwa kerana penyelewengan ini.

    Dan saya dimaklumkan bahawa lapan laporan polis terhadap Lim Kit Siang telah dilakukan oleh pengarah2 syarikat terbabit yang menuduh beliau telah melakukan fitnah dengan tujuan untuk memalukan mereka, Kem Pelancungan dan kerajaan Malaysia.

    Saya menyeru agar pihak polis akan melakukan siasatan segera lagi maha terperinci bagi mengembalikan maruan mereka2 yang telah dituduh.

    Ini adalah lapuran awal siasatan dan selepas siasatan telah 100% selesai kita akan mengadakan satu sidang akhbar tergempar":- ayat ajuk yang akan di ucapkan oleh azmi khalid selepas ini.

    ReplyDelete
  2. Bila berselindung di sebalik pemerintah, semuanya boleh berlaku! Yang bersalah tidak bersalah! Yang tak bersalah boleh bersalah!

    ReplyDelete
  3. orang yang tidak bersalah dan tidak rasuah akan di tuduh dan di dakwa. Besar kemungkinan Dato Mirza dan Rosly Selamat akan di jadikan kambing hitam. Manakala Pencuri sebenarnya dan yang bersubahat seperti Akib si beli, financial controller LIM KIM TAI dan Dato LAU CHEE Meng Pemilik syarikat yang menipu, mengambil wang tetapi secara terang enggan kembalikan wang tersebut akan di bayar oleh SPRM untuk menjadi saksi, Manakala pegawai SPRM yang memalsukan dokumen dan melenyapkan dokumen akan di naikan pangkat.Semua ini di lakukan bagi memastikan melayu yang mempunyai integriti seperti Dato Mirza dan Rosly di sumbat ke penjara supaya tiada siapa pun akan berani menjadi penghalang menteri korup dan kroni mereka dari merompak wang rakyat.

    ReplyDelete
  4. Komen di atas bukan drp Rakyat Malaysia tetapi seseorang menggunakan nama RakyatMalaysia

    ReplyDelete