Monday, November 24, 2008

APA ITU PERISTIWA 2004?

Bahagian Keempat

Tolonglah jelaskan apa itu peristiwa 2004?

Saya hairan kenapa Pemangku Bahagian UMNO Tanah Merah, Nik Kemruzaman Sulong mendiamkan diri seribu bahasa dan juga pemimpin lain termasuk bekas Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri. Di mana ‘Datin Su’?

Saya kurang jelas mengenai perkara ‘Peristiwa 2004’ dan bolehkah anda semua yang tahu mengenainya menceritakan latar belkangnya walaupun saya boleh menyelidik. Kejadian tidak lama sangat.

Siapa sebenarnya yang terlibat?

Apakah masalah yang melanda Bahagian UMNO Tanah Merah sebelum ini yang juga kecoh - maksudnya pemilihan 2004 - diakibatkan oleh orang yang sama yang disebut atau terbabit dalam masalah dan kemelut UMNO Bahagian Tanah Merah sekali lagi - kali ini?

Apapun, ini adalah email terbaru saya terima selain beberapa email lain yang lebih daripada 10 semuanya. Bacalah:

From Abdullah Hamzah abhmct@yahoo.com to hambalialatiff@gmail.com date - Sun, Nov 23, 2008 at 4:58 PM saya amat tertarik dgn tuisan mengenai politik tanah merah.jika difikirkan dgn cara ini umno akan terus berkubur kerana umno akan menjadi hak peminpin yg mempunyai wang walaupun tidak berkarisma ia akan nobat menjadi pemimpin kerana dgn kuasa wang ada ia dpt mencorak apa yg di fikirkan betul bagi kepentingan politik.
Mengenai politik yg melanda tanah merah ia akan menjadi menang sorak kampung tergadai andainya ketua bhg yg dipilh kerana wang dan paksaan.saya harap situasi d tanah merah ini dapat di fikir dgn mendalam oleh pemimpin tertinggi umno samada utk menghidup atau sebaliknya.


hambali abdul latiff to Abdullah

Terima kasih....saya berdoa apa yang saya tulis benar belaka bukan kerana mempertikaikan sesiapa...jika saya salah tegurlah, manusia banyak kelemahannya. yang baik daripada Allah, yang buruk daripada saya.

Seperti saya katakan sebelum ini, kes Tanah Merah ini sangat memerlukan perhatian Ibu Pejabat UMNO kerana seperti e-mail sebelum ini oleh seseorang yang saya gunakan untuk posting Bahagian Ketiga , ‘UMNO TANAH MERAH YANG ‘BERDARAH’ semalam, menggambarkan betapa kemungkinan dan kebarangkalian politik wang dan favouritism berlaku di bahagian berkenaan.

Memanglah nampak ada pertuduhan tertentu dibuat khususnya terhadap pegawai Ibu pejabat UMNO dalam ‘Kes Abdul Rahman Ibrahim Vs. 32 ahli’ yang tidak menjelaskan yuran mengikut perlembagaan UMNO di Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu’ tetapi saya tetap tegaskan ia perlu penyelidikan dan kajian mendalam.

Tolonglah, berilah keadilan kepada semua pihak – maksud saya yang kena tuduh dipanggil terlebih dahulu, jangan pandai pecat hanya Perlembagaan mengatakan demikian.

Jika soal pecat menggunakan perlembagaan, bagaimana dengan isu yuran yang dijelaskan lewat oleh 32 ahli berkenaan?

Dalam posting saya Bahagian Dua siri ini, saya menyebut hanya Sembilan (9) akan membuat Akaun Bersumpah tetapi berpandukan e-mail sebelum ini seramai 11 rupa-rupanya yang akan berbuat demikian:

“Signifikannya, daripada 32 ahli yang disenaraikan itu terdapat 11 ahli yang mengaku tidak pernah bayar pun yuran berkenaan. Mereka telah menandatangani Akuan Berkanun dengan rela. Kalau cerita Tan Sri P.Ramlee dalam 3 Abdul ‘Tuan Penasihat’ seperti ini mendapat 10%. Akhirnnya kena jual lelong.”

Pertanyaan juga benarkah Ikmal Hisham ‘mengawal kakitangan Ibu Pejabat UMNO” melalui sms Ikmal Hisham? Menurut email semalam: “Peristiwa 2004 tidak akan berulang. Saya pasti akan jadi Ketua Bahagian dan terus ke pusat”- SMS dari Ikmal Hisham kepada ahli-ahli UMNO Tanah Merah.”
Tuduhan ini berat kerana membabitkan Ikmal Hisham secara peribadi dan pegawai Ibnu Pejabat UMNOsendiri. E-mail berkenaan amtara lain menyebut:

“...semua pegawai bermula daripada Setiausaha Agung, Setiausaha kerja, kakitangan IT dan tidak ketinggalan peguam UMNO habis-habisan menjadi galang-ganti kepada tuan tubuh Ikmal Hisham. Ironinya peguam UMNO sendiri bertungkuslumus mempertahankan 32 ahli UMNO yang melanggar perlembagaan parti. Setiausaha Agung, pula mungkin atas nasihat yang ‘salah atau tersalah’dari peguam ‘tuan penasihat’UMNO mendorong beliau mengeluarkan senarai 32 defendan dalam mahkamah kononnya telah menjelaskan yuran sebelum 31/12/2007.”

Untuk ketika ini, saya tidak berani mengulas lanjut mengenai Ikmal Hisham takut nanti apa yang saya tulis tidak benar dan ‘memfitnah’ atau ‘memburuk-burukkan beliau”.

Saya tidak ada apa-apa kepentingan sama ada dengan Ikmal atau puak-puak yang membantah di Tanah Merah ketika ini.

Apapun, saya benar-benar ingin tahu apa itu ‘Peristiwa 2004?’.

(Tunggu ulasan seterusnya...)

1 comment:

  1. Peristiwa 2004,ikhmal kena tindakan displin parti. dan dialah yang akan diberi jawatan ketua bahagian tanah merah nanti bagi penggal 2008/2011 kalau umno dijadikan parti setiausaha agong ataupun setiausaha kerja. Mereka berdua di Ibu Pejabat UMNO byukannya buat kerja tapi mengerjakan ahli ahli parti supaya serik menyokong umno. kekalkan mereka berdua menjadi maha raja lela di Ibu Pejabat UMNO bererti meuntuhkan melayu. mereka berdua peduli apa pada nasib bangsa kerana mereka sudah kaya raya. wang pilihanraya terutamanya pengundi luar berapa juta belanja, ada pakatankah diantara setiausaha kerja dengan p.hashim. Harap sdr dedahkan segala keburukan di Ibu Pejabat UMNO, bukan hanya di tanah merah saja tapi dibanyak bahagian lagi di kelantan terutamanya. salam.

    ReplyDelete